INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100822

Header Laman Pahang No.3


Ini adalah header pertama untuk Laman Pahang Blogspot. Gambar masjid ini telah dirakam pada selepas solat Isyak.


Seterusnya Laman Pahang Blogspot telah menggunakan gambar sekumpulan kerengga diatas pagar besi berkarat.


Kini bersempena bulan puasa 2010/1431 dan berkongsi dengan bulan kemerdekaan ke 53, Laman Pahang Blogspot telah menukar header. Header ini menggunakan tajuk 'Merdeka Dibulan Ramadan'.

Merdeka ertinya kita bebas mentadbir dan menguruskan diri sendiri. Kita tidak terikat dengan cara dan peraturan pihak lain.

Ramadan pula bermaksud bulan yang amat dinantikan oleh setiap orang Islam yang menghargai kurniaan Allah SWT kepada umat manusia.

Merdeka di bulan Ramadan pula, boleh juga di kata bahawa kita telah membebaskan diri kita dari terikat dengan kehidupan kita sebelum Ramadan. Sebelum ramadan kita tidak berusaha untuk sampai dirumah sebelum Magrib kerana macam-macam urusan. Dibulan Ramadan, kita dapat membebaskan diri kita yang sentiasa balik lewat kerumah. Ramai yang mahu balik awal untuk sama-sama berbuka puasa di rumah. Inilah antara kurniaan Allah SWT yang amat besar kepada umat Islam. Kita akan melihat siapa diri kita dan dimana keluarga kita. Bulan ramadan telah memerdekakan diri kita dari amalan-amalan sebelum bulan puasa.

Merdeka di bulan ramadan juga boleh dikatakan sebagai usaha kita melepaskan diri dari peraturan-peraturan yang sebelum ini membantu melindungi kita dari salah laku. Contohnya, sebelum bulan puasa kita akan sentiasa berada dirumah di waktu Magrib untuk solat Magrib. Apabila kita merdeka dibulan ramadan, kita menggunakan alasan untuk berbuka puasa di luar rumah, untuk tidak berada di rumah pada waktu Magrib. Mungkin ada yang berbuka puasa di hotel-hotel yang tidal halal masakannya. Mungkin juga berbuka puasa dipadang dihadapan Masjid Negeri di Kuantan, berbuka bersama kekasih hati.

Ada macam-macam tafsiran yang boleh kita berikan mengenai 'Merdeka di Bulan Ramadan'.

No comments: