INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100408

Tukar Wajah


Hari ini bermula dengan baik dan aman. Sebenarnya dah banyak kali nak pergi ke klinik gigi kerajaan. Tetapi selalu sahaja ditangguhkan oleh hal yang remeh-remeh. Untuk mengurangkan serangan sakit gigi, saya telah gunakan bunga cengkih. Bunga cengkih ini saya beli di Parkson Kuantan. Nak beli sikit, orang tak jual, nak tak nak kena beli sebungkus.

Bila bawa balik, ada yang tegur, nak buat ubat tahan sakit gigi atau nak buat kari gigi. Apa-apa pun pengggunaan Bunga Cengkih ini berkesan untuk sementara waktu.

Semasa di Klinik Gigi Kuantan ini, keadaannya baik-baik belaka. Jururawatnya dan doktornya bertugas dengan amat cemerlang. Kalau suruh saya yang bertugas, ada yang sakit gigi sampai ke tulang.

Pada pendapat saya, kalau kita sedang menunggu giliran dan kita benar-benar bersemangat menunggu giliran ... kita akan rasa terlalu lama menunggu giliran. Makin lama ada yang makin tak sabar. Cara saya, saya memerhati dan membuat kajian tentang orang-orang yang sedang menunggu giliran. Ada yang milih untuk berbual dengan handphone sementara giliran sampai. Sampaikan bila sampai giliran dia, dia tak sedar langsung. Semua orang memerhati siapa pula yang dapat giliran nombor 31. Keting! keting! keting! loceng nombor giliran berbunyi. Akhirnya jururawat keluar mencari siapa orangnya. Ini cerita bukan nak mengata orang tetapi cara orang menunggu giliran.

Tidak lama kemudian sampailah giliran saya, no. 38. Buat pemeriksaan, ambil ubat, bayar RM1, ucap terima kasih kepada Doktor/Jururawat bertugas dan terus balik.

Bila sampai aja saya terus sikit tukar wajah Laman Pahang. Bagi mengingatkan saya hari saya pergi ke Klinik Pergigian Kuantan yang bersebelahan dengan Wisma Persekutuan. Bersebelahan juga dengan Wisma Negeri. Bersebelahan juga dengan LKPP, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Ibupejabat Kontigen Polis Pahang.

Rujukan:
http://drleen.wordpress.com/2007/12/18/kenapa-rawatan-di-klinik-gigi-swasta-mahal/
http://assajjad.wordpress.com/2008/04/19/manfaat-cengkeh-untuk-pengobatan/
http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/2009/07/sakit-gigi.html

No comments: