INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120809

Berbuka puasa di masjid



Tahun ini telah genap 3 tahun koi berbuka puasa di masjid Negeri di Kuantan Pahang. Kecuali sabtu dn ahad dan cuti umum. Tapi kalau nak di bandingkan dengan encik osman limat memang tak boleh nak di tanding. Encik osman telah mula buka puasa di masjid ini sejak berumur 18 tahun. Sekarang beliau dah berumur 65 tahun.

Berhampiran dengan masjid adalah padang MPK. Berhampiran dengan padang adalah bazar ramadan. Memang banyak gerai juaan. Macam-macam makanan dan minuman dijual. Kalau orang yang tak kuat iman memang boleh rambang mata.

Bagi koi, berbuka dimasjid bukan soal nak jimat belanja. Lebih kepada belajar mengawal nafsu makan. Kalau berbuka di masjid koi tak perlu pikir nak makan apa untuk berbuka. Apa yang disediakan di masjid saya makan. Tak ada bawa makan minum tambahan.

Ambil satu makanan dan satu minuman cukup. Ada yang ambil sampai dua tiga, tapi itu cara orang orang lain berdasarkan keperluan masing-masing.

Setelah beberapa tahun berlatih, dengan izin Allah swt koi harap  dapat kawal mafsu makan dan nafsu lain-lain. Syukur kepada Allah.

Kalau ditanya apakan perasaan sebenar semasa berbuka puasa di masjid. Nak kata seronok ada. Nak kata saya juga ada. Itulah ketentuan yang perlu ditempuh untuk dijadikan pengalaman, mungkin akan berguna pada satu masa nanti.

No comments: