INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20101210

Kayuhan Mahkota Pahang 2010 - TUNDA

Sehingga petang tadi, sebelum Mesyuarat Teknikal Kayuhan Mahkota Pahang 2010, seramai 640 orang peserta telah mendaftar.

Senari peserta adalah seperti berikut:
Datang sendiri-116 orang, Beserah-77 orang, Taman Tas-53 0rang, Permatang Badak-23 orang, Cenderawasih-7 orang, Bukit Sekilau-9 orang, Taman Impian-32, balok-51, Sungai Ular-30, Indrapura-14, Air Putih-14 orang, Taman Gelora-19 orang, Jerantut-43 orang, Rompin-45 orang, Temerloh/Bera-51 orang, Bentong/Raub/Lipis-31 orang dan Jengka-28 orang.
Namun dukacitanya dimaklumkan Kayuhan Mahkota Pahang 2010 dari Bukit Istana ke Teluk Cempedak yang dijangkakan pada 18.12.2010 (Sabtu) terpaksa ditukar ke tarikh lain. Mesyuarat telah memutuskan untuk menjalankan acara ini pada bulan Februari 2011. Sabar.

Walau bagaimanapun kayuhan pada bulan Disember ini akan tetap dijalankan. Ramai yang dah bersemangat nak berbasikal beramai. Kalau tak jadi, nak jadi juga, kecil atau besar tak jadi hal. Maka kita semua akan dapat juga berbasikal beramai-ramai pada:

Tarikh: 19.12.2010
Hari: Ahad
Masa berkumpul: 1.30 petang
Tempat berkumpul: Taman Kerang, Kuantan, Pahang.
Mula berkayuh: 3.00 petang
Tempat tuju: Pantai Sepat, Kuantan Pahang.
Nama program: KAYUHAN LAYANG-LAYANG 2010: Taman Kerang - Pantai Sepat

Kayuhan Layang-layang ini adalah bersempena 'Festival Layang-Layang Di Pantai Sepat 2010'. Festival ini dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 17 - 19 Disember 2010 (Jumaat-Sabtu-Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 11.00 Malam
Tempat : Pantai Sepat, Mukim Penor, Kuantan
Dirasmikan oleh: YB Dato' Hj. Shafik Fauzan Bin Hj. Sharif, D.I.M.P

Pengisian 'Festival Layang-Layang Di Pantai Sepat 2010' adalah: - Pertandingan Layang-layang Wau Bulan, Wau Barat / Daun dan Wau kite - Persembahan Kombo / Briged serta Band Jemputan - Demontrasi membuat Layang-layang - Bengkel Kraftangan - Jualan Produk Kraftangan dan Produk Tempatan - Pameran Homestay - Sukan Rakyat - Pertandingan Karaoke.

LINKS:
1. www.pahangtourism.org.my -FESTIVAL LAYANG-LAYANG NEGERI PAHANG
2. mpk.gov.my - Festival Layang-Layang Di Pantai Sepat 2010
3. www.facebook.com - 'Popularkan permainan layang-layang'

1 comment:

Pyan Manan said...

http://homestaymahkota.blogspot.com

Homestay Mahkota
No.11,Lorong TJM 21,
Taman Jengka Mahkota,
Bandar Tun Abdul Razak,
Jengka,Pahang

012-3896597-Supian
012-4444109 -Mas