INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20121107

Pelukis Pahang dan Pelukis Malaysia

Ini adalah pertemuan bersejarah antara Encik Hamdan Salleh (Pelukis Malaysia) dengan tok guru melukis beliau iaitu Encik Osman Limat (Pelukis Pahang). Encik Osman Limat adalah orang lama dalam dunia pelukis. Beliau tidak kedekut ilmu. hasil dari ayat-ayat motivasi yang diberikan oleh Tok Guru Osman Limat yang membolehkan Encik Hamdan kekal lama dalam dunia pelukis. Tanpa bimbingan motivasi dari seorang Tok Guru seperti Encik Osman Limat hampir menyebabkan Encik Hamdan menukar arah.
Encik Osman Limat tidak ingat kesemua nama dan muka mereka yang pernah berguru dengan beliau. Siapa yang datang dekat diberinya ilmu yang ada. Memang ada sesetengah pelukis yang sama-sama susah ketika zaman susah. Bila mereka dah senang semua kawan-kawan yang sama-sama susah tak ingin dikenang-kenang.
 Pada Encik Osman Limat memang sedih jika diperlakukan sedemikian oleh kawan-kawan pelukis yang sama-sama susah dan bila senang mereka seorang sahaja nak senang. Takut kawan-kawan yang sama-sama susah menompang rezeki Allah SWT yang dianugerahkan kepada mereka. Bimbang rezeki tersebut tak cukup untuk mereka makan. Jual lukisan sekeping sampai puluh-puluh dan ratus ribu pun tak cukup!
Dia bukan nak sangat tompang rezeki yang Allah SWT berikan kepada mereka. Rezeki tersebut hak mereka. Tapi takkan sampai langsung tak layak untuk berkawan dengan pelukis 'yang masih merempat'. Kalau difikirkan dari sudut lain, apa salahnya berkongsi rezeki yang diberikan Allah SWT kepada mereka dengan orang-orang macam kami ni. Bila tak kedekut dengan kawan-kawan Allah SWT akan tambah lagi rezeki mereka. Kawan-kawan cuma dapat sedikit aja, tak luak tak jejas pun. Kadang-kadang sampai jumpa pun tak nak.
 Pepatat Osman Limat, dia adalah "pelukis burung walit, dimana ada bangunan di situlah Osman Limat terselit". Sentiasa mengharapkan belas ehsan orang untuk mendapat sedikit kerja untuk buat makan, minum, pakai dan bayar hutan dan bill serba sedikit. Sampai bila? Terserah kepada Alllah SWT. Kita kena berusaha berdoa dan terima apa yang
Bagi Encik Hamdan Salleh, beliau telah menempuh pelbagai ranjau dan sepak terajang untuk dalam dunia pelukis. Pernah menjadi artis di pasaraya, pelukis kulit buku, pelukis ilustrasi buku dan akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pelukis bebas. Ketika ini mulalah beliau mengenali sepak terajang orang-orang seni yang mengaku dirinya pelukis. Macam-macam telah diperlakukan oleh orang-orang yang mengaku dirinya pelukis. Sampai kepada peringkat beliau dipertahankan oleh orang yang bukan pelukis untuk membolehkan beliau bertapak.

Bagi Encik Hamdan Salleh, beliau amat gembira jika ada orang muda yang berminat untuk menjadi pelukis. Encik Hamdan sedia menurunkan ilmu. Kalau nakkan buku-buku rujukan, boleh didapi di tempat beliau. Encik Hamdan Salleh kini membuka Mini Galeri berhampiran stesyen bas Bandar Bera atau Kerayong Bera.
Encik Osman Limat dikenali setakat dikalangan pelukis-pelukis tetapi beliau juga dikenali dikalangan pelumba basikal baik diperingkat Pahang mahupun di peringkat Malaysia. Sebagai seorang yang pernah menjadi jurulatih lumba basikal Pahang, Osman Limat memang sentiasa ketagih untuk melatih orang-orang muda. Setelah melalui sepak terajang orang persatuan lumba basikal sampai pernah kena pecat dari jawatan jurulatih basikal (jawatan tersebut diberikan kepada Encik Nazri) dan dilantik semula dan berhenti semula, kini Osman Limat masih terus melatih sesiapa yang berminat untuk menjadi pelukis.
Sehingga kini Osman Limat sering dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan melukis di seluruh Malaysia. Osman limat sering menyertai pelbagai pertandingan melukis yang dianjurkan di Malaysia. Kebanyakan memenangi kedudukan yang "sedap". 

Walaupun tidak dilahirkan di Negeri Pahang tetapi Encik Osman Limat mempunyai saudara-maranya yang menetap di Pahang. hingga kin beliau merasakan Pahang adalah NegeriKu. Terima kasih beliau kepada kawan-kawan sahabat-handai orang besar orang kecil yang banyak membantu beliau selama ini. terima kasih daun keladi.

No comments: