INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20120530

15b Koming Mertua dan Koming Menantu Versi 2

Cerita 15b
Koming Mertua dan Koming Menantu (seorang imam dan seorang panglima)

Ini adalah beberapa rangkap cerita dari warisnya.(sudi menyudi)

Versi 2
mertua telah mengajak menantu kehutan mengakait petai yang pokoknya 70 ke 80 kaki tingginya, sesampainya mereka disana, maka dibuat sigai untuk naik (benda macam tanggalah).

Panjatlah menantu akan pokok petai itu sampai ketempat yang dia boleh tenggek di celah dahan, lalu dikait akan petai itu. telah separuh petai telah dikait dan diturunkan dari atas pokok.

Mertua yang berada dibawah pun mengutip akan petai dan dikumpulkan, selepas siap dikumpul petai itu , mertua dengan selambanya melepaskan sigai yang bersandar pada batang pokok itu dan berlalu dari situ balik ke rumah tanpa sepatah kata pun.

Menantu yang berada diatas pokok termangu-mangu dan hanya menggaru akan kepalanya melihat akan permainan(sakat) oleh mertuanya itu. (bagaimana menantu turun dari pokok petai yang tinggi itu, tuan dan puan fikir-fikir lah sendiri).menantu sesampainya dirumah melihat mertua sedang berihat dipelantar rumah. Tiada kata-kata (kelahi)yang diucapkan oleh mereka berdua ,cumanya hanya sengeh sahaja yang mengirigi akan pandangan antara kedua mereka.

20120525

15a Koming Mertua dan Koming Menantu Versi 1

Cerita 15a
Koming Mertua dan Koming Menantu (seorang imam dan seorang panglima)

Ini adalah beberapa rangkap cerita dari warisnya.(sudi menyudi)

Versi 1)
Suatu malam semasa menantu tidur dirumah mertua, adalah seekor kucing yang mancari tikus atau bermain pada malam hari telah melompat kearah menantu yang sedang tidur lalu ditepis oleh si menantu dalam tidurnya, perbuatannya itu ditelah diperhatikan (terperasan) oleh mertua, lalu kata mertua dalam hatinya,”boleh tahan juga menantu koi ni”.lalu dia buat-buat sambung tidurnya, tidak berapa waktu pada malam itu mertua mencuba akan ilmu menantu dengan membaling bantal kepala yang ada padanya kearah menantu dan sekali lagi menantu menepis akan bantal dan meneruskan tidurnya.

20120520

14 Tok Shahibudin dengan Fakeh Yusuf Abd Salam di Batawi

Cerita 14
Tok Shahibudin dengan Fakeh Yusuf Abd Salam di Batawi (dari sejarah islam Pahang)

Sebahagian sedutan ceritanya

Pesan tok ismail bangau,”wahai shahibudin, jika kauhendak belajar dengan seorang guru, mintalah pada guru tersebut menyembelih telur ini, jika boleh maka belajarlah, jika tidak carilah guru lain.” Dan dia juga dibekalkan dengan 40 masalah agama oleh gurunya tuan haji ismail @tok bangau.

Pada hari ketiga dia belajar dengan fakeh yusuf,…dia membawa sebiji telur dan sebilah pisau wali kecil. Apabila tiba maka duduklah dia ditepi pintu rumah tuan guru,maka hairanlah sekalian murid yang ada melihat tingkahlakunya.apabila ditanya orang kenapa datang, maka dijawab oleh dia untuk mengaji, padahal apa yang dibawanya itu bukan alat mengaji.

Sejurus kemudian tibalah tuan guru, apabila sampai dimuka pintu dia member salam. Tuan guru bertanya,”apa hal dan apa hajat”. Mendengar pertanyaan tuan guru itu maka diapun berkata,”ada satu hajat besar, saya minta tolong kepada tuan guru.” Tuan guru pun berkata,”silakan”, maka diapun mengeluarkan sebiji telur dan sebilah pisau sambil berkata,”saya minta tuan guru sembelihkan telur ini dengan pisau ini.” Dengan tidak membuang masa tuan gura berkata,” pegang kaki dan kepaknya segara supaya kita sembelih akan dia(telur itu)”.

20120515

Kisah al-kaffi semasa zaman firaun

TUAN DAN PUAN…,


Adakah pernah kita membaca kisah-kisah sejarah Al-Quran, sejarah sahabat, sejarah tabi’i dan tabi’- tabi’I (sejarah Islam). Kisah mereka adalah untuk tauladan dan pengajaran juga dorongan:-

*Kisah al-kaffi semasa zaman firaun mesir tua.; mereka melarikan diri untuk menyelamatkan akidah mereka dari pemerintah yang zalim.sedangkan diantara mereka itu adalah pegawai kepada pemerintah yang zalim masa itu. Dan mereka hidup sebelum lahirnya nabi Muhammad saw. Ditidurkan Allah dalam gua sebagai bukti kebesaran nya.

*Kisah seorang sahabat yang diarah keluar(dibuang daerah) dari kota oleh khalifah kerana tajamnya perkataan nya lebih tajam dari mata pedang, tanpa dibantah dan ditahan sebaliknya didoakan dan diredho oleh ali bin abi talib permergiannya(hidup dalam buangan ditengah padang pasir). Dia ditakwil oleh nabi,(perjalanan hidupnya seorang diri) Hidupnya seorang diri dan matinya seorang diri. Dia berpesan kepada isterinya ,bila dia mati kelak, mayatnya dibungkus dan diletakkan ditepi laluan orang berdagang, dipadang pasir.

*Satu kisah, bila abu bakar as- siddiq ra bersumpah tidak akan mengeluarkan nafkah ke atas mistah yang berkerabat dengannya, kerana suatu penganiyaan yang dilakukan oleh mistah, maka turun firman allah ta’ala berbunyi:

“JANGANLAH SAMPAI BERSUMPAH, ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEKAYAAN DI ANTARA KAMU, BAHWA MEREKA TIDAK AKAN MEMBERI LAGI KEPADA KAUM KERABAT, ORANG-ORANG MISKIN DAN ORANG-ORANG YANG BERHIJRAH PADA JALAN ALLAH. TETAPI HENDAKLAH MEREKA MEMAAFKAN DAN BERLAPANG DADA. TIDAKKAH KAMU MAHU, JIKA ALLAH MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADAMU SEKALIAN.”

Sebaik-baik saja firman itu disampaian kepadanya, maka beliau pun akur dan redha dengan pengampunan allah ta’ala itu, lalu beliau kembali menyambung semula nafkahnya terhadap mistah, meskipun mistah telah melakukan sesuatu penganiayaan terhadap dirinya(saiyidina abakar as-siddiq).

*diriwayatkan dari ibnu mas’ud, pada suatu ketika, ia telah kecurian wang, lalu orang ramai merasa marah dan mencari siapa encuri wang itu. Tetapi ibnu mas;ud pula berkata: ya allah! Ya tuhanku! Kiranya yang menyebabkan pencuri itu mencuri, kerana hajat dan keperluannya yang mendadak, maka berkatilah wang itu baginya. Tetapi kiranya yang menyebabkan ia mencuri itu, kerana keberanian untuk melakukan dosa, maka jadikanlah pencuriannya itu akhir dosa yang ia lakukan.

*diriwayatkan dari saiyidina ali bin abu talib karramallahuwajhah, katanya: akan tiba nanti suatu masa yang genting, orang-orang yang mempunyai harta akan mencengkam harta kekayaannya, tidak suka membahabi-bahagikan kepada orang yang memerlukannya, dan tidak ada pula orang yang mahu mengingatkannya.

20120510

13 Peran dan Lansat.

Cerita 13
Peran dan lansat.

Cerita ini adalah kisah berburu Sultan Pahang dihutan Maran (nama sekarang ni)

Ceritanya lebih kurang bergini.

Sultan Pahang pada masa itu telah pergi berburu dihutan disebelah hulu dari istana pekan. Rombongan istana telah diikuti oleh beberapa peran-peran dan panglima bagi memburu rusa.

Sudah lebih kurang seminggu sultan dan rombongannya berada didalam hutan tersebut, tetapi berbayang dan kelibat rusa langsung tak kelihatan dan peran yang mengikuti rombongan berburu itu dah tak reti nak buat apa-apa kerana rata dirayap dalam hutan, yang dapat hanya letih je.

Melihat akan keadaan yang tersebut, sultan telah mengarahkan panglimanya pergi mudik kehulu untuk mendapatkan dan memanggil seorang peran berburu di guai. Pada masa itu diguai adalah musim menuai padi. Maka bergalah mudiklah panglima untuk sampai ke guai menyusuri sungai Pahang sambil memukul gendang dari atas perahu memberitahu akan kehadiran perahu istana.

Sesampainya diguai bertemulah sipanglima dengan siperan tersebut yang membawa titah menjumput siperan mengadap sultan dihutan kerana diceritakan sultan tidak mendapat hasil berburu itu. Siperan dengan segera mengikut sipanglima menghilir pergi mendapatkan sultan dihutan dengan menbawa si kuning dan si lansat, dua ekor anjing berburunya.

Sesampainya di hadapan sultan yang diikuti dua ekor anjingnya, lalu diterima arahan dari sultan untuk menjejak rusa.sementara itu anjingnya tadi,silansat secara tidak sengaja telah dikuis dengan kaki oleh sultan kerana duduk hampir dengan kaki sultan dan siperan yang Nampak anjingnya dikuis dik sultan telah menegur sultan akan perbuatannya itu. Katanya “tuanku kuis anjing patik!”. Sultan hanya diam sahaja mendengar teguran siperan itu.

Siperan, apabila menerima sahaja tugas itu, lalu diapun member arahan kepada yang lain dan mmengarahkan sultan bersedia disitu dengan senjata kerana katanya ,” tuanku tembak bila rusa itu melintas depan tuanku.” Maka dengan ilmanya siperan pun menghentakkan tumit kakinya ke bumi lalu sikuning berkejar mencari buruan dan silansat dengan langkah yang tersusun seperti menurut dan faham akan arahan yang disampaikan. Selang berberapa minit, rusa pun muncul dihadapan sultan diiringi oleh silansat lalu rusa tadi ditembak sultan.

Maka dilihatnya perkara itu, dengan nada kesal , sultan berkata” haiwan yang kita kuis itulah rupanya yang menolong kita”. Dan selesai berburu itu siperanpun diberi upahnya dan diapun bermudik pulang keguai dengan kedua ekor anjingnya.

20120505

12 Chief of Qadi Ibrahim bin Qadi Ahmad

Cerita 12
Chief of Qadi Ibrahim bin Qadi Ahmad (dari buku Sejarah Islam Pahang Berhala Gantang)

Ceritanya lebihkurang bergini;

Qadi Ibrahim semasa itu adalah ketua qadi Pahang. Dia berulang alik diantara temerloh dan pekan dan dimasa itu inggeris telah menguasai sepenuhnya negeri Pahang.

Pada suata masa, anak residen inggeris dipahang telah mati dan dipahang pada masa itu tiada padri kristian. jadi upacara mengikut cara kristian tidak dapat dijalankan bagi pengkebumian anaknya,yang ada hanya di singapura dan pulau pinang sahaja dan perjalanannya jauh serta susah. Oleh itu residen Pahang telah meminta tolong kepada sultan Pahang pada masa itu ,untuk dijalankan upacara pengkebumian mengikut cara melayu islam. Permintaan residen itu menyebabkan sultan dan orang besar Pahang tidak keharuan dibuatnya. Semasa itu qadi Ibrahim tiada di pekan dan orang besar lain tidak berani serta tidak tahu bagaimana nak menguruskan hal sebegini dan dengan itu mereka menanti qadi Ibrahim kembali bagi menguruskan hal yang tersebut.

Sekembalinya qadi kepekan ,pengurusan tersebut pun dijalankan. Dalam urusan itu, Qadi telah meletakkan jenazah anak residen Pahang disebelah belakang orang yang bersembahayang dan bukan nya dihadapan (seperti lazimnya dilakukan keatas jenazah orang islam). Selepas selesai, residen Pahang pun bertanya kapada qadi Ibrahim kerana dia merasa pelik, sebab tidak dilakukan seperti kebiasaan nya,ditanya oleh residen inggeris,”kenapa anaknya diletak disebelah belakang dan bukan dihadapan,”

Maka dijawab oleh qadi Ibrahim dengan selambanya,”anak tuan sebelum ini tak reti sembahayang, jadi biarlah dia mengikut kami sembahyang, maka terpaksalah letak dibelakang supaya mudah dia mengikut kami, anak orang islam mereka dah biasa sembahyang maka taka pa kami ikut dia.” Maka selesai lah satu masalah yang memeningkan dipahang yang menggunakan kemahiran akal fikiran secara logika…………….waallahualam.

***KETURUNAN TOK ISMAIL@ HJ. ISMAIL BANGAU@ TOK BANGAU HJ. ISMAIL BUGIS (1500)

ADA RAMAI ANAKNYA ,TETAPI JURAI YANG DIBENTANGKAN INI ADALAH JURAI TOK@TUN TUAN

TOK ISMAIL BUGIS+ ISTERI?

JURAI:MADIAH+tuk sahibudid berhala gantang.

*JURAI ;TOK@TUN TUAN>?>haji bakar>khatib budin (tok Pentara Pahang)>(anak-anaknya;J1,J2,J3,J4,J5).
J1;hj mahmud.
J2;hj yunus.
J3;hj talib>rahman(menteri)>fauzi.>noraini.
J4;hj mat seh>tan seri yahya(mb Pahang)>dato bahari (ydp temerloh).>anuar.>halim.
J5;hj awang.