INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20120629

2 Orang Kaya Datok Shahbandar


ASAL ORANG BESAR [KAYA] DATO SHAH BANDAR

?? >?? >?? >? // tempat ini telah kosong lama dan telah dilantik dato Husain bin orang kaya abbas[ ayah kepada tun abd razak]> tun abd razak > [ ? ] > datuk najib

20120627

4 Orang Kaya Indera Pahlawan


ASAL ORANG BESAR [KAYA] indera pahlawan
? > wan ismail> wan Mahmud> engku hj Abdullah> wan ab aziz// > wan a wahid

20120625

3 Orang Kaya Indera Senggara

ASAL DAN SUSUR WARIS ORANG BESAR [KAYA] INDERA SENGGARA:

ORANG KAYA AWAS

ORANG KAYA HASSAN

ORANG KAYA ZAKARIA{mati [taun]} dalam perjalanan pergi perang kelang}tiada waris //diganti oleh[waris adik-beradik] ORANG KAYA DER #

diganti oleh menantu ORANG KAYA HAJI TAHIR. Dan selepas ini diganti oleh ????? //dan diganti oleh ???

20120623

Keturunan Maharaja Bukit Seguntang

MAHARAJA SAMPUGITA [GANGGA NEGARA],,,,,menguasai seluruh pulau sumatera termasuk wilayah pusat Sriwijaya di Palembang, Jawa barat [sunda],, Kalimatan [borneo],, Kelantan,, Dwarawati [Thailand],, Kemboja,, Champa. MAHARAJA SAMPUGITA mempunyai banyak  gelaran dan nama antaranya; maharaja imbang jaya,, malim dewa,, maharaja mani jaya,,maha dewa brahma,, maharaja bukit siguntang dan ???,,

MAHARAJA SAMPUGITA menyerahkan pulau jawa,, pulau sumatera dan kalimatan dibawah pentadbiran mangkubuminya yang kemudiannya diganti oleh anaknya Demang Lebar Daun.

DARI putera yang sulung Maharaja Surendra [maharaja jawaka] menurun keturunan-keturunan dari raja-raja Kelantan,,champa,,patani dan kedah

DARI puteranya Ken Arok [pengasas kerajaan Singosari] mengahwini anak perempuan wan malini menurun raja-raja singosari dan majapahit di pulau jawa.

DARI puteranya Sang Sapurba [raja Palembang] mengahwini wan senderi anak kepada demang lebar daun, menurun nenek moyang raja–raja Jambi,, Tumasik,, Melaka.

20120622

Daeng, Tok Bugis, Ketua Bugis dan Raja Bugis

Susur dari keturunan Minang dan Bugis dan juga keturunan yang lain akan turut dipaparkan bersama-sama bagi mendapatkan kebenaran yang mungkin telah disalah anggapan oleh generasi yang terkemudian dan bagi memperbetulkan kesalahan tafsiran dikalangan ramai orang. Terutama ahli waris.
DAENG adalah gelaran kepada ketua-ketua Bugis tetapi raja bugis sebenar tidak menggunakan gelaran itu, masih menggunakan nama RAJA pada pangkal nama mereka dan dipahang dia menggunakan gelaran atau pangkal nama  TOK. Keturunannya masih ada dan menggunakan nama orang kebanyakan.

BUGIS PATANI EMPAT BERADIK
Ayah & Ibu dari tanah Bugis >
 HAJI ABDULLAH SERBAN HIJAU+
[1] HJ AMINAH bt katib mohd amin,
[2] SARA (org Jelam),, / ABD MALEK ,,/ OSMAN,, / (

[Versi ] TOK BANGAU [Raja Ismail ](*ayah +ibu raja ?) membuang diri di pahang disebabkan  sengketa adik beradik dan selepas kematian adik beradiknya, dia enggan naik tahta,dan menyerahkan tahta dan harta kepada rakyat.

*[ ¾ gantang emas dibahagi kepada rakyat dan ¼ gantang emas lagi dibuang kelaut, dan tidak akan jejak kaki ke tanah asal lagi] itu adalah sumpah nya.

TOK MADIAH + Tok Shabudin [berhala gantang].
Seorang warisnya [ budin namanya] telah diambil buat menantu oleh raja perak.

20120621

Susunan gelaran ketika menyusun

TOK BUNTUT >1
TOK WARING >2
TOK WADIK >3
TOK INANG >4
TOK BUYUNG >5
TOK CANGIH >6
TOK CANGAH >7
TOK KENUE >8
TOK MOYANG >9
TOK AKI >10
AYAH/EMAK >11
ANAK >12
CUCU >13
CICIT >14
CUIT >15
GAMIT >16

20120620

1 Orang Besar Perba Jelai

ASAL DAN SUSUR WARIS ORANG BESAR [KAYA] PURBA JELAI

TUN OMAR[ bendahara petani (2)]

>TUN ABD SAMAD [bendahara petani (3 )]

>WAN MUHAMMAD[buka jelai]

>TUN ADB LATIF[tok raja jelai (1)]

>WAN MUHAMMAD[tok raja muda]

> WAN ISMAIL[tok raja wan sarah (2)]

>TOK RAJA WAN DERIS (3)

>TOK RAJA WAN MAMAT( 4)

>TOK RAJA WAN CEK (5)

>TOK RAJA WAN ALI( 7)

>TOK RAJA WAN BADUIZZAMAN (9) // TOK RAJA WAN TANJUNG( 6 )

>TOK RAJA WAN IBRAHIM( 8)

>TOK RAJA WAN ABD RAHMAN (10)
 
**DARI orang kaya [besar] jelai 5,6,7,8,9,10; kedudukan mereka akan berganti secara bersilang antara dua keluarga adik beradik iaitu Wan Cik (5) dan Wan Tanjung(6).

 Sumber gambar:
1. rajaperbajelai.blogspot.my
2. wzwh.blogspot.my

20120619

Permusuhan dalam senyap antara ahli waris

Bermulanya kedatangan orang putih dan tali barutnya ke Pahang, maka terjadilah perselisihan didalam ahli waris sendiri. Satu menentang dan satu menjadi serba salah maka di turutkan titah yang terfitnah, terjadilah pemburu dan diburu dan yang kalah, hukumnya bunuh dengan tiada bicara kerana aibnya air muka dan martabat diri.

Permusuhan itu berbalik-balik dalam senyap sehingga kehari ini bersambung dan disambung oleh pewaris dan keturunan yang tak tahu usul asal cerita dan tidak mahu memeriksa cerita yang sebenar. Maka itu lah ahli waris tidak bersatu dan saudara menjadi jauh. Adik abang menjadi musuh.

Itu baru satu cerita, belum lagi cerita pasal terhirisnya hati disebabkan pembelutan dan menjadi dendam didada……………

Semua ini kena buang jangan simpan lagi dalam hati.

20120618

Menolong Tengku Kudin berperang di Kelang

Ini pula adalah panglima dan hulubalang yang berlawan[ sebahagian nama] dan berperang dikelang (perang kelang) bagi menyelamatkan tengku kudin anak tengku alam shah [anak saudara kepada tengku umbak atau maharaja ombak atau tok ombak.

Mereka datang dari dua kumpulan, satu dari orang kaya semantan dan kedua dari orang kaya chenur, dibawah imam perang MAT AKIL.. imam perang MAT SAMAN..dan panglima perang*antaranya

TOK PANGLIMA BEBEG[b.s]..
KONET[b.s]..
BIDI[b.s]..
BURUK KENING[b.s]..
SAMAH[guai]..
SARIH[b.s]..
KAKAP NORDIN[b.s]..
LEBAI MAT SAID(GAGAH)[sem],,
ORANG KAYA TAHIR[sem],,
TOK MUDA ZAINAL[guai],,
YAHYA[guai],,
HAJI HASSAN[b.s],,
SEIAYA[b.s],,
OMAR,,
PANGLIMA TUJUH LAPIS,,
TOK GARANG DER SEHT,,
TOK GAJAH,,
PANGLIMA Perang WEEH,,
IMAM PERANG YAMAN.

20120617

Orang Berlapan Sumpah Pulau Tawar

ORANG BERLAPAN [sumpah pulau tawar], mereka ini lah tunggak kepada kerajaan  Pahang yang ada sekarang selapas dari kerajaan pahang tua. Mereka jugalah yang telah diistihar sebagai ahli waris oleh wan ahmat [Sultan Ahmad 1] Pahang di pulau tawar sebelum perpindahan ke pekan.

Ini adalah orang berlapan yang membuat sumpah di pulau tawar [sumpah pulau tawar] dan menaik serta mengankat wan ahmad sebagai raja [sultan] dan mereka-mereka ini jugalah yang telah dicop penderhaka dan diburu untuk dihukum ..... yang terkemudian setelah di cucuk [fitnah] oleh orang putih dan tali barutnya yang inginkan kekayaan dan kuasa…

mereka adalah ahli waris serta hulubalang semantan dan hanya menjadi satu warisan sejarah sahaja yang tidak dimartabatkan pada kedudukan mereka yang sebenar dan asal.

TOK BAHAMAN..
TOK GAJAH..
TOK GARANG DER SETH..
HAJI TAHIR..
TOK MUDA NONG..
TENGKU ABD RAHMAN
WAN ISMAIL.
WAN AHMAD.

20120616

Amanat moyang Rawa

Rawa adalah setia, taat dan beriman
Rawa datang dengan sumpah,
semua gelaran diraja dibuang sebab dia orang,
ramai yang bertaraf wali.
Taknak anak cucu lupa daratan disebabkan
gelaran DIRAJA.

AMANAH MOYANG KITA [RAWA] DULU
ADALAH AMANAH BERSERTA DENGAN DOA,
DIABADIKAN DENGAN KALIMAH.

Mana-mana anak cucu yang engkar
WAJIB
akan terima padah yang paling berat sejak didunia lagi
Tak payah tinjau jauh,
pandang keliling kita dah
Nampak terang-terang buktinya.
Kadang-kadang mereka dah masuk 'neraka' sebelum ajal……….

orang kata
kalau sesat boleh balik ke pangkal jalan,
tetapi kalau salah jalan
kita akan sampai juga
tetapi lain jadi matlamatnya

20120615

Orang Besar Tiga Puluh Dua - Ahli Waris Pahang

RAWA [rao] Pahang 1

AHLI WARIS PAHANG {satu ikatan yang bersemende}
ORANG BESAR TIGA PULUH DUA

{1}

{2}

{3}

{4}

{5}

{6}

{7}

{8}

{9}

{10}

{11}

{12}

{13}

{14}

{15}

{16}

{17}

{18}

{19}

{20}

{21}

{22}

{23}

{24}

{25}

{26}

{27}

{28}

{29}

[30]

[31]

[32]

NAMA-NAMA pembesar-pembesar Pahang yang asal dan pada masa sultan ahmad 1 pahang dan juga gelaran-gelaran kepada mereka.

20120614

Sumpah Rawa

DIBUANG BATU KELUBUK,
KALAU TIMBUL
KEKALlah
'RAJA' YANG ADA.
                                
DITANAM POKOK  KELADI TERBALIK
DIPACAK PELEPAH KE TANAH
JIKA TUMBUH                          
KEKALlah
'DIRAJA' KAMI

Batu tak timbul dan
keladi tak tumbuh
maka jadilah kami
orang biasa.

Datuk nenek kita dulu adalah ‘KASAF’

20120613

RAWA penyebar Islam

Pahang telah bertukar tangan dan pemerintahan semanjak  bergelar PAM [nama negeri Pahang tua]

Dan semenjak itu peperangan merebut kawasan oleh raja-raja dahulu kala tidak pernah berenti. Sebab itulah  bila disebut RAWA, orang akan mendiamkan diri. RAWA dan RAWA yang berkacukan arab dan yunan [champa],mereka inilah yang menyebarkan islam dan membawa islam bersama semasa berperang.

ADAKAH Tuan –puan berasa malu untuk mengakui berketurunan RAWA sekiranya cerita sebenarnya, tuan-puan  mengetahui. Tok –nenek kita adalah penyebar agama islam dimasa dahulu dan sebab itu ada ahli waris yang bergelar syed, kerana ramai orang yang bersemenda menjadi ahli waris.

Kubur lama Daerah Temerloh

1. Kg Buntut Pulau: Imam Muda Mamat@ Keramat Buntut Pulau}Dikawasan Perkuburan Buntut Pulau.

2. Kg Bangau: Haji Ismail Bugis@Tok Bangau Ke?(Ayah Mertua Tok Sahibudin)}Disebelah Balairaya Kg Bangau.

3. Kg Paya Banir: Tok Zainal Abidin}Dikawasan Belakang Surau Kg Paya Banir.

4. Kg Telok Ira: Tun Abd Samad@Laksamana Bentan@Bendahara Petani 3}Dibawah Pokok Manggis.

5. Kg Berhala Gantang: Tok Sahibudin}Dikawasan Perkuburan Kg Berhala Gantang.

6. Kg Teluk Sentang: Tok Garang (Der Seht)}Dikawasan Sempadan antara Kg Teluk Sentang dengan Kg Baduk.

7. Kg Belengu: Imam Rasu@Pawang Rasu}Dikawasan Kubur Darat Belengu.

8. Kg Bolok Lanchang: Tok Ombak@Maharaja Ombak@ Kengku Umbak@Pupu 40 Seri Menanti}Dikawasan Kubur Lama Kg Bolok (Belakang Masjid).

9. Kg Cempaka Lanchang: Kubur Medan Pahlawan Gajah Mati (Batu Kapor Mentakab), Panglima Perang Weeh}Asalnya Dikuburkan Kg Gajah Mati di Sg Buluh Kg Batu Kapor Dan Pada 2009 Selepas Ditemui Dan Dipindahkan Kekawasan Kubur Kg Cempaka, Lanchang.

10. Kg Cempaka Lanchang: Bidan Besar (Emak Bekyah)} Dikawasan Kubur Lama Kg Cempaka (Belakang Masjid).

11. Lubuk Pelam: Sultan Abd Jalil, Puteri Bukit Betong, Raja@Kerabat Acheh}Dikawasan Tapak Istana Lama Lubuk Pelam, Kuala Krau.

12. Kg Lengkong: Munah,Bekyah, Aminah (Anak-Anak Bidan Besar) Dikawasan Kg Lengkong.

13. Lanchang: Tok Draman Perkasa}Dikawasan Kuala Sokmek, Teris.








sumber: utusan.com

14. Kampung Batu Hampar, Gajah Mati: Terdapat 14 kubur lama. Merupakan tempat terakhir Datuk Bahaman tinggal bersama rakan-rakannya sebelum berhijrah ke Terengganu. Kawasan perkuburan ini dinamakan Kubur Medan. Sumber DISINI.

Sumber: mforum.cari.com.my

15. Kampung Kemuning, Lanchang: Tok Uban. Kubur berusia 300 tahun. Tapak kubur terletak berhampiran Ladang Tapak Kekal Makanan (LTKM). Sumber: DISINI

16. Kampung Teluk Ira: Kubur Tok Umbi.Delat Masjid lama. Tok Umbi adalah antara orang yang terlibat dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat dijulang.

17. Kampung Sanggang: Kubur Engku Daud pupu Sultan Abdullah. Meninggal di rumah Pak Ngah Nie
(26042012)

Kubur lama di kawasan Bera, Pahang

1. Kg Tok Mengkarak 1@ Nur Bayan@Tok Kebayan}Ditebing Bukit Chelani (Tepi Sungai Pahang Mengkarak:

2. Tok Mengkarak 2@Nur Qudim}Dikawasan Perkuburan Kg Mengkarak, sebelah masjid. Kubur Orang Kaya Indera Segara Temerloh 5 generasi

3. Tok Antong (Pupu Tok Mengkarak 2), Tok Shahbandar, Mangku Imam Kasim, Panglima Maman, Haji Tahir@Orang Kaya Indera Sengara Semantan}Dikawasan Perkuburan Kg Mengkarak.

4. Kg Paya Hitam Telok, Seberang Kuala Triang: Tok Panjang, Tok Subuh, Tok}Kubur Lama Di Telok.

5. Kg Batu Bo: Tok Bo}Dikaw Kubur Lama Kg Batu Bo.

6. Kg Bohor: Tok Midun}Dikawasan Kubur Lama(Keluarga)Kg Bohor.

7. Tasik Bera: Sultan Mahmud@(Mangkat Dijulang)}Dikawasan Ulu Tasik Bera.

8. Kg Jelam:Tun Jenal}Dikawasan Seberang Jelam, Suji Dibilang}Dikawasan Tanjung Belengu (Tepi Sungai Belengu).

9. Kg Seberang Guai: Seri Buana}Dikawasan Tanjung Menuang@Benuang.

10. Kg Guai: Hassan Bin Zainal Abidin(Kerajaan Kepayat Negara,Champa), Mangku Nekman, Peli Mamat (Pendekar Penghantar Ufti Pahang Ke Raja Siam)Dikawasan Kubur Kg Guai.

11. Kg Batu Papan: Hang Nadim(Berkhawin Dengan Kerabat Tok Mengkarak 1)}Dikawasan Sg Chueh.

12. Kuala Triang: Wan Ahmad(Chenor)} Dikawasan Bawah Jambatan Kuala Triang.

13. Kg Durian Tawar Bera, Kubur Tok Jambi dan Seri Kampung. (21022012)

14. Kampung Lebak Seberang: Kubur Imam Tok Matain. Pada batu nisannya ada ditulis 'Ain na fatah na kun faya kun'. Ada oran pernah mengambil batu nisan tersebut dan membawa balik kerumah. Batu nisan tersebut merayu supaya 'pulangkan aku balik' berulang. (26042012)

kemaskini:26.4.2012 - 11.12.2012

20120612

Siapakah Melayu Deli?

Siapakah Melayu Deli

MELAYU DELI [orang asal tetapi bukan  orang asli]  yang pergi ke Sumatra dan hijrah kembali ke Pahang;   ????????????

MEREKA INI adalah orang yang asalnya [datang] dari tanah besar *kerajaan yunan[tanah yunan] [kalah ditakluk] mereka  turun ke kerajaan champa[tanah champa] [kalah ditakluk],

apabila kedua kerajaan ini bubar, orang –orang ini telah berpindah kemerata tanah dinusantara yang bergelar MELAYU . [versi] jadinya islam  dikelantan, Pahang, berkemungkinan lebih awal dari kedatangan islam kemelaka.

Peneroka awal Pahang; yang digelar orang tiga beradik yang asalnya  dari keturunan bukit seguntang Sumatra dan telah bergabung dengan  melayu deli.

20120611

Bagaimanakah migrasi orang RAWA?

Bagaimanakah migrasi orang RAWA?

1.Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.

2.Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.

3. Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang  Guai dah lain lograt dengan  orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.

4. Dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.

5. Dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.

6. Dari orang rawa/ minang [kaum agama]  yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.

7. Adalah dari golongan  berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].

Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.

20120610

16 Orang Papan Sekeping

ORANG PAPAN SEKEPING
ORANG EMPAT BERADIK PAGAR RUYUNG
PUPU 40 SERI MENANTI


Al-kisah lengenda/mitosnya…maka mereka ini adalah empat beradik laki-laki dari lapan beradik asal ditanah pagar ruyung.

mereka telah keluar dari tanah pagar ruyung mencari tanah baru untuk bermukim

mereka inilah yang dikatakan menyeberang laut/selat Melaka hanya menggunakan papan sekeping /berjalan diatas air/berdiri dibelakang haiwan laut.

Mereka telah meninggalkan hak mereka disana kepada adik-beradik perempuan mereka berempat,,, yang mana empat lagi adalah perempuan yang menetap dipagar ruyung itu telah mengambil alih dan mentadbir kerajaan tanah pagar ruyung sebagai amanah.

Mereka dan waris keturunan mereka inilah yang telah mentadbir tanah pagar ruyung sehingga kehari ini.

Mereka ini lah yang dikatakan kumpulan panji semerang(empat beradik perempuan.

Mereka lapan beradik ini adalah anak keturunan kepada maharaja Rumbak ditanah pagar ruyung…wallahhualam

Berpada-padalah dengan mitos ini jangan sampai menjadi keliru…….

20120609

Siapa dia Bendahara Megat Komeng

Soalan;
Siapa dia bendahara megat komeng dan gading (bini), keturunan raja melukut dari susur galor syed abd rahman putra, Pagar Ruyung. [terengba diguai].

Jawapan:

Itu adalah nenek moyang kepada Sultan Taufik sekarang ni. Orang tau hanya pagar ruyung je. Bukan RAO. Sebenarnya Rao adalah empayar yang besar, termasuk Pagar Ruyung, Kampar, Acheh dan banyak lagi.” Dulu dia orang ada sengketa keluarga ,dan nenek moyang kita mengalah dan diserahkan tahta kepada keturunan Sultan Taufik.

Mereka lari ke Pahang dengan semua bala tentera dan orang- orang besar dan lain-lain.
Koi (pakwa ?) pergi jumpa Sultan Taufik  tahun lepas. Bila dia tahu siapa koi ni (juga  saudara-saudara dari lanchang), dari atas kerusi Sultan Taufik terus turun kebawah besela atas karpet dengan kome. Dia yang cerita pasal perpecahan keluarga tu.(kembang hidung kome sekejap)

20120608

RAWA apa maksudnya?

1. RAWA apa maksudnya?

RAWA disebut dalam bahasa RAO makna Sawah, Paya atau Pamah

2.Orang RAWA nak khawin , cari orang GUAI, kenapa? Dan apa maksudnya?

RAO adalah nama pahlawan utama MAJAPAHIT, yang pulang ke tanah Rawa dan keturunannya digelar orang RAO. Apabila orang Rawa nak khawin,  cari orang guai ,  sebab Rawa Guai adalah jati dan keturunan diRAJA , dari seorang yang bergelar MAHARAJA OMBAK,( dalam bahasa kita) dan ini ada susur galur dari keturunan Raja AGONG ISKANDAR ZULKAINAIN. Sultan Taufik yang ada sekarang adalah sultan yang ke 35 sejak cucu iskandar zulkanain.[ini bukan dongen]

20120607

CARTA AHLI WARIS SEMENDA PAHANG

Menjadi Lembah Raja-Raja Bersemenda ( Waris-Waris)
Dari Keturunan Maharaja Bukit Seguntang/Iskandar Zulkarnain dan Ahli Bait.

MELAYU PAHANG TIDAK BERSUKU, 
INI KETURUNAN WARIS-WARIS.

CARTA AHLI WARIS SEMENDA PAHANG

Menjadi Lembah Raja-Raja Bersemenda ( Waris-Waris)
Dari Keturunan Maharaja Bukit Seguntang/Iskandar Zulkarnain dan Ahli Bait.

MELAYU PAHANG TIDAK BERSUKU, 
INI KETURUNAN WARIS-WARIS.


 Carta Ahli Waris Pahang (klik untuk besarkan)

WARIS-WARIS PAHANG - Bersemenda Pahang Tua (Waris Deli)
Brunai - Perak - India Tua - Kedah - Cina Tua - Kelantan - Arab - Terengganu - Maharani - Muar - Pattani - Champa - Kepayat Negara - Siam - Melaka - Sumatera - Negeri Sembilan - Jawa - Johor - Makasar - Selangor

20120606

Majlis Tahlil Di Tapak Bersejarah Masjid Tok Mengkarak

MAJLIS TAHLIL TERBUKA DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
(Kawasan Perkuburan Islam Kampung Mengkarak)

Tarikh:
14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat:
Perkuburan Islam Kampung Mengkarak. Bersebelahan Masjid Kampung Mengkarak, Bera, Pahang.

Anjuran: Perkim Daerah Bera Usahasama: JKKK Kg. Mengkarak dan AJK Masjid Kg. Mengkarak

ATURCARA
8.00 pagi -  Pendaftaran peserta/waris Tok Mengkarak

8.45 pagi -  Ketibaan tetamu jemputan - Pegawai Daerah Bera, Pegawai Agama Islam Daerah Bera, Pengerusi Perkim Daerah Bera, Penghulu, Ketua Kampung Mengkarak, Pengerusi AJK Masjid Mengkarak

9.00 pagi -  Tahlil bermula (Diketua oleh Pegawai Agama Islam Daerah Bera)

9.30 pagi - Jamuan ringan

10.00  pagi - Gotong-royong membersih kawasan kubur Tok Mengkarak

12.30 tengahari - Majlis Tahlil dan gotong-royong bagi menghargi Tok Mengkarak Tamat
Sumber gambar: mediaguai.blogspot.com

TUJUAN
1. Mengenang jasa dan perngobanan Tok Mengkarak dan kumpulan ulamak dan pendakwah zaman dahulu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam.
2. Mengeratkan siratul rahim dan ukhwah Islamiah dikalangan waris Tok Mengkarak secara khusnya dan umunnya orang Melayu
3. Mengumpul senarai nama waris-waris keturunan Tok Mengkarak supaya dapat menyediakan dokumen senarai waris-waris keturunan Tok Mengkarak.
4. Mengumpul cerita-cerita lisan tentang Tok Mengkarak supaya dapat ditulis oleh mereka yang berminat..

Penganjur mengalukan-alukan kedatangan semua waris Tok Mengkarak yang berada di Bera, di Pahang, di Malaysia, di Nusantara dan diseluruh dunia.


SUMBANGAN
Penganjur juga sudi menerima bantuan ikhlas, Sumbangan derma boleh disalurkan ke:

AKAUN BANK RAKYAT: JKK KAMPUNG MENGKARAK
no akaun : 22-010-105754-1).

Atau

Ketua Kampong/Tok Empat Kampong Mengkarak iaitu ENCIK ROSLI BIN MOHD YUNAN  (no tel:019-9762553) Atau setiausaha JKK Kampung Mengkarak ENCIK MOHD SARIF BIN SULAIMAN.
-----------------------------
JURAI KETURUNAN TOK MENGKARAK

Sultan Baa Kilap Alam pagar ruyung. Ada dua anak dari ibu. (     ).sultan Muhammad@suji dibilang dan adik perempuan(                 ).
*sultan baakilap dan parameswara adalah berwaris
#Sultan Muhammad@suji dibilang
##Adik beradik perempuan (               )

#Sultan muhammad@Suji dibilang khawin dengan anak perempuan batin saridun temerloh.ada anak perempuan (        ) kawin dengan zainal abiding (kepayat negara)[isteri ke3]. Ada 3 anak, shabudin, sharudin dan maradah.

*sultan zainal abidin (Kepayat Negara).isteri 
[1] siti zubaidah. Ada anak,  Isteri
[2] waris jelebu. Ada anak .

+++orang besar berempat indera pahlawan dari susur keturunan zainal abiding kepayat Negara.

Shahbudin khawin dengan mardiah anak perempuan hj. Ismail bugis@tok bangau(2)

*tun@raja@hj. Ismail bugis (anak raja makasar)@tok bangau(2) khawin dengan anak tun selehudin@tok bangau(1) bin tun abd samad@bendahara pettani (3).[susur dari tun perak@bendahara Melaka]

Shahrudin kawin 
isteri [1]waris toksetia kerdau. Tiada anak. 
Isteri [2] waris bukit segumpal chenor.ada anak (              ).

Maradah khawin dengan panglima bagus bin dato matang [perak].

*panglima bagus bin dato matang [perak] bersusur kepada tun telanai bin tun perak@bendahara Melaka.

##adik perempuan(                 ) khawin dengan gurunya syekh hasim@nur bayan. Ada anak, dzol bayan@tok mengkarak[1]
*nur bayan  ini ayah nya arab(ahli bait) dan ibunya (          )
Dzol bayan@tok mengkarak[1]Khawin (           ).ada anak lima orang, 
tok mengkarak[2],tok adam, imam muda mamat,seri kampung dan seri pagi@bulan.

Tok mengkarak [2] kawin dengan (           ),  ada anak disengkarak.( cari susur orang tiga beradik negeri Sembilan)

Tok adam kawin dengan (                ), ada anak, khatib buruk.susur turunnya panglima maman

Imam muda mamat@keramat buntut pulau khawin dengan (              ), ada anak, tok paus//tok awas@orang besar berempat, indera sengara yang pertama]

Seri kampong khawin dengan tok jambi. Ada anak, (                   )

Seri pagi@seri bulan khawin dengan tok malik, ada anak, (                      )

*tok malik bin tun abd samad@bendahara pettani [3],dia membuka kubang pasu dikedah.

+++Orang besar berempat indera segara dari susur keturunan tok kebayan@tok mengkarak [1]

Tok batin sungkai @imam sahadan@ panglima dewa sahadan adalah sepupu kepada tok mengkarak dua. Dia adalah ayah kepada puteri hijau yang berkhawin dengan raja acheh.

Panglima Abdullah@dollah kancil adalah dari susur  imam sahadan.
-----------------------------

Sumber gambar: saja53.blogspot.com

HARAPAN
Marilah waris-waris semua berkumpul dengan semangat satu hati.

Kalau ada yang terguris hati ... buangankan
Kalau ada yang menyimpan dendam ... buangankan
Kalau ada yang rasa terkilan ... buangankan
Kalau ada yang bermegah ... buangkan
Yang jauh atau dekat ... kita sama sahaja
Yang besar atau kecil ... kita sama sahaja
Yang kaya atau miskin ... kita sama sahaja
Yang berpangkat atau bertongkat ... kita sama sahaja

Banyak kita satukan
Satu kita banyakkan

LINKS RUJUKAN
(padam)

MAKLUMAN KEHADIRAN
Melalui makluman kehadiran, pihak penganjur dapat membuat jangkaan jumlah ahli waris yang akan hadir. Mungkin dapat disediakan sedikit makan minum dan mungkin juga ada sedikit cenderahati kenangan untuk dibawa balik

Boleh nyatakan dibawah (klik pada 'comments') jika anda atau kumpulan anda berminat untuk hadir. Anda boleh nyatakan (1) Nama kumpulan (2) Dari mana (3) Jumlah kehadiran.

Sekian, Terima kasih.

20120605

15c Koming Mertua dan Koming Menantu Versi 3

Cerita 15c
Koming Mertua dan Koming Menantu (seorang imam dan seorang panglima)

Versi 3
dilain hari pula mertua mengajak menantu pergi ke sungai ,menjala ikan (siang atau malam tidak diketahui). Mertua memegang jala dihaluan dan menantu mengemudi diburitan perahu. Maka mertuapun menebar akan jalanya itu disatu kawasan lubuk yang dalam lalu tersangkut jalanya pada lantai lubuk dik kayu atau batu.

Ditanggalkan tali gelang jala daripada tangannya dan diberikan pada menantu sambil berkata “nah ambik dan pegangkuat-kuat tali ni, aku nak selam jala ni”(dia tak nak jalanya rabak kalau disentak dari atas).menantu yang mengambil tali itu hanya menganguk-anggauk sahaja. Terjunlah mertua kedalam lubuk untuk menguraikan(menanggalkan) jalanya,selepas menunggu lama tak timbul-timbul, menantu yang berada diatas perahu tadi dengan selambanya telah mengikat tali jala pada dahan kayu ditepi lubuk sambil berlalu balik kerumah (tuan dan puan fikir-fikirlah sendiri).

Mertua yang ditinggalkan dilubuk tadi berjalan balik kerumah sambil mencebet ikan dan jala nya dan sesampainya dia dirumah dilihatnya menantu sedang berihat diatas pelantar rumah dan mertua hanya senyum sengeh sahaja kepada menantu tanpa digaduhkan apa-apa pun.