-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120101

Rawa di Pahang

Berikut adalah serba ringkas catatan oleh Neguai tentang Rawa di Pahang.

RAO [RAWA]{diPAHANG}
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat supaya tidak putus zuriat
Khas untuk AHLI WARIS PAHANG di seluruh Malaysia yang mencari kebenaran dalam sejarah silam yang hilang

INGATAN

NABI MUHAMMAD S.A.W. { RASULULLAH} MENYEBUTKAN :   KETURUNAN DARI BANI HASHIM [sebelah ibu] DAN BANI ABU MUTALIB [ sebelah ayah], TIDAK BOLEH MAKAN [AMBIL/MENERIMA] HARTA ZAKAT DAN SEDEKAH.

Tanggapan  yang keturunan nabi [ susur dari saidina ali dan Fatimah rasulullah kepada saidina hussain]  tidak boleh makan harta zakat perlu diperjelaskan dan diperbetulkan. Bukan sahaja dari susur tersebut sahaja yang dimaksudkan tetapi melibatkan susur yang lain dari bani hashim dan bani abu mutalib. Kalau ada ahli waris yang termasuk dalam susur  keturunan yang tersebut beringat-ingatlah.
Padah nya amat berat dan dasat kepada mereka dan keturunan mereka.

TOLONGLAH JUJUR DALAM MENYUSUN SALASILAH, JANGAN SEMBUNYIKAN  YANG BENAR DAN SALAH (menipu)DARI SUSUNAN KETURUNAN

Jangan dipersalahkan orang lain [hidup atau mati] diatas kekeliruaan yang telah berlaku, kita sebagai ahli waris yang masih bernafas dan bernyawa ini [yang mempunyai akal dan NUR islam pemberian dari ALLAH, berfikirlah dengan waras], harus memperbetulkan  tanggapan yang salah  dan jangan sekali-kali hanya bersangka-sangka semata-mata kerana kita akan dipersoalkan didepan ALLAH , dipadang mashar pada hari pembalasan nanti. Adakah tuan-puan telah ada jawapan untuk mempertahankan diri,,,,,, untuk itu???????

YA ALLAH ya tuhankami, kami berlindung pada Engkau dari hembus bisik syaitan dan kami berlindung kepada Engkau dari kehadiran syaitan.

YA TUHAN KAMI, BERILAH  KAMI DARI SISIMU RAHMAT DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK DARI URUSAN-URUSAN KAMI.

Ya Tuhan kami, tuanglah kesabaran atas diri kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau jadikan hati kami sesat setelah Engkau berikan kami petunjuk dan berilah kami rahmat pada sisimu, sesungguhnya Engkau zat yang Maha Pemberi Kurnia.

Soalan;
1. RAWA apa maksud nya?
2.Orang RAWA nak khawin , cari orang GUAI, kenapa? Dan apa maksudnya?

Jawapan;
RAWA disebut dalam bahasa RAO makna
1.    Sawah, Paya atau Pamah
2.    RAO adalah nama pahlawan utama MAJAPAHIT, yang pulang ke tanah Rawa dan keturunannya digelar orang RAO. Apabila orang Rawa nak khawin,  cari orang guai ,  sebab Rawa Guai adalah jati dan keturunan diRAJA , dari seorang yang bergelar MAHARAJA OMBAK,( dalam bahasa kita) dan ini ada susur galur dari keturunan Raja AGONG ISKANDAR ZULKAINAIN. Sultan Taufik yang ada sekarang adalah sultan yang ke 35 sejak cucu iskandar zulkanain. [ ini bukan dongen]

Soalan;
      Siapa dia bendahara megat komeng dan gading(bini), keturunan raja melukut dari susur galor syed abd rahman putra, Pagar Ruyung. [terengba diguai].

Jawapan;
Itu adalah nenek moyang kepada Sultan Taufik sekarang ni. Orang tau hanya pagar ruyung je. Bukan RAO. Sebenarnya Rao adalah empayar yang besar, termasuk Pagar Ruyung, Kampar, Acheh dan banyak lagi.” Dulu dia orang ada sengketa keluarga ,dan nenek moyang kita mengalah dan diserahkan tahta kepada keturunan Sultan Taufik. Mereka lari ke Pahang dengan semua bala tentera dan orang- orang besar dan lain-lain.
Koi (pakwa ?) pergi jumpa Sultan Taufik  tahun lepas. Bila dia tahu siapa koi ni (juga  saudara-saudara dari lanchang), dari atas kerusi Sultan Taufik terus turun kebawah besela atas karpet dengan kome. Dia yang cerita pasal perpecahan keluarga tu.(kembang hidung kome sekejap)

Soalan
??????,,,,,,,,,,,,,,????????????????,,,,,,,,,,,,,,,,,,??????????????,,,,,,,,,,

Jawapan

TOK MENGKARAK adalah berdarah Raja  Mutlak. Rawa di mengkarak, rawa di guai dan rawa di lanchang adalah bersaudara rapat dan mereka yang bersamanya adalah diantaranya tok langit ,, tok ju ,, tok biah ,, dan yang lain-lain.

Jawapan

Orang tiga beradik,asal nya datang dari bukit seguntang , Sumatra. [versi] .datang ke Pahang hanya untuk bermukim , tempat tunjangnya adalah , bukit segumpai dichenur, guai dan raub. [versi]. Orang tiga beradik ni adalah keturunan asal. Bukan dia mintak bermukim diguai tapi adalah peneroka asal. Dia orang atur tiap-tiap keluarga disepanjang kiri kanan sungai Pahang. Ini keturunan dari [lebihkurang] 5atau6 jenerasi keatas keturunan yang ada sekarang . nama –nama tu bukan nama asal, itu nama baru setelah nama diraja dibuangkan. Ini kumpulan hulubalang dan berani “gila”. Segala ilmu adakat dia orang.

jawapan
Tok ombok [ maharaja ombok], [tengku embak] adalah seorang dari pupu 40 minang kabau yang datang untuk menyelamatkan kerajaan seri menanti dinegeri Sembilan dari rampasan kuasa oleh ???.. mereka ini tidak kembali ke tanah minang kabau dan seorang darinya adalah tengku embak, diseri menanti dia tidak boleh jadi pemerintah kerana telah ditabalkan seorang disana. Oleh itu dia dan seorang lagi, mereka telah masuk kepahang  dan bermukim di raub dan dia berkhawin dengan tengku rokiah [versi], ????.. setelah beroleh anak, dia berasa hati dengan keluarga tengku rokiah, lalu meninggalkan raub dan membuang gelaran tengkunya dan datang serta bermukim di guai dan berkhawin pula disini, dari guai dia telah pergi  dan bermukim pula ke bolok [lanchang] dan berkhawin disana. Dia mati dan berkubur dibolok.

Jawapan;
Cerita berkenaan RAWA ni ada tiga tahap migrasi;

1.    Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.
2.    Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.
3.    Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita ,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang  Guai dah lain lograt dengan  orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.

MELAYU DELI [orang asal tetapi bukan  orang asli]  yang pergi ke Sumatra dan hijrah kembali ke Pahang;   ????????????
MEREKA INI adalah orang yang asalnya [datang] dari tanah besar *kerajaan yunan[tanah yunan] [kalah ditakluk] mereka  turun ke kerajaan champa[tanah champa] [kalah ditakluk], apabila kedua kerajaan ini bubar, orang –orang ini telah berpindah kemerata tanah dinusantara yang bergelar MELAYU . [versi] jadinya islam  dikelantan, Pahang, berkemungkinan lebih awal dari kedatangan islam kemelaka.

Peneroka awal Pahang; yang digelar orang tiga beradik yang asalnya  dari keturunan bukit seguntang Sumatra dan telah bergabung dengan  melayu deli.

Perpindahan ke tiga; dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.

Kedatangan kumpulan keempat; dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.

Kedatangan kumpulan kelima; dari orang rawa/ minang [kaum agama]  yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.

Kedatangan yang ter kemudian; adalah dari golongan  berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].

Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.

Dari zaman sebelum adanya kerajaan Melaka lagi, telah pun terdiri nya kerajaan  dipahang ,yang mana kerajaan terakhir Pahang tua yang diperintah oleh sultan abd jalil [sultan abd jamil] telah diserang dan dikalahkan oleh kerajaan ahceh dan sultan abd jalil dapat melarikan diri bersama isterinya puteri bukit betong[mengikut cerita dia menyelamatkan diri ke Terengganu, ada versi dia mati di sana dan ada versi dia  berundur ke tempat lain selepas dari terengganu]. Pemerintahan nya  ditanggung oleh ??? sebagai bendahara[memangku sultan] .
Nama mangku pahang selepas melaka mengambil alih pahang dari kerajaan siam adalah: tun mamat,, koris,, kedatun,, tun ali [bendahara ali]
Versi; sebelum versi yang diatas, Pahang bawah perintah  kerajaan siam [   ?  ],yang ditakbir oleh seorang wazir yang bernama ? . kerajaan islam Melaka pada masa itu telah menyerang dan mengalahkan Pahang dan menawan wazir Pahang dan dibawa kemelaka [versi, beliau tidak dibunuh seperti yang diketahui tetapi telah di islamkan dimelaka oleh sultan Melaka] dan sultan Melaka telah menghantar tun mamat menjadi ketua dipahang [bendahara] atau memangku wakil sultan Melaka di Pahang. Rujuk kepada cerita islam ditanah melayu atau kesultanan melayu atau wali sogo [wali tujuh dan wali Sembilan ditanah melayu]. SEBAB sebelum siam menguasai Pahang, Pahang diperintah oleh kerajaan yang bergabung dengan kerajaan cermin jeddah [yang dibawah pemerintahan maharaja bukit seguntang, keturunannya].

Pahang telah bertukar tangan dan pemerintahan semanjak  bergelar PAM [nama negeri Pahang tua]
Dan semenjak itu peperangan merebut kawasan oleh raja-raja dahulu kala tidak pernah berenti. Sebab itulah  bila disebut RAWA, orang akan mendiamkan diri. RAWA dan RAWAyang berkacukan arab dan yunan[champa],mereka ini lah yang menyebarkan islam dan membawa islam bersama semasa berperang.

ADAKAH Tuan –puan berasa malu untuk mengakui berketurunan RAWA sekiranya cerita sebenarnya, tuan-puan  mengetahui. Tok –nenek kita adalah penyebar agama islam dimasa dahulu dan sebab itu ada ahli waris yang bergelar syed, kerana ramai orang yang bersemenda menjadi ahli waris.

**untuk perhatian; Bugis dan lanun laut adalah dua jenama  yang berbeza yang dikelirukan oleh orang-orang yang menjadi tali barut kepada ?????. walaupun satu rumpun tetapi perbezaan diantara mereka amat ketara.
*Bugis sebenar, mereka ini bernegeri dan ada tanah airnya.
*Lanun laut, mereka ini tidak bernegeri dan telah dibuang oleh kaumnya sendiri. Mereka menjadi askar  upahan dan tali barut kepada ,,,,,,,???.

Kemasukan potugis,, belanda dan inggeris lebih memporak perandakan Pahang kerana mereka lebih kepada melaga-lagakan ahli waris disebabkan untuk mendapatkan dan mengaut hasil bumi Pahang.

INIlah bermulanya pertelingkahan dalam Pahang yang dashat sehingga keadilan diletak ketepi. Perundangan islam dipinggirkan

PAHANG satu tanah yang dari adanya orang dan kerajaan sentiasa dalam setuasi kontravesi  dan  sehingga lah kehari ini setuasi itu belum lagi reda-reda.

ORANG BERLAPAN [sumpah pulau tawar], mereka ini lah tunggak kepada kerajaan  Pahang yang ada sekarang selapas dari kerajaan pahang tua. Mereka jugalah yang telah diistihar sebagai ahli waris oleh wan ahmat [sultan ahmat  1] Pahang dipulau tawar sebelum perpindahan ke pekan.

Selepas ini lah cerita kepada pepecahan akan bermula dan cerita yang sebelum kepada pepecahan akan diceritakan seiring dan bersama kerana versinya terlalu banyak dan adakalanya tidak dapat disahkan cerita-cerita tersebut. Terserahlah kepada tuan dan puan dan keturunan dari ahli waris untuk berfikir dan menterjemahkannya, adakah kisah atau cerita ini , ???????????,.

Susurgalur ni adalah nenek moyang,,,,,,, mereka merasiakan siapa diri mereka .tak siapa yang berani melanggar sumpahan keturunan.

SUMPAH RAWA:-  DIBUANG BATU KELUBUK, KALAU TIMBUL KEKALlah “ RAJA” YANG ADA.
                                 DITANAM POKOK  KELADI TERBALIK ‘DIPACAK PELEPAH KETANAH’ JIKA TUMBUH                           KEKALlah “DIRAJA”KAMI
Batu tak timbul dan keladi tak tumbuh maka jadilah orang biasa kami
Datuk nenek kita dulu adalah ‘KASAF’

Ahmad dah jadi nelayan di Terengganu, .... Bahaman ..... dia dan jadikan dia .....
Disitulah .....nya
Mereka  juga tahu siapa dia, juga mereka takut pada bayang-bayang sendiri
Ista.. yang takut kalau-kalau………………………………
Rawa adalah setia, taat dan beriman
Rawa datang dengan sumpah, semua gelaran diraja dibuang sebab dia orang, ramai yang bertaraf wali. Taknak anak cucu lupa daratan disebabkan[jika] gelaran DIRAJA kekal.

AMANAH MOYANG KITA [RAWA] DULU ADALAH AMANAH BERSERTA DENGAN DOA, DIABADIKAN DENGAN KALIMAH.
Mana-mana anak cucu yang engkar WAJIB akan terima padah yang paling berat sejak didunia lagi
Tak payah tinjau jauh, pandang keliling kita dah Nampak terang-terang buktinya. Kadang-kadang mereka dah masuk neraka sebelum manpus……….

*orang kata;  kalau sesat boleh balik kepangkal jalan, tetapi kalau salah jalan kita akan sampai juga tetapi lain jadi matlamatnya*

Ini adalah orang berlapan yang membuat sumpah dipulau tawar [sumpah pulau tawar] dan menaik serta mengakat wan ahmad sebagai raja [sultan] dan mereka-mereka ini jugalah yang telah dicop penderhaka dan diburu untuk dihukum oleh .... ...... yang terkemudian setelah di cucuk [fitnah] oleh orang putih dan tali barutnya yang inginkan kekayaan dan kuasa…mereka adalah ahli waris serta hulubalang semantan dan hanya menjadi satu warisan sejarah sahaja yang tidak dimartabatkan pada kedudukan mereka yang sebenar dan asal.
TOK BAHAMAN.. TOK GAJAH..TOK GARANG DER SETH..HAJI TAHIR..TOK MUDA NONG..TENGKU ABD RAHMAN(nama sebenar)..WAN ISMAIL..[         ?     ]…(WAN AHMAD)TAPI SIAPA DIA SEBENARNYA.

Ini pula adalah panglima dan hulubalang yang berlawan[ sebahagian nama] dan berperang dikelang (perang kelang) bagi menyelamatkan tengku kudin anak tengku alam shah [ anak saudara kepada tengku umbak atau maharaja ombak atau tok ombak. Mereka datang dari dua kumpulan , satu dari orang kaya semantan dan kedua dari orang kaya chenur, dibawah imam perang MAT AKIL.. imam perang MAT SAMAN..dan panglima perang*antaranya

TOK PANGLIMA BEBEG[b.s]..KONET[b.s]..BIDI[b.s]..BURUK KENING[b.s].. SAMAH[guai].. SARIH[b.s]..KAKAP NORDIN[b.s]..LEBAI MAT SAID(GAGAH)[sem],, ORANG KAYA TAHIR[sem],, TOK MUDA ZAINAL[guai],, YAHYA[guai],, HAJI HASSAN[b.s],, SEIAYA[b.s],, OMAR,, PANGLIMA TUJUH LAPIS,, TOK GARANG DER SEHT,,TOK GAJAH,,PANGLIMA P WEEH,,IMAM PERANG YAMAN.

Bermulanya kedatangan orang putih dan tali barutnya ke Pahang, maka terjadilah perselisihan didalam ahli waris sendiri. Satu menentang dan satu menjadi serba salah maka di turut kan titah yang terfitnah, terjadilah pemburu dan diburu dan yang kalah,hukum nya bunuh dengan tiada bicara kerana aibnya air muka dan martabat diri. Permusuhan itu berbalik-balik dalam senyap sehingga kehari ini bersambung dan disambung oleh pewaris dan keturunan yang tak tahu usul asal cerita dan tidak mahu memeriksa cerita yang sebenar. Maka itu lah ahli waris tidak bersatu dan saudara menjadi jauh. Adik abang menjadi musuh.

Itu baru satu cerita, belum lagi cerita pasal terhirisnya hati disebabkan pembelutan dan menjadi dendam didada……………

[VERSI] KETURUNAN DI PAHANG [SUSUR-SUSUN DARIPADA]……………………………………
TOK BUNTUT > TOK WARING > TOK WADIK > TOK INANG > TOK BUYUNG > TOK CANGIH > TOK CANGAH > TOK KENUE > TOK MOYANG > TOK AKI > AYAH > ANAK > CUCU > CICIT > CUIT > GAMIT > ??? >

TUN ALI [WAKIL SULTAN MELAKA] MENJADI BENDAHARA DIPAHANG > WAN AHMAD [ sultan ahmad *Pahang*pertama yang dilantik oleh ahli waris (sumpah pulau tawar)]>[ANAKNYA]; SULTAN MAHMUD, SULTAN ABD JALIL, SULTAN ABDULLAH, TENGKU SULAIMAN, TENGKU NONG, TENGKU OMAR, TENGKU MUHAMMAD, DAN ANAK NYA YANG LAIN YANG TIDAK DAPAT DIKESAN NAMA MEREKA. Kerana Wan Ahmad beristeri ramai, ini adalah sebahagian dari mereka sahaja.
*Nama –nama isteri Wan Ahmad tidak dapat disenaraikan kerana tiada maklumat [tidak dapat dikesan kedudukan mereka].

KETURUNAN SULTAN ADB JALIL+PUTERI BUKIT BETONG(BINI) ,,[PAHANG TUA] ,,[ ] > *???*

KETURUNAN DARI BUKIT SEGUNTANG [SUMATRA]@[DIKENALI] ORANG TIGA BERADIK(PAHANG)> *???*
*datang mohon bermukim bukan untuk memerintah* mereka ini dipecah kepada tiga , satu diguai , satu di bukit segumpal (chenor), satu di raub. Waris keturunan mereka ini bertebaran di sepanjang sungai Pahang [seluruh Pahang dan negeri sekeliling Pahang].

KETURUNAN DARI RAJA MELUKUT *syed abd rahman putra.dari pagar ruyung Sumatra [TITIH DARIPADA]

BENDAHARA MEGAT KOMING+GADING(BINI) >  {1} *TISAN[anak]+KOMING ulu cheka[menantu] > (cucu)NONG[perempuan], IMAM KASIM[MANGKU KASIM], SHAM, DIN, SIDEK, CHANG,[CU](belum disahkan).&   {2}*AWA[anak]+ISMAIL[asal?[menantu] > (cucu)HAJI LIAS[ALIAS], HAJI ISHAK, DER[DA], HAJI PIN[ARIPEN]…………..*[cicit dan susur kebawahnya masih ramai]. Tidak dapat diteterakan dengan perinci.


TOK KEBAYAN(TOK KODIM& IMAM NUR BAYAN)..>{1} SERI KAMPUNG [anak]+Tok Jambi [menantu]> ..  >(cucu)antaranya[versi] TOK KUNING, TOK PINGAI..& {2} SERI PAGI[anak]> (cucu)antaranya [versi] TOK GEMOK, TOK ANTONG, TOK JU, TOK BIAH, TOK PENOR,……….NAMA{1} {2} , sebenar meraka tidak dapat dipaparkan kerana tidak dapat dikesan maklumat selain yang ini…{3} TOK MENGKARAK > waris keturunannya [versi] dikatakan ada di Sumatra[ batu bahra@pelabuhan balawan]dan tiada cerita yang mengatakan keluarganya turut serta kemari bersama-sama dengannya [tiada bukti]

Empat beradik MENGKARAK/GUAI
*Bersama –sama  {1} TOK KEBAYAN&TOK KODIM, BERPINDAH KE PAHANG.., {2} TOK TUA.., {3} TOK LANGIT.., {4} TOK YOT…  *TOK MENGKARAK Dan Bendahara Megat Koming adalah diantaranya dari kumpulan rambongan ini.

Empat beradik BUKIT SEGUMPAL Chenor
{1}TOK BATIN SIBUK[nama sebenar?],, {2}TOK BATIN SUNGKAI [?],, {3}TOK BATIN SEMPENA ALAM[? ],,{4}TOK BATIN ? ,, ..Mereka ini adalah orang yang datang bersekali dengan tok kebayan dan nama sebenar mereka tidak diketahui.

KETURUNAN TOK OMBAK& MAHARAJA OMBAK& TENGKU EMBAK dengan *

IBU{1}[versi] (tengku rokiah) DIRAUB..> (anak) ???,, IBU{2} DIGUAI..> (anak) YUSUF, SAID, ? ,, IBU{3}DI BOLOK(LANCHANG)> (anak) AWANG KOBAT, YANG  MAHRIM, IMAM NGAH(SINGAH). *Nama –nama lain tidak dapat dipaparkan kerana tiada maklumat.

DARI KETURUNAN ASALNYA BRUNAI {LIMA BERADIK}[EMPAT LELAKI, SATU PEREMPUAN]

{1} JAFFAR ALI…bermukim di cempaka lanchang, {2} SEDALI…bermukim di pekan [Pahang], {3} MERAH ALI…bermukim di padang tengku [kuala lipis], {4} USALI… ceritanya kembali ke brunai dan tida kabar berita hidup atau mati dan berwaris atau tidak, {5}  {ADIK PEREMPUAN*nama tidak diketahui}+Sultan Brunai keluarga bolkiah. WARIS-waris mereka ini tidak dipaparkan [maaf].

KETURUNAN TOK HULU BALANG >[anak] TOK DERAMAN perkasa >[cucu]{1} IMAM KASIM..bermukim di kampong terih lanchang, {2}TOK OMAR.. bermukim di lubuk tua lanchang, {3} BIDAN BESAR(BESAH)…bermukim di pekan Pahang [mati dan berkubur dilanchang]. WARIS-warisnya tidak dipaparkan [maaf]

KETURUNAN SULTAN ABU BAKAR SHAH ALAM [pagar ruyung] >[anak] TOK PERKASA.., TOK SUJI BILANG.., TOK ZAINAL ABIDIN..,//TOK SAHABUDDIN.., TOK LONG.., TOK EMAS.., TOK HAWA+Tun Perak[menantu]..,>[cucu]SALANI.., > [cicit]DATUK MATANG..,>[cuit]PANGLIMA BAGUS.., > [gamit] TOK ANDANG.., >[              ] KATIB HASSAN.., >[            ] ABU HURAIRAH..,……..???.....

KETURUNAN TOK SHAROM[Tengku Ali] dr tanah palembang+TOK DINAR[Wan siti hajar]dr bilah panai > RATING MAS[mati tiada waris]/ HJ MAIMUNAH[Dong] / KATIB RASUL ABD SALAM[ Tok Gajah] + TEH MAHDA > MUHAMMAD[Mat Kilau] > OMAR [ibu pulau tawar]/ KATIB MOHD AMIN[ Saudagar Min][chebong]mati di ulu lebir > HJ AMINAH+jh Abdullah serban hijau / KATIB MOHD ARIF[ Hj Meng][ benta].

KELUARGA PANGLIMA AHMAD,/ BERAHIM KUMBANG,/ IMAM PIN >/ MUHAMAD > PANGLIMA PERANG SAMAH [TOK JANGGUT].

ORANG TIGA BERADIK NEGERI SEMBILAN; versi ini tidak jelas dan ini adalah sedikit darinya, dua orang bermukim ditanjung ipoh negeri Sembilan dan seorang bermukim di guai.

Undang Dollah [jelebu] > Awang Mire+Temah[  ?] > Saleh+yang puyuh[guai]> ……

{versi} sultan ahmad budu + puteri kerabat brunai [tiada berwaris],,dan dengan isteri yang lain [a]> yaakop [tok gajah]+siti hajar[tangjung kertau]>………..

Awang Asim [keturunan china yunan dan bermukim di bukit segumpai chenor] >ada Sembilan anak yang berketurunan ramai dan seorang dari anaknya, awang lirai yang bermukim dilanchang, warisnya ramai di sana.

Tok tapa[ versi] adalah sepupu kepada tok mengkarak
tok batu tampoi nama nya imam sahadan
tok batin sibuk atau tok batin sunkai
tok panglima raja [berkubur di bukit segumpal]
tok panglima tiadin
MEREKA ini adalah seangkatan dengan tok mengkarak dan bermukim di kawasan chenor ,kertau pesagi, bukit segumpal

Tengku Idris adik kepada raja Hitam, yang dipertuan negeri Sembilan, asal keturunan raja rao mapat tunggul di minangkabau> warisnya bermukim di SEGA

Panglima Abdullah [dollah kancil]+Timah >Muhammad > ……….[puak ditebing tinggi bera]

Susur dari keturunan Minang dan Bugis dan juga keturunan yang lain akan turut dipaparkan bersama-sama bagi mendapatkan kebenaran yang mungkin telah disalah anggapan oleh generasi yang terkemudian dan bagi memperbetulkan kesalahan tafsiran dikalangan ramai orang. Terutama ahli waris.


DAENG adalah gelaran kepada ketua-ketua Bugis tetapi raja bugis sebenar tidak menggunakan gelaran itu, masih menggunakan nama RAJA pada pangkal nama mereka dan dipahang dia menggunakan gelaran atau pangkal nama  TOK. Keturunannya masih ada dan menggunakan nama orang kebanyakan.

BUGIS PATANI EMPAT BERADIK
Ayah & Ibu dari tanah Bugis > HAJI ABDULLAH SERBAN HIJAU+[1] HJ AMINAH bt katib mohd amin, [2] SARA(org Jelam),, / ABD MALEK ,,/ OSMAN,, / (                  ).

[Versi ]TOK BANGAU [Raja Ismail ](*ayah +ibu raja ?) membuang diri di pahang disebabkan  sengketa adik beradik dan selepas kematian adik beradiknya, dia engan naik tahta,dan menyerahkan tahta dan harta kepada rakyat  *[ ¾ gantang emas dibahagi kepada rakyat dan ¼ gantang emas lagi dibuang kelaut, dan tidak akan jejak kaki ke tanah asal lagi] itu adalah sumpah nya. >TOK MADIAH + Tok Shabudin[berhala gantang].
Seorang warisnya [ budin namanya] telah diambil buat menantu oleh raja perak.
[versi]TUN ABD SAMAD [bendahara petani 3] > TUN SALEHUDDIN [tok barat] > TOK AHMAD > TOK MASAUD > TOK BANGAU> TOK MENTARA > PENGHULU MAT SEH > TAN SRI YAHYA [menteri besar Pahang]//{ tok maimunah // tok bidin // tok sidin.(adik beradik tok bangau)}.

Imam nuh[ngah](ayah)+Rokiah(ibu) > Bahaman[abd rahman]
KETURUNAN BAHAMAN [ayah  orang Palembang]= Ibu [lanchang*keluarga tok gajah] > MAT LELA > DIMAH SAM/ DATO SALEHUDIN[orang kaya berlapan] > sepiah [bermukim di kuala lumpur],, Ibu Mengkarak > cikgu JANTAN {durian tawar]dan ada yang lain lagi,, nama isteri dan anak lain-lain tiada sumber.maaf.

KETURUNAN MERAK EMAS (*sultan emas@ sultan Abdullah)[ pagar ruyung] > MAT AKIL,/ IMAM PERANG YAMAN.

Tok saharudin [abang tok sahbudin] berkhawain dengan anak tok temerloh[  ?  ]
Tok sahbudin>[anak] tok songsang >[cucu] tok gantuk > [  ?  ]


**KIRANYA MAHU MEMBANGUNKAN KEMBALI MASYARAKAT ISLAM MAKA IANYA MESTILAH BERTOLAK DARI MENCARI KEMBALI AKAR UMBINYA YANG TENGGELAM MENDALAM DIDASARNYA
MENGHIDUPKAN KEMBALI RUHANINYA DIRI INSAN, BERSANDARKAN ILMU TAUHID, BARU DAPAT MERUBAH DUNIA SEKILILINGNYA.

Rumpun melayu yang dibangsakan kepada ..... keturunan  ....... dengan isterinya siti qantura berkembang dari banjaran gunung Himalaya ke kemboja [campa] dan berpecah keserata pelusuk nusantara [digelar al-jawiyun oleh orang arab].


SEDIKIT CARTA KETURUNAN YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN DAN RENUNGAN KITA
KERANA IANYA BERKAIT RAPAT DENGAN KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA DAN KERAJAAN KERSULTANAN MELAYU daripada susunan wali sogo


SAIYID HUSEIN JAMADIL KUBRA DARI KESULTANAN DELHI
>[ ISTERI 1] PUTERI LINANG CAHAYA[KELANTAN]> MAULANA MALIK IBRAHIM[GERISIK]
>[ISTERI 2] RAMAWATI [CHAMPA]> IBRAHIM ASMARO
>[ISTERI 3] PUTERI SELINDUNG BULAN [KELANTAN] >ALI NURUL ALAM [PATANI]
>[ISTERI 4] PUTERI RAJA JOHOR > SYARIFF MOHD KEBUNGSUAN [FILIPINA] DAN SULTAN BERKAT [BRUNAI].

KETURUNAN MAHARAJA BUKIT SIGUNTANG

MAHARAJA SAMPUGITA [GANGGA NEGARA],,,,,menguasai seluruh pulau sumatera termasuk wilayah pusat Sriwijaya di Palembang,,Jawa barat[sunda],, Kalimatan [borneo],, Kelantan,, Dwarawati [Thailand],, Kemboja,, Champa. BELIAU mempunyai banyak  gelaran dan nama antaranya; maharaja imbang jaya,, malim dewa,, maharaja mani jaya,,maha dewa brahma,, maharaja bukit siguntang dan ???,,
Beliau menyerahkan pulau jawa,, pulau sumatera dan kalimatan dibawah  pentadbiran mangkubuminya yang kemudiannya diganti oleh anaknya Demang Lebar Daun.

DARI putera yang sulung maharaja surendra [maharaja jawaka] menurun keturunan-keturunan dari raja-raja Kelantan,,champa,,patani dan kedah

DARI puteranya Ken Arok [pengasas kerajaan Singosari] mengahwini anak perempuan wan malini menurun raja-raja singosari dan majapahit di pulau jawa.

DARI puteranya sang sapurba [raja Palembang] mengahwini wan senderi anak kepada demang lebar daun, menurun nenek moyang raja–raja Jambi,, Tumasik,, Melaka.

Cerita ini tidak diolah/disusun semula oleh Laman Pahang. Cerita ini dianggap sebagai pengkisahan cerita lisan oleh penulis(Neguai). Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.

LINK
kemaskini:10.1.2014

241 comments:

1 – 200 of 241   Newer›   Newest»
Orang Bolok said...

Seronok baca post tuan, nenek moyang saya pun berasal dari Pagar Ruyung dan mereka bekampung di Bolok, saya teringin nak tau salasilah keluarga saya, moyang saya keturunan syed tapi buang gelaran tu sebab nak jadi org biasa2, tapi takde sumber bertulis yang sahih cuma cerita lisan sahaja.. (tu yang confuse ni) Kalau nak korek cerita dari orang tua pun jawabnya jgn diungkit hal lama, nanti ada yang murka..hehhehe..

. said...

'Orang Bolok' boleh cuba kesan dan kaitan kekeluargaan 'Orang Bolok' dengan orang di Kuala Tekal Temerloh.

Ada antara ayah atau tok mereka (di Kuala Tekal Temerloh) masih guna syed dan tak sempat buang.

Anonymous said...

Salam, Nak tanya apakah kaitan keturunan ini dengan laman web berikut ?
Saya sedang menyusun kembali susur galur dari Wan Dagang Kelompok (Kelembak) dan Work in progress di sini http://www.myheritage.com/site-family-tree-194205321/wan-ahmads-family-tree

. said...

Kalau boleh mintak saudara Anonymous nyatakan:

Wan Dagang Kelompok (Kelembak) kampung asalnya dimana.

Baru kami boleh semak. Bimbang tersalah orang.

Anonymous said...

Salam ! ayahanda saya yg berasal dari kpg Sanggang namanya Kamaruljamal bin Abd Majid bin Baada. Itu saja yg saya ketahui, arwah ayahanda saya ada mencatat salur galur beliau tp susah kami nak faham!!Harap tuan dapt membantu . TQ

. said...

Kepada Anonymous Kpg Sanggang,

Adakah Baada tu Imam Baada. Jika ya mungkin Katib Hijau adalah adik-beradik dengan Imam Baada.

Harap saudara dapat sahkan gelaran untuk Baada. Jika ya, kesan susur saudara berdasarkan nama Katib Hijau dan Imam Baada.

Atau ambil gambar catatan arwah ayahanda dan emilkan pada kami. Boleh kami semak dan terangkan kepada keluarga saudara.

Sekian.

Anonymous said...

Salam, saya berasal dri keturunan Merak Emas - Sekarang tgal di KG Sempadan, Lanchang..Arwah ayah ad myimpan susur galur keturunan Merak Emas..Semalam baru balik dari Kota Besa Pagar Ruyung..saya sgt berminat utk mgetahui asal usul Minang - Suku Rawa..Muhammad Firdaus Bin Haji Semail Bin Haji Ahmad..

Anonymous said...

Org koi..Lepas arwah aboh mniggal, kome adik bradik xkenal sdara belah bolok..bile kite leh jumpe??mane ad ad kene mgena..koi dari keturunan Merak Emas, kalau aok nak tahu lebih lanjut lagi, jom kite g ke pagar ruyung, indonesia..Firdaus - 017-4451690

. said...

Kepada saudara Firdaus(017-4451690), saya diminta memberikan jawapan ini:

Merak Emas adalah Sultan Abdullah Pagar Ruyung. Dia waris 12 beradik Tok Mengkarak 2. Pendiri Kesultanan Jambi.

Banyak lagi perkara yang kami nak terbitkan. Ada yang dikiaskan dan ada yang dijadikan dongeng.

Ada juga yang terpaksa ditarik balik kerana pendedahan terlalu awal dan ada yang tak faham.

Semuanya dari DIA.

shah_zura_danial_irfan said...

Salam, tuan, maaf mencelah, ayah sy nama mohamed isa bin abdul samad bin imam sali bin panglima perang rasul..dikatakan seangkatan dgn panglima perang adam..tp sy hnya search ttg panglima perang adam..panglima perang rasul dikatakan menjaga kawasan di raub

Anonymous said...

salam, saya baru dpt tau yg saya dr keturunan panglima kakap hussin. beliau merupakan moyang kepada wan saya. bagaimana untuk saya mencari info2 tentang panglima kakap hussin ini? terima kaseh.

Anonymous said...

salam...saya juga baru dpt tahu yang keturanan ayah saya adalah titisan darah di raja dari pagar ruyung...tp ini hnyalah secra lisan dan itu pun di tgok oleh seorang ustaz melalui makrifat...

Insan marhaen said...

Carilah keturunan demi mendpat redha Allah..namun hindarkan demi mengejar nama dan berbangga-bangga...

Apakah makna bergelar keturunan raja,sultan,tok keramat,pahlawan dll jika yang di cari hanyalah riak semata-mata..

elok sekiranya niat mencari itu di tahan dahulu,cuci hati dan betulkan niat.

wallahualam.

Anonymous said...

Kepada pencari panglima kakap hussin, tuan boleh cuba kesan keturunan ini di Chenor Pahang.

Anonymous said...

Saya bersetuju sangat dengan Anonymous Insan marhaen. Jika menyusur jalur keturunan masing-masing, jangan lupa menyusur jalur ketuhanan. Semuanya mereka cuba terbitkan dalam Laman Pahang. Eloklah baca bersekali cerita keturunan dan cerita ketuhanan. Harap pembaca Laman Pahang sentiasa ingat diri dan ingat Allah SWT dalam kerja ini. Selebihnya serahkan pada DIA yang Maha Esa.

insan Marhaen said...

saya menyokong usaha Laman Pahang dalam mengetengahkan kisah sejarah Pahang dan nama-nama tokoh yang jarang kita dapat dengarkan sekarang.

saya juga perasan entry dari Laman Pahang tidak menumpukan hanya kepada sejarah sahaja,tetapi admin Laman Pahang masih menyelitkan unsur-unsur keagamaan sebagai pedoman pembaca.

namun sebagai seorang hamba Allah,kita digalakkan untuk saling ingat mengingati dan berpesan-pesan sesama saudara islam.Tiadalah bertujuan menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.Maaf jika ada kata-kata yang menyinggung mana-mana pihak,ketahuilah saudaraku sekalian, kenyataan dan kebenaran memang menyakitkan.

Wallohu'alam bissawob

. said...

Terima kasih atas sokongan Anonymous dan insan Marhaen.

Memang rumit kerja mengesan dari orang-orang tua. Kalau dari buku dan internet, senang. Cara kami sekarang memerlukan kami bergerak dengan kenderaan sendiri, belanja sendiri dan masa sendiri. Bila dan jumpa orang-orang tua, kena hulur juga sesepuluh duapuluh duit. Kebanyakan orang-orang tua yang kami jumpa bukannya orang senang mewah.

Anak isteri juga pelik dengan kerja yang kami jalankan sekarang. Ada masanya bermasam muka dengan keluarga. Tambahan pula bila kerja tidak mendatangkan duit.

Sehingga kini kami masih sanggup buat.

Kerap kali bila sama-sama dan tak cukup modal/duit, kena tangguhkan sementara kerja. Bila melibatkan orang-orang tua yang dan uzur tentu tak boleh tangguhkan kunjungan, jadi apa caranya ...?

Terharu juga bila orang-orang tua ni sanggup sediakan air teh susu bukan teh o. Sanggup menyediakan makan tengahari secara ala kadar (sebab tu kami segan nak singgah rumah mereka sebelum tengahari).

Kebiasaannya kedatangan kami disambut dengan pintu pagar dan pintu rumah yang telah siap terbuka. Seolah-olah macam dan tau kami nak datang.

Itu cerita melawat orang-orang tua.

Satu perkara lagi yang kami perlu buat adalah melawat dan mengesan kubur-kubur lama.

Kami berharap kubur-kubur lama yang telah lama terbiar, tidak terjaga, berselerak dan ada yang dan hilang batu nisan dapat dijaga semula. Dija oleh pihak yang bertanggungjawab atau dijaga oleh waris mereka.

Jika boleh kami mahu pagarkan kubur-kubur lama tersebut supaya orang tau 'ada orang, ada kubur dan ada ceritanya.' kita perlu pelajari dari ceritanya tersebut.

Bukan untuk berlagak tetapi untuk Mengenal Diri Dengan Merata supaya Dapat Mengenal Allah SWT Dengan Nyata.

Wallohu'alam bissawob.

(semoga Allah SWT memberikan rahmatnya kepada orang yang ikhlas menegur dan membantu usaha kami)

Anonymous said...

salam saya nak tahu asal usul keturunan tok tekal temerloh ada org kata kitaorg dari pagar ruyung batu sangkar...

. said...

Betul apa yang 'keturunan tok tekal temerloh' kata. Harap kita semua jangan menyusun/mencari takat pagar ruyung sahaja. Keatas lagi dari pagar ruyung siapa?

M.Hanif Hafiz said...

salam, saya dari jalur keturunan Tok Sabudin,Biah dari sbelah wan dan Haji Awang Nayib, Haji Awang Mula dari sebelah atok, mohon jasa baik admin untuk berkongsi maklumat tentang nama-nama tersebut jika ada sebarang informasi

Anonymous said...

Salam,
Boleh saya daptkan no tel penulis blog ni?
Saya cuit kpd Jaafar Ali cicit kpd Imam Perang Weh Bin Jaafar Ali dan Cucu kepada Hj. Awang Bin Imam Perang Weh. Ada benda koi nak tanya aok...

. said...

Harap 'cuit kpd Jaafar Ali' nayatakan bagaimana penulis (Neguai) boleh hubungi tuan. Jika ada kelapangan beliau akan bercakap dengan 'cuit kpd Jaafar Ali'. Kebiasaannya penulis(Neguai) akan berikan jawapan dalam Laman Pahang supaya dapat dikongsi/disemak oleh orang lain yang lebih pakar.
Sekian.

Anonymous said...

Ni no tel koi: 019-9853610
Jazakallah drpd:
Cuit Jaafar Ali

. said...

Telah di maklumkan kepada Neguai no telefon Saudara 'Cuit Jaafar Ali'. Harap sabar.

Anonymous said...

assalamualaikum

mohon jika ada dalam pengetahuan tuan berkenaan salsilah keturunan Raja Hitam@ Panglima Hitam yang dikatakan anak saudara kepada Raja Ahmad@ Tok Prak sepertimana yang dikisahkan oleh Pak Subari dalam artikelnya di link ini

http://terombarawa.blogspot.com/

bertajuk: RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH
TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN
RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17

sekian wassalam.

anak kepada cucu cicit.

cucu cicit org kaya haji said...

saya sedang menbuat kajian tentang keturunan tun semaun @ orang kaya haji lipis..
dan apa kaitan antara tun abdullah husin (mat yasin)& tun ali mengikut salsilah adalah anak kepada tun semaun adakah ia berkaitan dengan peperang di pahang.?
harap laman pahang dapat menbantu.

. said...

cucu cicit org kaya haji said...

saya sedang menbuat kajian tentang keturunan tun semaun @ orang kaya haji lipis..
dan apa kaitan antara tun abdullah husin (mat yasin)& tun ali mengikut salsilah adalah anak kepada tun semaun adakah ia berkaitan dengan peperang di pahang.?
harap laman pahang dapat menbantu.

-------
Kami akan membuat semakan da rujukan jika perlu. Bimbang tersalah orang.

. said...

Anonymous
mohon jika ada dalam pengetahuan tuan berkenaan salsilah keturunan Raja Hitam@ Panglima Hitam yang dikatakan anak saudara kepada Raja Ahmad@ Tok Prak sepertimana yang dikisahkan oleh Pak Subari dalam artikelnya di link ini

http://terombarawa.blogspot.com/

bertajuk: RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH
TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN
RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17

sekian wassalam.

anak kepada cucu cicit.

-------
Kami akan buat semakan dan rujukan serta pengesahan jika perlu.

. said...

kepada 'cucu cicit org kaya haji' dan 'anak kepada cucu cicit'.

Maaf jawapan tidak dapat diberikan disini. Sila tuan berdua berikan nombor telefon supaya boleh berhubung dengan Neguai Beliau akan berikan jawapan (setakat yang tahu). Terlebih dahulu Neguai perlu sahkan, adakah tuan sebenarnya sebagaimana yang tuan katakan. Pihak kami tidak dapat membantu pihak yang mencari keturunan orang lain. Terutama mereka yang bertujuan ...

Anonymous said...

siapa tok tangguk bingkai tembaga dan di mana keturunannya?

. said...

Kepada saudara Anonymous21:01. Dia ni adalah orang 12 beradik (12 .....) dari Jam... Dia ni keturunan Tok ....karak. Harap cerita sepenuhnya telah diketahui oleh saudara Anonymous21:01. Rasanya saudara Anonymous21:01 lebih banyak tau dari kami. Mungkin soalan ni hanya nak menduga kami.

Anonymous said...

Maaflah admin saya tidak tahu cuma ingin bertanya kerana dari pembacaan saya dalam blog dan buku sejarah pahang,nama tok tangguk ni hilang macam tu sahaja..dan tiada waris keturunannya yg terlibat dalam perang saudara di pahang..nama tok tangguk dan tok parit saya rasa sangat hebat diperkatakan di zaman bendahara ali..saya cuma seorang yg suka membaca sejarah orang dulu2..tok parit mendapat nama kerana tidak lut dipahat lanun..tok tangguk pula kerana dia menanguk peluru yg ditembak.

Anonymous said...

cuma dari mana datangnya tok tangguk dan tok parit ini sebenarnya?tok parit adalah anak kepada tok kota..tok tangguk adalah adik beradik tok kota..saya cuma mendengar cerita2 dari orang tua2 dahulu..saya dari keturunan tok bonjol--tok khatib hitam-tok boh..tok boh ada 3 adik beradik lagi tok long tk ada anak..tok bakar keturunannya ramai di chenor dan seorang lg saya tk ingat namanya..berkenaan tok muda mat akil pula ada beberapa orang adik beradik lg antaranya tok sulaiman dan seorang adiknya yg digelar tok pendekar derhaka.

Anonymous said...

As salam Tuan, sekiranya ada..mohon sedikit pencerahan berkenaan asal usul Maharaja Perba Jelai.. Terima kasih..

. said...

Kepada Tuan Sangsalik. Pihak kami telah selesaikan penyusunan dan semakan susunan Perba Jelai. Telah diterbitkan dalam Laman Pahang. SATU[ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/1-orang-besar-perba-jelai.html ]. DUA [http://lamanpahang.blogspot.com/2012/01/versi-susunan-waris-pahang.html ] TIGA [http://lamanpahang.blogspot.com/2013/01/b20-laksamana-bentan-dan-sultan-mahmud.html ]. Harap tuan Sangsalik dapat buat semakan. Betulkan mana yang silap. Kami tak tahu sepenuhnya.

. said...

Kepada Tuan keturunan tok bonjol. Terima kasis kerana berkongsi maklumat tentang ..[1]siapa tok tangguk bingkai tembaga dan di mana keturunannya? [2]Maaflah admin saya tidak tahu cuma ingin bertanya kerana dari pembacaan saya dalam blog dan buku sejarah pahang,nama tok tangguk ni hilang macam tu sahaja..dan tiada waris keturunannya yg terlibat dalam perang saudara di pahang..nama tok tangguk dan tok parit saya rasa sangat hebat diperkatakan di zaman bendahara ali..saya cuma seorang yg suka membaca sejarah orang dulu2..tok parit mendapat nama kerana tidak lut dipahat lanun..tok tangguk pula kerana dia menanguk peluru yg ditembak. [3] cuma dari mana datangnya tok tangguk dan tok parit ini sebenarnya?tok parit adalah anak kepada tok kota..tok tangguk adalah adik beradik tok kota..saya cuma mendengar cerita2 dari orang tua2 dahulu..saya dari keturunan tok bonjol--tok khatib hitam-tok boh..tok boh ada 3 adik beradik lagi tok long tk ada anak..tok bakar keturunannya ramai di chenor dan seorang lg saya tk ingat namanya..berkenaan tok muda mat akil pula ada beberapa orang adik beradik lg antaranya tok sulaiman dan seorang adiknya yg digelar tok pendekar derhaka... Minta tempoh kami fikirkan macam mana kami nak jawab. Ada perkara yang belum basanya boleh disebut. Bimbang akan menyebabkan orang lain marah. Bimbang menyebabkan keluarga yang nak menyuruk 'diserang' oleh keluarga yang berdendam. Bimbang dendam/terkilan/benci /dll terus berpanjangan. Kami tidak mahu menjadi punca tercetus semula perbalahan. Kami harap pendedahan kami menjadi asas pendamaian. Kita perlu berdamai dan bersatu.

. said...

Kepada keturunan tok bonjol. Berkaitan "tok muda mat akil pula ada beberapa orang adik beradik lg antaranya tok sulaiman dan seorang adiknya yg digelar tok pendekar derhaka." Adakah tok muda mat akil tersebut yang pada zaman Sultan Abdullah?. Bimbang tersalah atau tersilang keluarga. Mat Akil ada lebih dari seorang tetapi zamannya berbeza. Kalau ianya adalah zaman Sultan Abdullah ianya adalah ...

Anonymous said...

Owh mcam tu ye maaflah saya tk tau sekadar ingin tahu sahja..tentang tok muda mat akil tu adalah dizaman perang saudara..mat akil orang kertau atau lebh tepat lagi orang bohor@kenalau orang..orang kertau batu bor dari susur galor yg sama..cuma saya berminat untk mengetahui sejarah2 mereka ini sambil merapatkan persaudaraan sesama kita.

. said...

Kepada saudara Anonymous10.55. "merapatkan persaudaraan sesama kita" adalah tujuan utama Laman Pahang. Cerita sejarah dan keturunan adalah keadah kami untuk "merapatkan persaudaraan sesama kita". Banyak kali diulang dalam Laman Pahang bahawa kita semua perlu buang dendam/benci/terkilan/dll. Tapi ramai yang masih menyimpan. Kami tidak mahu menjadi pencetus sengketa lama. Kami juga tidak mahu 'orang menyorok' menjadikan kami sebagai tempat mengesan musuh mereka (untuk balas dendan atau tuntut harta keluarga/keturunan).
-Ada orang nak bercakap dengan kami tapi tak mahu kenalkan diri. Tak mahu berjumpa kami. Bila kami sebut aja apa yang dia nak tau ... terus hilang dan tak mahu dihubungi.
-Sebab itu kami campurkan cerita Keturunan dan Ketuhanan. Supaya "merapatkan persaudaraan sesama kita".
-Terima kasih saudara Anonymous10.55 kerana berkongsi tujuan.
-Maaf kalau kami tersalah cakap. Kami hamba yang lemah.

Cucu Cicit Bahaman said...

Salam... Koi dari keluarga Noor bt Bahaman (TL 1847)dan Seh bin Pemangku Gendut @ Panglima Kakap( Dollah bin Seh, sebelah Datuk) manakala sebelah nenek/wan, Beh bin Ahmad (keluarga pendekar Sanan,Pawang Alias Kg. Bintang)dan Sariah bt Ismail (Ismail adalah adik kepada Pemangku Din, ketua Kg. Bolok), nenek koi Rahmah bt Beh. Koi berdarah Jambi, Rawa dan Yunnan dan Bugis. Cik Fatimah nenda kepada Tengku Afzan adalah sepupu moyang koi, Noor bt Bahaman. Keluarga koi baru balik bermukim di Kg. Bolok, Lanchang tahun 2005 kerana kerja ayah koi. Ayah koi imam k3 Masjid Kg. Bolok. Moyang koi, Bahaman bin Lebai Iman bin Imam Mustaffa bin Imam Uthman juga bersaudara dgn Imam Perang Weh, juga bersaudara dengan Imam Perang Yaman bin Sutan Mas. Koi skrg ni pun tgh menakalkan salasilah keluarga dgn merjuk kpd org2 tua dLanchang spt Pak Lang Guard, Khatib Sulaiman, Cikgu Rustam dll. Koi suka mcari sejarah bkaitan Lanchang khususnya dan Pahang umunya...

. said...

Kepada CucuCicit Bahaman.
Terima kasih kerana berterus terang. Harap dapat semak apa yang diterbitkan dalam Laman Pahang. Mungkin tuan akan mendapat kepastian tentang tugas tuan. Bukan kita sengaja-sengaja condong kepada minat tersebut. Semuanya DIGERAKKAN oleh Allah SWT. Sebab itu menyusun KETURUNAN jangan lupa KETUHANAN. Maaf kalau tersalah pilih kata.

Anonymous said...

Salam, Mohon jasa baik Laman Pahang untuk berkongsi sekiranya terdapat apa-apa maklumat berkaitan dengan Tok Dun, Tok Lebar dan Tok Kadam di Temerloh.

. said...

Daripada Anonymous23:52
Mohon jasa baik Laman Pahang untuk berkongsi sekiranya terdapat apa-apa maklumat berkaitan dengan Tok Dun, Tok Lebar dan Tok Kadam di Temerloh. ... Maaf saya tak tau Tok Dun Lebar Kadam. Kalau ada dalam Laman Pahang itulah yang kami tau. Kalau tiba-tiba diterbitkan kemudian ... itu sajalah yang kami boleh bagi tau...Yang selebihnya saudara Anonymous23:52 lebih tahu. Mungkin kami boleh sambung sikit-sikit. Sekian.

Anonymous said...

salam admin,saya ada satu kemusykilan nak bertanya tuan admin,tapi tidak dapat dinyatakan disini,macam mana saya nak berhubung terus dengan tuan admin,mintak pertolongan tuan admin merungkaikan kemusykilan saya,saya boleh dihubungi di talian 013-4102434 khairul,jasa baik tuan admin didahului dengan ucapan terima kasih...salam....

. said...

Pihak kami akan menghubungi saudara Khairul (013-4102434). Sila tunggu panggilan telefon dari Saudara Neguai. Saudara Khairul perlu terlebih dahulu ceritakan sikit-sikit tentang diri saudara.

Pihak kami tidak mahu membantu pihak yang mengesan salasilah keturunan orang lain. Kami tidak mahu terlibat dalam pencarian yang hendak memanjangkan dendam keturunan/keluarga.

Kami hanya membantu mereka yang mencari tentang keturunan masing-masing. Dengan tujuan untuk sempurnakan amanah atau tugas keturunan masing-masing. Bukan dendam.

Kami juga tidak dapat membantu mereka yang masih nak sembunyikan diri. Takut kepada manusia lebih kuat berbanding takut kepada Allah.

Perkara dendam/marah/benci ini telah kami terangkan berulang kali dalam Laman Pahang.

Sekian.
Maaf kalau tersalah ayat.

Anonymous said...

saya bukan nak mencari asal usul keturunan orang lain,tapai saya ada beberapa kemusykilan,tapi tidak dapat dinyatakan disini,bimbang akan menyentuh sensetiviti pihak lain,harap pihak admin dapat menolong merungkaikan kemusykilan saya,terima kasih pihak admin.....(khairul)

. said...

Kepada semua ahli waris yang membaca.
Pihak kami telah berhubung dengan Saudara Khairul, Kami bantu susun setakat termampu. Tidak dapat kami kongsi disini kerana Saudara Khairul adalah .........

Kepada Saudara Khairul:
Kami tau kenapa Saudara Khairul rasa begitu. Pihak kami berhubung juga dengan saudara kerana kami dapat rasa keikhlasan dalam soalan saudara. Harap saudara akan segera mengesan Amanah dan Tugas waris/keturunan saudara.

Terima kasih.

Dengan izin Allah swt, kami berharap ramai lagi (Hamba Allah) yang akan mambantu saudara.

Jas Salleh said...

Buat lah yg terbaik mengkomer sekelian

Jangan di lupa Jalur Ketuhanan

Mencari Jalur Keturunan untuk tahu asal punca sempena diri

Bukan untuk mengangkat diri

Ingat barangsiapa menderhaka
barang tercuit sikit padah merana

Barnagsiapa tahu membawa diri dan gelar maka bertuahlah sampai ke anak cucu nanti.

. said...

Buat lah yg terbaik mengkomer sekelian - Jangan di lupa Jalur Ketuhanan - Mencari Jalur Keturunan untuk tahu asal punca sempena diri - Bukan untuk mengangkat diri - Ingat barangsiapa menderhaka barang tercuit sikit padah merana - Barnagsiapa tahu membawa diri dan gelar maka bertuahlah sampai ke anak cucu nanti.

Terima kasih atas AMARAN yang tuan berikan kepada kita semua. "Buatlah yang terbaik MENGKOMER sekelian"

Anonymous said...

salam admin,saya ada satu kemusykilan nak bertanya tuan admin,macam mana saya nak berhubung terus dengan tuan admin,mintak pertolongan tuan admin merungkaikan kemusykilan saya,saya boleh dihubungi di talian Asri 0129395281,jasa baik tuan admin didahului dengan ucapan terima kasih...salam....

. said...

Tuan Asri 0129395281.

Maaf terlebih dahulu kalau tersalah pilih kata-kata. Minta tuan emalkan kepada saya kemusykilan tuan terlebih dahulu. Harap juga nyatakan jalur keturunan tuan yang paling tinggi untuk semakan dan pengesahan.

Kalau tak boleh tak apa. Kami mintak maaf sekali lagi.

Anonymous said...

salam admin..

Tq atas artikel..boleh koi mengenal susurgalur..dari cerita tersebut..koi teringat wan koi cerita malam dekat nak tido..dia adalah susurgalur dari kg bahala gantang(tok sihabuddin),,juga cerita raja 5 beradik..pagar ruyung kut..cerita tok antong,tok mengkarak..koi juga anak jati guai..

. said...

Kepada anak jati guai.

Terima kasih.

Jangan lupa semak dan sahkan cerita kami ni. Maklumkan jika ada kelainan. Boleh kita susun semula.

fadzili68 said...
This comment has been removed by the author.
fadzili68 said...

Assalamualaikum saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Almarhum Moyang kpd moyang saya yg bergelar "Tok Bedu" dari Rawa.
beliau beristerikan Andak Sapiah

Sela Masa kira2 1880-1900

wassalam

Anonymous said...

Tok bedu asal kuala bera dan batu bor. Kumpulan Puak Tebing tinggi bera. Cari mereka di kawasan ini.

M.Hanif Hafiz said...

Assalammualaikum, admin, saya ingin, mendapatkan maklumat berkaitan dengan keluarga ayah saya di raub.. saya telah difahamkan yang saya berasal daripada keturunan panglima tok perak
dan dato pertemuan, mohon laman pahang berkongsi sekiranya ada maklumat

. said...

Terima kasih Saudara M.Hanif Hafiz.

Terlebih dahulu, minta saudara-saudara yang lain membantu menambah apa yang sedia tau.

Anonymous said...

Kepada M.Hanif Hafiz dan waris keturunan Panglima Tok Perak dan Dato Pertemuan.

Panglima Tok Perak dan Dato Pertemuan adalah sepupu.. Mereka berdarah campuran Seri Menanti dan Kelantan. Meninggalkan istana dan bermukim di Raub.

. said...

Tuan puan boleh mencari cerita dato pertemuan dan panglima tok perak ditulang padang raub.

Kami harap dengan izin Allah SWT serta niat yang jujur, saudara Hanif Hafiz akan dapat jumpa dengan orang tua tulang padang tersebut.

Azri Ramli said...

Assalamualaikum...
Saya bermukim di Raub Pahang...
Orang tua saya peneroka felda lembah klau...Abah orang utara...
Emak saya Zabedah Awang Samah asal Kg Jeragan Lanchang...Atok saya Awang Samah...org lama yg buka kampung jeragan tu menurut cerita... Nenek saya Habibah Hj Awang asal Kg Bangau Tanjung Temerloh...Aki Hj Awang ni ceritanya orang asal meneroka kampung... Nak tau juga salasilah keturunan bila orang tua dah tiada ni susah amat nak kenal saudara mara... sepupu sepapat...
Bekas MB Pahang Tan Sri Yahya Mohd Seth tu aki saya...
email saya : ayieklau@gmail.com.my

. said...

Kepada Tuan Azri Ramli.

Apa yang boleh saya katakan nak cara kenal saudara mara adalah:

1. BERDASARKAN SALSILAH. kita boleh mencantumkan salasilah kita dengan salasilah orang lain.

Pada masa ini terdapat seorang (lelaki) yang berhubung dengan kami secara email. Beliau menggunakan email kerana tidak mahu mendedahkan diri kerana sesuatu sebab yang saya tidak perlu tahu.

Jalur tuan Azri Ramli dan jalur orang tersebut boleh dicantumkan.

Saya harap orang tersebut akan berhubungan dengan tuan Azri Ramli bagi mengabungkan susunan saudara bagi menghubungkan saudara mara jalur tuan berdua.

2. BERDASARKAN BARANG LAMA. Barang lama/pusaka boleh dianggap sebagai tanda mengenal keturunan. Mungkin orang tua dulu ada simpan barang-barang, siasat barang tersebut dan cari kegunaan, amanah dan pasangannya.

Boleh baca cerita Saiful PPAP di [http://lamanpahang.blogspot.com/2010/10/loket-berkalimah-allah-dan-ayat-kursi.html]

petikannya:
"Loket ni koi dapat masa koi umur lebih kurang 5 tahun.

Pernah koi tunjuk pada satu orang tua yang tau banyak cerita-cerita lama. Orang tua kata, "Buah loket ni ada dua"

Setelah setahun Qaylaqaliff memaklumkan, bahawa " Saya ada memiliki loket yg serupa dgn loket saudara.. sudah 28thn dlm simpanan saya."

3. BERDASARKAN CERITA LAMA.

Azri Ramli said...

Salam...
Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad, bekas SUK Pahang yg ke-14...
Beliau ni bapa saudara sebelah emak saya...emak saya dengan dia ni sepupu gitulah ceritanya...

Azri Ramli said...

Satu lagi kisah...
Jalur keluarga sebelah emak saya dikatakan keturunan yang tak boleh jejak makam sultan mahmud mangkat dijulang di kota tinggi johor... muntah darah katanya... sekarang ini entahlah dah lebih 7 keturunan...
Dah masuk umur 40an ni teringat cerita arwah wan dengan arwah emak...
seronok mendengar cerita lama tentang susur galur keluarga...
cuba untuk mencari asal usul yg mantap...

ros said...

Akum..sy dari keturunan kerabat di raja pagaruyung kata arwah tok sy..sy pun xpasti..semua tombak,keris pakaian @ ape2 yg berkaitan telah lama di buang n xnk jd keturun syarifah katanya nk jadi org biasa saje.dan xnak org tau kita semua asal dr susurgalur mana... .bnar2 ngak ngerti aku..

. said...

Kepada Tuan Azri Ramli dan Puan Ros.

Pihak kami ada kutip cerita-cerita lama dari orang-orang tua, antara nya adalah:

CERITA-CERITA LAMA

20 Pendekar 2 beradik
19 Pendekar dari ibu
18 Lada Kecil
17 Dusun Durian Saka
16 Orang Papan Sekeping
15c Koming Versi 3
15b Koming Versi 2
15a Koming Versi 1
14 Tok Shahibudin dengan Fakeh Batawi
13 Peran dan Langsat
12 Chief of Qadi Ibrahim
11 Istana Lubuk Pelam
10 Ali -Raja, Tengku. Hulubalang
9 Sultan Ahmad - Pencuri Brunei
8 Sulran Ahmad - Batin Budu
7 Moyang 16 di Pahang
6c Rawa dan Bugis Bersatu
6b Tok Bangau Bugis
6a Suji Dibilang Rawa
5 Mengelak retak menjadi belah
4 Nakhoda dan kapal dagangnya
3 Menyabung nyawa menebus Pahang
2 Pelayaran ke Negara Daik
1 Cerita Lubuk Pelam

Kakau ada sesiapa yang ada cerita-cerita lama boleh kita kongsi.

Orang tua kita sembunyikan siapa mereka dalam cerita. Terserah kepada kita anak cucu untuk mentafsirkan ceritanya.

Unknown said...

assalamualaikum.. sy pn tak tahu asal usul keturunan sebenar saya.. tp mak ayah saya memang anak jati kg mengkarak.. nama arwah datuk sy (al-fatihah) Sudin bin kitam.. seorang anak tunggal.. mcmana sy nak tahu salah-silah sebenar saya ni..?

. said...

Harap pembaca Laman Pahang ada yang sudi membantu Cikgu Rahimi.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,

Keluarga ayah saya berasal dari Pekan. Nama Moyang saya Pin. Dikhabarkan dulu2 mereka seramai 14 org datang dari Indonesia ke Pahang. Tuan ada apa2 maklumat sila lah kongsi dengan saya kerana tiada keluarga saya yang tahu selain dari maklumat yang saya sebutkan tadi.

Terima kasih. Moga diberi keberkatan kepada kita semua. insyaAllah.

Anonymous said...

keluarga ni ramai dan merata dipahang ni.cuba telik-telik dan berjalan ke tebing tinggi bera dan bukit segumpal chenor dan kalau nak gi ke raub pun adajugak.

Anonymous said...

cikgu rahimi duduk tinggal dimana,jengok-jengoklah waris-waris di kg mengkarak tu, baru jumpa susur nya.

Anonymous said...

azri ramli;...kubur moyamg tuan ada
1. ditanjung keramat-susur haji ismail bugis
2. diteluk ira-susur tun salehuddin.
3. dipaya banir- susur zainal abidin
pergi-pergilah melawat makam mereka. barulah dapat jumpa waris-waris yang lain.

Anonymous said...

cuit jaafar ali;...panglima perang weh bukan bin jaafar ali.jaafar ali tu aki atau moyang panglima perang weh. pergi dapatkan orang tua-tua dicempaka untuk rujukannya

Anonymous said...

puan ros;...pagar ruyung tu luas.satu sumatra dan jawa dan boneo dan makasar dan filipina dan sampai ke sempadan negara kanggaro nu duduk bawah takluk pagar ruyung pada masa dulu.moyang puan dari negeri mana satu.kalau syed mereka asal dari arab menjadi waris apabila berkhawin dengan kerabat pagar ruyung.

Anonymous said...

waris ,,,raja hitam@panglima hitam...
pak subari tu betul dan utk perincian dan yang lebih tepat, tuan dipersilakan ke teratak luak undang jelebu,dan bertemulah ayahda abd rahman@undang luak jelebu.

Anonymous said...

jas saleh...ketua kumpulan tuan sedang sakit dan kebanyakan darinya dikenakan kifarah dan salah seorang diantara ahli kumpulan tuan telah mati[kumpulan tuan tiada muafakat]... sila rujuk kepada ayah long di mempaga.

Anonymous said...

shah,zura,danial,ifan;...kubur imam rasul ada di darat belengu. warisnya ramai di lebak,belengu,mengkarak dan di...cari waris tua dikawsan yang tersebut[imam perang rasu tu adalah orang berlainan dengan tok gajah imam rasul abd salam].

Anonymous said...

m. hanif hafis;...nama-nama dan susur tuan yang tuan cari tu,,, cari disekitar kg berhala gantang[kalau betul yang tuan nyatakan sebagai tok sabudin tu, tapi kalau tok sabudain yang lain, tuan kena bagi maklumat nya, tempat kg nya,...

Ibnu manaf said...

salam neguai

teman suke membace blog kome ni...
teman pun sedang mencari salasilah

nama moyang teman Manang,
nama anak Manang ialah Hamidah,Halimah,Ali

Manang datang dari Sumtra,belah Rao ni lah...
mohon ye ada maklumatnya berkongsi sama teman

Anonymous said...

salam , saya ingin sekali mengetahui sekiranya masih ada lagi keturunan sultan wan ahmad yg membuka pahang , (kerajaan pahang tua) dan adakah mereka ni ada kaitan dgn kesultanan sekarang?

. said...

salam , saya ingin sekali mengetahui sekiranya masih ada lagi keturunan sultan wan ahmad yg membuka pahang , (kerajaan pahang tua) dan adakah mereka ni ada kaitan dgn kesultanan sekarang?

-------
Terima kasih kepada tuan tanpa nama kerana bertanya soalan ini.

mohon 'tukang jawab' menyemak soalan ini dan berikan jawapan yang sesuai.

Mohon tuan bertanya menyatakan diri tuan.

Maaf jika terkasar bahasa.

Anonymous said...

salam...ibnu manaf,,,
manang ni mesti ada mitosnya,,,tuan tak bercerita tentangnya,dan manang ni masuk kepahang bermukim dimana.
cerita bab rao,,, sila rujuk pak subari.

Anonymous said...

salam... kesultanan pahang tua,,,

maaf tuan,,,tak ada seorangpun waris kesultanan pahang tua yang bergelar wan pada masa itu.
sultan wan ahmad 1 [sultan pahang jalur sekarang],,, memang ada bersabit dengan jalur pahang tua[sabit tun abd majid ke atas]tapi bukan jalur [...]yang tuan hendak tahu tu.

M.Hanif Hafiz said...

Anonymous 12:17
Salam,Terima kasih tuan kerana sudi memberi maklum balas..mengikut penerangan ahli keluarga saya, keluarga kami sememangnya mempunyai perkaitan dgn org di Berhala Gantang..tetapi keluarga saya dari jalur Tok Sabudin merupakan penduduk di kg sungai dingin, Chatin..saya juga telah diserahkan sebuah ranji salasilah lama yg berkaitan dengan Tok Sabudin dan saya sedang dalam proses utk menyambung salasilah tersebut..

jika tuan Anonymous 12:17 sudi membantu sila hubungi saya melalui email ini

hanifhafiz90@yahoo.com

Anonymous said...

Tuan M.Hanif Hafiz.

Tuan diminta emailkan no. telefon kpd laman Pahang. Nanti saya dapatkan no. telefon tuan dari Laman Pahang.

. said...

No. telefon Tuan M.Hanif Hafiz telah diterima oleh Laman Pahang. Akan diserahkan kepada petugas yang boleh/dibenarkan membantu tuan. Jika dia tidak boleh atau tidak dibenarkan bercakap dengan tuan, tugas ini akan diserahkan kepada petugas lain.

Seperti biasa kami perlu sebut ... pihak kami tidak mahu membantu orang yang mengesan keturunan orang lain bagi menyambung dendam keluarga.

Kalau Tuan M.Hanif Hafiz mempunyai tujuan yang ikhlas, kami akan digerakkan oleh Allah swt untuk membantu tuan. Jika kami tidak dapat membantu tuan, masih ada ramai lagi yang boleh membantu tuan.

Harap bersabar.

Berdasarkan cakap melalui telefon dengan 'yang bertanya' sebelum ini ada yang:
1. Hanya hendakkan beberapa maklumat sahaja untuk dia menyusun. Bila dapat terus hilang.
2. Hanya nak terangkan apa yang dia dah tahu. Dan semua orang perlu berpegang kepada apa yang dia tahu sahaja. Yang lain semuanya salah.
3. Hanya hendakkan supaya kami dan petugas kami sahaja yang mencari maklumat yang dia perlukan. Bila dah dapat berikan semuanya kepada dia. Dia nak cara mudah sahaja.
4. Hanya berminat pada masa dia bertanya sahaja. Jika lambat berikan jawapan (berhubung), dia dah tak minat.
5. Hanya nak keluarkan soalan sahaja. Lepas soal dan soal dan soal dan soal ... Dia tak ada kesimpulan, tak ada rumusan dan tak ada yang dia betul2 nak.

Maaf atas penerangan yang menjela-jela. Pihak kami cuma tidak mahu disalahkan oleh tukang tanya dan tukang jawab.

Maaf sekali lagi jika tersalah memilih perkataan dan ayat.

M.Hanif Hafiz said...

Salam
maaf laman pahang
saya masih lagi belum memberikan no telefon kepada tuan
mohon tuan laman pahang periksa jika ada kekeliruan.
saya akan berikan no telefon saya dalam waktu terdekat ini
terima kasih kerana sudi membantu

Unknown said...

mak saya sedang mencari saudaranya..husin.mak keturunan panglima hitam.pernah ke pahang mencari suadaranya.tp beliau sudah berpindah.nenek saya bernama aisha.

Anonymous said...

salam tuan dan puan...

tugas laman pahang serta pertugas yang lain adalah pembentang...[usul@versi]
yang memutus atau membuat keputusan adalah tuan dan puan sendiri.

maklumat yang diberi tuan dan puan,,, dijejak, diperinci serta disahkan dan selepas itu ditapis,,, adakah boleh dibentangkan kepada umum atau perlu dilindungi.

tuan dan puan perlu ingat yang mereka[pertugas] yang membentangkan usul@versi ini tidak duduk dibawah mana-mana persatuan...[sejarah,yayasan atau lain-lain kelab]mereka terdiri dari ahli waris ahli bait dan ahli waris nusatara yang bergerak atas ......
bagi menyambung siraturahim dan menyalurkan maklumat dan cerita bagi waris-waris dinusatara ini... salam.

M.Hanif Hafiz said...

Salam
Saya telahpun menghantarkan no telefon kepada pihak tuan.

. said...

Telah diterima.

Sila tunggu orang yang berkenaan hubungi tuan.

Unknown said...

As salam..koi mk mntk bantuan laman phg tuk crik asal usul keturunan koi...nama koi nasyrul ni no koi 012-8027503...critany gini koi gan ayh koi da try crik salasilah tp rmai yg tua2 da meninggal...jd xcomplete jln crite...yg kami dpt taw cme yg atas skli raja melukut pas2 mak ayh koi keturunan bahaman n ayh kpd ayh koi keturunan bugis...ada plak koi trdengar ayh koi ckp kami waris tok mengkarak...jd koi xpst skg mcmne..mntk tlg sgt2 huraikan kekusutan yg berlaku ni...

. said...

Saya akan minta orang yang berkenaan untuk tolong jawab.

Buat sementara menunggu jawapan beliau, Tuan Tiger Chik boleh semak dalam laman Pahang cerita yang berkaitan.

Tuan perlu mengumpul dan menyusun maklumat yang berkaitan dengan tuan.

jangan terlupa rujuk zamannya. Bimbang tertukar kerana,

Abu Samah ada 3
Panglima hitam ada 3
Tok Gajah ada 3
Tok Shahbudin ada 2
Puteri Saadon ada 2
Tun Teja ada 2
Sultan Ahmad ada ...

Kebanyakannya berada dalam zaman yang berbeza.

Secara ringkas, prosesnya adalah;
1. Cari
2. Kumpul
3. Susun
4. Rujuk
5. Sahkan dengan pemegang amanah.
6. Sebar/Hebahkan (jika dapat kebenaran)

Unknown said...

Ok trima kasih laman phg...ayh kpd ayh koi 2 org pggl mat gantok..asal die drpd songsang ke sanggang koi lpe da...tp klo di mengkarak org ingt lg la nme 2...

. said...

Kepada Tiger Chik.

Maklumat tentang:
- Tok Bahaman
- Bugis
- Tok Mengkarak
Telah kami terbitkan berperingkat dalam Laman Pahang. Maklumatnya sengaja diletakkan bersilang dalam Laman Pahang supaya mencari dan membuat kesimpulan masing-masing.

Sebelum buat kesimpulan PERLU jumpa orang TUA (Pemegang Amanah) dalam jalur masing-masing. Kadang-kadang apa yang disampaikan oleh orang TUA kita kepada orang lain/luar tidak sama dengan apa yang disampaikan kepada jalur dia.

Contohnya telah dinyatakan dalam proses mencari wali untuk anak perempuan yang dah tak ada ayah (meninggal). Kenapa perlu mencari atoknya.

Satu perkara lagi, kadang-kadang kami boleh kena TEGUR kerana dedahkan jalur terperinci satu-satu pihak. Pihak tersebut perlu mengesan sendiri jalur dia. Mungkin lebih baik pihak kami membantu:
- Mengesahkan apa yang dapat
- Menunjuk arah menyusun (supaya tidak tersusun masuk jalur orang lain)

Banyak orang marah kepada kami kerana, dian HANYA nak tahu apa yang dia telah tahu sahaja. Kalau sebut berpusing2 berkias guna mantik bayan , dia terus cari blog lain.

Memang banyak blog yang ditadbir dan ditulis ole dia seorang diri. kami di Laman Pahang tidak begitu. Kami tidak boleh tulis sebarangan, MESTI ada pengesahan dari pemegang AMANAH keluarga masing-masing.

Akhir kata yang perlu saya tulis adalah: Menyusun Keturunan Adalah Menyusun Ketuhanan

Unknown said...

assalamualaikum...bukan untuk nama pangkat atau darjat...apa yg di buat ini satu langkah bijak dan perlu,kerana ramai yg ingin tahu atau mencari susurgalur keturunan..Arwah emak ayah saya berasal dari semenyih Selangor...boleh di katakan Jalan bangi lama tu semua bersaudara(orang asal)..Kami Orang Rawa dan saya bangga sebagai anak rawa...sy cuba mencari susurgalur...Laman Pahang ini menarik minat saya...membaca satu persatu untuk mencari mana asalusul kami...menurut datuk saya kami semua bermula dgn nama "Raja" bilan saya tya pada arwah datuk sy..dia tak mau guna nama "Raja" kerana malas,dan katanya lagi "Rajo cirik"...namaun begitu saya dpt simpan nama arwah Tok Nyang dari yg membuka Semenyih hingga sekarang ni... Nama saya Zahariman Bin Abd Latip Bin Ibrahim Bin Jaafar Bin Daud Bin Suasa bin Panglima Besar..menurut arwah ayah saya Panglima Besar ini mempunyai dua orang anak lelaki bernama Suasa dan perempuan bernama Cahaya.. Panglima Besar ni lari semasa perang...namun begitu Panglima Besar akan balik ke Pahang setiap 6 bulan sekali..untuk mengesahkan ujudnya nama Panglima besar ni baru2 ni Kak Long sy membuat carian tanah bahagian arwah ayah saya terjumpa nama Cahaya Binti Panglima Besar...jadi sy cuba mencari dan terjumpa Laman Pahang...Allahualam..

Faiz@Legend said...

Assalamualaikum admin laman Pahang. Nama saya Muhd Faiz Muhd. Terima kasih atas maklumat yg diberikan. Dari maklumat yg saya terima arwah tok puan saya dr keturunan Iman Perang Yaman yg bermukim di lanchang manakala tok wan saya pulak berketurunan dr Wan Ahmad bermukim di chenor. Saya masih rapat dgn keluarga belah di Chenor .... tapi tidak di lanchang. perasaan nak sangat berkenalan dgn keluarga belah Sultan Emas sebab kurang pendedahan. Mohon sangat jika admin dpt membantu kalau kiranya dpt saya mengeratkan siratulrahim dgn ahli keluarga yg tersirat selama ini. Mohon pencerahan . Tera kasih.

. said...

Kepada semua pembaca Laman Pahang
dan Zahariman Abd Latip serta PRIMA JAUHARI.

Kami di Laman Pahang ramai.
Ada tukang cari (yg sudah pasti)
Ada tukang kesan (yg belum pasti)
Ada tukang jengok
Ada tukang kumpul.
Ada tukang tulis
Ada tukang jawab
Ada tukang sah
Ada tukang rujuk

Kami di Laman Pahang tukang terbit sahaja.

Kalau ada info yang bertepatan atau bertentangan boleh kongsi di Laman Pahang.

Jika ada soalan Tukang Jawab perlu sahkan dengan Tukang Sah. Kadang-kadang tukang sah bercerita tapi tak benarkan di terbit.

Kena pula jumpa Tukang Rujuk untuk berikan jawapan secara kiasan.

Farah Kamarudin said...

saya cicit kepada kenathey yang diceritakan oleh ibu saya,orang Rawa dari Pagar Ruyung. ibu tengah cari saudara mara dia. kut-kut dekat sini ada yang bersangkut.

. said...

Mohon Farah ceritakan pasal kenathey yang diceritakan oleh ibu. Seperti peristiwa yang berkaitan atau kampung asal atau zamannya.

Mungkin ada yang boleh bantu. Bimbang tertukar orang.

Kepada Prima Jauhari.
Pada pengatahuan tuan, adakah sama antara Sutan Emas dengan Merak Mas?

Faiz@Legend said...

Akum admin ...
Saya kurang pengetahuan tentang merak emas cuma saya sering diceritakan oleh orang tua saya dari kecil lagi tentang salur galur kami dr sutan emas dan imam perang yunan dr sebelah tok perempuan manakala tok wan pula dr silah wan ahmad. Kami sering diingatkan supaya jaga tingkah laku, jgn meninggi diri dan selalulah menolong org dlm kesusahan dan menjaga agama menjadi keutamaan. Salah seorang tok sedara saya ialah pembesar berempat orang kaya indera pahlawan. Di chenor jelas salah silahnya cuma agak ralat sbb kurang mesra dgn keluarga sebelah lanchang. Sbb itu selagi nyawa dikandung badan teringin rasanya berkenalan dgn keluarga di sebelah tok puan. Jika ada yg ingin membantu ...

Eddy Lee a.k.a nemesis said...

Assalammualaikum Admin,

Mohon bantuan daripada pihak admin jika mengetahuinya untuk saya mencari susur galur keturunan saya (jika mengetahuinya) kerana artikel ini juga ada menyentuh keturunan bugis. Untuk pengetahuan admin, saya berketurunan bugis. Apa yang diketahui, arwah datuk saya iaitu Ma'dan bin Jantan (Dgn panggilan Ma'dan Misai atau Pak Hitam) ada memberitahu serba sedikit tentang susur galur dimana arwah datuk memberitahu yang beliau berdarah bugis dan berketurunan Opu Daeng Chelak tanpa menunjukkan sebarang bukti jelas. Apabila saya bertanya lebih sebagai contoh kenapa tidak menggunakan gelaran daeng, arwah menjawab, keturunan kita ni ada musuh, gelaran tu dah buang. Untuk info admin, ahli keluarga TUA ramai di Kulai, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Negeri Sembilan. Tersekat dan terbantut hajat untuk mencari susur galur dek kerana terputusnya ukhwah di tempat-tempat yang disebutkan tadi. Untuk info admin, terputusnya apabila datuk saya meninggal semasa saya belasan tahun dan tidak tahu bagaimana mahu mencari susur galur saya. Mohon pihak admin membantu jika mengetahui serba sedikit untuk guide saya. Terima kasih.

Saya boleh dihubungi melalui email mohd.rozaidy@gmail.com atau no. telefon 0173711483.

. said...

Kepada Prima Jauhari.

"cuma agak ralat sbb kurang mesra dgn keluarga sebelah lanchang"

Keluarga dilanchang memang amat susan nak bercerita walaupun kepada anak cucu cicit sendiri. Tetapi mereka boleh 'ya ..kan' (atau sahkan) apa yang kita dah tau.

"Kami sering diingatkan supaya jaga tingkah laku, jgn meninggi diri dan selalulah menolong org dlm kesusahan dan menjaga agama menjadi keutamaan."

Mereka bimbang kita lupa diri jika kita telah tahu asal usul sebenar.

. said...

kepada Saudara Mohd Rozaidy Ramli. mohd.rozaidy@gmail.com atau no. telefon 0173711483.

"terputusnya apabila datuk saya meninggal semasa saya belasan tahun dan tidak tahu bagaimana mahu mencari susur galur saya."

Ada tak datuk sebut nama orang atau nama tempat yang boleh dirujuk?

Adakah cerita ini dapat membantu:

1. Dibawah Satu Payung - Tok Bangau - Bugis [http://lamanpahang.blogspot.com/2012/03/cerita-6b-dibawah-satu-payung-tok.html ]

2. Dibawah Satu Payung - Rawa dan Bugis bersatu [ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/03/cerita-6c-dibawah-satu-payung-rawa-dan.html ]

3. Daeng, Tok Bugis, Ketua Bugis dan Raja Bugis [http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/daeng-tok-bugis-ketua-bugis-dan-raja.html ]

Unknown said...

Assalamualaikum tuan.. saya beminat nak tahu tentang salur galur asal keturunan khatib hitam bin tun sinar putih hitam @ malim hitam.. berikutan saya datang dr keluarga itu.. cuma nak tahu sejarah nenek moyang saya.. sambil mencari sedara2..
Tuan boleh emailkan kepada yliazorvq@yahoo.com
Terima kasih admin ..

Unknown said...

Assalamualaikum tuan.. saya beminat nak tahu tentang salur galur asal keturunan khatib hitam bin tun sinar putih hitam @ malim hitam.. berikutan saya datang dr keluarga itu.. cuma nak tahu sejarah nenek moyang saya.. sambil mencari sedara2..
Tuan boleh emailkan kepada yliazorvq@yahoo.com
Terima kasih admin ..

Unknown said...

Salam saya berminat nak tahu susur galur mat lela bin buang

Unknown said...

Salam saya berminat nak tahu susur galur mat lela bin buang

. said...

Walaikumsalam warah matulahi wabarakatuh

Kepada
Saudara rozaily ramli
Saudara Ilyas Abud Abud

Berkenaan

khatib hitam bin tun sinar putih hitam @ malim hitam
dan
mat lela bin buang

Pihak kami akan minta petugas semak dan sahkan cerita berkenaan.

Kita sama-sama tunggu ceritanya.

-------------------
SEMAKAN AWAL
-------------------
Khatib Hitam bin Imam Bedul bin Tok Mabok bin Tok Sibok
-------------------
Mat Mela bin Buang (Merchong Pekan Pahang)
-------------------
Tok Muda Mat Lela bin Abd Rahman (Lanchang Pahang)

Unknown said...

assalamualaikum,

kami tidak punya pusaka keris gelang rantai dan sebagainya...
...
hanya..
..
pusaka pantang larang...
...
"kain jangan dibuat baju..."
"kain hitam jangan dipakai buat seluar"..

mencari warih pantang keturunan...

. said...

Kepada Saudara Panglima Itam.

Kami akan semak dan sahkan pantang:

"kain jangan dibuat baju..."
"kain hitam jangan dipakai buat seluar"..

setelah siap susun puak yang pantangnya;
"jangan makan rebung buluh'
|jangan makan ikan bermuncung"

Jika tuan/puan yang ada maklumat ini harap dapat berkongsi cerita.

. said...

Kepada Saudara Panglima Itam.

Tuan sedia maklum bahawa tuan adalah jalur panglima hitam/itam. Tuan kena semak tuan duduk dalam jalar belah isteri yang mana. Isteri yang di negeri mana.

Kalau susun ikut panglima hitam/itam semua akan terduduk dalam satu jalur. Kalau susun ikut isteri-isterinya baru dapat memecah lebih banyak.

Tapi masalahhya bukan pada isteri Tok Itam. masalahnya pada tok itam yang mana satu. Ada berapa Tok Itam?

Mungkin berkaitan:
[ http://lamanpahang.blogspot.com/2013/02/h05-panglima-hitam-tiga-serangkai.html ]

Unknown said...

terima kasih.. laman Pahang..
..
..setakat yang saya tahu Moyang lelaki saya dari Ajai dan isterinya dari Temau di Raub...
..
..Kisah Dari moyang kepada Bapa saya...
..
..Moyangnyalah yang digelar Panglima Hitam...
..
..itu sahaja maklumat yang ada..


setakat ini..kerana kekurangan informasi.. kerana orang orang tua keluarga kami semuanya telah tiada..saya masih beranggapan jalur ini dari daerah Raub..

untuk semakan:

Moyang saya namanya Itam... adik beradiknya Ijau.. Udang dan ??? akhir hayatnya berkampung di Lebak temerloh...

setakat itu sahaja yang boleh saya nyatakan. terima kasih sekali lagi..

pok sen said...

As..salam warga pahang/serumpun...sy ni muda lagi..tapi berminat nk tau susur galo keturunan mane tau satu hari berselisih hendaklah tidak mnjadi musuh..demi untuk mengeratkan silaturahim..tapi masalah sy xtau ape2 langsung..yang sy tau ibu sy pernh sebut kami dari keturunan pagar ruyung kanan...ape maksudnya tuan semua..mnta yang tahu jelaskan..sekian dari pekan..

Unknown said...

Gembira dapat berkongsi pelbagai maklumat di sini....mengikut cerita keluarga sebelah ibu saya...keturunan sebelah ibu berasal dr raja yunan yg datang ke guai.....

. said...

Kepada panglima itam:
Mungkin salasilan tuan telah diterbitkan dalam Laman Pahang. Harap dapat semak dan maklumkan pembetulan jita kami ada tersilap.

Kepada pok sen:
Kita harap ada yang boleh berkongsi cerita keluarga Pagar Ruyung Kanan.

Kepada Puan Norzailan Abd Manaf:
Harap puan dapat pecahkan sedikit cerita Raja Yunan kebawah. Mungkin ada yang boleh cantumkan cerita.

Unknown said...

Saya sedang mengumpul cerita tentang keturunan yunan....sy akan cuba dapatkan cerita drpd ibu saya...pada suatu msa dahulu sy pergi melawat ke muzium di pekan phg....seorang drpd pengawal muzium tu memerhatikan saya dan bertanya samada saya ni berasal dari guai atau tidak....setelah saya katakan saya memang betasal dari guai...pengawal tu berkata..." Saya lama duduk di guai....saya perasan org guai daripada rupanya...."sayapun tak pasti rupa yg bagaimana.....saya teringat arwah ayah pernah cakap..." Nak kenal org guai ni tengok kat keningnya...."tak tahulah sejauh mana kebenarannya....

. said...

Kepada Puan Norzailan Abd Manaf:

Menarik cerita ni. Kalau sesiapa ada cerita orang-orang tua macam mana nak kenal satu-satu keturunan, harap dapat berkongsi cerita.

. said...

Kepada Norzailan Abd Manaf:

Berkenaan Raja Yunan yang datang ke sini. Puan kena semak dan sahkan:
1. Jalur Raja Yunan
2. Jalur waris atau kerabat Raja Yunan

. said...

Kepada
Norzailan Abd Manaf
Pok Sen
Panglima Itam

Tuan dan puan bertiga bercantum dalam salah satu puak '12 kapal' atau '12 beradik'.

Nanti masing-masing akan jumpa amanah dan tugas keluarga/puak masing-masing.

M.Hanif Hafiz said...

Assalamualaikum,

Kpd Laman Pahang, saya bersedia utk berkongsi gambar salasilah berkaitan dengan Tok Sabudin yg berada di dalm simpanan saya melalui email untuk diselidiki dan disahkan sekiranya pihak laman pahang tidak keberatan.

kpd Prima jauhari
Maaf,cuma ingin berkongsi, keturunan Sutan Emas dan Imam Perang Yaman di daerah lanchang(Kalau Tak silap) juga mempunyai hubung kaitnya dengan orang-org raub terutamanya di Kg Ajai Dan Kg Temau. saya mengesyorkan En Prima Jauhari untuk berhubung dengan Pihak JARO (Jalinan Anak Rao) untuk maklumat lanjut

https://www.facebook.com/jaro.persemendaan?fref=ts

. said...

Kepada Tuan M.Hanif Hafiz.

Kami sedia membantu.

Mungkin boleh disusun sama:
1 Adik beradik Tok Sabudin yang 1 mak 1 ayah.
2. Adik beradik yang 1 ayah sahaja

Melalui keadah ini keluarga Tok Sabudin akan jadi lebih luas.

M.Hanif Hafiz said...

Alhamdullilah, saya akan mulakan dengan menghantar ranji salasilah asal yg ada dalam simpanan saya,Terima kasih laman pahang kerana sudi menghulurkan bantuan.

Unknown said...

assalamualaikum.. wan suami saya namanya mariam @ buncit. suaminya aki subuh.. tinggal di kg temau. katanya asal pagar ruyung keturunan rao.. klu tuan dpt perjelaskan terima kasih byk2 diucapkan.. saya dan suami mmg minat sgt nk tahu

Unknown said...

kata suami saya juga ditapak rumah akinya tu tempat tok gajah dilahirkan.. wallahhualam..

jamaluddin said...

Assalamualaikum...saya tertarik dengan kesah sejarah yg sdra tulis dalam ruangan Laman Pahang.....boleh tak tuan mencari sejarah Bukit Segumpal,Chenor,Pahang yg dikatakan mempunyaiperkaitan dengan pembesar dan pahlawan Minang,Bugis...sekian terima kasih

M.Hanif Hafiz said...

Kpd fairul azni..jika hendak dikira Mariam@ Buncit berpangkat moyang bagi saya..walaupun hubungan keluarga saya dan beliau tidaklah begitu dekat..beliau diakui banyak menyimpan cerita keturunan penduduk temau malah, saya juga memperolehi salasilah keluarga saya daripada beliau. Mariam@ buncit merupakan keturunan bangsawan Rawa yang bernama Tengku Kintam @ Fakeh Khalifah Saka ..sila rujuk buku "Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang." utk maklumat yg lebih detail.

M.Hanif Hafiz said...

salam
saya telah menghantar ranji salasilah tersebut di email tuan.

ermanstudio said...

Salam tuan.
Saya ingin tahu apa kaitan sultan abu bakar shah alam dengan negeri pahang.. dan apa sumbangan beliau dalam negeri pahang.mohon pencerahan..

ermanstudio said...

Salam tuan.
Saya ingin tahu apa kaitan sultan abu bakar shah alam dengan negeri pahang.. dan apa sumbangan beliau dalam negeri pahang.mohon pencerahan..

Unknown said...

ssalamualaikum tuan tuan

Sekadar ingin mendapat kepastian berhubung nama-nama di bawah:

1. Adakah ada perkaitan dan hubungan persaudaraan di antara nama "Gendut" (anaknya Awang) dengan Mat Kilau;

2. Adakah ada perkaitan dan hubungan persaudaraan di antara nama "Haji Noh" (anaknya Kesah dari Kg Bangau Temerloh) dengan Tok Gajah;

Sekian, terima kasih. hamba sekdar bertanya untuk mendapat kepastian dan pencerahan terhadap "misteri" ini hehe...

p/s: susah betul nak comment sini, macam-macam jadi, pc hang..etc..macam tak bagi nak bertanya je..hehe akhirnya ada rezeki sekiranya komen ini berjaya disiarkan..alhamdulillah

. said...

Kepada waris-waris Mat Kilau, Tok Gajah, Gendut dan Haji Noh sudi memberikan maklumbalas kepada Tuan Roy Rock.

Mungkin beliau sendiri adalah dalam jalur tersebut (tapi tidak pasti ikut jalur ibu mana)

Unknown said...

salam laman pahang saya asal dari guai bleh tau siapa susur galur lebih atas dari omar bin nek man dan siti binti mat aris

M.Hanif Hafiz said...

salam

maaf, saya masih lagi belum mendapat respon daripada pihak tuan tentang ranji salasilah yang telah saya hantar, mohon diperiksa kerana saya takut saya tersilap dan email tersebut tidak sampai.
terima kasih

. said...

Kepada Tuan M.Hanif Hafiz.

Maaf banyak-banyak. Saya terlupa langsung. Terlalu banyak semakan yang perlu dibuat. Kami memberi keutamaan kepada susunan yang jelas ralatnya dan perlu disemak segera.

Sehingga kini salasilah tuan dianggap tidak bermasalah makanya kami ketepikan.

Bila sampai kepada peringkat mengesahkan semula, pihak kami perlu berjumpa dengan orang tua yang berwibawa dan menjadi pemegang amanah.

Bukan semua salasilah boleh disusun oleh kami. Ada yang perlu mendapat kebenaran untuk disebut.

Kerap kali kami kekurangan kewangan untuk meneruskan kerja. Kami tidak menerima sumbangan dana dan memang kami tidak mendapat bayaran (atau ada yang sebut habuan)

Kerap kali kami rasa kecil hati dengan kata-kata yang ditulis. Kerap kali saya sendiri hilang minat dengan tugas yang tidak mendatangkan duit ini. Interi-isteri kami pun sering marah/merungut ... kerana tak ada wawasan.

Saya sering berdoa supaya Allah SWT mudahkan urasan saya kerana ianya banyak berkaitan dengan urusan orang lain.

Maaf tuan kalau saya terlebih atau tersilap kata.

M.Hanif Hafiz said...

salam
terima kasih atas jasa baik tuan memeriksa salasilah yg telah saya hantarkan

saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya kelihatan menekan pihak tuan
sesungguhnya saya tidak ada niat untuk berlaku demikian kerana saya sememangnya faham cabaran dan masalah yg dihadapi dalam proses pencarian dan pengesahan salasilah..

malah saya juga seringkali mengalami masalah yang sama. saya bergerak bersendirian, dan seringkali ketiadaan modal dan kenderaan malah keputusan ilham dan maklumat memberi tekanan kepada saya.

walaupun begitu atas dasar minat dan perasaan tanggungjawab saya teruskan juga.

untuk pengetahuan tuan, saya masih muda, baharu sahaja tamat zaman remaja malah masih baru dalam bidang pengkajian salasilah, jadi maafkan saya jika ada salah dan silap.

saya juga tidak ada sebarang masalah dengan masa yang diambil untuk tuan mengesahkan salasilah yang telah saya hantar.

sekali lagi terima kasih, dan maafkan saya jika ada tersalah dan telebih kata

. said...

Kepada Tuan M.Hanif Hafiz.

Terima kasih kerana dapat merasa dan memahami susah payah buat kerja yang 'tak mendatangkan duit'

Mungkin juga inilah yang dikatakan, tuan telah kembali kepada Tugas dan Amanah Asal waris atau keturunan tuan.

Semoga usaha orang macam kita ni dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pada masa dulu raja dan orang besar ada tukang tulis. Tetapi mereka ini telah 'hilang' bersama bahan yang mereka tulis. Mungkin yang tinggal adalah cerita-cerita lisan yang bertaburan. Perlu ada orang yang kena buat tugas menyusun semula.

Mungkin juga ada pihak yang ditakdirkan untuk membetulkan apa yang sahabat-sahabat telah susun.

Kerja menyusun dan membetul telah menjadi kerja berterusan sampai ...tersusunnya ...

anonymous said...

assalamualaikum..saya fazrul anak kepada cikgu rostam dari bolok lanchang..keturunan ke tujuh sutan mas..saya berharap kepada yang kurang arif tentang jalur keturunan tolong kaji betul2 sebelum tulis di disini..kepada yang betul2 keturunan sutan mas boleh datang ke kampung sokmek(bolok) untuk bertemu dgan kami..disini terletaknye makam sutan mas..dikampung bolok..

. said...

assalamualaikum..saya fazrul anak kepada cikgu rostam dari bolok lanchang..keturunan ke tujuh sutan mas..saya berharap kepada yang kurang arif tentang jalur keturunan tolong kaji betul2 sebelum tulis di disini..kepada yang betul2 keturunan sutan mas boleh datang ke kampung sokmek(bolok) untuk bertemu dgan kami..disini terletaknye makam sutan mas..dikampung bolok..
---------------------
Terima kasih fazrul anak kepada cikgu rostam dari bolok lanchang kerana memaklumkan bahawa beliau adalah keturunan ke tujuh sutan mas (atau nama sebenar .....)

Terima kasih juga kepada Tuan Fazrul kerana memaklumkan kepada kami bahawa tuan adalah pihak yang lebih arif tentang jalur keturunan Sutan Mas dan perlu dirujuk terlebih dahulu.

Terima kasih juga kepada Tuan Fazrul atas ingatah kepada kita semua supaya berjumpa dengan beliau terlebih dahulu sebelum berbincang, bercerita atau menusih disini.

Atas kehendak Tuan Fazrul kita dilarang untuk menulis atau berbincang disini perkara yang berkaitan dengan Sutan Mas.

Tuan puan pembaca Laman Pahang boleh merujuk kepada Tuan Fazrul untuk menyemak salasilah yang berkaitan dengan Sutan Mas.

Tuan puan boleh berjumpa dengan Tuan Fazrul di Kampung Sokmek(Bolok).

Tetapi beliau memberi peringatan supaya "yang betul2 keturunan sutan mas boleh datang".

Sesiapa yang sedang menyusun dan belum betul-betul dapat menyusun kaitan dengan Sutan Mas supaya jangan datang untuk berjumpa dengan Tuan Fazrul.

Akhir sekali terima kasih kepada Tuan Fazrul atas makluman dan peringatan ini.

Anonymous said...

salam.. saya sedang mencari susur galur keturunan kami.. apa saya dapat tau saya adalah cicit kepada panglima hassan dan sepatutnya memakai gelaran tengku.. tapi di pangkal nama sudah lama x digunakan.. saya dapat tau tentang ini pun setelah saudara dari indonesia datang mencari waris keturunan

anonymous said...

maafkan saya kalau ada yang terasa dengan ayat yang saya gunakan..saya kata begitu kerana sebelum ini ade yang cube mengaku keturunan sutan mas untuk kepentingan politik..beliau cube nak mendapatkan buku2 yang ade tentang keturunan sutan mas..kami betul2 mengenali keluarga beliau..jadi kami halang beliau dari berbuat demikian..susur galur keluarga beliau tidak berkaitan dengan sutan mas..bukan lah sya menghalang kepada yang sedang mencari..jika anda merasa bahawa keturunan anda mungkin berkaitan dengan sutan mas boleh datang berjumpa dengan kami..dan jika kami dapati anda betul2 keturunan..kami juga boleh menunjukkan kubur sutan mas..agar warisan keturunan kita tidak terputus..sekali lagi saya tegaskan..saya tidak menghalang perbincangan tentang sutan mas..tetapi kalau betul2 ingin mengetahui..datang lah sendiri ke kampung bolok..bukankah itu lebih baik..lebih sopan..kepada sesiapa yang ingin berbincang tentang sutan mas dipersilakan..cuma saya tegaskan sekali lagi..kalu betul2 ingin mengetahui..sila lah datang ke mari..saya larang dengan keras keada sesiapa yang ingin menggunakan salasilah keturunan untuk kepentingan diri..panggil saya fazrul sahaja..x perlu tuan..sesungguhnya sutan mas buang gelaran bersebab..tidak ada kepentingan perkataan panggilan seperti tuan dll..fazrul

. said...

Kepada cicit panglima hassan, (Anonymous 15:27)
Harap ada pihak yang sudi mambantu tuan.

Kepada Encik Fazrul(Anonymous),
Terima kasih kerana berterus terang.

syahir said...

Salam. Ada berapa imam perang kasim atau panglima kasim dalam sejarah pahang? Imam perang kasim ada anok perempuan nama cik halimah, anok cik halimah ni nama dia aminah, aminah ni pulok ada anok nama ..........smpai ler ke aok. Mengikut kata saudara di jerantut. Kuburnya imam perang kasim ada di pulau tawar. Aok masih tidak berkesempatan ziarah ke sana.
Mmg susah hendak mengumpulkan salasilah. Aok tabik kepada mike sbb bersusah payah menerbitkan laman ini. Aok sendiri pun pening membacanya. Terima kasih pd admin.

. said...

Kubur Sutan Mas betul ada di Bolok Lanchang.

. said...

Panglima Daik Panglima Hitam
dari Johor pergi ke Perak.
Dari Perak ke Kelantan
Dari Kelantan ke Pahang

. said...

Jafar Ali pangkat moyang/aki kepada Panglima Perang Weh bukan ayah Panglima Perang Weh.

. said...

Mangku nekman bin orang kaya sabai.
Emaknya bernama Nong bt Tok Panglima Koming.

. said...

Panglima Kasim, kuburnya ada di Pulau Tawar.

Rujuk nama Mangku Imam Kasim bin Tok Panglima Koming

. said...

Hasan atau Tengku Hasan

telah membuang gelaran tengku.

RUJUK
Keluarga Wan Ahmad
atau
Sultan Ahmad 1 Pahang

. said...

Kepada Ibnu Manaf dan seorang lagi:

Sila rujuk pupu 40 pagar ruyung
atau pupu 40 Seri Menanti.

Serta

Kisah orang Tiga Selongok Negeri Sembilan

dengan

Pawang Diraja Rembau (Tok Rahman) atau orang tua2 di Kampung Titi Serong Batu Kikir.

Anonymous said...

Assalamualaikum,Saya Adnan berasal dari Sungkai Perak yang letaknya hanya di pisahkan oleh banjara TitiWangsa.
Pertanyaan Saya adakah berlaku penghijrahan atau apa bentuk migrasi Org org Pahang ke Sungkai?
sebab dari lengguk perbualan dan loghat hampir sama dgn org org di Sungkai ini..gelaran seperti Aki dan sebagainya masih digunakan di sini.
Soalan seterusnya adakah nama Tok Mat Jahat terselit dimana mana?Di Pahang umpamanya...
nama ini pernah di sebut dan 'soreh" oleh arwah bapak saya Aki Tunggal Samad.
terima kasih saya ucapkan ..

Anonymous said...

alamat Facebook saya.
Adnan samad Sinagalaut.

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,
AMANAH ada tiga:
1.amanah mutlak,,,hanya kepada Allah sahaja.
2.amanah pesaka@sanad waris,,,kepada keluarga dan kerabat.
3.amanah wakaf,,,kepada hamba allah@manusia termasuk kepada keluarga serta kerabat.

CONTOH:
1.lembah mekong,sungai mekong dan air sungai mekong.[bagi negeri-negeri dari china hingga ke thailand]
2.kaabah dan kunci kaabah serta negerinya[tanah]bagi masyarakat islam.
3.pohon tumbuhan,,,bagi setiap pucuk,daun,dahan,batang,akar,,, ada amanah yang mereka pegang serta peranannya bagi tujuan menghidup dan menyuburkan pohon pokok tersebut.

didalam ketiga-tiga contoh ini, ada amanah mutlak,ada amanah pesaka dan ada amanah wakaf, kesemua nya hendaklah disandarkan semula kepada fekah[al quran/al hadis/kitab ulama yang muktabar] apabila bercerita dan mengkaji.
dan ianya akan disabitkan semula kepada manusia@bani adam sebagai perumpaan dan bandingan,,,salam.

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,

AMANAH DAN DAULLAH bukannya datang@dapat dari adat-istiadat dan juga perundangan tetapi ianya hanya akan diberi kunia oleh ALLAH(FEKAH)[kerana ianya adalah hak mutlak ALLAH yang dianugerahkanNYA kepada hamba-hambanya, sebagai contoh WALI-WALI ALLAH,NABI-NABI ALLAH DAN HAMBANYA YANG REHDO AKAN DIA,DAN DIA REHDO AKAN HAMBANYA]...SALAM.

mimie said...

Salam.. Sy pun keturunan ke 7 sultan emas.. Baru2 ni ada wat dokumentari RTM mengenai sultan mas.. Atuk sy nama abdul aziz bin tot bin ahmad bin kasim bin sultan mas.. Mmg kubur sultan mas ada di bolok..

EMKTECH & SERVICES said...

Baru jumpa laman ni..koi org biasa je..minat juga baca tulisan rakan n teman...hasil kerja yg tak ternilai utk dibyr...namun kpd Allah jua niat kita semuanya.

Anonymous said...

Arwah ayah koi khabar dia keturunan Imam Kassim bin Koming...ande pula cerita Imam Kassim te ada kena mengena dgn Mat Kilau...minta pencerahn

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,

kalau nak tahu ada kena mengena atau tidaknya imam kasim bin koming dgn mat kilau...
tuan@puan kenalah menyusur jurai ikut sebelah perempuan(emak imam kasim dan emak mat kilau)emak keduanya sabit saudara atau tidak.
dan dimana penempatan@bermukimnya keluarga mereka.(dalam ruangan ini tak boleh dituliskan kisahnya)maaf.

Anonymous said...

Salam buat sedarah ku,laman Pahang...setakat yang saya lihat dan juga dapat saya rasakan adalah salah satu daripada cara untuk mecari imam mahadi...mntak teguran dari pada yang lebih mengetahui...test ini tampil dngan izinnya

Anonymous said...

salam tuan@puan...

imam mahadi@imam mahdi,,,
dalam al quran dan al hadis dah dikemukakan dengan jelas dan perkara ini telah dikupas dan di perincikan oleh ulamak-ulamak dalam kitab-kitab fekah/tauhid/tasawuf(bagi alam islam)
dalam kitab agama dan bangsa lain juga ada membincangkannya dengan jelas tetapi ada ke kefahaman itu sampai kepada mereka yang mempelajari atau membacanya?

faham ilmu dan tahu ilmu adalah satu perkara macam bumi dengan langit. keduanya mesti ada dalam diri.

tugas umat islam @manusia adalah bersedia dengan penuh yakin aturan yang sejak azali yang tertulis.
kalau betul jalan mencarinya,,, takpelah...klu salah jalan pencariannya jadi songsang ilmunya(ajaran sesat lah jadinya)

mereka yang tahu dan faham akan perkara yang tersebut, selalunya tidak akan berbingcang atas perkataan "mencari imam mahadi"

maaf,,,tuan@puan kena mengadap guru-guru pondok atau guru yang mengajar tasawuf utk mendalami urusan yang tuan minta itu,,,perkara ini tidak sesuai di bincangkan dalam internet seperti ini.

Anonymous said...

salam tuan@puan...
adnan,sunkai perak,,,(tok mat jahat)

nama "tok mat jahat",adalah nama gelaran bagi dia diperak selepas menghilangkan diri dari pahang dan satu negeri lagi,
dipahang, dia gunakan nama sebenarnya.
disatu negeri lagi, koi tak pasti dia gunakan nama apa,,, maaf.
warisnya memang ramai di pahang dan ada juga disingapura,johor,melaka,terengganu,kelantan,pattani,negeri sembilan dan juga(satu malaysia lah)
maaf,,, nama sebenarnya tidak akan disiarkan diruangan ini...tuan perlu berjumpa pemegang amanah.



Mohd yusri mohd yunus said...

Asslammualaikum.. saya juga sedang mencari susur galur keluarga.Harap tuan dapat memeberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan susur galur saya (sekiranya tahu). Kalau di Jeratut (PEDAH)nyet2 perempuan saya adalah seorang bidan yg bernama BIDAN KEPET dan telah berkahwin dgn saudagar (PANGLIMA ANDEK @ ANDAK)@ (NAKHODA LAMAT @ NAMAT) dari seberang yg berdagang ke Pahang. Setelah berkahwin mereka telah menetap di Pulau Tawar.Setelah perang saudara berlaku mereka telah berpindah ke Chenor dan seorang lagi keluarga terdekat telah pindah ke Pekan. Di Chenor lahirlah seorang lagi bidan iaitu BIDAN TEKAH @ BIDAN HITAM..

TERIMA KASIH DIATAS SETIAP MAKLUMAT YG AKAN DIBERIKAN.

012-9518416 - YUSRI

Anonymous said...

salam tuan@puan...

bidan kepet,,,bidan tekah@bidan hitam
panglima endek@andak,,,nahkhoda lamat@namat,,,

cari seorang tua dipekan dengan nama aki anjang adam (inshaallah)dia boleh tunjukkan waris tuan@puan.
dimengkarak dan dikuala triang (dapatkan orang tua-tua dikawasan yang tersebut.

Anonymous said...

salam..koi tertarik dgn cerita Mangku Imam Kasim bin Tok Panglima Koming..penulis khabor ada kubur Mangku Imam Kasim di Pulau Tawar..mungkin penulis ni tahu juga ttg Tok Panglima Koming dan ayah kpdnya dan ayah kpdnya..gone nak hubungi penulis cerita tu..

Anonymous said...

salam tuan@puan...
panglima komeng,,,

melalui susur jalur isterinya;tisan(kaw bera)menurun kepada pawang kadir.
isterinya di tempat lain(kaw pulau tawar2lipis@raub;rujuk orang tua di kaw tersebut.
cerita lain;rujuk kepada pemegang amanah dipekan,pahang.(pentara dalam istana),,,selamat berjaya,salam.

Anonymous said...

salam ...tuan@puan,,,

kisah asal dari mitos hendaklah dibuka,dibaca dan diterjemahkan bagi mengelak dari kekeliruan kepada anak waris nusatara,,,buka semula cerita;

dijohor@singapura; cerita pembinaan@pembukaan kota batu pahat dan cerita telok johor@singapura.
dinegeri sembilan;cerita bukit payung@seri menanti.
diselangor;cerita dijugra atau jurga.
diperak;cerita tanah abang dan tanah adik dan cerita gunung semanggul.
dikedah;cerita istana anak bukit dan bukit giling batu.serta cerita lembah bujang.
dikelantan;cerita bukit panau, bukit semerak dan pulau melaka.
diterengganu;cerita kuala berang dan kemaman.
dipahang;cerita tanjung besar,rompin jelai dan semantan,tulang padang(raub).
dipattani;cerita siam(telok siam)dan champa.
semogaberjaya,,,inshaallah,,,salam.


ayieDklau said...

salam tuan...
ni no hp koi 0179196017
Azri Ramli

. said...

Harap ada yang sudi menghubungi Saudara Azri Ramli di talian 0179196017.

Mungkin Saudara Azri Ramli akan berikan ilmu-ilmu yang berguna kepada sesiapa yang menghubungi beliau.

Harap sudilah berkongsi di Laman Pahang, ilmu yang tuan/puan dapat.

Anonymous said...

Salam semua..
sy anak gadis yg mahu mcari salasilah keturunan dari kluarga belah ayh sy.. pagaruyung. Sbb name arwah atux ayh sy sutan abdullah.

Anonymous said...

salam Tuan@Puan...
(cucu cicit raja abdullah)

tuan mencari siapa sebenarnya,,,

raja abdullah ni ada mitosnya, ada sejarah dan riwayatnya, ada tempat bermukimnya, ada asal kerajaan perintahnya dan ada anak bininya ada bin@bintinya.
tuan@puan perlu berceritakan perinciannya yang mana salah satu boleh membuka jalan pencarian kearah itu.
tidak ada silap mata dalam kerja pencarian keturunan.
pencarian dapat dijalankan dari maklumat atau sumber yang ada walaupun dari cerita khabar angin atau fitnah.

Anonymous said...

KAMI MOHON BERLINDUNG DARI SYAITAN YANG KENA REJAM.
DENGAN NAMA YANG MAHAAGONG ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN YANG MAHA PENYAYANG SERTA SELURUH NAMA-NAMANYA YANG MAHAAGONG YANG GHAIB@YANG NYATA.
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW,RASUL SELURUH ALAM SERTA SALAM KEPADA KELUARGANYA,SAHABATNYA,TABI'I,TABI'I-TABI'I DAN ULAMAK@FUQAHAK
SALAM...WARIS-WARIS AHLI BAIT @ AHLI WARIS NUSATARA...TUAN@PUAN,,,

A]1'MUTLAK
2'PUSAKA@PESAKA
3'WAKAF
B]4'AMANAH
5'SHUKUR
6'REDHO
'IKLAS*ISLAM.

PERKARA INI ADA DIDALAM AL-QURAN@AL-HADIS@ KITAB-KITAB ULAMAK(SEMUA MAKSUD DAN PENGERTIAN BAGI PERKATAAN DIATAS BAGI FEKAH@ADAT)

CARI DAN FIKIRKAN SEJENAK TENTANGNYA...INSHAALLAH...SALAM.
tiada daya upaya atas kami tanpa bantuan@izin MU, YA ALLAH.
neguai.(darinya kita didatangkan kepadanya kita akan dikembalikan)
waallahuaalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Tumpang bertanya mengenai Sayid Ali - Tuan Mandak.. Menurut saudara mara dari sebelah pilah saya berasal dari keturunan sayid ali yang digelar Panglima Mandak.. Adakah kedua2 ini orang yang sama.. Harap dapat mengetahui serba sedikit mengenai susur galur keturunan..

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,
(sayid ali-tuan mandak-panglima mandak)-

tuan maksudkan sayid ali yang bermukim dimana.
kalau yang dilanchang(penghulu),,,ya orang yang sama tetapi gelaran tu digunakan diberlainan tempat.
kalau yang di ?,,,salah...sebab zaman nya berbeza.

sayid ali-tuan mandak-panglima mandak ini adalah (orang berlapan yang dilantik semasa zaman sultan abdullah pahang),dia sepupu kepada panglima pandak(pulau tawar) sebelah ayah.

lain-lain jawapan,,,rujuklah kepada(istana pekan).

Unknown said...

Saya orang indonesia keturunan dari rao rao sumatra bermarga nasution. Buyut saya ranger kehutanan malaysia bernama mahmud bin lebai djawab. Tolong pak ci/mak ci jikalau tau tentang beliau, ceritakan tentang beliau. Thanks

Unknown said...

as,salam maaf bertanayer...apa perbezaan org kaya kecik(sebelah bapa) panglima kuris..
dan sri paduka tun koris bin dato bendahara sri maharaja tun muhammad tahir (encik wan long),dato bendahara sri maharaja of pahang..
1863...
minta jelaskan sy confuse...
ibu sy masih ada saeram bt abu bakar
salah satu cicitnya panglima kuris.

Unknown said...

Keturunan saya Dato Laksamana Abu. Beliau mati ditembak dgn peluru emas oleh tentera British. Tak ada mana sejarah pun menyebut tentang beliau. Makamnya di Seri Menanti. Anak2 berhijrah ke Kedah dan akhirnya ke Pulau Pinang.

gorilla said...

Asm.
1. Kita harap tidak terlambat utk menyumbang sama ada maklumat @ kisah2 lama yg termampu dlm blog tuan.
2. Apa lah sudi kiranya (jika ada) dikongsi maklumat mengenai perpindahan org2 Rao @ Minang akibat ttgan dr pihak kolonial Inggeris. Di Gombak dan Setapak terdpt ramai ygmana keturunan2 dahulu bermaustautin setelah melarikan diri dr Pahang akibat peperangan.
3. Kami juga msh mempunyai keluarga di Raub @ Gali @ Ulu Dong dsb.

Ikhlas
Zul Tahir

Unknown said...

Batu telah timbul tunggu dan lihat jee.

Anonymous said...

ADA seorang hamba ALLAH, tinggal di Karak berhampiran Kg Teroh
Dia banyak mengetahui tentang salasilah orang Pahang.
Admin boleh call dia 016 929 4998
koi panggil dia Aki Wan Ngah/ Tengah

Mungkin boleh merungkai banyak salasilah org Pahang

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

[terjemahan dari]
bacalah dengan nama tuhanmu[allah],
yang mengajar dengan pena...

persoalan dan jawapan kepada tuan@puan, semuanya ada dalam al-quran dan al-hadis.

dan pada kitab -kitab ulamak terdahulu, bukan dalam blok internet.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnay kepada...

wahai sekelian waris-waris rawa,,,tuan@puan mempunyai ramai waris diseluruh pelusuk nusatara yang berkumpul dan bergabung di istana pagar ruyung yang semasa itu di tadbir oleh kerajaan samudra pasai.

mereka itu telah di arah kan untuk kembali ketanah melayu bagi menubuhkan kerajaan baru(melaka).

mereka keluar dari pagar ruyung dengan beberapa buah kapal menyeberang selat laut yang akhirnya digelar selat melaka.

gabungan mereka inilah yang digelar RAWA,,,didalam gabungan ini tercantum keseluruhan suku bangsa di dalam nusatara ini termasuklah minang,bugis,melayu,jawa.(dari keturunan waris kerajaan di filipina, pattani sehinggalah ke acheh)

kesemua jumlah kerajaan yang bergabung didalam perkataan RAWA adalah lima puluh kerajaan, sebagaimana disebut sebagai kota adat @ kota lima puluh minangkabau dan ditambah dari waris kerajaan keturunan dari tanah mekah(susur waris rasulullah sebanyak empat kota,yang disebut sebagai empat kota fekah).

untuk berjumpa dengan tali jurai susur keturunan rawa, tali persaudaraan atau siratulrahim persaudaraan(islam) wajib disambungkan,yang putus wajib di ikat dipintal bagi menyambung hubungan ini.kesemua persengketaan diantara saudara dan dendam wajib dilupuskan seperti yang diperintahkan oleh allah. kalau tidak mahu melepaskan juga tuan@puan boleh jawab di depan allah pada masa makamah allah di buka semasa kiamat nanti di padang mahsyar nanti(baca dan rujuklah ayat al quraan surah al-kaafiruun(sebagai kilaf@kiasnya atau sandaran perumpaannya).(ayat itu bukan semata-mata dikhas kepada orang kafir sahaja sebaliknya dituju umum kepada seluruh umat manusia, tidak kira kafir atau islam dan juga kepada seluruh mahluk.(kalau tak faham,rujuklah kepada tuan-tuan guru atau alim ulama).

Anonymous said...

Tok tanggok bingkal tembaga... umor diA 500tahun... org melayu.. dia hero... sy xblh citer lbh la... nnt sy gila...hahahaha...sy gila...korg xyh amik tau la psl dia..kang ad yg gila kang.. bior kuan sorg je tau... tau..???

Anonymous said...

Assalam...kpd semua ...mohon pencerahan...saya ingin mengetahui tentang...salasilah...dan asal usul...Tok Linggi(Ahmad Linggi)...yg menetap di kg relung..Lepih...jika xkeberatan ingin...tahu...beliau asal dari salasilah...yang mana..terima kasih..

hasrieamli said...

assalam.mohon pencerahan berkaitan dgn tok parit,tok tangguk dan tok kota.apakah mereka ini adalah keturunan dari tok jabar dan adik beradik tok jabar yg membuka penempatan di endau,pianggu dan kawasan sekitarnya. boleh hubungi saya di FB....hasrie amli

awang tengah said...

Salam tuan,..mohon pencerahan jika berkaitan. tiada sejarah @ salasilah pembuka Ulu Dong.hanya nama yang tinggal,tapi tidak tahu asal usul. Pembuka Ulu Dong...Tok Pawang Sidek Bin Tok Abu. penempatan asal dari Tg Besar,dianggarkan sekitar tahun 1845 membuka ulu Dong.

awang tengah said...

Penghulu pertama Ulu Dong : Khatib Ismail bin mohd lahir 1867.
Fb : sejarah ulu dong
mohon admin bantu cari maklumat berkaitan ulu dong

Anonymous said...

Ande panglima perang adam yak..Imam Omor te anoknye ke?

Anonymous said...

"Rawa adalah setia, taat dan beriman"

Hanya sebab dia Rawa dia adalah beriman?

Anonymous said...

Tok Tangguk / Tok Shahrom / Teuku Ali adakah orang yang sama? Kalau ya kenapa sejarah ni kena delete?

Unknown said...

salam tuan, Tuan ada menyebut pahlawan pahlawan pahang yang terlibat dalam peperangan saudara di pahang, antara Sutan Kemala. Boleh ke tuan perjelaskan susur galur pahlawan ini.

Anonymous said...

Apa tujuan sebenar Perang Kelang yang melibatkan orang Rawa Pahang? Bukan ke askar Raja Mahadi juga ada orang Rawa. Adakah mereka semua ni cuma dipergunakan saja? Dan mereka yang mati dalam perang-perang saudara dikategorikan syahid? padahal mereka berperang dengan orang seagama sebangsa mereka sendiri?

Unknown said...

assallammualaikum..
tuan admin...disini sy ingin mnyetuh sdikit mngenai susur tun abd samad (bendahara pattani3)..terdapat bnyak kekeliruan disini...sy sbgai slah seorang keturunanya yg mnetap di kg telok ira dlm proses merungkai kekeliruan tersebut...mohon pihak admin dapat brkongsi maklumat bersama pihak sy...0179614654..harap kita bleh bkerjasama..sekian.

Anonymous said...

Saya sedang mencari asal usul Tupin Aishah dan Menteri Hassan yang pernah tinggal di kampong ulu semantan, Raub awal kurun 20an.
Sila tinggalkan info di sini.

Anonymous said...

As,salam.seronok baca post nie.sy budak baru belajar.nak tanya mengenai sebuah artikel yg terbit tahun 1920 dari H.S Sircom. Penempatan awal pahang bermula apabila Tok Bentara Kanan dtg dari Johor ke kuala bera.di bera,beliau membuat penempatan dan mendpt 3 org ank lelaki.yg sulung menetap di bukit segumpal,ank ke dua ditemerloh dan bongsu ke jelai..dari anak2 ini bercambah penempatan melayu di Pahang..selepas Tok Bentara ke Pedah dan mengarahkan spy pokok gergasi mahang ditebang.pokok ini tumbang menghadang sepanjang2 dan membuat satu garis pembahagi..daripada sini keturunan tok bentara bergerak melawan arus sungai dan mereka dikatakan keturunan tok raja jelai..sebahagian lg bergerak mengikut arus sungai dan membuat penempatan lain..tuan punya kuasa sejarah ini ditulis ialah Tok Kasim,datuk kpd Che Lah Penghulu Temai..kelihatan legenda ini wujud berkait dgn penempatan minagkabau di pahang,sebhagian mungkin memulakan satu bahagian di Negri Sembilan..wujudnya pengaruh melayu seawal abad ke 15..klu tak keberatan mohon laman pahang dpt berkongsi cerita ini klu ada yg berkaitan..terima kasih

Anonymous said...

Salamun alaika,

Saya cucu hitam bin nekman (kg guai)..dengan siapa boleh saya rujuk untuk dapatkan sejarah lanjut & salasilah keluarga.

Terima kasih Laman Pahang.

Anonymous said...

Assalam

Apakah lagi ikatan persahabatan yang patut diwujudkan memandangkan orang Mandailing Pahang dan Rawa Pahang pernah terlibat dalam Perang Saudara Pahang dan Perang Kelang di Selangor?

Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum wbk..

Untuk saudara Adnan Samad Singalaut(Mat Jahat)...mungkin boleh berkongsi kongsi makkumat dgn saudara mara saya, moyang lelaki kami ialah Mat Perak @ Muhamad Bin Ibrahim meninggal pada tahun 1926 dan kubirnya di Tanah Perkuburan Tok Mengkarak, Bera...menurut kisah yg disampaikan kepada saya, Moyang Mat Perak adalah anak kepada orang kenamaan di kawasan Larut dan warisnya masih ada disekitar Bukit Chandan...

JaMaLuDiN said...

Assalam...
Kepada cucu Hitam bin Nekman...susur galur waris keturunan dari Imam Komeng ada dalam simpanan saya...kalau berminat boleh saya kongsikan..

Jieha said...

Mohon pencerahan bukan ke yg buka pahang asal nyer 2 beradik..satu ke pahang dan satu ag perak atau negeri sembilan..hurmm...

Anonymous said...

@Jieha.. macam mana cerita tu? Dua beradik tu datang dari pagar ruyung?

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 241   Newer› Newest»