-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120928

B03 Hakikat Takut


*Hakikat takut; *Dari imam al ghazali [ihya ulumuddin]

Maksud dari al araf:153;” pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang takut kepada tuhan [Allah] mereka.”

Maksud dari al baiyinah:8;”Allah telah redha kepada mereka, dan mereka pula redha dengan tuhan [Allah], itulah sifat orang yang takut kepada tuhan nya.”

Maksud dari fatir:28;” sesungguhnya orang-orang yang paling takut kepada Allah Taala ialah hamba-hambanya yang berilmu.”

20120924

Masjid lama Tanjung Besar

Masjid lama kampung Tanjung Besar ini sebenarnya menyimpan banyak sejarah persilatan, perjuangan dan pembunuhan. Berhampiran dengan masjid lama Tanjung Besar ini terdapat kubur-kubur lama yang menggunakan batu sungai sebagai batu nisan.
 01. Masjid lama Tanjung besar ini terletak berhampiran jalan utama.
 02. Mereka yang menggunakan jalan utama ini tentu telah melihat bagaimana bangunan ini berubah semakan usang tanpa mendapat perhatian.
 03. Kolah tempat menyimpan air.
 04. Mungkin banyak rahsia yang disimpan oleh masjid lama kampung tanjung besar ini tidak berapa sesuai dihebahkan kepada umum.
05. Bukan semua orang boleh menerima semua cerita. Ada pihak yang mahukan cerita yang mereka telah biasa mendengarnya. Cerita yang tersembunyi dianggap menyongsang dan boleh menyebabkan perbalahan berpanjangan. Bilakan masanya semua perbalahan akan berhenti?

20120922

Rumah Besar Tanjung Besar, Lipis Pahang

Ini adalah tinggalan rumah besar yang terdapat di Kampung Tanjung Besar Lipis.
01. Dibahagian hadapan rumah besar ini ada anjung. Kini anjungnya telah runtuh.

02.Bahagian dinding yang masih tegak.
 03.Bahagian tiang yang masih tegak.
 04.Tetapi tidak kelihatan tiang serinya.
 05. Mungkin rumah besar ini bukan istana lama berdasarkan tiang-tiang yang kelihatan.
 
 06.Banyak bahagian yang telah runtuh.
 07.Ruang pemisah antara bahagian depan dengan bahagian dapur.
 08.Anak-anak mudi dikampung Tanjung Besar ini sempat bermain didalam rumah besar ini.
 09. Dinding dan tingkap yang masih sempurna.
 
 10.Masih cuba mengesan tiang seri.
 11.Tingkap yang menggunakan ukiran lama.
 12. Kebiasaan di negara kita, inilah nasib rumah-rumah lama.

20120921

B02 Perahu tidak bergerak atas tanah


Kau ingin keselamatan,
Mengapa tidak kau tempohi jalannya?,
Malah kau berangan-rangan kosong,
Bukankah perahu itu tidak bergerak diatas tanah yang kering?.

*Sajak arab;
*Dari imam al ghazali [ihya ulumuddin]


20120920

Dann Salleh Pelukis Malaysia

Saudara Hamdan Salleh telah 20 tahun mencari makan dengan melukis. Beliau banyak melukis di hotel-hotel di Johor dan Singapura.Setelah 20 tahun merantau melukis pelbagai gambar antaranya: gambar sungai, gambar hutan, gambar laut, gambar pengantin, gambar perdana menteri hingga kepada gambar Yang Dipertuan Agong. Biasa menerima bayaran antara RM hingga RM.

01. Dann Salleh sedang menyiapkan gambar pengantin baru.

Setelah dapat mencipta nama yang stabil bagi mencari makan dengan melukis, saudara Daan Salleh akhirnya kembali ke kampung asal Bera, untuk meneruskan kerjaya melukis. Kalau orang bertanya adakah pelangan di Bera yang mahu menempah lukisan. Cukupkah pendapatan untuk menyara keluarga. Jawapan saudara Daan Salleh cukup mudah, saya hanya melukis di Kerayong Bera, pelanggan saya semuanya datang dari luar Pahang.

Kini Saudara Dann menyewa kedai Majlis Daerah Bera berhampiran Stesyen Bas Bandar Bera.

Untuk sampai ke tahap ini perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau nak cari shortcut bagi berjaya sebagai pelukis memang susah. kesabaran yang sanggup di tanggung selama ini telah mula menampakkan hasil.

Saudara Dann berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang Simpang Pelangai Pahang. Tetapi telah lama menetap di Pahang apabila ayah berjaya memohon untuk menjadi peneroka felda di Pahang. Kini beliau lebih dikenali sebagai Pelukis Felda Bukit Kepayang.

Bila ditanya harga sesebuah lukisannya, Saudara Dann tidak segan silu menyatakan harganya bermula dengan RM500. Kesungguhan yang perlu ditunjukkan bagi menghasilkan satu-satu tempahan adalah tinggi. Ini bukan kerja main-main malah tak ada ruang untuk main-main dalam melukis.

Saudara Dann tidak kedekut ilmu, sesiapa yang ingin belajar dipersilakan. Untuk menjadi orang seni perlu berfikir dengan cara yang berlainan atau berlawanan dengan orang bukan seni. Pada peringkat awal perlu belajar mengikut semua peraturan atau prinsip seni lukis. Setelah 20 tahun saudara Dann telah mula melangar perinsip-prinsip tersebut bagi menghasilkan evolusi dalam penghasilan karya seni beliau. Kalau nak dihuraikan evolusi tersebut, susah. Semua pelukis kena cuba dengan cara masing-masing. Kalau belum sampai 20 tahun pengalaman tak perlu cuba.

Hanya orang seni yang memahami orang seni.



 02. Alat melukis yang digunakan oleh Dann Salleh.
 03. Gambar P. Ramli yang dihasilkan oleh Dann Salleh.
04. Gambar orang lama yang dilukis oleh Dann Salleh.

Tidak semua gambar yang dihasilkan oleh Saudara Hamdan adalah untuk jualan. Ada banyak koleksi gambar yang telah siap dilukis oleh Saudara Hamdan tetapi untuk koleksi peribadi.

Terbaru ini Saudara Hamdan Salleh menawarkan gambar Tasik Bera masa jambatan kayu untuk dilukis. Gambar Tasik Bera tersebut telah diserahkan oleh seorang jurugambar kepada Saudara Hamdan Salleh. Pembeli boleh memilih gambar yang disukai untuk dilukis oleh Saudara Hamdan.

Pembeli boleh memilih gambar Rimba Rekreasi Bukit Bertangga untuk dilukis oleh Saudara Hamdan Salleh.


20120919

Rimba Rekreasi Bukit Bertangga, Bera

Dikawasan Felda Kumai terdapat satu kawasan rekreasi yang dinamakan Rimba Rekreasi Buki Bertangga. Bukit Bertangga ditemui semenjak Felda Kumai mula dibuka pada tahun 1979. Mula dikunjungi bila sebuah syarikat pembalakan meneroka kawasan sekitarnya untuk aktiviti pembalakan. Kemudahan jalan balak telah menghubungkanya dengan Felda Kumai. Kini Rimba Rekreasi Bukit Bertangga berada bawah jagaan Jabatan Hutan.
01. Antara gambar yang menarik.

Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar Rimba Rekreasi Buki Bertangga sila lihat dibawah:

Jika mahu gambar ini dilukis, anda boleh menunjukkan kepada Saudara Hamdan Salleh yang ada mini galeri di stesyen bas Bandar Bera.

Kubur Pawang Nong Ulu Cheka

Pawang Nong atau nama biasa Haji Nong Taib Bin Santan. Beliau juga adalah orang kuat Mat Kilau. Pernah terlibat dalam tugas penting semasa keganasan komunis.
sumber gambar: mforum2.cari.com.my

Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874. Pawang Nong meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka.

Sekarang kita boleh melawat kubur Pawang Nong di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekitar kampung Ulu Cheka ini masih banyak terdapat waris-waris Pawang Nong.

Pawang Nong berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar Ulu Cheka dan Damak.

Ketika zaman penjajahan tentera Jepun, Pawang Nong erjaya memagari kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka sehingga tidak dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun.

Pawang Nong mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama iaitu Patam Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Bersama isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long, Pawang Nong dikurniakan 3 orang anak iaitu 1 lelaki dan 2 perempuan.
01. Kubur Pawang Nong
02. Cerita Pawang Nong
03. Kubur Pawang Nong
04. Ajak dan Musanif

Pertemuan bersejarah antara waris Pawang Nong (Ajak) dengan waris Pawang Kadir (Musanif). Pertemuan ini berlangsung di rumah Saudara Ajak di Ulu Cheka. Kedua-kedua waris ini mungkin  bercantung di peringkat moyang Komeng. Pertemuan antara pawang dihulu dan pawang dihilir berlaku dalam suasa yang ceria.

20120918

B01 Tali Perpecahan dan permusuhan


MOYANG-MOYANG INI BERCANTUM DISUATU TITIK MENGIKUT ZAMAN MEREKA.
SUSUR INI BERSAUDARA PADA PERINGKAT SEBELUM KESULTANAN MELAKA LAGI TETAPI SAYA HANYA AKAN MENCANTUMKAN DAN PERTEMUKAN DARI ZAMAN KESULTANAN MELAKA HINGGA SEKARANG DAN YANG SELEBIHNYA ADALAH DITANGAN TUAN-PUAN.
Gambar simpulan serombong anjing. [LINK]

TUJUAN NYA BAGI MEMPERBAIKAN TALI PERSAUDARAAN KELUARGA  AHLI WARIS SEMENDA PAHANG. APA YANG TUAN-PUAN MUSKHILKAN LAGI,. SAUDARA, TUAN DAN PUAN ADALAH DARAH YANG SAMA DAN KELUARGA YANG SAMA. MEREKA TIDAK BERMUSUH TETAPI DI API-APIKAN DAN MENYEBABKAN PEPECAHANAN SERTA PERMUSUHAN.

MEREKA-MEREKA ITU TELAH LAMA MATINYA DAN KITA-KITA INI ADALAH PEWARIS-PEWARIS YANG SEPATUTNYA TELAH LAMA BERDAMAI DAN TIDAK LAGI BERSUKU DAN TIDAK PERLU BERPUAK. KITA INI DIISTIHAR SEBAGAI ISLAM DAHULU DAN BARULAH DIISTIHAR MELAYU.

AMAT-AMAT MERUGI DAN BUANG MASA, JIKA TUAN DAN PUAN HANYA MENDENGAR KHUBAH JUMAAT SETIAP MINGGU TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SERUANNYA. ISLAM  KE  KITA, PAHLAWAN KE KITA, MELAYU KE KITA YANG INGIN MENGAKU  SULTAN, RAJA,PANGLIMA DAN ULAMAK DAHULU KALA SEBAGAI MOYANG-MOYANG KITA.