INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100824

Taman Pertanian Kuantan 1

Ini adalah seladang besi yang ditemui di Taman Pertanian Kuantan. Seladang besi ini kelihatannya tidak bergerak dan memandang sehala sahaja. Matanya yang merah menyala menampakkan betapa ganasnya seladang ini. Tanduknya yang runcing dan tajam jelas menunjukkan betapa bahaya jika seladang ini marah. Ia tidak banyak bergerak mungkin kerana kakinya telah cedera.

Seladang ini ditempatkan di kawasan dusun durian. Mungkin ditugaskan menjaga kawasan pokok durian. Mungkin juga untuk ditunggang oleh tuannya atau penjaga kebun untuk meronda sekitar kebun durian ini.
04
Untuk melihat seladang yang lebih 'real' kita boleh pergi ke Jenderak Seladang Sanctuary. Seladang di Jenderak Seladang Sanctuary lebih ganas dan berotot macam ahli bina badan.
03
Seladang Taman Pertanian Kuantan ni amat berbeza dengan seladang PUSAT PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR RUSA DAN SELADANG JENDERAK SELATAN KUALA KERAU PAHANG. Seladang di Kuala Krau untuk dimakan tetapi seladang di Taman Pertanian Kuantan ini untuk ditunggang sahaja.
02
Gambar seladang yang ada di pahangtrekker.malaysiatrekker.com pula nampak lebih 'cool' berbanding seladang di Taman Pertanian Kuantan. Mukanya nampak mesera dan mungkin amat ramah.
01
Menurut www.pahang-delights.com, seladang yang berada di Zoological Gardens London adalah Seladang Pahang. Seladang Pahang tersebut telah dihadiahkan kepada Governor of the Straits Settlement, Sir Cecil Clementi Smith pada tahun 1889.

No comments: