-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101101

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Difinasi memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangasaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuhkan BI membawa maksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat national dan antarabangsa.

Tujuan MBMMBI

Tujuan utama memartabatkan BM adalah kerana BM merupakan bahasa kebangasaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina negara bangasa untuk mencapat hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuhkan BI adalah kerana BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasi dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat national dan global.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa sains dan matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh mirid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangasaan, bahasa Cina di SRJKC dan bahasa Tamil di SJKT. KPM melaksanakan MBMMBI melalui :
-12 strategi BM
-10 strategi BI

Pemansuhan PPSMI secara "Mendarat Lembut' (Soft Landing) akan dilakukan dalam 3 strategi.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memertabatkan bahasa Malaysai, memperkukuhkan bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuki menguasi ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.

SUMBER RUJUKAN.
Dipetik daripada buku 'Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris' terbitan Unit Kominikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia.

Tel: 03 8884 6000 Faks: 03 8888 8434 Hotline: 03 7723 7070

http://www.moe.gov.my
kpkpm@moe.gov.my

No comments: