INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20110703

Daging Salai Selera Desa Puan Ros

Puan Rosmawati di Unit IT di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Dalam masa-masa beliau membantu mempromosikan perusahaan daging salai yang dijalankan di Jengka 5 Maran. Kalau orang kampung tak tolong orang kampung , siapa lagi orang kampung nak harapkan. Kini pasaran daging salai beliau telah menembusi pasaran di Kuantan. Produk daging salai ini menggunakan jenama Selera Desa.
04
Bagi membantu memperluaskan pasaran Daging Salai Selera Desa ini, Laman Pahang Blogspot diberi kepercayaan untuk turut sama mempromosikan produk daging salai orang Jengka 5 Maran ini.

Daging salain ini menggunakan daging 'topside' kod 41. Kerja perap memerlukan masa 12 jam. Kerja salai memakan masa 6 jam.
03
Prodak Daging Salai Selera Desa Puan Ros ini siap dibungkus dalam bungkusan yang menarik dan dapat menjaga kualiti daging salai Selera Desa.
02
Rasa Daging Dalai Selera Desa ini memang sedap. Sedap dimakan dengan nasi panas sahaja. Tambah sedap jika ada ulam petai dan sambal lada berkicap. tak perlu ada lauk dan sayur lain.
01
Kalau nak lebih sedap dan menambah 'wow' untuk daging salai ini, boleh juga dibuat gulai masak lemak cili api taruk nenas muda atau rebung.

Kalau ada sesiapa yang berminat dengan Daging Salai Selera Desa ini bolehlah cari Puan Ros di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Kalau datang waktu rehat lebih panjang promosi dan demo yang akan ditunjukkan oleh Puan Ros.

Links:
1. ms.wikipedia.org
2. myresipi.com
3. jintanmanis.com
4. resepi.mesra.net
5. idhamlim.blogspot.com
6. jiwang.org
7. selera-desa.blogspot.com

2 comments:

ROSE said...

Terima kasih atas promosi ini..saya berbesar hati jika dapat link ke blog saya untuk resepi:

http://selera-desa.blogspot.com

Laman Pahang said...

Sama-sama. Link dah dibuat.