INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120726

19 Pendekar 1 belajar dari ibu

Dalam sebuah perkampungan didalam negeri ditanah seberang. Ada sebuah keluarga yang berasal dari keluarga pendekar. Si ayah ada sebuah bansal silat tempat dia mengajar. Maka ramailah anak muda yang datang berlajar dengan siayah tadi.

Sianak setelah meningkat dewasa telah disuruh berlajar oleh siayah ilmu persilatannya. Sianak dengan bersungguh-sungguh mempelajarinya tetapi sianak sentiasa dibuli oleh pelajar-pelajar siayah. Sianak merasa amat takut untuk memberitahu siayah akan perkara yang dia di buli oleh mereka (pelajar tua ayahnya) kerana takut dimarahi oleh ayahnya , bimbang ditempelak oleh ayahnya, anak pendekar guru silat kalah dengan…, .

Suatu hari sianak pulang dari bangsal kerumah sambil menangis kerana dipukul teruk oleh anak murid siayah. Maka telah dilihat oleh siibunya akan keadaan nya itu, lalu siibu bertanya apakah sebabnya, jawab sianak lalu berceritalah dia akan perihal kejadian dia dibuli itu.

Bermula dari hari itu siibu siibu secara senyap-senyap dan tanpa pengetahuan siayah, telah mengajar sianak ilmu silat yang ada padanya dengan katanya “tak apalah ibu akan ajar kamu ilmu bersilat tetapi kamu jangan beritahu ayah kamu dan selepas ini (selesai mengambil ilmu silat siibu), kamu pergi menyudi (cabar) anak murid ayah kamu untuk bertarung dengan kamu.(tujuannya untuk melihat akan kekuatan dan keberkasanan ilmu silat siibu).

Setelah selesai dari berlajar dengan ibunya, sianak pergi kebangsal sebelum siayahnya datang atau sampai, dan sesampai nya dia disana sianak telah mengajak anak murid siayah bermain dengannya.dalam permainan itu, habis kesemua anak murid siayah dikalahkan oleh sianak termasuklah murid tua siayah.(guru kake).

Siayah sampai kebangsal pada hari itu merasa sungguh terperanjatdengan keadaan yang tersebut lalu bertanya, “siapa yang talah mengerjakan dan mengalahkan kamu semua. Dan ditunjuk oleh anak murid siayah kepada sianak. lalu ditanya oleh siayah kepada sianak dengan nada dan perasaan marah, gerangan silat apa yang digunakan oleh sianak sehingga habis murid-muridnya terbungkang kalah dan dari siapa sianak mempelajari ilmu silat itu kerana siayah tidak pernah dan tidak mempunyai ilmu silat seperti yang sianak ada.

siayah ingin mencabar pula kerana berani mengajar anaknya tanpa kebenaran dan pengetahuannya, lalau diberitahu dan diceritakan oleh sianak, yang ilmu itu talah diajar oleh siibu. Maka dengan rasa marah siayah menyuruh sianak memanggil siibu dirumah untuk segera datang kebangsal bagi diuji bermain silat dengan nya.

Dengan segera sianak pergi memanggil siibu.
Sesampai siibu dibangsal, siayah mencabar siibu bermain silat dengan nya bagi menunjuk akan siapa yang mempunyai ilmu yang lebih diantara mereka. Dalam permainan yang tersebut siibu dapat mengalahkan suaminya, maka siayah mengaku dan akur dengan perkara yang tersebut.

Bermula dari masa itu dan seterusnya, kedua –dua ilmu silat siayah dan siibu telah digabungkan dan diajar serentak hingga lah sekarang…… wallahualam.

No comments: