INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100812

TEMERLOH. Sup Gearbox

Rodong baik saya Cikgu Zahari Ali telah belanja saya menikmati sup gearbox. Kedai yang menjual sup gearbox ini berada di tepi Sungai Pahang. Gerainya berada berhampiran Sungai Pahang. Juga berada berhampiran stesyen bas lama Temerloh. Stesyen bas baru berada jauh dari Sungai Pahang. Gerai ini juga berhampiran dengan esplanet Temerloh.

Harga semangkuk sup gearbox ini RM16.00. Cikgu Zahari kata mahal sangat. Mungkin tuan kedai ingatkan Cikgu Zahari ni orang luar.

Cikgu Zahari ni dah berbelas tahun mengajar di sekolah sekitar Bera (SMK Mengkarak), Temerloh(SK Telok Ira) dan Mentakab (SK Abu Bakar). Dengan Cikgu Zahari jugalah saya banyak mendalami ilmu fotografi dan ilmu photoshop, bermula dengan photoshop 7.

Cikgu Zahari dah membeli banyak kamera. Antaranya adalah Fuji S7000, Canon S5is, Canon 20D, Canon 50D dan Canon G10. Lens yang dimiliki oleh Cikgu Zahari ada macam-macam. Ada Tamron, ada Sigma dan ada Canon EF dan Canon EFS. Harga lensnya pula adalah antara RM350 hingga RM4500. Cikgu Zahari juga membeli banyak peralatan untuk studio.

Akhir sekali TERIMA KASIH kerana membelanja saya sup gearbox yang mahal di gerai tepi Sungai Pahang. TERIMA KASIH juga kerana banyak mengajar ilmu fotografi digital. Ilmu fotografi analog pula saya banyak belajar dengan Lee Nam Photo di bandar lama Temerloh.
12
11
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

No comments: