INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20091119

Selamat Datang

Blog ini dibina bagi menggantikan sebuah blog yang tidak dapat diaktifkan kerana semakin kekurangan bahan. Bukan kerana bahannya telah tiada atau kekurangan aktiviti tetapi saya tidak berada berhampiran dengan sumber bahan tersebut.

Blog ini hanyalah rujukan kepada saya tentang apa yang telah saya lalui. Sesungguhnya ada ketikanya kita mahu mengingati sesuatu perkara atau peristiwa tetapi pengetahuan yang kita ada tidak kita urus dengan baik.

2 comments:

SamBahrn said...

Assalamualaikum,

Saya tertarik untuk melawat Kuala Medang dan ada terlihat beberapa keping gambar orang sedang mendulang disalah sebuah sungai di Kuala Medang seperti dalam blog ini pada 17/6/2011. Saya kira sambil melawat saya juga boleh mengisi masa dengan aktiviti mendulang disana.

Walaubagaimanapun dalam blog tersebut tiada dimuatkan sebarang maklumat.

Harap dapat beri saya sedikit maklumat tentang lokasi dan sebagainya.

Terima Kasih.

sam.bahrn@yahoo.com

Laman Pahang said...

Kami akan cuba dapatkan maklumat umum tentang kawasan mendulang. Bagi pendulang yang mencari makan dengan mendulang, mereka tentu tidak senang-senang hendak bagi tau kawasan mereka mendulang.

Mereka juga tidak mendulang di kawasan sungai tersebut. Mereka membawa balik pasir yang dirasakan ada emas.

Mereka akan tanda kawasan yang mereka telah kenal pasti. Supaya mereka tidak melakukan kerja yang membuang masa.

Mereka juga akan mengesan tanda-tanda yang dibuat oleh orang lain bagi bagi menjimatkan masa mereka.

Mereka sudah tentu kerja berkumpulan.