-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120330

Cerita 6C: Dibawah Satu Payung - Rawa dan Bugis bersatu

Ini adalah cerita bagaimana rawa dan bugis bersatu pada tahun 1500 masihi ditemerloh.
Ceritanya adalah seperti yang dikisahkan dik mulut kemulut oleh orang tua-tua.

Pada masa zaman yang tersebut (tahun 1500 masihi) rawa dan bugis ini duduknya mereka berpuak-puak. Mereka ini pantang bersentuh bahu (bertemu muka), kemestiannya bergaduh dan berkelahi walaupun dalam hal yang sekecil kuman sekalipun. Krisis tersebut berlanjutan dan terhenti apabila tok sahibudin berkhawin dengan tok merdiah anak haji ismail (tok bangau 2).

(Kisah sebelum tok sahibudin berkhawin dengan tok merdiah) Setelah habis pengajian dengan gurunya haji ismail, tok sahibudin telah diarahkan (diminta) oleh haji ismail supaya menyambung pengajiannya disumatra dan mekkah, gurunya haji ismail membekalkan akan dia dengan sebiji telor ayam dengan berkata,”aku tidak boleh mengajar engkau lagi kerana ilmu yang engkau pelajari dari aku, aku lihat tidak mencukupi kepada engkau, maka pergilah engkau menuntut ilmu dengan orang yang boleh menyembelih telur ayam ini.

Adalah tujuan utama, haji ismail berbuat yang demikian, ialah supaya tok sahibudin merantau mendapatkan ilmu diluar Pahang, dengan merantau menambah pengalaman dan sahabat taulan dan dapat bergaul dengan suku bangsa yang lain didunia lain. Menurut cerita orang, dia pernah mengikuti peperangan menentang belanda di tanah makasar dan Sumatra (waallahualam). Pada zaman itu aliran martabat tujuh telah menguasai dunia nusantara. Dipahang pada masa itu juga dikuasai dengan aliran martabat tujuh ini, yang dipelopori dan dikawal oleh bapa saudaranya, (ini adalah satu cerita lain). Disumatra dia telah diminta oleh gurunya (guru Sumatra) untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan dan martabat tujuh bagi tujuan merpertahankan diri dari asakan orang dan menepis pertuduhan yang dicampakkan orang kepadanya.

Dikatakan dik orang tua-tua, dihari perkhawinan tok sahibudin dan tok merdiah itu amatlah meriah sekali. Kedua-dua suku bangsa rawa dan bugis berganding bahu meraikan kenduri tersebut (keseluruh perahu memenuhi sungai Pahang sampai tak dapat dilihat air sungai Pahang dik sebab banyaknya orang berperahu dan orang dikawasan sungai dan pada hari itu dikatakan rawa dan bugis berdamai dari krisis (iaitu pada tahun/zaman 1500 masihi dikuala semantan/temerloh).

Dialah juga yang dikatakan orang, yang dapat memperbetulkan dan mengurangkan aliran martabat tujuh dipahang. Kerana pada masa itu, guru yang ahli lagi arif dalam aliran martabat tujuh telah kurang ada dan dibimbangi, orang atau mereka yang mengamal (mempelajari ) aliran ini terpesong akidahnya.

20120325

Cerita 6B: Dibawah Satu Payung - Tok Bangau - Bugis

DIBAWAH SATU PAYUNG
TOK BANGAU (2) ATAU NAMANYA HAJI ISMAIL @ RAJA ISMAIL BUGIS.

Sampai dipahang dan bermukim di kampong bangau dan membuka pondok surau.Dia menjadi guru agama atau ulamak dizamannya. Beliau ini bermukim dipahang (dikatakan) pada tahun1400 atau 1500 masihi. Beliau berketurunan bugis dari makasar. Dia adalah seorang ketua, seorang guru agama islam juga ulamak pada zaman nya dan seorang anak raja makasar. Cerita dia meninggalkan makasar adalah cerita lain. Tidak akan diceritakan.

Dia menjadi guru agama semenjak sampainya dan bermukim dia dikawasan (sekarang ini dipanggil kampong bangau dan dia dilantik menjadi tok bangau 2 selepas kematian tok bangau 1. Dahulunya kampong bangau adalah sebuah mukim (mukim bangau). Salah seorang dari anak muridnya dan juga menjadi menantunya ialah tok sahibudin (berhala gantang).

bersambung

20120320

Cerita 6A: Dibawah Satu Payung - Suji Dibilang -Rawa

DIBAWAH SATU PAYUNG
SUJI DIBILANG ATAU NAMANYA SULTAN MUHAMMAD BIN SULTAN BAAK PAGAR RUYUNG.

Sampai di Pahang dan bermukim di kuala semantan, yang sekarang ini digelar tanjung keramat (temerloh). Beliau ini bermukim dipahang (dikatakan) pada tahun 1300 atau 1400 masihi. Beliau berketurunan rawa minang (RAO). Dari Sumatra. Dia adalah seorang ketua, seorang pejuang, seorang pendakwah dan seorang seorang anak raja. Nama suji dibilang telah diberi oleh bapa mertuanya, batin saridun. Keluarnya dia dari pagar ruyung adalah satu cerita yang lain. Tidak akan diceritakan.

Dia telah mengalahkan asli dan deli dikawasan tanah sebelah tengah Pahang dan mengislamkan mereka termasuklah bapa mertuanya. Dari perkhawinannya dengan isterinya, menurunlah beberapa cucu-cicitnya yang ternama dipahang. Yang paling terkenal dan masyhur adalah tok sahibudin atau tok shahbudin berhala gantang.

bersambung

20120315

Cerita 5: Mengelak retak menjadi belah

Ditanah adat pepatih itu, sinakhoda telah membuka dagangan dari atas kapal yang dibawanya.

Beberapa lama kemudiannya duduk dalam negeri tersebut, berkenanlah akan dia kepada kerabat siluak undang tempat dia berdagang, hendak diperisterikan.

Dalam masa yang sama juga, seorang pendekar (kerabat) juga berminat kepada sikerabat luak undang tersebut.maka terjadilah perselisihan antara keduanya.untuk sekian lamanya perselisihan itu (mereka ini tidak bergaduh tetapi hanya menunjuk akan kehebatan mereka diantara satu sama lain sahaja), suatu hari yang meleraikan kisah perselisihan mereka, bunyinya begini:

Pada masa itu laluan utama adalah sungai, yang menjadi jalan perhubungan utama. Inilah laluan sinakhoda membawa dagangannya diantara satu tempat kesatu tempat. Sipendekar mengetahui yang sinakhoda pasti akan melalui sungai tersebut pada hari itu(pada masa zaman kejadian), maka dia telah menyekat laluan dengan melintangkan batu yang besar ditengah sungai tanpa membolehkan perahu sinakhoda melintasi nya. Apabila sinakhoda kembali dari berdagang untuk pulang kerumahnya, dilihatnya akan batu penghalang ditengah sungai tersebut. Tahulah dia ini pekerjaan sipendekar, lalu sinakhoda pun turun dari perahunya dan menolak batu besar itu ketepi sehingga membolehkan perahunya melalui (melintasi) batu itu, selepas dapat melepasi batu tersebut sinakhoda sekali lagi menolak batu besar tersebut ketengah sungai seperti yang diletakkan oleh sipendekar sebelumnya dan terus berlalu dari situ untuk pulang kerumahnya.

Sipendekar, apabila dilihatnya sinakhoda selamat sampai kerumahnya bersama-sama barang dagangannya, maka dia dengan segera pergi melihat akan batu yang diletakkan ditengah sungai bagi menghalang laluan sinakhoda, tetapi didapati yang batu itu masih berada ditengah sungai seperti sebelumnya dan tahulah akan dia yang sinakhoda itu mempunyai ilmu dan kehebatan yang melebihi dari dirinya sendiri. Jadinya sipendekar pun berundur dari merebut sikerabat luak undang.

Maka dapatlah sinakhoda berkhawin dengan sikerabat luak undang itu dan bagi mengelak dari kejadian yang tidak disangka dan yang jernih menjadi keroh, dari keroh bertukar geroh, sinakhoda telah membawa isterinya berralih ketempat lain dan mereka bermukim di Pahang.

20120310

Cerita 4: Nakhoda dan kapal dagangnya

Al kisah bermulanya akan ceritanya, didalam istana disebuah negeri di tanah Sumatra (dikata oleh mereka). Seorang anak raja yang telah berpakat dengan ahli kerabatnya untuk keluar berdagang ditanah semenanjung.Dia mendapat kebenaran dari ayahdanya, raja dinegeri ditanah Sumatra. Dengan modal yang ada, dia dan kerabatnya telah membina kapal bagi pelayaran dagangannya. Mereka membina beberapa buah kapal dan salah satu dari kapal itu diterajui oleh nakhoda (anak raja ) itu sendiri.

Pada hari yang dijanjikan dan sesuai, kapal-kapal tersebut pun memulakan pelayaran mereka, mereka bertolak dari pelabuhan disumatra dan menuju ke tanah semenanjung. Dalam pelayaran tersebut, kapal-kapal mereka telah dilanda dipukul ribut dan topan ditengah laut.

Kumpulan kapal tersebut telah terpecah sebab dik ribut topan dan salah satu kapal yang hilang halatujunya adalah kapal sinakhoda kerana tiang layarnya telah patah. Maka kapal sinakhoda itu hanyut mengikut arus laut dan terdampar di tanah siam.

Ditanah siam sinakhoda dan anak kapalnya telah ditangkap dan ditahan didalam penjara Negara siam (pada masa itu), kerana dianggap musuh (kerana zaman itu siam dan Sumatra adalah musuh ketat).

Beberapa lama sinakhoda tetap didalam penjara, maka suatu hari, salah seorang dari anak kapal yang bersama sinakhoda dalam penjara terkena penyakit.pada masa yang sama Negara siam dilanda wabak penyakit yang sama seperti yang dihidapi oleh anak kapal sinakhoda yang mana raja siam telah lama tidak dapat mengawal wabak penyakit tersebut. Maka ramailah rakyat dinegara siam yang mati kerana korban wabak penyakit tersebut.

Didalam penjara, sinakhoda telah dapat mengubati anak kapalnya sehingga sembuh sepenuhnya. Perkara tersebut telah dilihat oleh sipengawal penjara Negara siam. Lalu berita dan perkara sinakhoda dapat mengubati dan memulihkan anak kapalnya itu telah dibawa kepengetahuan raja siam.

Dengan arahan dan perintah raja siam, sinakhoda telah dipanggil mengadap raja siam oleh pengawal penjara. Lalu bermesyuaratlah sinakhoda dengan anak kapalnya, akan berkenaan perintah siraja siam itu. Pada mulanya sinakhoda enggan untuk bertemu mengadap siraja siam, bimbang akan diperapa-apakan oleh raja siam akan dirinya dan anak kapalnya.

Lalu seorang dari anak kapalnya memberi  cadangan agar sinakhoda mencuba nasib, kalau-kalau dengan mengadap raja siam dan memohon kepadanya, dapat melepaskan diri dan anak kapal dari penjara Negara siam.

Sinakhoda lalu bersetuju dengan cadangan anak kapalnya itu dan pergilah dia mengadap raja siam diiringi pengawal Negara siam. Diistana, raja siam memerintahkan sinakhoda mengubati wabak penyakit yang sedang melanda Negara siam. Dalam pada masa itulah sinakhoda mengambil kesempatan untuk memohon kepada raja siam bagi melepaskan dia dan anak kapalnya dari penjara jika dia dapat mengubati wabak penyakit di negara siam tersebut. Maka raja siam pun dengan terpaksa menyetujui akan syarat sinakhoda.

Beberapa ketikanya, wabak penyakit dinegara siam dapat dibendung dan diubati oleh sinakhoda sehingga pulih seperti sediakala.

Janji  yang dipersetujui oleh raja siam telah dituntut oleh sinakhoda dan raja siam, bukan sahaja melepaskan sinakhoda dan anak kapal malah memberi sebuah kapal baru dengan kelengkapan muatan yang penuh kepada sihakhoda. Maka berlayarlah sinakhoda dan anak kapal meninggalkan Negara siam. Kapal sinakhoda itu berlayar menuju ke semenanjung tanah melayu iaitu belabuh di (sekarang ini digelar negeri Sembilan)…..

20120305

Cerita 3: Menyabung nyawa menebus Pahang

Sesampainya rombongan Pahang dan berlabuh didaik, maka berangkatlah tiga orang panglima turun dari kapal menuju ke istana raja daik berserta dengan ufti yang dibawa bersama-sama. Sesampainya diluar pagar istana. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan masuk oleh pangawal dan seorang dari panglima Pahang tinggal menunggu diluar pagar istana (panglima bertiga Pahang ini dikatakan adalah adik beradik, yang tinggal menunggu diluar pagar itu adalah yang bongsu).

Yang bongsu tadi, dia diarah menunggu diluar tiada kerjanya, berteduhlah dia dibawah pokok, sambil dia meropeh akan pokok kayu tempat dia berteduh itu sehingga berlubang dan amat dalamlah lubang pada batang pokok tersebut. Pekerjaan sibongsu itu telah diperhatikan oleh hulubalang raja daik dan disampaikan hal itu kepada raja daik.

Panglima Pahang berdua lalu berjalan masuk sehingga sampai kepintu tangga istana raja daik lalu ditahan oleh pengawal hulubalang raja daik. Pengawal hulubalang raja daik hanya membenarkan hanya seorang sahaja diantara kedua yang boleh mangadap masuk untuk menyerahkan ufti kepada raja daik. Maka yang tengah (adik yang tengah) pula tinggal dan menunggu dipintu tangga istana dan yang sulong berjalan masuk mengadap untuk menyerahkan ufti itu.

Yang tengah, duduklah dia diatas tangga bersandarkan tiang tangga sambil tangannya bermain-main akan satu arca(tampayan atau sesuatu barang berbentuk patung hiasan tiang tangga istana, kurang pastilah bendanya pulak). Dalam tangannya bermain akan barang tersebut sehinggakan terputus dua akan barang itu. Pekerjaan sitengah itu telah diperhatikan oleh pengawal hulubalang raja daik dari awal lagi lalu diadukan hal itu kepada raja daik.

Panglima Pahang yang sulong lalu berjalan menuju kearah balairom dan berhenti dihadapan singgahsana raja daik lalu diserah akan ufti yang dibawanya itu kepada hulubalang raja daik untuk dipersembahkan kepada raja daik. Sambil menunggu hulubalang raja daik mempersembahkan ufti dari Pahang itu dan menunggu perintah dari raja daik. Sisulong  bermain-main akan lantai istana raja daik sehingga tembus lantai istana dimainkannya. Akan perkerjaan sisulong itu telah dperhatikan oleh siraja daik itu sendiri.

Ketiga-tiga pekerjaan akan panglima Pahang itu diketahui oleh siraja daik dan dia beranggapan yang panglima Pahang ini jika diapa-apakan akan menyebabkan daik kehilangan ramai hulubalang.  Oleh yang demikian raja daik pun menitahkan supaya diadakan satu pertandingan diantara hulubalang daik yang paling handal dengan panglima Pahang dan taruhannya adalah, pembebasan Pahang dari takluk daik jika panglima Pahang menang.

Berita ini telah dibawa balik oleh tiga panglima Pahang kepada raja yang berada, sedang menunggu, diatas kapal. Berita pertandingan itu pun disampaikan  dan bermesyuaratlah raja dan panglima-panglima Pahang akan titah raja daik itu.

Dalam permesyuaratan itu, mereka telah bersetuju menerima cabaran dari raja daik walaupun dihati merasa gementar, bimbang tak terlawan oleh panhlima Pahang. Dalam pada itu situkang masak tadi dengan segera memohon kepada raja untuk bertanding melawan hulubalang raja daik dan permohonan dia telah diterima dik raja.

Hari pertandingan yang ditetapkan itu pun tiba. Raja dan panglima Pahang pun berangkat turun dari kapal berjalan menuju kegelanggang tempat pertandingan akan diadakan. Dalam gelanggang itu telah ramai orang yang telah ada termasuklah raja daik dan hulubalang-hulubalangnya. Setelah sampai raja dan panglima Pahang didalam gelanggang, maka mengambil tempatlah akan mereka disuatu penjuru didalam gelanggang tersebut.

Raja daik lalu bangun dan bertitih kepada semua hadirin didalam gelanggang itu, menyuruh bersiap sedia akan hulubalangnya dan panglima Pahang bagi memulakan pertaruhan itu. Dalam pertandingan tersebut, hulubalang raja daik bertanya akan panglima Pahang adakah panglima Pahang ingin menyerang dahulu tetapi dijawab oleh situkang masak,”katanya” seranglah dahulu oleh pihak tuan (hulubalang raja daik). Tiga serangan telah dibuat oleh hulubalang raja daik dan ditepis dik situkang masak. Situkang masak pula membuat serangan dengan sekali serangan sahaja. Situkang masak hanya menyerang dengan memegang dan memulas teliga hulubalang raja daik sahaja, yang menyebabkan hulubalang raja daik tidak terlawan dan mengaku kalah, lalu berkata situkang masak kepada raja daik, “katanya” ini saja ke hulubalang yang ada pada kerajaan Negara raja daik.

Oleh yang demikian akan raja daik telah melepaskan Pahang dari takluk Negara daik mengikut janji yang telah ditetapkan oleh nya. Bermula dari tarikh dan hari itu menurut pada zamannya, maka Pahang telah bebas dari jajahan takluk negara dan raja daik dan menjadi sebuah Negara atau negeri yang bebas memerintah dengan sendiri.

20120301

Cerita 2: Pelayaran ke Negara Daik

Dik kerana Pahang duduk dibawah takluk raja daik, maka setiap tahun Pahang diwajibkan menghantar ufti kesana sebagai persembahan perlindungan.

Untuk menghantar ufti ke sana bukanlah semudah yang disangka kerana banyak halangan dari serangan lanun dan perompak dalam perjalanan. Oleh itu orang yang dipertanggungjawab untuk membawa ufti mestilah dari kalangan mereka yang koho-koho(gagah dan kebal).

Maka sebuah kapal dari Pahang pun berlayarlah kenegara daik bagi menghantar ufti. Dalam pelayaran itu, mereka singgah belabuh disebuah kawasan untuk berehat sebentar sebelum belabuh di daik.

Cerita diatas kapal sebelum dapat meneruskan pelayaran kedaik, Raja yang mengikuti rombongan itu mengarahkan panglima nya menaikkan sauh bagi meneruskan pelayaran.

Panglima pertama pun pergilah menarik tali sauh tetapi tidak dapat ditariknya kerana sauh kapal itu telah tersangkut pada batu karang didasar laut, walaupun ditariknya sekuat tenaganya sauh itu tetap tidak terlepas juga. Sipanglima pertama pun mengadap dan menceritakan halnya itu kepada raja, lalu di arahkan raja kepada penglima kedua bagi menaikkan sauh kapal.

Panglima kedua pun lalu bangun pergi menarik tali sauh kapal sehingga tenggelam sedikit buntut kapal tetapi sauh masih tidak dapat dilepaskan juga dari batu karang, maka mengadaplah panglima kedua kepada raja menceritakan hal yang tersebut itu. Lalu raja mengarahkan panglima ketiga  untuk menaikkan sauh kapal tersebut.

Panglima ketiga dengan segera pergi menarik tali bagi menaikkan sauh kapal, maka ditarik tali itu dengan sekuat kudrat dan hatinya sehingga terangkatlah haluan kapal tersebut dan akan menyebabkan kapal hampir karam tetapi sauh kapal itu tetap tidak dapat dilepaskan dari batu karang dalam laut itu. Lalu diadukan hal ini kepada raja. Disebabkan keadaan yang tersebut maka raja dan rombongan dalam kapal tersebut menjadi bingung dan memasing berfikir cara bagaimana untuk melepaskan kapal yang tersangkut itu.

Dalam keadaan yang membingungkan diatas kapal itu, adalah seorang juak-juak kapal yang bertugas didapur kapal sebagai tukang masak menawarkan diri untuk mencuba menaikkan sauh kapal tersebut dan lalu dipohonnya kepada panglima bertiga itu untuk mencuba, dari didengarkan oleh panglima bertiga itu dan dihadapkan permohonan situkang masak kapal tersebut kapada raja.

Raja yang masih dalam kebingungan  tadi, tersentak dan merasa pelik diatas permohonan situkang masak kapal, masakan tiga panglimanya yang gagah perkasa pun tidak dapat melepaskan sauh dari dasar laut, inikan pula seorang juak kapal situkang masak. Maka berbincanglah raja dan panglima-panglimanya akan hal yang tersebut itu dan pemutusnya, diberi peluanglah akan situkang masak bagi menaikkan sauh kapal itu.

Situkang masak yang tersebut itupun pergilah kepada tali sauh lalu dipegangnya, sambil dia berkata kepada semua orang diatas kapal tersebut,” katanya” berpeganglah kuat-kuat kerana hamba akan menaikkan akan sauh kapal ini, bimbang tuan semua terlepas jatuh nanti. Pabila semua orang diatas kapal itu telah berpegang dengan kuat, maka disentakkan akan tali sauh yang dipegangnya itu berserta dengan sauhnya sekali dan batu karangnya terbabut dari dasar laut dan ditariknya keatas kapal. Lepaslah kapal tersebut untuk meneruskan belayar kedaik.

Dari hari itu situkang masak diberi anugerah oleh raja akan dirinya dan tidak lagi menjadi juak kapal dan tukang masak kapal. Belayarlah mereka dan selamat sampai kenegara daik…………………………