INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20110725

03 Kembara Kg Bukit Mat Daling - 1 Jeti Kuala Tahan

10
Di Taman Negara ini banyak restoran terapung. Ada antaranya dimiliki oleh penduduk Kampung Bukit Mat Daling. Inilah hasil kemajuan yang dapat dinikmati oleh beberapa orang pendukuk Kampung Bukit Mat Daling.
09
08
07
06
05
04
03
02
01

20110720

Program Rasmi Pahang - Julai 2011

18 Jul 2011

Cameron Highlands
Seminar Keluarga Bahagia Anjuran Unit Pembangunan Keluarga dan Perundangan Syariah Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands

Pekan
PROGRAM KEMBARA COMMUNITY POLICING DAERAH PEKAN

Kuantan
Majlis Taklimat Projek LYNAS Malaysia Sdn, Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan Kepada Pegawai Dan Kakitangan Agensi Kerajaan Di Negeri Pahang

Pekan
KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS NEGERI PAHANG KE PDK TITIAN MURNI

19 Jul 2011

Kuantan
Program Musicthon 2011 Anjuran Khoo Academy Of Music & Art dan Persatuan Simfoni Orkestra dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang

Kuantan
Program Musicthon 2011 Anjuran Khoo Academy Of Music & Art dan Persatuan Simfoni Orkestra dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang

Bera
Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli Semelai Daerah Bera di Kg.Chuat

Temerloh
Program Polis DiRaja Malaysia Bersama Pengusaha Shell Negeri Pahang

20 Jul 2011

Lipis
Majlis Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Ke Daerah Lipis

Pekan
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN JPS PAHANG

Cameron Highlands
Program Larian Senam Cergas Komuniti Peringkat Daerah Cameron Highlands 2011.

Rompin
Program Mesra Minda Di Perkampungan Orang Asli Ganoh,Bukit Ibam Rompin

Rompin
Program Ceramah 1Malaysia Di SMK Pontian Jaya Rompin

Lipis
Program Kembara Community Policing PDRM Pahang Bersama penduduk Mukim Gua.

Temerloh

Perasmian Hari Keluarga Perkim Daerah Temerloh

Kuantan
Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Pembukaan Pejabat Penerangan Daerah Kuantan

21 Jul 2011

Temerloh
Lawatan Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ke Daerah Temerloh

Rompin
Program Sambutan Ambang Ramadhan Forum Perdana Al Muqorrobin Daerah Rompin2011

22 Jul 2011

Lipis
Bengkel Kesedaran & Pencegahan Seksual Kanak-Kanak & Pengenalan Program Saya Selamat Peringkat Zon Pahang Barat

Lipis
Program Inkuiri Nasional Tanah Adat Orang Asli di RPS Betau.

Kuantan
Majlis Pelancaran Bulan Muamalat 2011 Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Bera
Majlis Penerangan Bersama pihak Berkepentingan (Stakeholder) Daerah Bera Bagi Perlaksanaan RSPO ( Roundtable On Sustainable Palm Oil) FELDA Wilayah Mempaga

23 Jul 2011

Cameron Highlands
Karnival SHAH Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah Cameron 2011

Temerloh
Program Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asli di Negeri Pahang Oleh Pengerusi SUHAKAM Malaysia.

Kuantan
Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Ke 5 di Kem Mekanize Batu 10 Kuantan Oleh YB Menteri Dalam Negeri

24 Jul 2011

Kuantan
Majlis Perasmian Penutup Bulan Muamalat 2011 Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Kuantan
Majlis Perasmian Hari Potensi TABIKA KEMAS Peringkat Parlimen Kuantan Tahun 2011

Pekan
Majlis Dailog Dan Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

25 Jul 2011

Lipis
Program Pertandingan Karaoke 1 Malaysia Masyarakat Orang Asli Kg. Temetong.

Program Pertandingan Karaoke 1 Malaysia Masyarakat Orang Asli Kg. Temetong, Cheka anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Lipis & Komunit 1 Malaysia Mukim Cheka 1 akan diadakan pada 25 Julai 2011 ( Isnin ) bertempat diperkarangan Balairaya Kg. Temetong jam 9.00 malam.

26 Jul 2011

Temerloh

Majlis Perasmian Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin Peladang.

Pengerusi JK Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB.Dato'' Haji Mohamad Sharkar bin Haji Shamsuddin akan menyempurnakan majlis perasmian Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin Peladang di Dewan Sri Mentakab, Bandar Mentakab pada hari Selasa, 26 Julai 2011 jam 9.00 pagi.

27 Jul 2011

Jerantut
Majlis Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Ke Daerah Jerantut pada 27 Julai 2011 ( Rabu ) dan cadangan aturcara lawatan seperti berikut :

-10.00 pagi : Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang di Bilik mesyuarat Majlis Daerah Jerantut
-2.30 petang : Majlis perjumpaan dengan orang ramai, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dalam daerah Jerantut dan ketua Jabatan daerah di Dewan Jubli Majlis Daerah Jerantut.
-8.00 malam : Majlis Perjumpaan dengan kepimpinan BN peringkat Bahagian Jerantut di Dewan UMNO Bahagian Jerantut

28 Jul 2011

Kuantan
Keberangkatan KDYTM Tengku Puan Pahang Ke Majlis Konsert Amal Little Petrel Art Troupe And Choir Guangzhou China di Auditorium RTM Kuantan pada 28 Julai 2011 jam 8.30 malam.

Temerloh
Program Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kontinjen Negeri Pahang

Y.A.B. Menteri Besar Pahang, Dato'' Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob akan menyempurnakan majlis perasmian Program Bulan Pencegahan Jenayah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang di Perkarangan Pasaraya Tunas Manja Temerloh pada hari Khamis, 28 Julai 2011 jam 2.30 petang.

Temerloh

Majlis Perasmian Program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli

Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Dato'' Haji Mohd.Sani bin Mistam akan menyempurnakan majlis perasmian Program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Padang Bola Kg.Pian, Kuala Krau pada hari Khamis, 28 Julai 2011 jam 2.30 petang.

Lipis
Majlis Ceramah Agama Bulanan Anjuran Majlis Daerah Lipis akan diadakan pada 28 Julai 2011 ( Khamis ) bertempat di Dataran Residen, Kuala Lipis jam 9.00 malam.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Nor Asmadi bin Mohamad Nor, Pegawai Agama PUSPEN Benta dengan tajuk ceramah " Puasa dan Ramadhan ". Orang ramai dijemput hadir.

Kuantan

Majlis Perasmian Penutup Aktiviti Khemah Kelab Setia 1 Malaysia Peringkat Negweri Pahang 2011 di Kem. Rejimen Askar Wataniah 505 Jalan Pekan-Rompin Sungai Miang Pekan pada 28 Julai 2011 jam 2.00 petang.

02 Kembara Kg Bukit Mat Daling - 1 Jeti Kuala Tahan

10
09
08
07
06
05
Kerapkali kita akan bertemu dengan pelancong luar negara yang datang berkunjung ke Taman Negara.
04
03
02
01

20110714

Nak kayuh dengan siapa?

Ada orang yang tiba-tiba timbul minat mengayuh setelah tengok orang lain atau sekumpulan orang mengayuh basikal. Kadang-kadang juga minat timbul secara tiba-tiba setelah diajak oleh kawan atau teringatkan kenangan lama berbasikal. Ada juga yang tiba-tiba mengayuh kerana nak selesaikan masalah kesihatan. Ada cerita 'kononnya' apabila mengayuh boleh menurunkan tahap penyakit kanser. Ada juga 'kononnya' mengayuh boleh memulihkan sakit lutut yang berpunca dari kekurangan minyak grease. Lagi seronok apabila ada yang tiba-tiba mengayuh setelah tak tau nak buat apa, maka diambilnya basikal anak terus dibawa kayuh keliling taman.
13
Bagi mereka ini yang telah melepasi tahap SATU iaitu timbulnya minat mengayuh akan berhadapan dengan tahap DUA iaitu basikal apa nak beli (racing atau mtb atau rac+mtb) dan berapa harga yang sanggup dibayar. Seterusnya mereka akan berhadapan dengan tahap TIGA dengan sapa nak kayuh (kayuh sorang atau kayuh kumpulan kecil atau kayuh kumpulan besar atau kayuh dengan keluarga). Jika mereka telah berjaya mereka akan maju ke tahap EMPAT iaitu nak kayuh ke mana (nak terus kayuh dari rumah atau nak kena punggah dengan kereta ke tempat mula mengayuh) dengan kumpulan yang dipilih.
12
Sekarang kita kembali kepada tajuk, Nak Kayuh Dengan Siapa (tahap tiga). Untuk menjawab soalan 'Nak Kayuh Dengan Siapa' kita kena kembali kepada apa tujuan kita mengayuh. Jika kita telah mengenal pasti tujuan yang benar-benar tersirat dalam hati kita maka senanglah kita membuat keputusan nak kayuh dengan siapa.
11
Orang yang mengayuh basikal racing mempunyai tujuan sebenar yang berbeza dengan orang yang mengayuh basikal mtb. Bagi pengayuh mtb yang menggunakan tayar offroad mempunyai tujuan yang berbeza dengan orang yang mengayuh menggunakan tayar mtb onroad.
10
Orang yang baru nak mula mengayuh basikal boleh mengayuh sorang-sorang dulu. Tak menjadi kejanggalan jika kita mengayuh basikal sorang-sorang kerana berbasikal adalah sukan individu. Tak perlu ada dua orang nak mula mengayuh macam main ping-pong atau badminton atau tenis. Tak perlu ada 6 orang macam takraw atau 22 orang macam bola sepak. Ada basikal boleh terus mengayuh sorang-sorang, tak perlu tunggu ada 2 orang atau 6 orang atau 22 orang. Nanti anda akan berjumpa dengan kumpulan yang sesuai dengan anda.
09
Mengayuh ni macam main main squash, ada reket ada bola dan ada dinding boleh mula. Macam juga menambak dan memanah, ada kelengkapan memanah/menembak dan lapang sasar boleh mula. Berbasikal juga macam kayak individu, ada kayak ada paddel ada tasik/sungai/laut boleh mula.
08
Bezanya berbasikal dengan sukan-sukan tersebut adalah berbasikal boleh bermula terus dari rumah dan tamat setelah kembali semula ke rumah. Ad juga yang gagal kembali, sampai separuh jalan telefon isteri mintak datang ambil dengan kereta.
07
Bila ngayuh sorang-sorang ni ada masanya bosan juga. Teringin nak kayuh berkawan-kawan macam orang lain. Nak cari kawan mengayuh mtb onroad susah sikit. Kalau kita berkawan dengan orang yang kuat kita tak boleh ikut, tak boleh nak kejar. Kalau kita berkawan dengan orang yang tak kuat, kita pula tak berpeluh mengikut belakang kawan yang kayuh perlahan ni.
06
Kita kena cari orang yang sama kuat atau sama tak kuat macam kita. Susah juga nak cari orang yang macam ni.
05
Caranya, kalau kita nak berkawan dengan orang yang kuat kita kena banyak berlatih supa sama kuat macam mereka. Kalau kita nak nak berkawan dengan orang tak kuat macam kita kiat kena dapat timbulkan rasa seronok 'kayuh slow rock' atau 'kayuh sentimental' ni. Kalau kita selalu pecut dan tinggalkan mereka macam mana nak berkawan.
04
Kita kena cari orang yang jiwanya sama dengan kita baru kita boleh mengayuh sama-sama. Individu yang jiwanya gila-gila dan hotfm tentu nak kayuh gila-gila dan hot-hot, tentu tak sesuai kayuh dengan kumpulan yang jiwanya romantis. Mereka yang jiwanya gila akan kayuh 'bersempudai', ( ada yang belah kanan, ada yang jauh kedepan, ada yang jauh kebelakang dan ada yang tak tau dimana).
03
Mereka yang jiwa romantis, jiwa 60an, jiwa klasik, jiwa ikim tentu mahu mengayuh tertib dan berdisplin. Bila kumpulan mereka mengayuh nampak macam pergerakan keretapi atau ular anaconda. Panjang tapi tak terputus-putus. Kita boleh kenal kumpula ini adalah apabila pakaian mengayuh mereka adalah biasa-biasa aja. Cara mereka bercakap dan bergurau adalah lembut dan sopan. Bila berjumpa orang baru mereka akan bersalam dan bertanya khabar.
02
Akhir cerita, teruskan mengayuh walaupun seorang pada peringkat permulaan, satu masa nanti anda akan jumpa orang yang sehati dan sejiwa untuk dijadikan rakan mengayuh.
01
Berbalik kepada gambar basikal yang ada. Basikal ni masih lagi menggunakan rangka Jamis Trail X 3.0. Berbanding Jamis Trail X 3.0 yang sebelum ini, menggunakan rim regeda, hub formula dan lidi bukan aloi. Sekarang Jamis Trail X 3.0 ini telah bertukar kepada rim mevik, hub deore dan lidi aloi. Jamis Trail X 3.0 ini telah dijual kepada orang lain.

20110706

Makan-makan di Tanjung Api Kuantan

Kedai makan di kawasan Tanjung Api iaitu di kawasan Kompleks Hasil Laut Kuantan menyediakan pelbagai makanan popular untuk pengunjung. kawasan ini juga memudahkan pengunjung menikmati makan minum pagi dan membeli hasil laut yang masih segar di pasar ikan yang berhampiran.
16
15
Disamping makan dapat menikmati pemandangan kapal-kapal menangkap ikan.
14
13
12
11
Kedai Azani gerai makan kompleks hasil laut 25000 KUANTAN. Sedia menerima tempahan.
10
kita turut juga akan dihiburkan dengan gelagat kucing-kucing Tanjung Api. Ada yang suka bermain dan ada juga yang suka meminta makanan. tetapi mereka semua sopan-sopan, tiada yang suka melompat atas riba orang yang sedang makan.
09
08
07
06
05
04
03
02
Jika kita tidak mempunyai angan-angan terlebih dahulu, sampai disini akan membuatkan kita rambang mataa untuk memilih apa yanh hendak dimakan.
01
Menikmata selera disamping pemandangan tepi jeti suatu yang menambah selera makan.