-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120831

Empat asas akhlak mulia

Adapun pokok akhlak yang mulia dan asasnya adalah empat:

1] Hikmat atau kebijaksanaan
Yang dimaksudkan dengan kebijasanaan, ialah suatu keadaan dalam diri yang mana menerisinya ia dapat membedekan yang benar dari yang salah dalam semua hal-ehwal ikhtiariah [perbuatan pilihai diri sendiri]

2] Syaja’ah atau keberanian
Yang dimaksudkan dengan keberanian, ialah bahwa keadaan marah yang sedang meluap-luap itu dapat dituntun oleh akal untuk terus memajukan keberanian itu ataupun manahannya dari berlaku

3] ‘iffah auat kebersihan jiwa
Yang dimaksudkan  dengan kebersihan jiwa, ialah menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’

4] ‘adi atau keadilan
Yang dimaksudkan dengan keadilan, ialah suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahwat, lalu membimbing keduanya kea rah kebijasanaan, serta menentukan bila masanya boleh diikutkan dan bila pula harus dikekang dari berlaku menurut hal dan keadaan yangdihadapi nya.

20120829

Perjumpaan waris Tok Mengkarak

Pada 14 Julai 2012 JKKK Kampung Mengkarak bersama Perkim Cawangan Bera telah mengadakan Majlis Tahlir di Masjid Kampung Mengkarak. Lebih kurang 100 orang telah hadir.
Keratan akhbar Sinar Harian pada 14 Julai 2012 yang mengubah tujuan majis Tahlil dan gotong royong tersebut menjadi tajuk 'WARIS TOK MENGKARAK BUAT PERJUMPAAN'.

Malangnya usaha JKKK Kampung Mengkarak bersama Perkim Cawangan Bera telah menyebabkan beberapa orang berasa kecil hati. Mereka mempertikaikan alasan kenapa orang tersebut yang perlu buat. Mereka juga waris Tok Mengkarak (ikut susunan cara mereka) mereka berhak menganjurkan perjumpaan ini. Paling tidak orang yang menganjurkan tersebut perlu memaklumkan kepada mereka hasrat mereka. Ini melibatkan nama baik keluar tok nenek mereka.

Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Laman Pahang, tajuk progran tersebut adalah

Majlis Tahlil Di Tapak Bersejarah Masjid Tok Mengkarak

ianya juga

MAJLIS TAHLIL TERBUKA DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
(Kawasan Perkuburan Islam Kampung Mengkarak)

manakala tujuannya adalah

1. Mengenang jasa dan perngobanan Tok Mengkarak dan kumpulan ulamak dan pendakwah zaman dahulu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam.
2. Mengeratkan siratul rahim dan ukhwah Islamiah dikalangan waris Tok Mengkarak secara khusnya dan umunnya orang Melayu
3. Mengumpul senarai nama waris-waris keturunan Tok Mengkarak supaya dapat menyediakan dokumen senarai waris-waris keturunan Tok Mengkarak.
4. Mengumpul cerita-cerita lisan tentang Tok Mengkarak supaya dapat ditulis oleh mereka yang berminat..

Penganjur tidak menghadkan hanya mereka yang menjadi waris Tok Mengkarak sahaja boleh hadir. Semua mereka yang berminat boleh hadir. Perjumpa ini juga BUKAN perjumpaan waris Tok Mengkarak.

Tiba-tiba Sinar Harian bera telah mengistiharkan perjumpaan tersebut adalah sebagai Perjuampan Waris Tok Mengkarak. Ramai yang merasakan diri mereka dan keluarga mereka adalah keturunan Tok Mengkarak merasa terkilan dengan tujuan tersebut.

Akhirnya, yang menganjur, yang hadir, yang tidak dapat hadir dan yang tidak mahu hadir semua merasa keciwa. Bagi yang menganjur, 4 tujuan asal tersebut dirasakan ... tak tau nak cakap. Semangat pun hilang bila usaha yang disangka dapat sokongan tiba-tiba menjadi bantahan.

Tetapi usaha membersihkan kawasan kubur bekas tapak masjid asal Tok Mengkarak diteruskan. Usaha mengesan batu masjid juga diteruskan. Walaupan ada orang Bera yang tidak bersetuju. Hati penganjur juga terubat setelah Ahli Parlimen Temerloh turut memberikan sumbangan walaupun tidak dapat hadir. Terima kasih Pak Ngah Majid kerana mengusahakan sumbangan dari Ahli Palimen Temerloh. (Mungkin beliau juga waris Tok Mengkarak)

Kepada mereka yang kecil hati, pihak Laman Pahang mewakili pihak JKKK Kampung Mengkarak dan  Perkim Cawangan Bera mohon maaf.

Satu majlis tahlil atas tujuan yang sama akan diadakan pada ......... bertempat di ......... Pihak penganjurnya iaitu .......... tidak bercadang handak membuat hebahan umum. Cukup dengan menjemput mereka yang berminat nak berikan sokongan. Kalau ada waris-waris tok mengkarak yang tidak dijemput, mereka boleh usahakan dengan cara mereka. Penganjut ......... tak bercadang nak buat sapa-sapa marah.

Kita semua waris Tok Mengkarak. Bezanya adalah jauh atau dekat susunnya.

Program Rasmi Pahang Ogos 2012

28 Aug 2012
   
Jerantut    
Majlis Perasmian Labu Sentral Hentian Rehat & Rawat Bagi Laluan Darat dan Air ke Taman Negara
-Majlis Perasmian Labu Sentral Hentian Rehat & Rawat Bagi Laluan Darat dan Air ke Taman Negara akan diadakan seperti aturan berikut :
TARIKH       : 28 Ogos 2012 (Selasa)
TEMPAT      : Hentian Rehat & Rawat Labu Sentral
MASA           : 9.00 Pagi

30 Aug 2012
   
Rompin    
Majlis Jamuan Aidilfitri Dan Meraikan Bakal Haji /Hajjah Peringkat Daerah Rompin 2012
-Pengerusi Jemaah Pengarah merasmikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan Meraikan Bakal Haji / Hajjah 1433h Peringkat Daerah Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada 30 Ogos 2012 jam 11.00pagi hingga 04.00petang.
   
Rompin    
Majlis Bicara Ilmu Merdeka Sempena Program Ambang Merdeka Peringkat Daerah Rompin Tahun 2012
-YH. Dato'' Syed Ahmad Fuad Syed Taha Pegawai Dearah Rompin akan merasmikan Majlis Bicara Ilmu Merdeka Sempena Program Ambang Merdeka Peringkat Daerah Rompin Tahun 2012 bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Kuala Rompin pada 30 Ogos 2012 jam 06.00petang

31 Aug 2012
   
Jerantut    
Perbarisan Dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 55 Tahun 2012 Peringkat Daerah Jerantut
-Perbarisan Dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-55 Tahun 2012 Peringkat Daerah Jerantut akan diadakan  pada 31 Ogos 2012 (Jumaat), jam 8.00 pagi bertempat di Padang FA Majlis Daerah Jerantut. Turut hadir Pegawai Daerah Jerantut dan Ketua-Ketua Jabatan.
   
Rompin    
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Tahun 2012 Peringkat Daerah Rompin.
-Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Tahun 2012 & Jamuan Hari Raya Peringkat Daerah Rompin akan diadakan di Dataran Rompin pada 31 Ogos 2012 (Jumaat) jam 7.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir.

sumber: http://media.inform.gov.my/e-press/n-pahang.asp

20120828

Hak dari segi anggota badan

Rasulullah saw telah bersabda:

“memadailah seseorang itu dikatakan jahat, bila ia memandang rendah terhadap saudara lainnya yang muslim.”

Allah telah berfirman:

“ dan mesyuaratkanlah dengan mereka dalam segala urusan kamu.”  [ali-imran:159]

Ini merupakan puncak segala hak-hak persahabatan.
Dan segala-gala yang tersebut diatas itu, tiada akan cukup sehingga anda menurunkan diri anda ke tingkatan khadam, yang bersedia untuk melaksanakan semua hak-hak persahabatan itu dengan segala angguta anda.

Dari segi penglihatan
Dari segipendengaran
Dari segi lidah
Dari segi kedua tangan
Dari segi kedua kaki

20120825

Hak [8] Hak member kemudahan, meninggalkan bersusah-payah atau menyusahkan

hendaklah eseorang kawan itu tiada memberati kawannya dengan sesuatu perkara yang akan menjengkelkannya

Kesimpulannya, janganlah sampai ia menyusahkan kawannya sama sekali, sehingga ia merasa tiada malu dengan kawan, sebagaimana ia tiada malu dengan diri sendiri.
Berkata ali ra: sejelek-jelek kawan, ialah kawan yang sentiasa memberati kamu dengan perkara-perkara yang tak tertanggung, menyebabkan kamu bersikap serba- salah dan menyeret kamu kepada membuat berbagai alasan.

20120822

Hak[7] Hak menepati janji dan ikhlas diri

arti keunggulan disini, ialah berdiri teguh atas cinta yang berterusan hingga menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan kecintaan itu terhadap anakbuah si mati dan para sahabatnya. Sebab maksud cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga kehari  akhirat. Jika cintanya terputus sebelum mati, niscaya akan sesialah amalan dan hilanglah segala usaha.

Kata penyair: manusia budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk.

Berkata imam syafi’I ra: apabila kawanmu sudah mentaati kehendak musuhmu, maka kedua-duanya telah bersyarikat dalam permusuhanmu.

20120819

Hak[6] Hak mendoakan

sewajarnya, seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik.

Dalam sebuah hadis:”bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”

“doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak.”

20120816

Hak [5] Hak pengampunan

ketelanjuran kawan didalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat.

Ada orang berkata: sewajarnya anda mencari alas an bagi ketelanjuran sahabatmu itu hingga 70 macam alas an [keuzuran]. Andaikata jiwamu tiada dapat menerima alas an itu, maka jangan disalahkan orang lain melainkan dirimu sendiri. Katankanlah kepada dirimu ketika itu: alangkah kerasnya hatimu itu. Sahabatmu mengemukakan keuzurannya hingga 70 kali, kamu masih tidak mahu menerimanya. Sebenarnya engkaulah yang tercela dan bukan sahabatmu!.

Al-ahnaf berkata: hak seseorang sahabat atasmu ialah agar kamu menanggung tiga macam perkara, iaitu:

1]Penganiayaan disebabkan kemarahannya
2]Penganiayaan disebabkan perubahan keadaannya
3]Penganiayaan disebabkan kesalahannya

20120815

Fikiran hati

Fikir dengan hati,
 matilah kita

Fikir dengan akal,
 kekallah kita

Fikir dengan mulut,
 berkatalah kita

Fikir dengan anggota,
 berbuatlah kita

Fikir dengan jiwa,
 bernyawalah kita

Fikir dengan nyawa,
 kembali kepada hati

Hati orang mukmin
 adalah Rumah Allah
 ada tandanya iman
 tak ada tandanya mati.

Terhasil berdasarkan catatan Jas Salleh.

20120813

Hak[4] Hak memelihara ucapan

persaudaraan itu bukan semata-mata dengan menutup mulut dari menyebut-nyebut segala yang dibenci oleh saudara itu, malah menyebut-nyebut segala yang disukai dan digemarinya juga, bahkan yang akhir ini lebih utama lagi.

Berkata umar ibnul-khattab ra: tiga perkara akan meninbulkan kasihsayang saudara kapadamu:

1]Hendaklah member salam kepadanya bila bertemu
2]Hendaklah meluaskan tempat duduk baginya dalam majlis
3]Hendaklah memanggilnya dengan sebaik nama yang disukainya

Tugas yang lain terhadap kawan, ialah mengajarnya ilmu pengetahuan yang berguna serta member nasihat yang berfaedah. Sebab hajat kawan kepada ilmu pengetahuan tidak kurang dari hajatnya kepada harta kekayaan. Maka jikaanda kaya dengan ilmu pengetahuan, sayugialah anda membantu mengajarnya dari kelebihan  ilmu yang ada pada anda, dan menunjukinya kejalan mendatangkan baginya manfaat dunia dan akhirat.

Berkata zun-nun: bersahabat kepada tuhan, dengan menurut perintahnya. Bersahabat kepada makhluk dengan mengambil nasihatnya. Bersahabat kepada nafsu dengan meninggalkan keinginannya.

20120810

Hak[3] Hak memelihara lidah dan hati

dengan berdiam diri suatu kala dan berbicara dikala yang lain

Ai-Abbas, bapa saudarra nabi saw pernah memesan kepada puteranya Abdullah, katanya: aku lihat orang ini[maksudnya saiyidina umar ibnul-khattab ra] sering mengkedepankan engkau dari banyak orang-orang yang tua, maka peliharalah nasihatku yang lima ini:

1]Jangan engkau bocorkan rasianya samasekali
2]Jangan engkau mencaci orang lain dihadapannya
3]Jangan engkau membiasakan bohong kepadanya
4]Jangan engkau malanggar perintahnya
5]Jangan engkau sampai ia melihat sesuatu pengkhianatan berlaku daripadamu.

Berkata ibnu abbas: jangan ajak bertengkar pada orang yang kurang akal, nanti ia akan membahayakan kamu. Jangan pada orang yang bersabar, nanti kamu dibencinya pula.

Ingatlah, bahawa sebab yang paling berat sekali untuk menyalakan api kedengkian dalam hati sesame saudara, ialah dengan menimbulkan pertengkaran dan perbantahan. Kedua-dua sifat ini merupakan punca utama kepada permusuhan dan putus perhubungan.

Al-hassan berkata: tiada terbeli permusuhan seorang dengan kasihsayang seribu orang.

20120809

Berbuka puasa di masjid



Bagi orang ini, tahun ini telah genap 3 tahun dia berbuka puasa di masjid Negeri di Kuantan Pahang. Kecuali sabtu dan ahad dan cuti umum. Tapi kalau nak di bandingkan dengan Encik Osman Limat memang tak boleh nak di tanding. Encik Osman telah mula buka puasa di masjid ini sejak berumur 18 tahun. Sekarang beliau dah berumur 65 tahun.

Berhampiran dengan masjid adalah padang MPK. Berhampiran dengan padang adalah bazar ramadan. Memang banyak gerai juaan. Macam-macam makanan dan minuman dijual. Kalau orang yang tak kuat iman memang boleh rambang mata.

Bagi dia, berbuka dimasjid bukan soal nak jimat belanja. Lebih kepada belajar mengawal nafsu makan. Kalau berbuka di masjid dia tak perlu fikir nak makan apa untuk berbuka. Apa yang disediakan di masjid dia makan. Tak ada bawa makan minum tambahan.

Ambil satu makanan dan satu minuman cukup. Ada yang ambil sampai dua tiga, tapi itu cara orang orang lain berdasarkan keperluan masing-masing.

Mungkin setelah beberapa tahun berlatih, dengan izin Allah swt dia harap  dapat kawal mafsu makan dan nafsu lain-lain. Syukur kepada Allah.

Kalau ditanya apakan perasaan sebenar semasa berbuka puasa di masjid. Nak kata seronok ada. Nak kata sedih juga ada. Itulah ketentuan yang perlu ditempuh untuk dijadikan pengalaman, mungkin akan berguna pada satu masa nanti.

20120808

Siapa Hang Tuah?

Petikan.

Riwayat panglima besar Hang Tuah bermula dari moyang awalnya yang menguasai LEMBAH NANGGIRI Hulu Kelantan yang bernama HANG NYANYA 11 ribu tahun dahulu, moyanhnya yang terkemudian adalah Hang Sekebal panglima Sauvana bhumi [Setiu]seterusnya di zaman keagongan Besut yang mutakhir iaitu di akhir kurun ke tiga belas Hang Tuah di lahirkan Di Pulau Duyung [Terengganu] PADA 23hb.May tahun Masihi 1395. ketika berusia 15 tahun mengikut ayahandanya Hang Mahmood berhijrah ke negeri baru MELAKA iaitu TM 1410 di negeri baru Melaka dia bertemu dengan susur galurnya Hang Jebat yang berhijrah dari SAMPURNA [Sabah]Hang Kasruri dari Pagar Ruyung, Hang Lekir dari Bukit Siguntang dan Hang Lekiu dari Tumasik.

Disana mereka berlima berpakat berguru Pancasona mengikut tridisi susur galornya miliki lima asna yang maha perkasa dari atma persilatan pancasona yang diwarisinya sejak Hang Nyanya lagi.
Selepas kecewa dengan telatah sultan Melaka apa lagi hilangnya paksi gabongan irama pancasona yang sakti itu dia meninggalkan Melaka ke Bentang kemudian ke Gunung Ledang akhir sekali pulang ke Terengganu bertapa di Gunung Tembat ketika usia mencecah 100 tahun, dan meninggal di GUNUNG TEMBAT ketika usia 115 tahun.- sidina chewan

Sumber: resam-melayu.com (hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat)


20120807

Hak[2] Hak memberikan bantuan dengan jiwa dan raga

Berkata Atha’: perhatikanlah sahabat-sahabatmu itu didalam tiga persoalannya, iaitu:

1]Jika mereka sakit, hendaklah segera menziarahi mereka
2]Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan-urusan, maka berikanlah bantuan
3]Jika mereka terlupa, maka hendaklah mengigatkan mereka

Said Ibnul-‘ash berkata pula: sahabatku yang rapat kepadaku mempunyai tiga macam hak atasku, iaitu:

1]Jika ia datang kepadaku, niscahaya aku mengalu-alukan kedatangannya
2]Jika ia berbicara, niscahaya aku berikan perhatian kepada perbicaraannya
3]Jika ia duduk disebelahku, niscahaya aku luaskan tempat untuknya

20120804

Hak[1] hak dibidang harta

Adapun perihal bantu-membantu dalam soal kewangan terhadap saudara ada tiga peringkat:

1]Tingkat yang paling rendah sekali, ialah dengan menganagapnya sebagai seorang khadam kepadamu
2]Tingkat kedua ialah dengan menganggap saudaramu seperti dirimu sendiri
3]Tingkat yang paling tinggi sekali, iaitu dengan mendahulukan hajat dan keperluannya atas hajat dan keperluan anda sendiri

Puncak dari segala tingkatan-tingkatan ini, ialah melebihkan hak orang lain atas hak peribadi sendiri.

Berkata Maimun bin Mahran: Barangsiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan atas diri sendiri, maka lebih baik ia berkawan dengan ahli kubur.

Melayu Dagang dan Melayu Semenanjung

Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Anak Semenanjung.

Melayu Dagang :
1. Suku Aceh
2. Suku Banjar
3. Suku Batak-Mandailing
4. Suku Boyan (Bawean)
5. Suku Bugis
6. Suku Cham
7. Suku Jawa
8. Suku Kerinci
9. Suku Minangkabau
10. Suku Rawa
11. Suku Yunnan
12. Suku Jambi
13. Suku Riau

Melayu Semenanjung :

1. Suku Kedah Tua (Kerajaan Kedah Tua) abad ke-4 Masihi. Merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)

2. Suku Perak (Kerajaan Gangga Negara) abad ke-2 Masihi.Merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)

3. Suku Kelantan dan suku Patani (Kerajaan Langkasuka) abad pertama atau ke-2 Masihi.

4. Suku Terengganu (asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu).

5. Suku Pahang (Kota Muang Pahang) kota Naksat bawah pemerintahan Langkasuka. Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.

6. Suku Johor (Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata) 650 tahun Masihi. Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.

Sumber:
sejarahmelayupurba.blogspot.com (asal-usul-melayu-semenanjung-malaysia)

20120803

Bangsa Melayu 100 tahun akan datang

Petikan.

Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua jenis kaum yang berasal dari rumpun yang sama iaitu Kaum Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.

Sumber:
sejarahmelayupurba.blogspot.com ( satu-ketika-dulu)

20120802

Sumpahan Raja Pertama Melayu

Petikan.
Dalam buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang 1612 (asalnya manuskrip Jawi) ada menggambarkan corak kepemimpinan dan kepengurusan Melayu sebelum Islam yang boleh dianggap Sriwijaya kerana merujuk Palembang. Di dalamnya ada perihal sumpahan raja pertama Melayu di Palembang, Sang Utama Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun (Menterinya, yang mewakili pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat jelata) yang sekaligus memberi sifat-sifat pemimpin atau pengurus Melayu dan orang Melayu Sriwijaya:

1. Raja tidak boleh sekali-kali memalukan orang bawahnya walau sebesar mana sekalipun dosa orang bawahannya itu.
2. Raja tidak sepatutnya digodak-godek, dipertanggungjawabkan atau di kutuk dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.
3. Orang Melayu pantang menderhaka kepada rajanya, malah orang Melayu tidak sanggup menunjukkan apa-apa kelemahan rajanya.
Ini menjadi ciri-ciri kepemimpinan Melayu yang perlu disedari atau diinsafi oleh pemimpin-pemimpin sekarang sekalipun apabila “raja” dalam 1 hingga 3 di atas itu digantikan dengan “pemimpin”. Umpamanya, ketua dalam organisasi Melayu tidak seharusnya menegur seseorang bawahannya di khalayak ramai atau di hadapan para pekerja lain. Ini bertentangan dengan budaya Barat yang terbuka itu.

Sumber:
sejarahmelayupurba.blogspot.com (kerajaan-melayu-sriwijaya)

20120801

1 Lapan hak saudara dan sahabat

HAK PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN  [bimbingan mu’minin; adab perpergaulan,persaudaraan dan persahabatan /Imam Ghazali]
Ketahuilan, bahawasnya saudaramu itu mempunyai bermacam-macam hak iaitu:

1] Hak dibidang harta
2] Hak memberikan bantuan dengan jiwa dan raga
3] Hak memelihara lidah dan hati
4] Hak memelihara ucapan
5] Hak pengampunan
6] Hak mendoakan
7] Hak menepati janji dan ikhlas diri
8] Hak member kemudahan, meninggalkan bersusah-payah atau menyusahkan