INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20101126

Nobody perfect in this world!

Tak tau kenapa, tiba-tiba saya tertarik nak ke LIFE IS TOO PRECIOUS [http://www.anilezfa.com]. Rupanya saya terpanggil kerana ayat 'Nobody perfect in this world!'. Bukan ayat yang baru tetapi anilezfa.com menyebabkan saya termenung pikirkan ayat ini. Ayat yang boleh tenangkan jiwa orang-orang yang selalu 'kena'.

Memang ada orang yang beria-ia sangat nak orang lain buat seperti yang dia nak buat. Banyak sangat perkara yang orang lain buat tak betul. Apa yang dia buat betul. Apa yang dia pikirkan betul. Kalau kita kata dia tu tak betul, berterusan kita akan dikatakan tak betul. Bila dah jadi gini, berpusing-pusing jiwa dan perasaan kita pikirkan jalan nak selesaikannya. Ada sesetengah orang tak sanggup nak lukakan hati orang yang telah melukakan hatinya. Biar kita menyimpan luka-luka tersebut. Sampai masa nanti orang-orang tu akan terima balasan masing-masing.

Selalunya bila kena, ada yang pilih diam aja dan cuba merendah diri sahaja. Ayat 'Nobody perfect in this world!' boleh dijadikan ubat untuk orang yang selalu 'kena' tetapi tak mahu balas. Untuk tenteramkan jiwa yang telah dihentam, kita boleh juga gunakan ayat 'biarkanlah kita dengan cara kita dan dia dengan cara dia'. Ayat 'Hello … this is my life' pun elok juga digunakan jika kita nak pertahankan diri kita.

Saya sedar, saya bukan manusia yang hebat. Sebab itu akan berhadapan dengan orang-orang amat suka 'kenakan orang.' Inilah ketentuan Allah SWT untuk menguji hambanya.

Terima kasih Fazelina terima kasih anilezfa.com.
Itulah ayat yang kita cari.

Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI.
[http://www.anilezfa.com/l-i-f-e]

No comments: