INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100628

Productivity And Innovation Photography Contest 2010

Akhir seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort, Kuantan, Pahang, Malaysia, penceramah Jurufoto Prefesional, telah mengajak peserta berbincang bagi mencari idea tentang gambar inovasi yang ingin ditangkap.

Benjol juga otak memikirkannya. Mula-mula nak cari suasana yang ada inovasi. Dah dapat kena pastikan gambar tersebut ada kaitan dengan peningkatan produktiviti.

Permasalahannya sekarang adalah kat mana nak cari orang atau suasana yang ada inovasi. Mula-mula mesti kena faham apa itu inovasi.

Kita boleh berpendapat inovasi adalah apabila ada:

Orang mencipta sesuatu yang baru. Sesuatu yang asalnya dari tiada kepada ada. Contoh paling mudah adalah dulu tak ada tv, sekarang dah ada.

Inovasi juga apabila ada orang meluaskan peranan sesuatu perkara. Dulu dan ada tv (hitam putih), tetapi ada orang hasilkan tv warna.

Kalau ada orang yang dapat meniru, atau menyalin sesuatu perkara tetapi menambah fungsi atau peranannya. Fungsinya masih seperti tv, boleh ditukar-tukar siaran. Tetapi tidak boleh menyimpan maklumat dalam tv tersebut. Maka dijadikan komputer ada hard disk dan ada disket.

Mungkin juga boleh dianggap inovasi jika orang boleh gabungkan perkara atau fungsi benda lain kedalam benda yang belum ada fungsi tersebut.Dulu tv hanya menerima siaran sahaja. Tetapi apabila digabungkan tv dan internet, setiap Tv dah boleh berhubung dengan tv (komputer) di tempat lain.

Makin rumit pula nak difikirkan. Tapi bila saya ingatkan kembali kata penceramah Jurufoto Profesional Dr. Gokul Naidu. 'Mesti cari sesuatu yang baru'. Apabila ada seorang jejaka tampan memberikan buah tomoto kepada seorang gadis manis berlesung pipit, apa kita nak kata. Kita akan kata 'Tak ada benda lain ke nak bagi pada mak wea'. Tetapi apabila ada seorang jejaka tampan memberikan buah tomoto kepada seorang gadis manis berlesung pipit dan berkata 'kulit anda selembut kulit tomato'. Dr. Gokul Naidu kata 'Inilah yang lain'.

Ada ketika pula Dr. Gokul Naidu meminta peserta "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort ini menyambung ayat 'Saya suka kucing kerana .....'

Ada yang kata kucing comel, kucing manja, kucing itu dan ini, tetapi semua kata-kata tersebut kita pernah dengan. Kita tak terperanjat jika kita mendengarnya. Kata Dr. Gokul Naidu bagai mana jika ada orang kata 'Saya suka kucing kerana dagingnya lembut macam daging ayam'. Tentu ramai yang terkejut. Inilah yang dikatakan kelainan dalam mencari makna satu-satu idea. Bukan nak suruh orang sembelih dan buat satey kucing. Tetapi mencari kelainan. Memandang sudut yang lain. Sudut yang orang lain terlepas pandang.

Sekarang saya terfikir sudut lain pula.

Apakah yang menghalang masyarakat kita untuk menjadi inovatif dan kreatif.

Adakah masyarakat kita tidak mengalakkan inovatif? Mungkin pemimpim-pemimpin tempatan merasa selesa dengan apa yang telah ada dalam masyarakat mereka. Membuat kelainan bermakna membuat perubahan. Membuat perubahan mungkin akan mengancam kedudukan mereka.

Kadang-kadang ada penduduk kampung yang ingi melakukan inovasi. Masyarakat dan pemimpin mengalakkan usaha mereka. Tetapi tidak cukup sumber untuk meneruskan experiment mereka. tak cukup duit, masa, tenaga, alatan dan macam-macam.

Bila difikirkan ada macam-macam alasan untuk masyarak kita untuk tidak berinovasi. Saya sendiri tidak akan memikirkan perkara ini jika tidak dijemput untuk menyertai seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" di Bukit Gambang City Resort. Setelah menyertainya baru saya menyedari bahawa 'Kita Perlu Berinovasi Untuk Tidak Menjadi Basi'.

Takut untuk mencuba, Takut untuk silap, Takut untuk berubah, Takut untuk gagal dan macam-macam takut yang akhirnya cara kita atau alat kita menjadi basi.

Disini saya ingin ucapkan banyak-banyak-banyak terima kasih kerana usaha MPC tersebut telah membuka mata dan fikiran orang-orang macam saya yang baru nak cuba-cuba berfotografi.

Kat mana nak cari idea inovasi? Mungkinkah inovasi produk, inovasi proses atau inovasi organisasi. Yang mana satu senang di cari?

No comments: