KOMEN HEBAT DARI PENGUNJUNG BLOG INI.

zulkefli Ahmad Razali said...Apa yang sebenar dimahukan ?apakah untuk menaikkan byk benda yang tak betul? Byk yang katanya tahu,pandai tapi semuanya tak mengerti apa dimaksudkan atau yang tersurat serta tersirat. Biarkanlah ia mencari cari jalan,kerana tiada usaha yang mudah untuk berjaya kerana semuanya itu kehendak allah. Jgn hanya pandai berkata kata tapi hakikat nyatanya ada sesuatu yang terselit serta punya kepentingan. Maka kajilah dulu sebelum menyatakan kerana zaman sekarang byk tipu daya dari yang benar....06:50

Ibnu manaf said...assalamualaikum tuan laman pahang menggeletek hati saya baca post tuan2 ni semua dalam mencari ni bro...,lu tak boleh sombong bongkak takabbur suka suki lu aja campak pergi jauh Batin Terjali,lu orang ingat orang tua tu suka - suki pecah2 anak Maharaja Alif tu.... dah jumpa ke Biduanda Waris Nan Jerneh Luak Jelebu?? dah bukak ke terombo Biduanda Waris ngan waris tetua?? jangan luper ada ungkapan kalau tok undang jelebu naik "waris sarin putus2 adat,waris kemin berterabur adat,waris jelebu tersusun adat" schantekkk lu susun ayat kat sini fuhhh....bravo3 naik menggerutu wa tengok....sorry lah bahasa kasar. 11:55

Ibnu manaf said...tahu pun ad rahsia dalam rahsia saya bukan suka hati je nak sauk sana sini saya tanya dengan sopan,jawab dengan sopanlah. tahu pun orang tua2 berpusing sana sini mencari maklumat. dalam berpusing mencari maklumat mereka berapat kaki,peha ke peha,berbisik kalau perlu tahu pun ada yg macam2 niat. yg ad "niat" tu manusia,pihak tuan sendiri pun manusia.jngan lupa hakikat tu ye :) tahu pun ada kisah yg disimpan orng2 tua tapi kenapa tak terfikir ada banyak lagi maklumat yg tak terkumpul dari yg sedia ada sedapkan menunding jari?? :) semoga terbuka seluas-luasnya cara pihak tuan meneliti keadaan dan maklumat semoga Allah membuka Rahmat seluas-luasnya pada pihak tuan "hakikat diri manusia" sila jangan lupa perkara itu terpulanglah pada tuan,saya benar2 sakit hati dan terkilan dengan sikap tuan mana perginya integriti sebagai "pemegang amanah"? dalam hal perkara2 ni,ada ramai lagi di luar sana yg memegang amanah(sila ingat tu :) ) jazakallah...18:04

Koment pilihan. ANGGAPLAH APA YANG MEREKA TULIS ADALAH BETUL SEMUANYA. Batalkan niat anda untuk terus mambaca disini.

20121231

F1 Dialog dengan Pa Wa


Berikut adalah dialog dengan pemegang amanah/pertugas: Pa Wa yang juga ketua pemegang amanah dan perujuk salasilah/teremba Nusatara.{susur dari keturunan orang tiga beradik Negeri Sembilan }(Pahang)
 sumber gambar: siapa-dato-bahaman
---
Katanya;” Pa wa baru terima surat cerita teremba datok nenek kita. Sayangnya nenek moyang kita, orang-orang diraja, alim, gagah perkasa, karahma dan segala title yang kita boleh banggakan. Tapi alangkah seksanya roh-roh mereka ni disebabkan kelakuan pancaroba anak cucu yang hidup zaman ini. 

Banyak-banyaklah doa, wirit dan sedekah al-fatihah kepada roh-roh datok nenek moyang kita… sekurang-kurangnya roh-roh mereka senyum dan berkata, “ADA JUGA SEORANG KETURUNANKU YANG INGAT KEPADA KAMI…”. Terima kasih banyak-banyak.

Katanya;” Untuk mengibagi angan dan cita sebagaimana yang  … hajati tu. Pertamanya jati diri dalaman mesti mantap dengan mempunyai :1, kuasa penarik dan penolak. Ini boleh diujudkan apabila seseorang tu mempunyai spiritus atau aura yang kuat. Ianya adalah universal (maaf, tidak akan dibincangkan). Bentuklah ia  dengan jalan Allah swt. Semangat je tak baleh bawa kemana…”.

Katanya;”koi pergi sepital. Dia orang amik darah untuk uji kaji bulanan. Balik rumah koi baring je. Katanya koi sakit tapi rasanya ada sebab lain. Koi pernah jadi arwah dulu, dah  masuk kealam lain, tiba-tiba hidup balik. Pening kepala doktor, camana boleh jadi gitu. 

Sejak tahun 200(…) hingga sekarang dua hospital pereksa koi, setiap bulan (maaf tidak akan dibincangkan). Elok juga koi dapat perubatan (…).tentang sumpah pawang nong tu, koi kurang pasti. Yang koi tahu pawang nong tu hebat. Hang Tuah datang ke Hulu Cheka, boleh dihalau oleh pawang nong gitu je(maaf tidak akan dibincangkan). 

Buat koi sejak mati dulu tu, koi lebih ke kajian dan pergerakan alam … . koi jarang sangat tido malam dan koi lebih meng…aku kan diri dengan mengabdikan islam dan kalimah shadat didalam diri secara istiqamah. 

Jadi segala aktibiti lain, koi dapat panduan dari jalan nilah…(maaf,tidak akan dibincangkan) dan koi dapat tau, INILAH jalan yang dibawa oleh nenek moyang kita dulu dan salah satu sebab dia orang tolak gelaran RAJA. Apa guna jadi raja kalau sebelah kaki dah masuk neraka… sori, koi bawa cerite dongeng ni”.

Katanya;” Koi tertarik sangat dengan cerita-cerita fahaman sesat, songsang dan lain-lain yang awak sebut. Ada juga yang ikut , yang betul tapi problemnya. amalannya , mereka tak istiqamah” (berterusan). Kadang-kadang buat dan kadang-kadang tak…tentang perpecahan kepada 73 tu. Adalah simbolik dari …”(maaf,tidak akan dibincangkan).
 sumber gambar: siapa-dato-bahaman-1

Katanya;” Itu ‘miting’ sumpah rasia setia penyatuan mereka setelah diwasiatkan oleh waris-waris yang lebih tua sebelum mereka. Sekarang ni waris-waris mutlak ada yang; 
1. Bertambah. 
2. Ada yang putus (jika keturunannya perempuan je). 
3. Ada yang putus sebab ditolak (laki-laki tapi perangai macam setan agaknya). 
4. Ada yang menolak (jenis yang tak amik kisah). 

Bagaimana pun waris-waris tu tetap ada. Event tu je di pulau tawar, tapi ramai juga datang dari daerah kita, semantan. Dibelakang mereka ramai waris yang {…….., maaf, tidak akan dibincangkan} … huh cukup dulu… dah naik meremang bulu roma koi… wasallam”.

Katanya;” hati-hati apabila mencari fakta sejarah dan cuba ketepikan unsur-unsur mitos dan dongeng. Cerita bukit seguntang tu mitos. Tapi selepas cerita panglima rao (asal orang rawa} dan hingga ke zaman pagar ruyung, sudah ada sejarah. Mitos tak boleh digunakan lagi”.

Salam pa wa;”mencari wakil buaya putih, wakil gajah putih, wakil kijang putih,… sudah sampai masa bertemu dan berdamai,”…

Katanya;” Pendapat saya  pasal hal tu, jangan teruskan kerana, mereka masih hidup ke?. Kalau masih hidup’ potong leher’,pun mereka tak kan mengaku. Ni bukan tugas kita dan jangan campur tangan. Kalau saya kenal pun, saya tak kan beri tau siapa mereka. Jika ada orang mengaku sebagai wakil, itu sama sekali tak betul. Ini hanya pandangan  saya”.

Salam pa wa;”koi bukan nak canpur tangan. Mendamaikan waris tu tugas mereka bertiga. Koi Cuma petemukan mereka. Kalau semua tak nak muncul, koi takde masaalah. Mereka kena sediakan jawapan masa hari kiamat nanti”.(kertas kerja yang panjang)

Katanya;” niat kita mulia, tapi cara orang dulu tu lain dari cara kita. Wakil mutlak mereka dah turun ke jenerasi ke 3 atau ke 4. Rasia mereka pegang tegoh terutamanya dari pihak kijang puteh. Mereka dah selalu jumpa tapi keputusannya tak siapa yang tau… yang pasti ialah mereka terlalu kecewa dengan kerenah dan tingkah laku perangai anak dan cucu yang ramai bergelumang dengan dosa-dosa berat. Kalau awak nak tau cuba buat munajat pasti akan dapat jawapannya.buat masa ni tu je yang pa wa boleh bayangkan”.

Salam pa wa;”Ucapan terima kasih atas nasihat dan ingatan. Koi hanya penjalan tugas yang diberi… yang lain, kepada Allah, keputusannya. Kerana mereka tu kebanyakannya waris ahli bait berketurunan nabi rasulullah”.

Katanya;” setuju sangat-sangat. Mereka mula meresap dan merayap kerantau ni ,dizaman khalifah Saidina Osman… oleh kerana perangai anak cucu yang demikian, mereka pantau dengan secara ‘indirect’ pada situasi semasa dan mereka merujuk kepada satu ‘majlis’ mesyuarat khas. Lebih afdal dan berkesan,  kita doakan kejayaan mereka tersebut… amin”.

No comments: