INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20100630

Semelai Bukit Rok (39) BERA

Ini pula adalah gambar VIP yang berada di pentas semasa Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera di SK Bukit Rok Bera Pahang Malysai.
05
04
03
02
01

20100629

Semelai Bukit Rok (38) BERA

Ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Bera.
04
03
02
01

20100628

Productivity And Innovation Photography Contest 2010

Akhir seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort, Kuantan, Pahang, Malaysia, penceramah Jurufoto Prefesional, telah mengajak peserta berbincang bagi mencari idea tentang gambar inovasi yang ingin ditangkap.

Benjol juga otak memikirkannya. Mula-mula nak cari suasana yang ada inovasi. Dah dapat kena pastikan gambar tersebut ada kaitan dengan peningkatan produktiviti.

Permasalahannya sekarang adalah kat mana nak cari orang atau suasana yang ada inovasi. Mula-mula mesti kena faham apa itu inovasi.

Kita boleh berpendapat inovasi adalah apabila ada:

Orang mencipta sesuatu yang baru. Sesuatu yang asalnya dari tiada kepada ada. Contoh paling mudah adalah dulu tak ada tv, sekarang dah ada.

Inovasi juga apabila ada orang meluaskan peranan sesuatu perkara. Dulu dan ada tv (hitam putih), tetapi ada orang hasilkan tv warna.

Kalau ada orang yang dapat meniru, atau menyalin sesuatu perkara tetapi menambah fungsi atau peranannya. Fungsinya masih seperti tv, boleh ditukar-tukar siaran. Tetapi tidak boleh menyimpan maklumat dalam tv tersebut. Maka dijadikan komputer ada hard disk dan ada disket.

Mungkin juga boleh dianggap inovasi jika orang boleh gabungkan perkara atau fungsi benda lain kedalam benda yang belum ada fungsi tersebut.Dulu tv hanya menerima siaran sahaja. Tetapi apabila digabungkan tv dan internet, setiap Tv dah boleh berhubung dengan tv (komputer) di tempat lain.

Makin rumit pula nak difikirkan. Tapi bila saya ingatkan kembali kata penceramah Jurufoto Profesional Dr. Gokul Naidu. 'Mesti cari sesuatu yang baru'. Apabila ada seorang jejaka tampan memberikan buah tomoto kepada seorang gadis manis berlesung pipit, apa kita nak kata. Kita akan kata 'Tak ada benda lain ke nak bagi pada mak wea'. Tetapi apabila ada seorang jejaka tampan memberikan buah tomoto kepada seorang gadis manis berlesung pipit dan berkata 'kulit anda selembut kulit tomato'. Dr. Gokul Naidu kata 'Inilah yang lain'.

Ada ketika pula Dr. Gokul Naidu meminta peserta "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort ini menyambung ayat 'Saya suka kucing kerana .....'

Ada yang kata kucing comel, kucing manja, kucing itu dan ini, tetapi semua kata-kata tersebut kita pernah dengan. Kita tak terperanjat jika kita mendengarnya. Kata Dr. Gokul Naidu bagai mana jika ada orang kata 'Saya suka kucing kerana dagingnya lembut macam daging ayam'. Tentu ramai yang terkejut. Inilah yang dikatakan kelainan dalam mencari makna satu-satu idea. Bukan nak suruh orang sembelih dan buat satey kucing. Tetapi mencari kelainan. Memandang sudut yang lain. Sudut yang orang lain terlepas pandang.

Sekarang saya terfikir sudut lain pula.

Apakah yang menghalang masyarakat kita untuk menjadi inovatif dan kreatif.

Adakah masyarakat kita tidak mengalakkan inovatif? Mungkin pemimpim-pemimpin tempatan merasa selesa dengan apa yang telah ada dalam masyarakat mereka. Membuat kelainan bermakna membuat perubahan. Membuat perubahan mungkin akan mengancam kedudukan mereka.

Kadang-kadang ada penduduk kampung yang ingi melakukan inovasi. Masyarakat dan pemimpin mengalakkan usaha mereka. Tetapi tidak cukup sumber untuk meneruskan experiment mereka. tak cukup duit, masa, tenaga, alatan dan macam-macam.

Bila difikirkan ada macam-macam alasan untuk masyarak kita untuk tidak berinovasi. Saya sendiri tidak akan memikirkan perkara ini jika tidak dijemput untuk menyertai seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort. Setelah menyertainya baru saya menyedari bahawa 'Kita Perlu Berinovasi Untuk Tidak Menjadi Basi'.

Takut untuk mencuba, Takut untuk silap, Takut untuk berubah, Takut untuk gagal dan macam-macam takut yang akhirnya cara kita atau alat kita menjadi basi.

Disini saya ingin ucapkan banyak-banyak-banyak terima kasih kerana usaha MPC tersebut telah membuka mata dan fikiran orang-orang macam saya yang baru nak cuba-cuba berfotografi.

Kat mana nak cari idea inovasi? Mungkinkah inovasi produk, inovasi proses atau inovasi organisasi. Yang mana satu senang di cari?

20100627

Semelai Bukit Rok (37) BERA

Ini pula adalah gambar yang istimewa untuk Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Puan Azizah banyak membantu mempromosikan budaya membaca di daerah Bera.
07
06
05
04
03
02
01

20100625

Semelai Bukit Rok (36) BERA

Seterusnya saya telah rakamkan gambar pemimpin tempatan yang berada di kerusi barisan hadapan semasa majlis penyampaian hadiah sempena pelancaran Rakan Alam Sekitar Perlimen Bera di SK Bukit Rok Bera Pahang Malaysai.
04
Ketua Kampung Durian Tawar, Senator Orang Asli dan Guru Besar SK Bukit Rok.
03
02
01
Batin Chuat, Batin Ibam, Ketua Kampung Durian Tawar dan Senator Orang Asli.

20100623

Semelai Bukit Rok (35) BERA

Disamping acara tarik tali macam-maca gelagat boleh kita saksikan di Sk Bukit Rok Bera Pahang Malaysia ini. Berikut adalah sebahagian daripada gambarannya.
04
03
02
01

Productivity Photography Contest 2010 (F)

Akhir sekali adalah gambar pemenang Productivity Photography Contest 2009. Tentu ramai yang tidak sangka bahawa gambar no. 1 adalah pemenang tempat pertama. Menang kerana gabungan yang sesuai antara tema, tajuk dan gambar yang amat menarik.
09 Berseronok ditempat yang telah tercemar.
08 Berihat ditempat yang tidak tercemar. Kawasan nampak bersih dan menarik. Jika ada satu dua sampah tentu menjejaskan gambar ini.
07 Gambar sebegini hanya dapat difahami jika ada penerangan yang jelas tentang gambarnya.
06 Harimau yang kurus kerana kuran makan, pokok kayu yang telah ditebang dan akan mengancam masa depan. Sang Harima seolah-olah terbayang masa depan harimau-harima diseluruh duni yang semakin sedikit kerana diancam oleh manusia.
05 Pemandangan dasar laut di Sabah.
04 Bumi, kehidupan dan tumbuhan.
03 keindahan yang sesuai untuk dilawati.
02 Banyak ikan yang mati. Ikan adalah sumber makan kita. Jika kita tidak menjaga alam kita, banyak sumber makanan kita akan pupus. Bagaimanakah peluang masa depan genarasi muda 100 atau 200 tahun mendatang. Apakah yang akan mereka makan.
01 Gambar yang menjadi pemenang pertama ini tidak banyak warna dan tidak ceria. Warna ini amat sesuai untuk mengambarkan air muka dan perasaan sang monyet yang terpaksa membesarkan anak-anak dalam suasana yang semakin tercemar dan tidak selamat.

Productivity Photography Contest 2010 (E)

Kita masih lagi sedang melihat slid yang ditunjukkan oleh Dr. Gokul Naidu. Ini adalah gambar-gambar Productivity Photography Contest 2006-2009.
08 Menanam padi.
07 Membantu ibu mengutip hasil untuk kegunaan masa depan anak.
06 Kanak-kanak bersedia belajar dengan teknologi.
05 Pasar yang bersih dan tersusun.
04 Tidak sempat mencatat penerangannya.
03 Ibu dan ayah memberi makan kepada anak-anak untuk masa depan.
02 Warga emas menggunakan teknologi komputer. Persekitaran ini kita boleh lihat dimana-mana sahaja tetapi digunakan oleh oran muda bukan warga emas.
01 Bahan makanan dan teknologi.

Productivity Photography Contest 2010 (D)

Seterusnya masih lagi dengan koleksi gambar-gambar yang menjadi pemenang Productivity Photography Contest 206-2009.
05 Pada gambar ini ada teknologi tetapi tiada kerjasama sepasukan kerana tidak ramai yang terlibat dalam gambar ini.
04 Gambar ini menunjukkan penjimatan minyak petrol dan ada kerjasama sepasukan. Tetapi susunan orang yang menolaknya tidak serata. Kesungguhan untuk berkerjasama amat ketara.
03 Gambar ini cuba menunjukkan kerjasama sepasukan tetapi gagal menunjukkan bagaimana mereka bekerjasama. Kelihatan dalam gambar tersebut adalah masing-masing membuat kerja yang berasingan.
02 Gambar 'Rock Climbing' ini jelas menunjukkan kerjasama sepasukan. Dalam keadaan yang amat susah dan mencabar masing-masing berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika seorang sahaja yang tidak berpegang tangan maka 'mening'nya sudah tidak kuat.
01 Gambar ini telah dilihat oleh panal juri sepuluh tahun dahulu. Tiada yang baru dalam gambar ini. Kerjasamanay memang ada tetapi gambarnya tiada kekuatan. Akan tetapi juri memilih gambar ini kerana ada kesungguhan jurufotonya untuk merakamkan gambar ini dalam keadaan yang amat susah dan cahaya yang kurang.

Productivity Photography Contest 2010 (C)

Berikutnya kami telah ditunjukkan dengan gambar-gambar yang menjadi pemenang Productivity Photography Contest 2006-2009. Penceramah telah menerangkan kaitan antara gambar dangan tema dan tajuk gambar. Beliau menekankan perlu ada kaitan yang jelas antara tajuk gambar, gambar yang ditangkap dengan masa depan negara.
07
06 Berus gigi baru dan berus gigi lama. Pencukur baru dan pencukur lama.
05
04 Alat inovasi alat pengupas durian. Tetapi dari sudut produktiviti alat ini kurang diperlukan. Kerana kita tidak perlu mengupas durian dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh yang singkat. Kerana orang makan durian dalam keadaan santai dan tidak gopoh-gopoh.
03 Buku dan lilin. Membaca dalam gelap.
02 Minat anak yang perlu dikembangkan supaya bakat tersebut dapat diturunkan kepada generasi muda.
01 Teknologi dan inovasi.