-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110106

Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga

Berikut adalah petikan amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI yang dikemaskini pada 06/01/2011.

Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)


SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) dikemaskini pada 11.45 pagi, 06/01/2011 Hujan sederhana yang turun dari semasa ke semasa di Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai) dan Pahang (Daerah Kuantan, Maran dan Pekan) dijangka berterusan sehingga Sabtu, 8 Januari 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada: 11.45 pagi, 06/01/2011 Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut dan Setiu) dan Pahang (Daerah Rompin, Bera, Temerloh dan Jerantut) dijangka berterusan sehingga malam Sabtu, 8 Januari 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

No comments: