INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20121023

Nak simpan susah, nak lupa lagi susah?

Masih ramai saudara-mara kita yang terpisah semasa  Perang Pahang. Ada yang lari keluar Pahang. Ada yang  menyorok dalam Pahang. Ada yang dedahkan diri tak risau apa nak jadi kerana yakin pada ketentuan Allah SWT. Ada yang masih menyorok takut diburu/dibunuh oleh puak yang satu lagi (tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT). Ada juga yang dan tau susur keturunan tiba-tiba terus bercakap dengan bangga diri (inilah yang tok moyang bimbangkan - anak cucu lupa diri).

Sekarang masa dan berubah. Sekarang masa kita lupakan apa yang telah pecah-belahkan kita semua (Orang Melayu Orang Pahang). MESTI lupakan segala dendam, segala yang terkilan, segala perjanjian-perjanjian lama tok moyang.

Sekarang masa kita rapatkan silaturahim dan terus berpegang pada tali Allah. Berpegang pada tali keturunan kita, semua kita ada pertalian. Bezanya pada tali sahaja, ada talinya panjang ada talinya pendek.

Jangan simpan lagi dalam hati kisah perperangan adik-beradik sampai satu negeri berperang.
Jangan simpan lagi dalam hati kisah adik beradik bertembak, bertikam dan berbunuh sesama sendiri.
Jangan simpan lagi dalam hati kisah satu keluarga, satu kampung, satu puak kena bunuh atau kena racun.
Jangan simpan lagi dalam hati ketentuan Allah yang sudah terjadi untuk mereka zaman dahulu kala.
(Nak simpan susah, nak lupa lagi susah)

Jadikan hati kita Rumah Allah.

Links:
1. pak-ngah-majid-1
2. pak-ngah-majid-2
3. pak-ngah-majid-3
4. sebab-apa-kita-kena-tau-susun-keturunan
5. tali-perpecahan-dan-permusuhan6. keturunan-ketuhanan-dan-keilmuan
7. amanat-moyang-rawa

1 comment:

Anonymous said...

You actually make it seem really easy together with your presentation however I in finding this matter to be
actually something which I feel I would never understand.
It sort of feels too complex and very wide for me.
I am taking a look ahead in your subsequent post, I will attempt to get the hold of it!
My blog ... cigarettes online