-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100503

Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 6 2010

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010 Pahang. Kepada pelaja-pelajar sekolah di Negeri Pahang yang hendak menyemak nama pelajar yang layak menyambung pelajaran ke tengkatan enam pada tahun 2001 sila klik DISINI. [http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm]

Untuk menyemak, anda cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang [-]. Jika nama anda ditawarkan untuk pengajian ke tingkatan 6 bawah, maklumat berikut akan diberikan: No. Kad Pengenalan, Angka Giliran, Nama, Sekolah asal, Jurusan, Sekolah ditawarkan, Tarikh mendaftar.

Tarikh mendaftar adalah pada 10 Mei 2010.

Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, dinasihatkan melaporkan diri di sekolah yang ditetapkan dan peserta PLKN hendaklah melaporkan diri sebaik sahaja tamat latihan.

Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010 Pahang yang dikeluarkan ini adalah muktamat berdasarkan syarat-syarat dan kekosongan tempat. Kegagalan melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran. Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010 Pahang ini terbatal seta-merta jika pelajar bukan warganegara Malaysia.

Untuk mendaftar diri pada 10 Mei 2010, pelajar perlu membawa:
1. Surat tawaran yang boleh dicetak online.
2. Keputusan SPN 2009
3. Kad Pengenalan dan
4. Sijil kelahiran

Selamat belajar kepada semua pelajar Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010 Pahang. Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah:
1. Tetapkan fokus anda pada apa yang anda akan lakukan
2. Bayangkan dalam minda anda apa yang akan anda lakukan berdasarkan fokus anda.
3. Bayangkan halangan-halangan yang akan menyesatkan fokus anda.
4. Bayangkan bagaimana anda menepis dan bersilat dengan halangan-halangan tersebut.
5. Cari penasihat/mentor/rakan yang boleh menjadi penguat kepada usaha untuk menepis halangan-halangan mendatang.
6. Sentiasa sembahyang, berdoa dan berzikir supaya dipermudahkan oleh Allah SWT usaha anda untuk menimba ilmu.
7. Sentiasa mendengar nasihat ikhlas Ibubapa, guru-guru, orang-orang tua dan orang-orang berpengalaman.

Inilah nasihat yang terlintas untuk saya taipkan disini.

BERSABAR UNTUK KEJAYAAN

Klik DISINI. [http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm]

No comments: