INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20110501

Makam Sultan Muhammad Shah

Mahu tau dimana lokasi makam ini klik DISINI.
11
Sebelum sampai zaman Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475), pahang telah diperintah oleh zaman yang dipanggil:
-Pahang Di Zaman Bahari
-Pemerintah Pahang di Zaman Majapahit (1365)
-1.Pemerintahan Maharaja Tajau (1378)
-2.Pemerintahan Maharaja Tasik Cini (1411-1416)
-Pemerintah Pahang di Zaman Taklukan Siam (1436- 1454) 3.Maharaja Dewa Sura
10
Pemerintah Pahang di Zaman Taklukan Melaka bermula dengan pemerintahan
09
(4) Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475)
08
Sebelum Raja Muhammad memerintah Pahang, Negeri Pahang di perintah oleh wakil raja Melaka yang bernama Dato Seri Bija Diraja. Kedudukan beliau ketika itu di Pahang seperti raja.
07
Raja Muhammad sepatutnya mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa sepaktakraw yang mengenai kepala baginda,langsung di bunuhnya anak bendahara kerana peristiwa itu,maka baginda dihantar menjadi raja di Pahang.
06
Beliau dilantik menjadi raja Pahang pada tahun 1470 dengan gelaran Sultan Muhammad Shah.
05
Wilayah kekuasaan baginda dari Sedili hingga ke Terangganu. Baginda bersemayang di Tanjong Langgar Pahang Tua, Pekan, terdapat banyak makan raja Melaka di Pahang Tua.
04
Dengan tertaaluknya Pahang ke bawah kekuasaan Melaka,maka dengan resminya Pahang sudah menjadi sebuah negara Islam ketika itu.
03
Maka rakyat jelata yang sudah ramai memeluk Islam menyambut baik kedatangan raja Melaka yang membebaskan mereka dari cengkaman Siam yang beragama Budhha.
02
Kedatangan orang Melaka bukan sahaja mengubah corak pemerintahan dan politik, akan tetapi membawa bersama mereka Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Laut Melaka yang berasaskan perundangan Islam dan bermazhab Syafiee.
01

SUMBER:
sejarahislampahang.blogspot.com

No comments: