KOMEN HEBAT DARI PENGUNJUNG BLOG INI.

zulkefli Ahmad Razali said...Apa yang sebenar dimahukan ?apakah untuk menaikkan byk benda yang tak betul? Byk yang katanya tahu,pandai tapi semuanya tak mengerti apa dimaksudkan atau yang tersurat serta tersirat. Biarkanlah ia mencari cari jalan,kerana tiada usaha yang mudah untuk berjaya kerana semuanya itu kehendak allah. Jgn hanya pandai berkata kata tapi hakikat nyatanya ada sesuatu yang terselit serta punya kepentingan. Maka kajilah dulu sebelum menyatakan kerana zaman sekarang byk tipu daya dari yang benar....06:50

Ibnu manaf said...assalamualaikum tuan laman pahang menggeletek hati saya baca post tuan2 ni semua dalam mencari ni bro...,lu tak boleh sombong bongkak takabbur suka suki lu aja campak pergi jauh Batin Terjali,lu orang ingat orang tua tu suka - suki pecah2 anak Maharaja Alif tu.... dah jumpa ke Biduanda Waris Nan Jerneh Luak Jelebu?? dah bukak ke terombo Biduanda Waris ngan waris tetua?? jangan luper ada ungkapan kalau tok undang jelebu naik "waris sarin putus2 adat,waris kemin berterabur adat,waris jelebu tersusun adat" schantekkk lu susun ayat kat sini fuhhh....bravo3 naik menggerutu wa tengok....sorry lah bahasa kasar. 11:55

Ibnu manaf said...tahu pun ad rahsia dalam rahsia saya bukan suka hati je nak sauk sana sini saya tanya dengan sopan,jawab dengan sopanlah. tahu pun orang tua2 berpusing sana sini mencari maklumat. dalam berpusing mencari maklumat mereka berapat kaki,peha ke peha,berbisik kalau perlu tahu pun ada yg macam2 niat. yg ad "niat" tu manusia,pihak tuan sendiri pun manusia.jngan lupa hakikat tu ye :) tahu pun ada kisah yg disimpan orng2 tua tapi kenapa tak terfikir ada banyak lagi maklumat yg tak terkumpul dari yg sedia ada sedapkan menunding jari?? :) semoga terbuka seluas-luasnya cara pihak tuan meneliti keadaan dan maklumat semoga Allah membuka Rahmat seluas-luasnya pada pihak tuan "hakikat diri manusia" sila jangan lupa perkara itu terpulanglah pada tuan,saya benar2 sakit hati dan terkilan dengan sikap tuan mana perginya integriti sebagai "pemegang amanah"? dalam hal perkara2 ni,ada ramai lagi di luar sana yg memegang amanah(sila ingat tu :) ) jazakallah...18:04

Koment pilihan. ANGGAPLAH APA YANG MEREKA TULIS ADALAH BETUL SEMUANYA. Batalkan niat anda untuk terus mambaca disini.

20111114

Sasaran Emas SUKMA Pahang 2012

 Pahang Sasar 32 Emas
Oleh Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
SUMBER: hmetro.com.my

SEBANYAK 32 pingat emas disasarkan tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2012, Pahang pada temasya sukan terbesar negara yang dijadual berlangsung Jun tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, antara penyumbang utama pingat emas ialah menembak, silat dan olahraga.

Menurutnya, semua atlet menjalani latihan di bawah kendalian persatuan sukan masing-masing dan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) memantau perkembangan mereka.

“Sebagai tuan rumah, kami bukan saja menumpukan kepada prestasi kontinjen, malah penganjuran kejohanan sukan berprestij itu adalah yang terbaik. Sebanyak 32 pingat emas adalah sasaran awal tetapi dengan beraksi di gelanggang sendiri tiada yang mustahil untuk menambah pungutan pingat emas.

“Pada masa sama, kami mensasarkan berada dalam kelompok tiga kontinjen terbaik Sukma 2012 berdasarkan prestasi semasa berikutan Terengganu dan Selangor dijangka menurunkan barisan atlet terbaik mereka,” katanya.

Bagi memastikan kemudahan sukan berada pada tahap terbaik, Wan Adnan berkata, kerja menaik taraf membabitkan gelanggang utama, antaranya kolam renang dan Stadium Hoki Kuantan di Wisma Belia Indera Mahkota, petanque di Balok, Laman Woodball di Pantai Hiburan Rompin, Lapang Sasar di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) akan dilaksana.


Pahang Sasar Empat Emas Acara Basikal di Sukma 2012
Oleh Asrol Awang
am@hmetro.com.my
SUMBER: hmetro.com.my

 
Ketua jurulatih Pahang En. Aminuddin Sulaiman

EMPAT emas menjadi sasaran Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) pada Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang Jun tahun depan, biarpun sedar ujian getir bakal dihadapi 17 pelumbanya.

Pada kejohanan sukan terbesar di negara ini, Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) menyandarkan harapan kepada 17 pelumba, masing-masing 12 lelaki dan lima wanita dalam acara iaitu trek, lebuh raya, basikal bukit dan BMX.

Ketua jurulatih Pahang, Aminuddin Sulaiman berpuas hati dengan komitmen 20 pelumba termasuk atlet kebangsaan dan pelapis yang menjalani latihan intensif.

Menurutnya, beliau bersama pembantunya, Abdul Aziz Aliasak melatih 10 pelumba di Temerloh manakala bakinya terbabit bersama skuad negara termasuk mereka yang beraksi di Sukan Sea Indonesia November depan.

“Tiga pelumba juga diserapkan dalam skuad pelapis negara yang memberikan kelebihan kepada Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) untuk membariskan pelumba terbaik pada Sukma nanti.

“Semua pelumba berada pada prestasi terbaik terutama dari segi komitmen dan disiplin untuk memburu empat emas bagi memperbaiki pencapaian di Sukma Melaka tahun lalu.

No comments: