-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101030

Siapa Dato Bahaman (5) Tokoh 3: Daeng Ramli Akil

Tokoh seterusnya adalah Daeng Ramli Muhammad Akil atau lebih dikenali sebagai Daeng Ramliakil. Beliau mengaku bahawa beliau bukan orang dalam bidang sejarah. Tetapi minat dalam bidang sejarah menyebabkan beliau berminat dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.
04
Beliau berpendapat Dato Bahaman Pahlawan Pahang adalah pejuang Fisabilillah. Dato Bahaman berjuang kerana agama. Dato Bahaman adalah pejuang Fisabilillah kerana perjuangannya menantang penjajah yang kafir yang hendak menawan Negeri Pahang.

Tok Gajah, Mat Kilau dan Dato Bahaman adalah Pejuang Fisabilillah(Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad)
03
Selain itu Daeng Ramliaki ada juga menyebut bahawa pejuang Islam akan mati dan hidup kembali tetapi bertukar nama.
02
Ada juga disebut bahawa mereka ini ada bersumpah dekat busut jantan di Kampung Mat Daling.
01
Akhir sekali beliau tidak dapat nak tegaskan bahawa Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman.

LINKS
1. http://daengramliakil.blogspot.com/
2. http://penaklmalaysia.blogspot.com/2010/01/baca-puisi-pena-8-januari-2009.html
3. http://penaklmalaysia.blogspot.com/2009/11/baca-puisi-bukti-perpaduan-5-jun-2009.html
4. http://praharaseni.blogspot.com/2002/02/kembara-puisi-pahang-meriah.html
5. http://sasterapicisan.blogspot.com/2010/10/benar-kata-daeng-ramliakil.html
6. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelukis-melukis-syaitan/Article/index_html

20101028

Siapa Dato Bahaman (4) Tokoh 2: Zainuddin Jumaat

Tokoh yang kedua semasa program 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang ini adalah Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat. Beliau adalah bekas ADUN Penor dan sekarang orang kuat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang serta DPMP Pahang dan Kuantan.

Pembentangan beliau banyak difokuskan pada, adakah Dato Bahaman adalah Tok Guru Peramu?
03
Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat ada menulis kepada Prof Datuk Khoo Khay Kim. Surat tersebut bertanyakan tentang cara nak dapatkan pengesahan siapakah Tok Guru Peramu. Prof Datuk Khoo Khay Kim menjawab surat Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat pada 8 Mac 1976. Antara jawapan Prof Datuk Khoo Khay Kim kepada Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat adalah:
- Orang yang mengaku perlu diasingkan segera daripada masyarakat.
- Tidak benarkan sesiapa membantu beliau
- Paling penting perlu ada orang yang mengaku.
02
Dari segi fakta sejarah, kita tidak boleh mengatakan Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Mungkin ada niat atau perjanjian bahawa dengan sesiapa bahawa Tok Guru Peramu tidak boleh mengaku dirinya sebagai Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Tetapi niat itu tidak membolehkan kita membuat pengesahan bahawa adalah benar bahawa Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang.
01
Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat ada membuat lawatan dan perjumpaan dengan Tok Guru Peramu. Bukan semata-mata untuk meminta supaya Tok Guru Peramu mengaku bahawa beliau adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat akan bertanyakan soalan yang mampunyai kaitan dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Tetapi apa yang ditanya lain yang dijawab.

Antara jawapan yang diberikan oleh Tok Guru Peramu kepada Dato Zainuddin Jumaat adalah:
-Batu sawar Kuala Kedah
-Mengeja mengaji angkat sembahyang
-Batu Bara Kuala Belah
-Kerusi kayu
-Kitab 18 buah keris 18 bilah

Secara rasminya dari sudut sejarah Dato Zainuddin Jumaat boleh mengatakan bahawa Tok Guru Peramu BUKAN Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Link
1. http://ms-my.facebook.com/people/Zainuddin-Jumaat/100000653766907
2. http://dpmpkuantan.blogspot.com/
3. http://asia.groups.yahoo.com/group/dewan_persuratan_melayu_pahang/

20101027

Sultan of Pahang’s birthday honours list 2010

Kita boleh membaca senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang ke-80 pada 24 Oktober 2010.

Antara darjah yang dianugerahkan adalah:

Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormat
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang - YANG AMAT DIMULIA PERINGKAT UTAMA SRI DIRAJA SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (SDSA)
Datuk Seri Adnan Yaakob

DARJAH KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DIMULIA - PERINGKAT PERTAMA SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (SSAP)

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA - PERINGKAT PERTAMA SRI INDERA MAHKOTA PAHANG - SIMP

DARJAH KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DIMULIA - PERINGKAT KEDUA DARJAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG - DSAP

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA - PERINGKAT KEDUA DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG - DIMP

Untuk melihat senarai penuh sila klik DISINI
[http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/10/27/central/7296241&sec=central]

Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan"

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Orlaith Inc Sdn Bhd akan mengadakan Majlis Perasmian Siri Jelajah Pahang. Dalam jelajah ini Orlaith Inc Sdn Bhd akan mengadakan Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan".

Majlis Perasmian Siri Jelajah Pahang: Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diadakan pada:

Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)
Tempat: Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang
Dirasmikan Oleh: YAB Menteri Besar Pahang

Antara pengisian program tersebut adalah:
-Pengkisahan oleh tokoh-tokoh ekonomi dan politik
-Persembahan teater
-Persembahan dokudrama
-Terowong masa
-Pameran agensi kerajaan dan swasta
-Gerai-gerai jualan produk tempatan

LINKS:
1. http://charmphoenix.blogspot.com/2010/07/tun-abdul-razak-bapa-pembangunan-suatu.html
2. http://pekan98.tripod.com/sejarah/riwayat.htm
3. http://www.budiey.com/mengenang-tokon-negarawan-tun-abdul-razak/
4. http://www.quebec-montreal.info/Tun_Abdul_Razak
5. http://www.arkib.gov.my/pra_pelancaran

Perakuan: Gambar yang disiarkan ini adalah gambar yang telah saya 'edit' berdasarkan gambar asal yang bertajuk 'The 34 miles Songsang-Jerantut road', tetapi saya telah terlupa dimana saya mendapat gambar ini.

20101026

Siapa Dato Bahaman (3) Tokoh 1:Noriah Sulung

Pembentang pertama adalah Puan Noriah bt Sulung, beliau membentangkan kajian ilmiah yang dilakukan tentang tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Kata beliau, "Cliford ada anak angkat bernama Mariam yang dibela kerana ibunya telah ditembak oleh askar Sheikh ketika mereka mengejar Dato Bahaman di Kuala Tembeling.
03
Beliau ada juga menyebut nama-nama yang berkaitan dengan keturunan Dato Bahaman iaitu:
- Salahudin
- Nilam Sari
- Raja Hamzah
- Cik Supian Salahuddin
02
Berdasarkan bahan-bahan kajian beliau, Puan Noraini berpendapat Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01

20101024

Siapa Dato Bahaman (2) Ahli Panel

Inilah gambar barisan ahli panel yang membuat pembentangan tentang 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang..
02

-Encik Daeng Ramli Akil
-Puan Noriah bt Sulong
-Dato' Haji Zainuddin b Haji Jumaat
-Encik Zainuddin b Azahari
01
Ketika saya sampai pada jam 10.36 pagi, Puan Noriah bt Sulong sedang membuat pembentangan. Apa yang dibentangkan sebelumnya saya tak sempat nak bertanya kepada orang lain.

20101022

Siapa Dato Bahaman (1) Penonton

Pada 8.7.2010 telah diadakan satu program Pengkisahan Sejarah tentang Dato Bahaman. Tokoh yang dijemput memberikan ceramah sudah tentu orang-orang lama. Manakala penonton yang mendengarnya pula juga orang-orang lama ada yang lebih lama makan garam daripada penceramah. Orang-orang muda yang kelihatan adalah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ini kerana kebetulannya program yang dinamakan 'Jejak Bahaman' ini diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
06
Saya ni, walaupun tak dijemput tetapi amat berminat untuk turut hadir bagi meramaikan penonton. Bukan pasal nak makan. Tak makan pun makanan yang dihidangkan. Tengok pun tidak. Perkara yang paling penting saya nak rakamkan gambar-gambar orang-orang lama yang hadir pada hari ini. Supaya saya boleh kenal. Juga supaya pembaca Laman Pahang boleh kenal. Kerana mereka yang hadir adalah mereka yang berminat dengan cerita Dato Bahaman.
05
Saya datang pun dah lewat. Program dah pun bermula. Seorang penceramah sedang menceritakan pengalaman beliau. Pandang kiri dan pandang kanan, saya nampak seorang dua yang saya kenal. Dengan alasan ada orang yang saya kenal, saya terus masuk dan duduk. Masuk pun ikut pintu belakang dan duduk pun kat belakang.
04
Sebelum menghadiri program ini saya rasa saya mempunyai sedikit sebanyak pengatahuan tentang Datuk Bahaman. Dalam program ini orang-orang lama telah bercerita tentang pelbagai perkara berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Baru sedikit cerita yang saya dengan saya dapat rasakan bahawa 'rupanya banyak sangat yang saya tak tau'.
03
Memang betul ... makin lama saya rasa pengatahuan yang saya ada tentang Dato Bahaman makin kecil dan makin tak berguna untuk orang lain. Semua orang bercerita tentang perkara yang kemungkinan orang lain tak tau. Memang betul sekali lagi ... banyak sangat yang saya tak tau.
02
Jangan kata nak bercerita tentang Jejak Dato Bahaman, malah lebih teruk lagi, saya tak boleh nak ceritakan semula pada orang lain siapa sebenarnya Dato Bahaman. Asal usul Dato Bahaman ada beberapa cerita. Kesudahannya (meninggalnya) pun ada beberapa cerita.
01
Saya tak layak untuk berkata tentang pendapat atau pengatahuan saya tentang Dato Bahaman. Kerana apa yang saya tahu amat amat amat sedikit. Apa yang boleh saya ceritakan adalah cerita-cerita orang lama. Semuanya yakin dengan cerita masing-masing. Bagi saya pula .. saya yakin mereka yakin dengan cerita mereka. Saya dengar ajalah. Jangan pandai-pandai nak beri pendapat.

20101020

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (C)

Selain menanam minat dan rasa suka dan cinta pada pakaian tradisional Melayu, anak-anak yang menyertai Pertunjukan Pakaian Tradisional ini berpeluang untuk melatih diri menjadi model. Mungkin dikalangan peserta ini yang akan menjadi The Next Top Model From Pahang.
08
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa ekor di kepala?
07
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa bertanduk di kaki.
06
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa tanduk di mulut
05
Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan.
04
Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu.
03
Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung
02
Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.
01

Kalau nak tahu jawapan pantun teka teki sila klik
DISINI
http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/

20101019

PENGIBARAN BENDERA NEGERI PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang akan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-80 pada 24 Oktober 2010.

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, bendera Negeri Pahang Darul Makmur dikibarkan di bangunan-bangunan Kerajaan, swasta dan premis-permis perniagaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur. Pengibaran bendera Negeri Pahang Darul Makmur bermula pada 23 Oktober 2010 hingga 26 Oktober 2010.

DAULAT TUANKU

Berita Terkini Online

20101018

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (B)

Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang turut dimeriahkan dengan Pertunjukan Pakaian Tradisional oleh kanak-kanak. Bila buat acara begini, mungkin boleh menyemaikan minat anak-anak terhadap pakaian tradisional kita. Mungkin ada yang tak tau yang baju Melayu kota ada dua jenis iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Itulah baju yang kina nak anak-anak lelaki kenal dan pakai. Kanak-kanak perempuan pula boleh bergaya dengan baju kurung piping, baju kurung riau, baju kurung pahang, baju kurung pesak gantung dan baju kebaya.

08
Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga.
07
Sangkut terendak dekat beranda, Orang papua anyam tak sudah;
Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah.
06
Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
05
Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga.
04
Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada.
03
Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang.
02
Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung.
01

Rujukan untuk pantun:
http://klasik.blogmas.com/tag/pantun-tradisional-melayu/

20101015

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (A)

Inilah suasana sekitar sambutan Hari Kanak-kanak sedunia yang diadakan di perkarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 13hb Oktober 2010. Acara dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh kanak-kanak sekolah rendah dan tadika.
08
Turut menyertai program sambutan Hari Kanak-kanak di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang adalah JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Digerai JUPEM ini anda boleh memeriksa harijadi hijrah anda dan melihat rupa bulan ketika anda dilahirkan.
07
06
05
04
03
02
01

Loket Berkalimah Allah dan Ayat Kursi

Loket ni koi dapat masa koi umur lebih kurang 5 tahun. Mula-mula koi ingat duit siling bukan buah rantai. Tapi buah rantai ni tok ki koi letakkan sama-sama dengan duit-duit siling lama yang banyak-banyak. Semuanya diletakkan dalam takar duit siling.
01
Tok Ki koi ni tinggal di Tanjung Pulai, Pulau Manis, Pekan, Pahang, Malaysia. Macam mana buah loket ni boleh berada dalam takar bersama-sama duit lama? ... koi tak tau. Setiap kali koi gi ke rumah tok ki koi, dia berikan takar yang berisi banyak duit siling lama untuk dibuat main. Ada macam-macam duit siling. Ada duit satu sen, duit setengah sen, suku sen dan duit 'kuin' (Queen).
02
Koi tak paham kenapa tok ki koi suruh koi main duit-duit siling lama ni. Apa nak dimainkan dengan duit-duit siling lama ni?

Jadi koi main lah susun-sunun. Macam-macam 'pesen' koi susun, bila dah jemu menyusun koi tinggalkan saja atas lantai. Siapa yang yang kena kutip, atok koi juga yang kena kutip dan menyimpannya. Koi tukang main dan tukang tabur.
03
Sampai satu masa koi terlintas nak ambil satu. Mula-mula koi susun duit-duit siling yang hendak diambil. Bila dan susun, baru senang nak pilih. Akhirnya koi pilih duit siling yang ini semata-mata kerana ada tulisan arab. Tambah menghairan kan lagi adalah ... apabila duit siling ini ada lubang di atasnya. Pelek juga kenapa duit arab ada benjol dan kat benjol tu ada lubang.
04
Bila dah besar baru koi tau, yang disangka duit siling bukan duit siling tetapi buah loket. Tapi manalah bebudak umur 5 tahun terfikirkan benda tu buah loket. Tambah pulak isi dalam takar tu duit siling lama. Kalau koi tau mungkin koi dah pakai gantung kat tengkok. Tentu kagum kekawan tengok koi pakai rantai pusaka macam Hang Tuah. Kalau lumba lari tentu 'menciput' koi lari meninggalkan peserta yang lain. Dan tentu jadi olahragawan MSSM. Mungkin sekarang dah jadi jurulatih olahraga untuk Sukan Komanwel 2010 New Delhi.
05
Bila difikirkan-fikirkan pulak, kalau budak lima tahun pakai tentu 'rata' koi 'redah'. Bukan 'takat' berlari, 'berambat', memanjat, menyakat dan sampai ketandas mau koi bawok sekali. Jahanam jadinya. Pasal kat loket ada ukiran kalimah 'Allah' di depannya dan ada terukir 'Ayat Kursi' dibelakangnya. Ada orang kata loket ini untuk 'Pendinding Diri'. Tapi koi tak pernah pakai. Bini koi pula tentu lagi tak minat.
06
Buah loket ni koi pernah tunjuk pada satu orang tua yang tau banyak cerita-cerita lama.
Orang tua tu tanya, "Kat mana awak ambil benda ni?"
Koi jawab, "Atok koi punya."
Orang tua kata lagi, "Buah loket ni ada dua"
(Nama orang tua tu Tok Merah/Tok Cik)

Maksudnya ada sepasang.
07
Kalau ada sesiapa yang ada menyimpan satu lagi buah loket ni, nak sangat koi jumpa dengan orang tu. Mungkin banyak yang boleh kita bercerita. Mungkin ada kaitan dengan pahlawan-pahlawan Pahang.
08
Kalau ada sesiapa yang nak mintak loket ni, terus terang koi cakap koi lokek nak beri.

INILAH CERITA YANG DILUAHKAN OLEH ENCIK SAIFUL.
Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di PPAP. Jika sesiapa ingin pengesahan cerita ini, sila berjumpa dengan beliau.