-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100623

Productivity Photography Contest 2010 (A)

Pada hari ini saya telah berpeluang untuk menghadiri Seminar "Productivity And Innovation Photography Contest 2010" yang telah dijalankan bertempat di Bukit Gambang City Resort, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Seramai 150 telah hadir. Pada jangkaan MPC dalam 50 orang sahaja yang akan hadir. Tetapi sambutan sungguh tidak dijangkakan. Ini kerana jumlah penyertaan "Productiviti And Innovation Photography Contest 2009" adalah seramai 600 orang. Tetapi penyertaan dari sebelah kawasan pantai timur hanyalah 5 orang sahaja.

Aturcara dimulakan dengan Kata aluan oleh Encik Nik Mustafa Raja Salleh Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur. Selepas itu diadakan pembentangan 1 oleh Encik Mustapha Sufaat dengan tajuk 'Produktiviti dan Inovasi. Pembentangan kedua pula adalah oleh Dr. Gokul Naidu. Tajuk beliau adalah Tip-tip Menghasilkan Foto Bertemakan Produktiviti dan Inovasi. Menurut penganjur Dr. Gokul Naidu adalah Jurufoto Profesional.
04 Inilah adalah juruacara majlis.
03 Sesi soal jawab
02 Dr. Gokul Naidu ketika memberikan pembentangan.
01 Ini adalah antara slide yang dipersembahkan oleh Dr. Gokul Naidu.

Link:
http://blog.mpc.gov.my/index.php/2010/06/25/productivity-and-innovation-photography-contest-2010-bukit-gambang-resort-city-kuantan-23-jun-2010?blog=10

No comments: