INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20101215

Buaya di pantai Teluk Cempedak

Sebelum ini kita pernah dengar berita buaya telah 'mendarat' di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat satu tan mungkin telah terlajar dari rumahnya di Sungai Linggi dekat.

Pada 14 Disember 2010, jam 8 malam, adalah giliran pengunjung pantai Teluk Cempedak dikejutkan dengan 'mendaratnya' seekor buaya tembaga seberat 200 kilo. Buaya Telok Cempedak ini telah tersasar dari habitat asalnya Sungai Kuantan semasa air pasang. Mulanya disangkakan ikan tut tut ikan kepala tembaga. Spesies buaya tembaga ini pernah ditemui di Chendor, Cherating pada 2008. Kini telah beralih ke Teluk Cempedak pula.

Buaya tersebut telah berjaya ditangkap oleh seramai lapan orang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berhampiran kawasan berbatu. Ketika ditangkap buaya ini tidak melawan kerana telah letih.

Buaya berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malamnya. Pengarah Perhilitan Pahang Khairiah Mohd Shariff memaklumkan Bahawa buaya sepanjang 3 meter ini telah dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, kehadiran buaya tembaga di Pantai Teluk Cempedak tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke Telok Cempedak.

Walau bagaimanapun, masyarak tetap berharap kerajaan akan mengambil suatu tindakan yang berpatutan supaya tiada kejadian buruk berlaku kepada pengunjung atau pelancong.

LINKS:
1. lulu-pages.blogspot.com - Buaya Tembaga terdampar di Pantai Teluk Chempedak
2. www.bernama.com.my - Buaya Tembaga Dijumpai Terdampar Di Pantai Teluk Chempedak
3. mstar.com.my - Buaya Tembaga Dijumpai Terdampar Di Pantai Teluk Chempedak
4. www.theborneopost.com - Buaya tembaga terdampar di Pantai Teluk Chempedak
5. destiniey.blogspot.com - Buaya Tembaga Dijumpai Terdampar Di Pantai Teluk Chempedak
6. cikyam.com - buaya tembaga terdampar di pantai teluk cempedak kuantan
7. www.cikgudahlia.com - Buaya tembaga terdampar di Telok Cempedak.
8. www.sinarharian.com.my - Buaya terdampar di TC

No comments: