INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20120101

Rawa di Pahang

Berikut adalah serba ringkas catatan oleh Neguai tentang Rawa di Pahang.

RAO [RAWA]{diPAHANG}
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat supaya tidak putus zuriat
Khas untuk AHLI WARIS PAHANG di seluruh Malaysia yang mencari kebenaran dalam sejarah silam yang hilang

INGATAN

NABI MUHAMMAD S.A.W. { RASULULLAH} MENYEBUTKAN :   KETURUNAN DARI BANI HASHIM [sebelah ibu] DAN BANI ABU MUTALIB [ sebelah ayah], TIDAK BOLEH MAKAN [AMBIL/MENERIMA] HARTA ZAKAT DAN SEDEKAH.

Tanggapan  yang keturunan nabi [ susur dari saidina ali dan Fatimah rasulullah kepada saidina hussain]  tidak boleh makan harta zakat perlu diperjelaskan dan diperbetulkan. Bukan sahaja dari susur tersebut sahaja yang dimaksudkan tetapi melibatkan susur yang lain dari bani hashim dan bani abu mutalib. Kalau ada ahli waris yang termasuk dalam susur  keturunan yang tersebut beringat-ingatlah.
Padah nya amat berat dan dasat kepada mereka dan keturunan mereka.

TOLONGLAH JUJUR DALAM MENYUSUN SALASILAH, JANGAN SEMBUNYIKAN  YANG BENAR DAN SALAH (menipu)DARI SUSUNAN KETURUNAN

Jangan dipersalahkan orang lain [hidup atau mati] diatas kekeliruaan yang telah berlaku, kita sebagai ahli waris yang masih bernafas dan bernyawa ini [yang mempunyai akal dan NUR islam pemberian dari ALLAH, berfikirlah dengan waras], harus memperbetulkan  tanggapan yang salah  dan jangan sekali-kali hanya bersangka-sangka semata-mata kerana kita akan dipersoalkan didepan ALLAH , dipadang mashar pada hari pembalasan nanti. Adakah tuan-puan telah ada jawapan untuk mempertahankan diri,,,,,, untuk itu???????

YA ALLAH ya tuhankami, kami berlindung pada Engkau dari hembus bisik syaitan dan kami berlindung kepada Engkau dari kehadiran syaitan.

YA TUHAN KAMI, BERILAH  KAMI DARI SISIMU RAHMAT DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK DARI URUSAN-URUSAN KAMI.

Ya Tuhan kami, tuanglah kesabaran atas diri kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau jadikan hati kami sesat setelah Engkau berikan kami petunjuk dan berilah kami rahmat pada sisimu, sesungguhnya Engkau zat yang Maha Pemberi Kurnia.

Soalan;
1. RAWA apa maksud nya?
2.Orang RAWA nak khawin , cari orang GUAI, kenapa? Dan apa maksudnya?

Jawapan;
RAWA disebut dalam bahasa RAO makna
1.    Sawah, Paya atau Pamah
2.    RAO adalah nama pahlawan utama MAJAPAHIT, yang pulang ke tanah Rawa dan keturunannya digelar orang RAO. Apabila orang Rawa nak khawin,  cari orang guai ,  sebab Rawa Guai adalah jati dan keturunan diRAJA , dari seorang yang bergelar MAHARAJA OMBAK,( dalam bahasa kita) dan ini ada susur galur dari keturunan Raja AGONG ISKANDAR ZULKAINAIN. Sultan Taufik yang ada sekarang adalah sultan yang ke 35 sejak cucu iskandar zulkanain. [ ini bukan dongen]

Soalan;
      Siapa dia bendahara megat komeng dan gading(bini), keturunan raja melukut dari susur galor syed abd rahman putra, Pagar Ruyung. [terengba diguai].

Jawapan;
Itu adalah nenek moyang kepada Sultan Taufik sekarang ni. Orang tau hanya pagar ruyung je. Bukan RAO. Sebenarnya Rao adalah empayar yang besar, termasuk Pagar Ruyung, Kampar, Acheh dan banyak lagi.” Dulu dia orang ada sengketa keluarga ,dan nenek moyang kita mengalah dan diserahkan tahta kepada keturunan Sultan Taufik. Mereka lari ke Pahang dengan semua bala tentera dan orang- orang besar dan lain-lain.
Koi (pakwa ?) pergi jumpa Sultan Taufik  tahun lepas. Bila dia tahu siapa koi ni (juga  saudara-saudara dari lanchang), dari atas kerusi Sultan Taufik terus turun kebawah besela atas karpet dengan kome. Dia yang cerita pasal perpecahan keluarga tu.(kembang hidung kome sekejap)

Soalan
??????,,,,,,,,,,,,,,????????????????,,,,,,,,,,,,,,,,,,??????????????,,,,,,,,,,

Jawapan

TOK MENGKARAK adalah berdarah Raja  Mutlak. Rawa di mengkarak, rawa di guai dan rawa di lanchang adalah bersaudara rapat dan mereka yang bersamanya adalah diantaranya tok langit ,, tok ju ,, tok biah ,, dan yang lain-lain.

Jawapan

Orang tiga beradik,asal nya datang dari bukit seguntang , Sumatra. [versi] .datang ke Pahang hanya untuk bermukim , tempat tunjangnya adalah , bukit segumpai dichenur, guai dan raub. [versi]. Orang tiga beradik ni adalah keturunan asal. Bukan dia mintak bermukim diguai tapi adalah peneroka asal. Dia orang atur tiap-tiap keluarga disepanjang kiri kanan sungai Pahang. Ini keturunan dari [lebihkurang] 5atau6 jenerasi keatas keturunan yang ada sekarang . nama –nama tu bukan nama asal, itu nama baru setelah nama diraja dibuangkan. Ini kumpulan hulubalang dan berani “gila”. Segala ilmu adakat dia orang.

jawapan
Tok ombok [ maharaja ombok], [tengku embak] adalah seorang dari pupu 40 minang kabau yang datang untuk menyelamatkan kerajaan seri menanti dinegeri Sembilan dari rampasan kuasa oleh ???.. mereka ini tidak kembali ke tanah minang kabau dan seorang darinya adalah tengku embak, diseri menanti dia tidak boleh jadi pemerintah kerana telah ditabalkan seorang disana. Oleh itu dia dan seorang lagi, mereka telah masuk kepahang  dan bermukim di raub dan dia berkhawin dengan tengku rokiah [versi], ????.. setelah beroleh anak, dia berasa hati dengan keluarga tengku rokiah, lalu meninggalkan raub dan membuang gelaran tengkunya dan datang serta bermukim di guai dan berkhawin pula disini, dari guai dia telah pergi  dan bermukim pula ke bolok [lanchang] dan berkhawin disana. Dia mati dan berkubur dibolok.

Jawapan;
Cerita berkenaan RAWA ni ada tiga tahap migrasi;

1.    Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.
2.    Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.
3.    Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita ,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang  Guai dah lain lograt dengan  orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.

MELAYU DELI [orang asal tetapi bukan  orang asli]  yang pergi ke Sumatra dan hijrah kembali ke Pahang;   ????????????
MEREKA INI adalah orang yang asalnya [datang] dari tanah besar *kerajaan yunan[tanah yunan] [kalah ditakluk] mereka  turun ke kerajaan champa[tanah champa] [kalah ditakluk], apabila kedua kerajaan ini bubar, orang –orang ini telah berpindah kemerata tanah dinusantara yang bergelar MELAYU . [versi] jadinya islam  dikelantan, Pahang, berkemungkinan lebih awal dari kedatangan islam kemelaka.

Peneroka awal Pahang; yang digelar orang tiga beradik yang asalnya  dari keturunan bukit seguntang Sumatra dan telah bergabung dengan  melayu deli.

Perpindahan ke tiga; dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.

Kedatangan kumpulan keempat; dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.

Kedatangan kumpulan kelima; dari orang rawa/ minang [kaum agama]  yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.

Kedatangan yang ter kemudian; adalah dari golongan  berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].

Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.

Dari zaman sebelum adanya kerajaan Melaka lagi, telah pun terdiri nya kerajaan  dipahang ,yang mana kerajaan terakhir Pahang tua yang diperintah oleh sultan abd jalil [sultan abd jamil] telah diserang dan dikalahkan oleh kerajaan ahceh dan sultan abd jalil dapat melarikan diri bersama isterinya puteri bukit betong[mengikut cerita dia menyelamatkan diri ke Terengganu, ada versi dia mati di sana dan ada versi dia  berundur ke tempat lain selepas dari terengganu]. Pemerintahan nya  ditanggung oleh ??? sebagai bendahara[memangku sultan] .
Nama mangku pahang selepas melaka mengambil alih pahang dari kerajaan siam adalah: tun mamat,, koris,, kedatun,, tun ali [bendahara ali]
Versi; sebelum versi yang diatas, Pahang bawah perintah  kerajaan siam [   ?  ],yang ditakbir oleh seorang wazir yang bernama ? . kerajaan islam Melaka pada masa itu telah menyerang dan mengalahkan Pahang dan menawan wazir Pahang dan dibawa kemelaka [versi, beliau tidak dibunuh seperti yang diketahui tetapi telah di islamkan dimelaka oleh sultan Melaka] dan sultan Melaka telah menghantar tun mamat menjadi ketua dipahang [bendahara] atau memangku wakil sultan Melaka di Pahang. Rujuk kepada cerita islam ditanah melayu atau kesultanan melayu atau wali sogo [wali tujuh dan wali Sembilan ditanah melayu]. SEBAB sebelum siam menguasai Pahang, Pahang diperintah oleh kerajaan yang bergabung dengan kerajaan cermin jeddah [yang dibawah pemerintahan maharaja bukit seguntang, keturunannya].

Pahang telah bertukar tangan dan pemerintahan semanjak  bergelar PAM [nama negeri Pahang tua]
Dan semenjak itu peperangan merebut kawasan oleh raja-raja dahulu kala tidak pernah berenti. Sebab itulah  bila disebut RAWA, orang akan mendiamkan diri. RAWA dan RAWAyang berkacukan arab dan yunan[champa],mereka ini lah yang menyebarkan islam dan membawa islam bersama semasa berperang.

ADAKAH Tuan –puan berasa malu untuk mengakui berketurunan RAWA sekiranya cerita sebenarnya, tuan-puan  mengetahui. Tok –nenek kita adalah penyebar agama islam dimasa dahulu dan sebab itu ada ahli waris yang bergelar syed, kerana ramai orang yang bersemenda menjadi ahli waris.

**untuk perhatian; Bugis dan lanun laut adalah dua jenama  yang berbeza yang dikelirukan oleh orang-orang yang menjadi tali barut kepada ?????. walaupun satu rumpun tetapi perbezaan diantara mereka amat ketara.
*Bugis sebenar, mereka ini bernegeri dan ada tanah airnya.
*Lanun laut, mereka ini tidak bernegeri dan telah dibuang oleh kaumnya sendiri. Mereka menjadi askar  upahan dan tali barut kepada ,,,,,,,???.

Kemasukan potugis,, belanda dan inggeris lebih memporak perandakan Pahang kerana mereka lebih kepada melaga-lagakan ahli waris disebabkan untuk mendapatkan dan mengaut hasil bumi Pahang.

INIlah bermulanya pertelingkahan dalam Pahang yang dashat sehingga keadilan diletak ketepi. Perundangan islam dipinggirkan

PAHANG satu tanah yang dari adanya orang dan kerajaan sentiasa dalam setuasi kontravesi  dan  sehingga lah kehari ini setuasi itu belum lagi reda-reda.

ORANG BERLAPAN [sumpah pulau tawar], mereka ini lah tunggak kepada kerajaan  Pahang yang ada sekarang selapas dari kerajaan pahang tua. Mereka jugalah yang telah diistihar sebagai ahli waris oleh wan ahmat [sultan ahmat  1] Pahang dipulau tawar sebelum perpindahan ke pekan.

Selepas ini lah cerita kepada pepecahan akan bermula dan cerita yang sebelum kepada pepecahan akan diceritakan seiring dan bersama kerana versinya terlalu banyak dan adakalanya tidak dapat disahkan cerita-cerita tersebut. Terserahlah kepada tuan dan puan dan keturunan dari ahli waris untuk berfikir dan menterjemahkannya, adakah kisah atau cerita ini , ???????????,.

Susurgalur ni adalah nenek moyang,,,,,,, mereka merasiakan siapa diri mereka .tak siapa yang berani melanggar sumpahan keturunan.

SUMPAH RAWA:-  DIBUANG BATU KELUBUK, KALAU TIMBUL KEKALlah “ RAJA” YANG ADA.
                                 DITANAM POKOK  KELADI TERBALIK ‘DIPACAK PELEPAH KETANAH’ JIKA TUMBUH                           KEKALlah “DIRAJA”KAMI
Batu tak timbul dan keladi tak tumbuh maka jadilah orang biasa kami
Datuk nenek kita dulu adalah ‘KASAF’

Ahmad dah jadi nelayan di Terengganu, .... Bahaman ..... dia dan jadikan dia .....
Disitulah .....nya
Mereka  juga tahu siapa dia, juga mereka takut pada bayang-bayang sendiri
Ista.. yang takut kalau-kalau………………………………
Rawa adalah setia, taat dan beriman
Rawa datang dengan sumpah, semua gelaran diraja dibuang sebab dia orang, ramai yang bertaraf wali. Taknak anak cucu lupa daratan disebabkan[jika] gelaran DIRAJA kekal.

AMANAH MOYANG KITA [RAWA] DULU ADALAH AMANAH BERSERTA DENGAN DOA, DIABADIKAN DENGAN KALIMAH.
Mana-mana anak cucu yang engkar WAJIB akan terima padah yang paling berat sejak didunia lagi
Tak payah tinjau jauh, pandang keliling kita dah Nampak terang-terang buktinya. Kadang-kadang mereka dah masuk neraka sebelum manpus……….

*orang kata;  kalau sesat boleh balik kepangkal jalan, tetapi kalau salah jalan kita akan sampai juga tetapi lain jadi matlamatnya*

Ini adalah orang berlapan yang membuat sumpah dipulau tawar [sumpah pulau tawar] dan menaik serta mengakat wan ahmad sebagai raja [sultan] dan mereka-mereka ini jugalah yang telah dicop penderhaka dan diburu untuk dihukum oleh .... ...... yang terkemudian setelah di cucuk [fitnah] oleh orang putih dan tali barutnya yang inginkan kekayaan dan kuasa…mereka adalah ahli waris serta hulubalang semantan dan hanya menjadi satu warisan sejarah sahaja yang tidak dimartabatkan pada kedudukan mereka yang sebenar dan asal.
TOK BAHAMAN.. TOK GAJAH..TOK GARANG DER SETH..HAJI TAHIR..TOK MUDA NONG..TENGKU ABD RAHMAN(nama sebenar)..WAN ISMAIL..[         ?     ]…(WAN AHMAD)TAPI SIAPA DIA SEBENARNYA.

Ini pula adalah panglima dan hulubalang yang berlawan[ sebahagian nama] dan berperang dikelang (perang kelang) bagi menyelamatkan tengku kudin anak tengku alam shah [ anak saudara kepada tengku umbak atau maharaja ombak atau tok ombak. Mereka datang dari dua kumpulan , satu dari orang kaya semantan dan kedua dari orang kaya chenur, dibawah imam perang MAT AKIL.. imam perang MAT SAMAN..dan panglima perang*antaranya

TOK PANGLIMA BEBEG[b.s]..KONET[b.s]..BIDI[b.s]..BURUK KENING[b.s].. SAMAH[guai].. SARIH[b.s]..KAKAP NORDIN[b.s]..LEBAI MAT SAID(GAGAH)[sem],, ORANG KAYA TAHIR[sem],, TOK MUDA ZAINAL[guai],, YAHYA[guai],, HAJI HASSAN[b.s],, SEIAYA[b.s],, OMAR,, PANGLIMA TUJUH LAPIS,, TOK GARANG DER SEHT,,TOK GAJAH,,PANGLIMA P WEEH,,IMAM PERANG YAMAN.

Bermulanya kedatangan orang putih dan tali barutnya ke Pahang, maka terjadilah perselisihan didalam ahli waris sendiri. Satu menentang dan satu menjadi serba salah maka di turut kan titah yang terfitnah, terjadilah pemburu dan diburu dan yang kalah,hukum nya bunuh dengan tiada bicara kerana aibnya air muka dan martabat diri. Permusuhan itu berbalik-balik dalam senyap sehingga kehari ini bersambung dan disambung oleh pewaris dan keturunan yang tak tahu usul asal cerita dan tidak mahu memeriksa cerita yang sebenar. Maka itu lah ahli waris tidak bersatu dan saudara menjadi jauh. Adik abang menjadi musuh.

Itu baru satu cerita, belum lagi cerita pasal terhirisnya hati disebabkan pembelutan dan menjadi dendam didada……………

[VERSI] KETURUNAN DI PAHANG [SUSUR-SUSUN DARIPADA]……………………………………
TOK BUNTUT > TOK WARING > TOK WADIK > TOK INANG > TOK BUYUNG > TOK CANGIH > TOK CANGAH > TOK KENUE > TOK MOYANG > TOK AKI > AYAH > ANAK > CUCU > CICIT > CUIT > GAMIT > ??? >

TUN ALI [WAKIL SULTAN MELAKA] MENJADI BENDAHARA DIPAHANG > WAN AHMAD [ sultan ahmad *Pahang*pertama yang dilantik oleh ahli waris (sumpah pulau tawar)]>[ANAKNYA]; SULTAN MAHMUD, SULTAN ABD JALIL, SULTAN ABDULLAH, TENGKU SULAIMAN, TENGKU NONG, TENGKU OMAR, TENGKU MUHAMMAD, DAN ANAK NYA YANG LAIN YANG TIDAK DAPAT DIKESAN NAMA MEREKA. Kerana Wan Ahmad beristeri ramai, ini adalah sebahagian dari mereka sahaja.
*Nama –nama isteri Wan Ahmad tidak dapat disenaraikan kerana tiada maklumat [tidak dapat dikesan kedudukan mereka].

KETURUNAN SULTAN ADB JALIL+PUTERI BUKIT BETONG(BINI) ,,[PAHANG TUA] ,,[ ] > *???*

KETURUNAN DARI BUKIT SEGUNTANG [SUMATRA]@[DIKENALI] ORANG TIGA BERADIK(PAHANG)> *???*
*datang mohon bermukim bukan untuk memerintah* mereka ini dipecah kepada tiga , satu diguai , satu di bukit segumpal (chenor), satu di raub. Waris keturunan mereka ini bertebaran di sepanjang sungai Pahang [seluruh Pahang dan negeri sekeliling Pahang].

KETURUNAN DARI RAJA MELUKUT *syed abd rahman putra.dari pagar ruyung Sumatra [TITIH DARIPADA]

BENDAHARA MEGAT KOMING+GADING(BINI) >  {1} *TISAN[anak]+KOMING ulu cheka[menantu] > (cucu)NONG[perempuan], IMAM KASIM[MANGKU KASIM], SHAM, DIN, SIDEK, CHANG,[CU](belum disahkan).&   {2}*AWA[anak]+ISMAIL[asal?[menantu] > (cucu)HAJI LIAS[ALIAS], HAJI ISHAK, DER[DA], HAJI PIN[ARIPEN]…………..*[cicit dan susur kebawahnya masih ramai]. Tidak dapat diteterakan dengan perinci.


TOK KEBAYAN(TOK KODIM& IMAM NUR BAYAN)..>{1} SERI KAMPUNG [anak]+Tok Jambi [menantu]> ..  >(cucu)antaranya[versi] TOK KUNING, TOK PINGAI..& {2} SERI PAGI[anak]> (cucu)antaranya [versi] TOK GEMOK, TOK ANTONG, TOK JU, TOK BIAH, TOK PENOR,……….NAMA{1} {2} , sebenar meraka tidak dapat dipaparkan kerana tidak dapat dikesan maklumat selain yang ini…{3} TOK MENGKARAK > waris keturunannya [versi] dikatakan ada di Sumatra[ batu bahra@pelabuhan balawan]dan tiada cerita yang mengatakan keluarganya turut serta kemari bersama-sama dengannya [tiada bukti]

Empat beradik MENGKARAK/GUAI
*Bersama –sama  {1} TOK KEBAYAN&TOK KODIM, BERPINDAH KE PAHANG.., {2} TOK TUA.., {3} TOK LANGIT.., {4} TOK YOT…  *TOK MENGKARAK Dan Bendahara Megat Koming adalah diantaranya dari kumpulan rambongan ini.

Empat beradik BUKIT SEGUMPAL Chenor
{1}TOK BATIN SIBUK[nama sebenar?],, {2}TOK BATIN SUNGKAI [?],, {3}TOK BATIN SEMPENA ALAM[? ],,{4}TOK BATIN ? ,, ..Mereka ini adalah orang yang datang bersekali dengan tok kebayan dan nama sebenar mereka tidak diketahui.

KETURUNAN TOK OMBAK& MAHARAJA OMBAK& TENGKU EMBAK dengan *

IBU{1}[versi] (tengku rokiah) DIRAUB..> (anak) ???,, IBU{2} DIGUAI..> (anak) YUSUF, SAID, ? ,, IBU{3}DI BOLOK(LANCHANG)> (anak) AWANG KOBAT, YANG  MAHRIM, IMAM NGAH(SINGAH). *Nama –nama lain tidak dapat dipaparkan kerana tiada maklumat.

DARI KETURUNAN ASALNYA BRUNAI {LIMA BERADIK}[EMPAT LELAKI, SATU PEREMPUAN]

{1} JAFFAR ALI…bermukim di cempaka lanchang, {2} SEDALI…bermukim di pekan [Pahang], {3} MERAH ALI…bermukim di padang tengku [kuala lipis], {4} USALI… ceritanya kembali ke brunai dan tida kabar berita hidup atau mati dan berwaris atau tidak, {5}  {ADIK PEREMPUAN*nama tidak diketahui}+Sultan Brunai keluarga bolkiah. WARIS-waris mereka ini tidak dipaparkan [maaf].

KETURUNAN TOK HULU BALANG >[anak] TOK DERAMAN perkasa >[cucu]{1} IMAM KASIM..bermukim di kampong terih lanchang, {2}TOK OMAR.. bermukim di lubuk tua lanchang, {3} BIDAN BESAR(BESAH)…bermukim di pekan Pahang [mati dan berkubur dilanchang]. WARIS-warisnya tidak dipaparkan [maaf]

KETURUNAN SULTAN ABU BAKAR SHAH ALAM [pagar ruyung] >[anak] TOK PERKASA.., TOK SUJI BILANG.., TOK ZAINAL ABIDIN..,//TOK SAHABUDDIN.., TOK LONG.., TOK EMAS.., TOK HAWA+Tun Perak[menantu]..,>[cucu]SALANI.., > [cicit]DATUK MATANG..,>[cuit]PANGLIMA BAGUS.., > [gamit] TOK ANDANG.., >[              ] KATIB HASSAN.., >[            ] ABU HURAIRAH..,……..???.....

KETURUNAN TOK SHAROM[Tengku Ali] dr tanah palembang+TOK DINAR[Wan siti hajar]dr bilah panai > RATING MAS[mati tiada waris]/ HJ MAIMUNAH[Dong] / KATIB RASUL ABD SALAM[ Tok Gajah] + TEH MAHDA > MUHAMMAD[Mat Kilau] > OMAR [ibu pulau tawar]/ KATIB MOHD AMIN[ Saudagar Min][chebong]mati di ulu lebir > HJ AMINAH+jh Abdullah serban hijau / KATIB MOHD ARIF[ Hj Meng][ benta].

KELUARGA PANGLIMA AHMAD,/ BERAHIM KUMBANG,/ IMAM PIN >/ MUHAMAD > PANGLIMA PERANG SAMAH [TOK JANGGUT].

ORANG TIGA BERADIK NEGERI SEMBILAN; versi ini tidak jelas dan ini adalah sedikit darinya, dua orang bermukim ditanjung ipoh negeri Sembilan dan seorang bermukim di guai.

Undang Dollah [jelebu] > Awang Mire+Temah[  ?] > Saleh+yang puyuh[guai]> ……

{versi} sultan ahmad budu + puteri kerabat brunai [tiada berwaris],,dan dengan isteri yang lain [a]> yaakop [tok gajah]+siti hajar[tangjung kertau]>………..

Awang Asim [keturunan china yunan dan bermukim di bukit segumpai chenor] >ada Sembilan anak yang berketurunan ramai dan seorang dari anaknya, awang lirai yang bermukim dilanchang, warisnya ramai di sana.

Tok tapa[ versi] adalah sepupu kepada tok mengkarak
tok batu tampoi nama nya imam sahadan
tok batin sibuk atau tok batin sunkai
tok panglima raja [berkubur di bukit segumpal]
tok panglima tiadin
MEREKA ini adalah seangkatan dengan tok mengkarak dan bermukim di kawasan chenor ,kertau pesagi, bukit segumpal

Tengku Idris adik kepada raja Hitam, yang dipertuan negeri Sembilan, asal keturunan raja rao mapat tunggul di minangkabau> warisnya bermukim di SEGA

Panglima Abdullah [dollah kancil]+Timah >Muhammad > ……….[puak ditebing tinggi bera]

Susur dari keturunan Minang dan Bugis dan juga keturunan yang lain akan turut dipaparkan bersama-sama bagi mendapatkan kebenaran yang mungkin telah disalah anggapan oleh generasi yang terkemudian dan bagi memperbetulkan kesalahan tafsiran dikalangan ramai orang. Terutama ahli waris.


DAENG adalah gelaran kepada ketua-ketua Bugis tetapi raja bugis sebenar tidak menggunakan gelaran itu, masih menggunakan nama RAJA pada pangkal nama mereka dan dipahang dia menggunakan gelaran atau pangkal nama  TOK. Keturunannya masih ada dan menggunakan nama orang kebanyakan.

BUGIS PATANI EMPAT BERADIK
Ayah & Ibu dari tanah Bugis > HAJI ABDULLAH SERBAN HIJAU+[1] HJ AMINAH bt katib mohd amin, [2] SARA(org Jelam),, / ABD MALEK ,,/ OSMAN,, / (                  ).

[Versi ]TOK BANGAU [Raja Ismail ](*ayah +ibu raja ?) membuang diri di pahang disebabkan  sengketa adik beradik dan selepas kematian adik beradiknya, dia engan naik tahta,dan menyerahkan tahta dan harta kepada rakyat  *[ ¾ gantang emas dibahagi kepada rakyat dan ¼ gantang emas lagi dibuang kelaut, dan tidak akan jejak kaki ke tanah asal lagi] itu adalah sumpah nya. >TOK MADIAH + Tok Shabudin[berhala gantang].
Seorang warisnya [ budin namanya] telah diambil buat menantu oleh raja perak.
[versi]TUN ABD SAMAD [bendahara petani 3] > TUN SALEHUDDIN [tok barat] > TOK AHMAD > TOK MASAUD > TOK BANGAU> TOK MENTARA > PENGHULU MAT SEH > TAN SRI YAHYA [menteri besar Pahang]//{ tok maimunah // tok bidin // tok sidin.(adik beradik tok bangau)}.

Imam nuh[ngah](ayah)+Rokiah(ibu) > Bahaman[abd rahman]
KETURUNAN BAHAMAN [ayah  orang Palembang]= Ibu [lanchang*keluarga tok gajah] > MAT LELA > DIMAH SAM/ DATO SALEHUDIN[orang kaya berlapan] > sepiah [bermukim di kuala lumpur],, Ibu Mengkarak > cikgu JANTAN {durian tawar]dan ada yang lain lagi,, nama isteri dan anak lain-lain tiada sumber.maaf.

KETURUNAN MERAK EMAS (*sultan emas@ sultan Abdullah)[ pagar ruyung] > MAT AKIL,/ IMAM PERANG YAMAN.

Tok saharudin [abang tok sahbudin] berkhawain dengan anak tok temerloh[  ?  ]
Tok sahbudin>[anak] tok songsang >[cucu] tok gantuk > [  ?  ]


**KIRANYA MAHU MEMBANGUNKAN KEMBALI MASYARAKAT ISLAM MAKA IANYA MESTILAH BERTOLAK DARI MENCARI KEMBALI AKAR UMBINYA YANG TENGGELAM MENDALAM DIDASARNYA
MENGHIDUPKAN KEMBALI RUHANINYA DIRI INSAN, BERSANDARKAN ILMU TAUHID, BARU DAPAT MERUBAH DUNIA SEKILILINGNYA.

Rumpun melayu yang dibangsakan kepada ..... keturunan  ....... dengan isterinya siti qantura berkembang dari banjaran gunung Himalaya ke kemboja [campa] dan berpecah keserata pelusuk nusantara [digelar al-jawiyun oleh orang arab].


SEDIKIT CARTA KETURUNAN YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN DAN RENUNGAN KITA
KERANA IANYA BERKAIT RAPAT DENGAN KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA DAN KERAJAAN KERSULTANAN MELAYU daripada susunan wali sogo


SAIYID HUSEIN JAMADIL KUBRA DARI KESULTANAN DELHI
>[ ISTERI 1] PUTERI LINANG CAHAYA[KELANTAN]> MAULANA MALIK IBRAHIM[GERISIK]
>[ISTERI 2] RAMAWATI [CHAMPA]> IBRAHIM ASMARO
>[ISTERI 3] PUTERI SELINDUNG BULAN [KELANTAN] >ALI NURUL ALAM [PATANI]
>[ISTERI 4] PUTERI RAJA JOHOR > SYARIFF MOHD KEBUNGSUAN [FILIPINA] DAN SULTAN BERKAT [BRUNAI].

KETURUNAN MAHARAJA BUKIT SIGUNTANG

MAHARAJA SAMPUGITA [GANGGA NEGARA],,,,,menguasai seluruh pulau sumatera termasuk wilayah pusat Sriwijaya di Palembang,,Jawa barat[sunda],, Kalimatan [borneo],, Kelantan,, Dwarawati [Thailand],, Kemboja,, Champa. BELIAU mempunyai banyak  gelaran dan nama antaranya; maharaja imbang jaya,, malim dewa,, maharaja mani jaya,,maha dewa brahma,, maharaja bukit siguntang dan ???,,
Beliau menyerahkan pulau jawa,, pulau sumatera dan kalimatan dibawah  pentadbiran mangkubuminya yang kemudiannya diganti oleh anaknya Demang Lebar Daun.

DARI putera yang sulung maharaja surendra [maharaja jawaka] menurun keturunan-keturunan dari raja-raja Kelantan,,champa,,patani dan kedah

DARI puteranya Ken Arok [pengasas kerajaan Singosari] mengahwini anak perempuan wan malini menurun raja-raja singosari dan majapahit di pulau jawa.

DARI puteranya sang sapurba [raja Palembang] mengahwini wan senderi anak kepada demang lebar daun, menurun nenek moyang raja–raja Jambi,, Tumasik,, Melaka.

Cerita ini tidak diolah/disusun semula oleh Laman Pahang. Cerita ini dianggap sebagai pengkisahan cerita lisan oleh penulis(Neguai). Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.

LINK
kemaskini:10.1.2014

201 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 201 of 201
Anonymous said...

Assalam laman PHG,hanya utk membantu jika ada wareh dr hj mat lela /tok kanchil merchong pekan pahang dan yg mencari wareh jurai tok jabar/tok kachong boleh wasap saya
0199710923
Saya Khairuddin abd rahim bin awang bin hj rahmat bin parit bin jabar/kachong
Dan saya anak kelahiran merchong.

«Oldest ‹Older   201 – 201 of 201   Newer› Newest»