INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120618

Menolong Tengku Kudin berperang di Kelang

Ini pula adalah panglima dan hulubalang yang berlawan[ sebahagian nama] dan berperang dikelang (perang kelang) bagi menyelamatkan tengku kudin anak tengku alam shah [anak saudara kepada tengku umbak atau maharaja ombak atau tok ombak.

Mereka datang dari dua kumpulan, satu dari orang kaya semantan dan kedua dari orang kaya chenur, dibawah imam perang MAT AKIL.. imam perang MAT SAMAN..dan panglima perang*antaranya

TOK PANGLIMA BEBEG[b.s]..
KONET[b.s]..
BIDI[b.s]..
BURUK KENING[b.s]..
SAMAH[guai]..
SARIH[b.s]..
KAKAP NORDIN[b.s]..
LEBAI MAT SAID(GAGAH)[sem],,
ORANG KAYA TAHIR[sem],,
TOK MUDA ZAINAL[guai],,
YAHYA[guai],,
HAJI HASSAN[b.s],,
SEIAYA[b.s],,
OMAR,,
PANGLIMA TUJUH LAPIS,,
TOK GARANG DER SEHT,,
TOK GAJAH,,
PANGLIMA Perang WEEH,,
IMAM PERANG YAMAN.

2 comments:

Anonymous said...

Salam tn Tanah,

Tidak banyak bahan rujukkan sy cuba perolehi didalam intenet mengenai Perang Kelang ini. Kisah perang kelang ini diceritakan oleh orang tua2 dimana ayah dan toki diorang menyertai perang di kelang.

Dari versi yang diceritakan oleh org tua2 tidak menyatakan sebab peperangan berlaku tetapi mereka menyatakan perang kelang berlaku sebanyak 2 kali. Kali pertama angkatan perang pahang tidak berjaya menawan kelang. Saya tidak mahu menceritakan panglima yang mengetahui peperangan diklang di dua siri peperangan tsbt.

Setiap peperangan mesti diketuai oleh soerang panglima atau imam perang atau ketua perang. Kedua2 peperangan klang ini diketuai oleh dua individu yg berbeza dan tertentula meraka ini orang yang hebat di Pahang ketika itu dan di hormati oleh raja Pahang. Cuma nama mereka tidak dikenali ramai disebabkan mereka ini menyertai peperangan atas arahan Raja Pahang ketika itu. Mereka ini sangat setia pada Raja Pahang dan hidup sebagai rakyat biasa sahaja.

Beberapa peristiwa berlaku setalah tamat perang klang2 di klang pada mana waktu itu panglima2 pahang banyak menguasai kawasan2 stategik seperti pengkalan -pengkalan peanting dan kerana peristiwa itulah angkatan pahang berpecah.

Dari cerita orang tua seorang panglima pahang menikam seorang wanita di penambang dimana ketika itu sungai menjadi pengangkutan utama waktu itu. Seperti mana cerita Mahsuri, wanita yang ditikam oleh panglima itu mengeluarkan darah putih.

Dari sinilah puncanya angkatan pahang berpecah dan terjadi perkelahian antara sama sendiri dimana salah seorang panglima pahang lain tidak suka perbuatan tsbt dan mahu panglima yang membunuh wanita darah putih juga dibunuh.

Apa yang berlaku, angkatan pahang berpecah ada yang menyokong tndakan panglima membunuh wanita tst dan ada yang tidak. Hasilnya panglima pahang berbunuhan sesama sendira dimana panglima yang membunuh wanita tsbt akhir mati dibunuh oleh panglima pahang itu.

Peritiwa ini menjadi titik tolak perpecahan dan seterusanya pengunduran angkatan Pahang. Ada panglima yang menyokong pembunuhan wanita berdarah putih menyatakan tidak akan balik semula ke pekan semula. Ada yang terus menetap di klang dimana raja yang baru memberi tanah atau kaw untuk didiami. Kebanyakan panglima pahang balik ke pahang dan membuka kaw baru.

Konflik perkelahian antara panglima2 pahang ini sebenarnya dirahsiakan dari pengetahuan raja pahang. Barang siapa yang menbocorkan rahsia kematian panglima tsbt meraka ini akan dibunuh. Inilah ikrar panglima yang membela kematian wanita tsbt.

Ini sajalah serba sedikit pengkongsian dari saya uang mungkin dianggap sbgi cerita dongengan atau rekaan. Wallauhallam.

TQ
HK

Barangan Sunnah@Pelbagai said...

Imam Perang Mat Saman masih ada Dan Uzur tinggal di Batu Bor Chenor. Utk info...tq