INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120210

Pak Ngah Majid - 5

Pada satu petang anak sedara Pak Ngah, Atan (Roslizan Ahmad Mahidin), telefon minta Pak Ngah datang ke sebuah hotel di Sungai Rabit. Katanya Kelab Tun Teja ada membuat sedikit acara di Temerloh. Majlis akan diadakan di Hotel Isis atas Restoran Pallani. Kedatangan Pak Ngah amat bermakna katanya. Pak Ngah pun datang atas ajakan anak sedara. Setelah sampai Pak Ngah di sambut oleh Tuan Seri Ning Buah. Rupanya di Hotel Isis ini ada dewan kecil. Baru ini Pak Ngah tau.


Masuk dalam dewan tersebut, Pak Ngah dipersilakan duduk. Baris depan hujung sekali. Orang yang dalam dewan tersebut semuanya Pak Ngah tak kenal. Mereka sedang menunggu VIP mereka iaitu Pengerusi Kelab Tun Teja. Setelah VIP masuk mereka masih lagi bercakap sesama sendiri. Kelihatannya acara tidak akan bermula lagi kerana masih menunggu sesuatu.

Pada skrin terpapar gambar Pejuang Mat Kilau. Darah Pak Ngah berderau. bula roma dah mula tegak. Hati dah mula rasa tak sedap hati. Rasa menyesal datang pun mula timbul. Tapi walau apa-apa pun Pak Ngah kena terus tunggu nak tau apa sebenarnya semua ini.

Tidak lama kemudian Atan anak sedara Pak Ngah masuk. Rupanya beliau adalah juruacara majlis pada hari ini.

Dalam ucapannya dia mengeluarkan ucapan yang amat memeranjatkan Pak Ngah, ucap dia, " ... kita sungguh bertuah pada hari ini kerana Keturunan Ketujuh Mat Kilau dan Keturunan Kelapan Mat Kilau ada bersama-sama kita pada hari ini."

Tersirap darah Pak Ngah , merah padam muka Pak Ngah , memang jelas orang boleh nampak yang Pak Ngah sedang marah. Dalam hati Pak Ngah berkata, "Sampai hati Atan awok buat kat pok sedara macam ni." Hati Pak Ngah terus meraung dalam diam, "Berani sungguh Atan awok cakap macam tu, perkara ini boleh melibatkan hidup dan mati kita." Pak Ngah terus bermonolog sendirian, "Ngapa la awok tak bincang dulu dengan koi sebelum umumkan rahsia keluarga kita." Atan tau Pak Ngah marah sepanjang majlis tersebut.
-----------------------------------------------------------------------------
Inilah cerita yang diceritakan pada Laman Pahang pada 28 November 2011 hari Isnin bertempat di R&R Bukit Angin Temerloh. Pertemuan Laman Pahang dengan Pak Ngah pada hari ini telah diatur oleh Neguai.

Majid bin Akob bin Idrus bin Aripin bin Ahmad Buruk bin Muhammad
-----------------------------------------------------------------------------
Mohammad bin Ibrahim telah memilih 26hb bagi membuat pengakuan bahawa beliau adalah Mat Kilau. Pada tarikh 27hb. Disember 1969 barulah negara kita gempar dengan pengumuman bahawa Mat Kilau masih hidup. Sultan Pahang yang bertaktha di Istana Pekan pada masa, Sultan Abu Bakar Riayatuddin (1932-1975) turut memberi perhatian terhadap pendedahan ini. Seterusnya baginda mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Menyiasat kemunculan Mat Kilau pada 8hb Januari 1970. Maka pada 6hb Ogos 1970 Menteri Besar (Tan Sri Haji Yahya Muhammad Seh) telah mengesahkan bahawa Mohammad bin Ibrahim adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom). Namu ketentuan Allah SWT adalah Mat Kilau yang lahir pada tahun 1847 telah meninggal dunia pada 16hb Ogos 1970 iaitu 10 hari setelah dibuat pengesahan.

No comments: