-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120619

Permusuhan dalam senyap antara ahli waris

Bermulanya kedatangan orang putih dan tali barutnya ke Pahang, maka terjadilah perselisihan didalam ahli waris sendiri. Satu menentang dan satu menjadi serba salah maka di turutkan titah yang terfitnah, terjadilah pemburu dan diburu dan yang kalah, hukumnya bunuh dengan tiada bicara kerana aibnya air muka dan martabat diri.

Permusuhan itu berbalik-balik dalam senyap sehingga kehari ini bersambung dan disambung oleh pewaris dan keturunan yang tak tahu usul asal cerita dan tidak mahu memeriksa cerita yang sebenar. Maka itu lah ahli waris tidak bersatu dan saudara menjadi jauh. Adik abang menjadi musuh.

Itu baru satu cerita, belum lagi cerita pasal terhirisnya hati disebabkan pembelutan dan menjadi dendam didada……………

Semua ini kena buang jangan simpan lagi dalam hati.

2 comments:

mazru said...

memang orang tua tak bagi ungkit lagi dah..

. said...

Kalau ada yang terguris hati ... buangankan
Kalau ada yang menyimpan dendam ... buangankan
Kalau ada yang rasa terkilan ... buangankan
Kalau ada yang bermegah ... buangkan
Yang jauh atau dekat ... kita sama sahaja
Yang besar atau kecil ... kita sama sahaja
Yang kaya atau miskin ... kita sama sahaja
Yang berpangkat atau bertongkat ... kita sama sahaja

links [http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/majlis-tahlil-di-tapak-bersejarah.html]