INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100420

Kejayaan Pasti Milik Anda

KEJAYAAN PASTI MILIK ANDA adalah ayat-ayat berfikir yang dihasilkan dalam usaha menyelesaikan masalah seorang rakan. Kadang-kadang kita boleh belajar sesuatu apabila membantu orang lain. Rasa gembira dan insaf kerana berpeluang membantu setakat yang mampu. Bersyukur kerana ianya tidak terjadi pada diri kita dan keluarga kita. Inilah ayat-ayatnya;

Kejayaan pasti milik anda,
milik saya dan milik kita semua
jika kita tahu apakah itu kejayaan.

adakalanya
orang di padang pasir anggap
mereka berjaya jika
dapat minum dan makan sekali sehari

adakalanya
orang di dalam hutan anggap
mereka berjaya jika
dapat selamatkan nyawa dari ular sawa

adakalanya
orang di kampung anggap
mereka telah berjaya jika
dapat sekolahkan anak sampai u

adakalanya
orang bandar pula anggap
mereka telah berjaya jika
mereka memiliki kereta dan rumah besar

tetapi

ada orang yang tak pasti
apa itu kejayaan

ada orang yang tak pasti
kejayaan milik siapa

ada orang memiliki sesuatu
yang dia tidak pasti

ada orang ingin memiliki
sesuatu yang dia tidak pasti

No comments: