-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100430

Semelai Bukit Rok (6) BERA

Puteri-puteri Semelai juga berminat untuk menyumpit. Walaupun mereka tidak perlu menggunakan sumpit untuk mencari rezeki pada masa ini. Tetapi sumpit tetap menjadi lambang kepada kehidupan Orang Asli.
05
Memastikan sasarannya tidak bergerak.
04
Nak pastikan batang sumpit lurus, jadi tujahannya tepat mengenai bulatan yang menjadi sasaran.
03
Masih tersitu-sipu malu dengan dirinya yang masih baru nak mencuba. Apatah lagi meletakkan batang sumpit yang besar dan panjang di bibir gadis Semelai yang ayu ini.
02
Tangan pun tak kuat untuk memegang batang sumpit yang penjang dan berat. Ada yang membantu memegang tangan supaya batang sumpit tidak bergoyang. Jadi hembusan akan tepat menuju sasaran.
01
Tak percaya? Masih ada rasa bimbang yang bantang sumpit tidak lurus, jadi mustahil untuk tepat mengenai sasarannya.

20100429

Semelai Bukit Rok (5) BERA

Menyumpit bukan sahaja terhad kepada penduduk kampung sahaja, Tok batin juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyumpit.
05
Bersedia untuk menyumpit, nafas ditarik dalam-dalam supaya peluru sampai ke sasaran. jangan jatuh di tengah jalan.
04
Tok Batin semakin yakin dengan sasaran yang akan disumpit.
03
Yaa... tepat menuju sasaran.
02
Ada yang melihat kepada sasaran yang hendak disumpit. Ada juga yang melihat gaya yang dipersembahkan oleh penyumpit.
01
nampak gaya nya tak berapa tepat, sebab tu tak ada yang bersorak.

20100428

Semelai Bukit Rok (4) BERA

Menyumpit adalah keadan tradisi masyarakat Orang Asli Semelai di Bera, Pahang, Malaysia. Pada hari ini menyumpit bukan sahaja digunakan sebagai alat untuk memburu tetapi digunakan juga sebagai alat untuk pertandingan.
05
Yang menyumpit dan yang memerhati sama-sama serious dalam memberikan tumpuan.
04
Anak-anak kecil pun teringin menikmati rasa menyumpit.
03
Ini pastinya sumpitan yang tepat ke sasaran.
02
Wanita Orang asli Semelai pun tak kurang hebat dalam menyumpit.
01
Cukup ke nafas untuk menyumpit?

20100427

Semelai Bukit Rok (3) BERA

Pertandingan Menyumpit Antara Orang Asli Semelai yang diadakan di SK Bukit Rok, Bera, Pahang, Malaysia.
04
Bercermin mata tidak menghalang untuk membidik sasaran dengan tepat.
03
Tenangkan diri sebelum membuat sumpitan.
02
Telah pasti dengan sasaran yang hendak disumpit.
01
Bersedia untuk menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuat hembusan menyumpit.

20100426

Semelai Bukit Rok (2) BERA

Daerah Bera-Negeri Pahang-Malaysia. Orang Asli Semelai menyumpit di Kampung Bukit Rok.
05
Memberikan tumpuan yang 100% ketika hendak menghembuskan nafas.
04
Kawan-kawan memberikan sokongan kepada menyumpit.
03
Bukan penyumpit sahaja perlu memberikan perhatian tetapi penyokong juga memberikan perhatian 100%.
02
Sedang memasukkan peluru untuk menyumpit.
01
Tergamam kerana tidak sasaran tidak tepat.

20100425

Semelai Bukit Rok (1) BERA

Lebih kurang 6 tahun saya berumah di Daerah Bera. Macam macam gambar telah dirakamkan. Banyak yang telah disimpan dalam blog. Tetapi saya masih tidak berkesempatan untuk merakamkan aksi Orang asli menyumpit.

Pada kali ini di Perkampungan Orang Asli Semelai Bukit Rok saya berpeluang merakamkan aksi dan emosi Orang Asli Semelai ketika menyumpit. Banyak gambar aksi dan emosi yang sempat dirakamkan.
05
Cara peggang batang sumpit yang rapat dengan mulut.
04
Nampak cara ini macam pro.
03
Tak tau bila orang nak bagi giliran adik ni pula menyumpit.
02
Bersemangat melihat golongan remaja dan dewasa menunjukkan kemahiran menyumpit.
01
Tidak mahu ketinggalan menunjukkan bakat menyumpit.

20100424

Pembinaan Benting Sungai KUANTAN

Dalam perjalana keluar dari Perrumahan Taman Tanah Putih Baru ternampak pembinaan yang sedang dijalankna di tebing Sungai Kuantan. Mungkin kerja-kerja membuat tembok penahan banjir.

Kalau ada sesiapa yang tau boleh la bagi tau. Saya cuma teka-teka aja.
08
Rumah mahal. Amat sesuai untuk mereka yang mampu berhutang sampai RM1,000 sebulan.
07
Sungai Kuantan yang kelihatan amat manarik untuk melakukan aktiviti memancing ikan. Umpan udang hidup boleh beli kat Encik Hussain di Taman Tanah Putih Baru.
06
Jambatan dan boat.
05
Kerja-kerja mengorek sedang dijalankan.
04
Korek lagi.
03
Waaaa!
02
Mungkin budak baju merah sedang pikir, 'bila nak siap ni. tak sabar rasa nak main'
01
Ini pun boleh dijadikan permainan oleh bebudak. Maklum la bebudak. Semuanya nak dimainkan. Macam kita juga masa bebudak.

20100423

Penjual Umpan KUANTAN

Ketika berpusing-pusing di Taman Tanah Putih Baru, terjumpa dengan rumah Encik Hussain yang ada menjual 'Umpan Udang Hidup'. Harganay antara 20 sen hingga 40 sen. Boleh dibuat tempahan sehari sebelun nak guna. Kalaun nak membuat tempahan anda boleh call handphone Encik Hussain 013-998 6942.
05
bersedia menerima tempahan umpan udang hidup.
04
03
02
01

20100422

Kedai Makan di Bandar Pusat Jengka MARAN

Kami berkesempatan untuk menikmati makanan di sebuah kedai makan di Bandar Pusat Jengka. Saya tertarik nak masuk ke kedai ni pasal melihatkan kepada kerusi-kerusi kayu yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan yang datang.
05 Mee rebus
04
Mee lakna Jengka. Mungkin ada yang biasa dengan mee lakna yang berwarna putih. Kali ini berjumpa dengan yang bukan warna putih.
03
Air.
02
Air.
01
Biasalah ada yang tak boleh tinggalkan telur.

20100421

Pembinaan Jalan MARAN

Pada 10.3.2010 saya berpeluang untuk melawat ke daerah Lipis. Dalam perjalanan ini kami telah melalui satu kawasan jalan yang sedang dalam pembinaan. Disekitarnya terdapat rumah-rumah Orang Asli.

Kalau ada sesiap yang pasti nama tempat ini boleh la tolong bagi tau.
05
Masih ada kenderaan yang terpaksa menggunakan laluan ini.
04
Jalan yang berpasir dan merbahaya kepada kereta-kereta kecil.
03
Busut bertiang.
02
Rumah Orang Asli. Nampak seperti kebanyakan rumah-rumah yang biasa kita jumpa.
01
pada masa ini tak nampak penghuninya. Mungkin mereka sedang kerja.