INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20110310

AMARAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada: 12:36pm pada 10 Mac 2011

SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikeluarkan: 12.15 petang 10/03/2011

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikemaskini pada 5.30 petang 9 Mac 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Rompin) dan Johor (Daerah Kota Tinggi dan Mersing) dijangka berterusan sehingga malam Jumaat, 11 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

i) Dikemaskini: 12.15 petang 10/03/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan dan Pekan) dan Johor (Daerah Johor Bharu, Kulaijaya, Pontian, Ledang, Segamat, Kluang, Muar dan Batu Pahat) dijangka berterusan sehingga malam Jumaat, 11 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

No comments: