-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110224

Kedai Parang Triang

Saya telah dibawa oleh Encik Baha Norziba Enterprise pergi ke kedai membuat mata parang di Triang. Rupanya ini adalah salah satu tempat Norziba Entprise membuat tempahan mata parang. Pengusahanya sungguh ramah dan seronok bila diajak bercerita.
19
"Sukur Abu Hasan Kampung Bukit Nikmat bersedia menerima tempahan membuat parang. Kesukaran pembuatan parang menyebabkan ramai yang berminat untuk belajar membuat parang. " [BACA]
18
"'Kemahiran membuat parang akan hilang jika tiada generasi muda benar-benar berminat untuk mempelajarinya. Di kampung, susah mencari anak muda yang berminat untuk belajar cara-cara membuat parang." [BACA]
17
Encik Baha sedang melihat antar koleksi parang yang paling panjang yang masih belum siap.
16
Pengusaha kedai parang ini pernag belajar membuat parang sampai ke Negara China.
15
"Sebagi suatu senjata, sudah tentu rupa bentuk Parang Lading yang digunakan oleh Silat Cekak ada perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan Parang Lading biasa. Parang Lading yang ada dalam silat cekak dimestikan mempunyai ukuran tertentu yang disesuaikan dengan orang yang memakainya." [BACA]
14
" Zolsani Busu atau Zol Parang berminat dengan perniagaan parang kerana perniagaan ini kurang saingan kerana tidak ramai yang berminat kerana tiada kemahiran dan kerja membuat parang perlukan ketelitian." [BACA]
13
"Pak Razak tukang parang di kemaman - Pak Razak menunjukkan cara-cara membuat parang dan "sepoh". Besi parang dibakar hingga jadi kemerah-merahan. Lain besi, lain pula kemerahannya. Orang yang mahir sahaja boleh mengetahui merah yang macamana untuk besi yang tertentu." [BACA]
12
Bara.
11
Bakar
10
pahat getah
09
Siap untuk dijual
08
Sabit
07
Sabit lagi
06
Pahat dan cop sawit
05
Mesin
04
Lupa nak tanya tokey berapa lama dah guna mesin ni.
03
Banyak yang perlu disiapkan.
02
Kena dipanaskan dengan arang sebelum diketuk.
01
Alat untuk membentuk mata parang.

20110220

Racik Ayam

Racik adalah peralatan tradisional yang digolongkan sebagai alat memburu atau lebih jelas lagi menangkap ayam dan burung. Racik dihasilkan daripada tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang 3 inci dibuat sebagai tiang racik. Ukuran tali tangsi 6 inci adalah untuk satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipintal supaya kejap dan ada pula tembaga halus berbentuk 8 atau pin pancing ikan. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh ayam.

12
Saiz racik terbahagi kepada saiz bermata 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata. Saiz tersebut menentukan tempat untuk memasang jerat racik ini. Racik bermata banyak digunakan untuk atas tanah iaitu yang bermata 37, 32, 27 atau 24. Bagi racik bermata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul kayu atau batang kayu. Sementara bagi racik yang dipasang atas dahan pula adalah yang bermata 15 atau 11.
11
Kalu kita nak menjebak ayam guna racik, kena guna denak atau pemikat. Denak ni beza ikut tempat di mana racik hendak dipasang. Kalau di atas tanah, kena guna denak jantan. Manakala denak betina digunakan untuk racik atas dahan.
10
Mata racik dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang diminati oleh pemikat burung. Antara caranya adalah bersilang, ikut pusingan atau secara berjajar. Dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak ikut cara pacakan yang sama bagi kesemua mata racik. Dekat mata racik diletakkan denak pemikat. Denak tidak boleh bergerak sampai kepada mata racik supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Ayam yang dipikat akan datang denak dan jika bernasik baik akan terkena jerat racik.
09
Lepas guna racik dicabut dan disimpan dengan rapi. Cara mencabutnya dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Kalau dijaga dan disimpan dengan sempurna bolehlah racik tu tahan sampai 20 tahun dan jika tidak 1 atau 2 tahundan rosak. tahun.
08
Racik kebiasannya digunakan untuk menankap ayam hutan. Biasanya racik dipasang dalam bentuk bulatan , denak diletakkan ditengah-tengah dengan dikelilingi oleh racik. Dengan cara ini ayam hutan yang garang dan berhajat nak berlawang yg garang itu berlaga dgn denak , automatiknya terkena racik yg kita pasang dikeliling tu .. cara pasangnya ...
07
06
05
04
03
02

01

20110217

Gerai Acik Tanjung Lumpur Kuantan

08
Ada daging
07
Roti canai banjir.
06
Sentiasa ramai orang.
05
Pratha king.
04
Jemput-jemput Achik Tanjung Lumpur.
03
Ada ulam daun selom
02
Ada taughe.
01
Ada ikan keli.

20110215

Norzibar Enterprise 12

Parang bagi masyarakat melayu ada berbagai fungsi. Dulu dulu parang adalah senjata. Parang adalah alat kegunaan harian. Ada beberapa jenis parang.
07
Yang pertama Parang Lading
Digunakan untuk menebas. Panjang parang lebih kurang 3 kaki dan kena diasah selalu. Bila dah lama-lama asah dia jadi tak tajam. Tu maknanya besi parang tu dah lemah atau majai.
06
Yang kedua Parang Puting
Istimewanyanya parang ini tak ada pemegang atau ulu parang. Ada besi barang tercoking.

Gunanya untuk tokek atau tepas atau hentam macam-macam benda. Parang ni orang tak sayang sangat.
Ini adalah koleksi terbaru parang-parang yang dijual oleh Encik Baha di kedainya berhampiran stesyen bas Temerloh.
05
Yang ketiga Parang Bangkung
Parang yang kecik selalu digunakan oleh orang dirumah untuk mengopek buah durian dan mencincang apa-apa yang sesuai dicincing.
04
Yang keempat Parang Sarung
Parang jenis adalah parang kesayangan. Parang ini mempunyai bilah yang dibuat dari besi sepering kereta dan papan chainsaw. Parang sarung mempunyai hulu dan sarung yng dibuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, ciku , kemuning, sepetir dan petai belalang. Kadang-kadang digunakan gading gajah.
03
Berikuta adalah contoh penentuan harga pasaran bagi parang sembelihan:
Mata 13" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Juha anggaran harga Rm 250
Mata 13" Besi Spring Land Roover Sarung dan hulu Kayu Sepetir Merah harga Rm 300
Mata 13" Besi D2 Sarung dan hulu Kayu Juha anggaran harga Rm 350
Mata 13" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Sena anggaran harga Rm 250
Mata 12" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Sepetir Merah anggaran harga Rm 200
Mata 12" Besi Spring Land Roover Sarung dan hulu Kayu Ciku anggaran harga Rm 250
Mata 13" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Sena anggaran harga Rm 230
02
Petikan:
"Ciri-ciri parang Negeri Sembilan ialah pengikatnya di luar. Hulunya ialah Buah Jering dan Tanjak Dendam Tak Sudah. Parang Pahang pengikatnya di dalam. Parang Kelantan tiada pengikat, mereka akan selit sahaja di pinggang. Parang untuk sembelihan mestilah betul-betul tajam sepertimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Tajamnya sampai boleh cukur bulu roma. Parang untuk sembelihan yang terbaik guna besi D2, kemudian spring Land Rover Untuk mengasah parang, pada asahan yang terakhir gunakan sabun mandi agar parang lambat berkarat, kerana sabun ada minyak. Cara-cara mengeluar dan memasukkan parang ada caranya , untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan pada sarung. Parang juga boleh dibuat hantaran perkahwinan."

01

20110212

Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Qur'an (MABIQ) 3 Restoran MABIQ

Ini adalah proses penyediaan dagaing salai untuk Restoran MABIQ. Satu minggu Restoran MABIQ memerlukan sebanyak 80 kg daging untuk disalai. Kerja menyalai ini mengambil masa yang amat lama iaitu 8 jam.
07
Petikan:
kepada sape yang tinggal area kuantan nih..nak rasa masakan kampung boleh cuba datang kat MABIQ nih..kat belakang Yayasan Pahang, yang diusahakan Ustaz Jamal (geng kome selalu masuk hutan dulu - memipit kijang) . Disamping mengusahakan restoran, beliau juga membina rumah anak yatim bersebelahan restoran tersebut. Kalau ade sape-sape nak wakaf atau menderma amatlah di alu-alukan.
Sumber: http://ucmitosboy.blogspot.com/2010/10/mabiq-restoran.html
06
Petikan:
Gulai Lemak daging salai tu....
Berminat Sila Hubungi
Ustaz Jamal 016 9541234
Jumaat dan Sabtu (tutup)
dibuka 7.00 pagi hingga 7.00 petang
Sember: http://www.ehoza.com/v4/forum/jalan-jalan-cari-makan/173357-mabiq-restoran.html
05
Petikan:
MATH'AM MABIQ (Restoran MABIQ) telah dirasmikan pada 1 Jan 2010. Kini orang ramai bolehlah menjamu selera di Math'am kami yang menyediakan pelbagai juadah masakan tradisional Pahang seperti: * masak lemak cili api ikan salai dan daging salai * gulai tempoyak ikan patin (halal dan baik dan sedap)* kerabu sotong jerantut* sambal hitam Pahang* paeh ikan patin bakar dll
Sumber: http://mabiq.blogspot.com/2010/02/matham-mabiq-kini-tekah-dibuka.html
04
Petikan:
Alhamdulillah!! Tiada ungkapan yang lebih sesuai selain ALHAMDULILLAH kerana dengan izin-Nya maka MATH'AM (Restoran MABIQ) begitu meriah selepas sahaja disiarkan di TV3. Terimakasih juga yang tidak terhingga kepada semua YANG pengunjungi ke restoran kami ini hingga ada yang datang dari jauh, luar dari kuantan semata-mata ingin menikmati juadah dari kami.
Sumber: http://mabiq.blogspot.com/2010/05/matham-mabiq-diserbu.html
03
Petikan:
Teringat rancangan jalan2 cari makan, penah cover kat sini, Restoran Mabiq, so nak try la jugak. Nampak serina tu makan macam sedap je.
Sumber: http://linam-justme.blogspot.com/2010/06/jalan-jalan-cari-makan.html
02
Petikan:
Berikut adalah lauk yang kami ambil;* gulai patin tempoyak (MUST TRY!!) ~ 'Tak de masa' nak ambik gambar satu2. Sila klik pada gambar di atas dan zoom sendiri. Anda pasti terkecur!* paeh patin tempoyak bakar (MUST TRY!!) ~ mula2 saya eksyen ambik 3 je untuk semua orang makan. Adik saya kata "ntahpape kak nina..budget..." Dia kata "ambik je la semua." Hasilnya = LICIN!
* masak lomak cili padi daging salai
* sepat masin goreng cili
* sayur kacang panjang goreng
* ulam-ulaman + jeruk petai
* sambal tempoyak
* sambal hitam Pahang
* telur goreng (untuk kanak-kanak ribena)
Sumber: http://cantiknyapurple.blogspot.com/2010/06/kak-junoookak-jun.html
02
Petikan:
MABIQ Lot 29738, Kg Peramu, Jln Tanjung Lumpur,26060 Kuantan, pahang Darul Makmur
Website: www.mabiq.enetmyne.com.my
Sumber: http://syauqihariz.blogspot.com/2010/10/jalan-jalan-cari-makan.html
01