-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130228

H07 Pak Ngah

Dialog dengan waris panglima hitam 3(pak ngah)

n.g:” asalammualaikum p ngah, awak menyuruk dari koi ya, selama ni?”.(dia ni memang koi dah kenal lama, dia memangku tugas menjaga amanah ni dari ayah nya dan abangnya)

p ngah: w.salam, sambil gelak besar, dia mengajak koi makan durian.” Apa ceritanya?”.

n.g: “koi nakkan cerita dan  amanah yang awak pegang dari panglima hitam”.

P ngah:” koi tak berapa ingat, yang hafal betulnya abang koi yang mati tu”. Dan ceritanya lagi ”panglima hitam tu nama lainnya panglima kiri dan cerita pasal panglima kiri dan susur keturunan dia”.

n.g: “p ngah, tolong ceritakan  amanah apa yang awok ambil alih dan jaga?”.

P ngah: ceritanya, “ ada duabelas orang yang keluar dari jambi masuk ke pahang, dia sebutkan beberapa nama mereka dan tempat bermukimnya mereka dan yang lain dia tak ingat katanya”.( Dan dia minta maaf kerana  dapat bagi sebahagian je).

n.g: tak apa lah, itupun dah kira, alhamdulillah. Dan yang lain koi akan dapatkan dengan orang lain(pemegang amanah yang lain)( diwajahnya memang nampak wajah ceria dan lega, apabila amanah  yang disimpannya telah diserahkan).

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130227

F10 Ajk persatuan sejarah jelebu


Yang ini koi berhubung melalui laman blog (sejarah jelebu. Ajk persatuan sejarah) untuk beberapa bulan, baru dia beri lampu hijau untuk berhubung dengan yang lain, itupun selepas dia dapat kepastian diri koi dan kebenaran untuk bercakap[buka mulut].

Macam-macam benda yang koi tanyakan pada dia [mitos dan silah dan nama kuno] dan ada masanya macam bertekak dah jadinya. Sehingga  dia diberi maklumat diri koi dari seseorang tua kedah. Dia kata dia tak dibenarkan menjelaskan semua soalan koi dan minta koi berjumpa dan berhubung dengan seseorang tua di Pahang sebab koi berada di Pahang. 

Orang tu je yang akan beri penjelasan sebenar pada koi.

sumber gambar: psbjelebu.fotopages.com

pemengang amanah/petugas.8;( negeri sembilan)

H06 Dialog dengan Pak Anjang

DIALOG DENGAN WARIS PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI@PENYIMPAN AMANAH PAHANG.

Dialog dengan waris panglima hitam 1(pak anjang@anjang)

n.g.:” aslammualaikum aki, aki ni pak anjang?”. Dia senyum sambil menjawab salam kome.

P anjang: “w.salam”. dari mana?

n.g: “dari temerloh, datang nak jumpa awok aki. Koi disuruh melawat dan ambik amanah dari awak.

P anjang: jauh tu datangnya, sampai-sampai doh, tak ada amanah yang koi simpan.
(dia bercerita bab dan beberapa cerita mat kilau dan juga kisah diri nya sendiri sambil menunjuk akan barang simpanan yang dijaganya)

n.g: (koi menarik nafas panjang dan hampir-hampir mengeloh apabila dia kata dia tak simpan amanah. Sambil dibantu oleh sahabat koi, maka terlerai juga cakap kias p anjang tadi).

P anjang: (dia pun menceritakan hal sebenar, apa yang dipertanggungjawab(amanah) yang di simpan dan dijaga).

Disebabkan ada tetamu lain yang datang nak berurusan dengan nya, maka kome memohon diri berundur. dimatanya ternampak kesan jernih air.

 Yang menunjukkan tanggungjawabnya telah dia selesaikan dan serahkan.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

G07 Tok Omar Lubuk Terua

Tok Omar Lubuk Terua,
bidan besar dan
imam ngah adalah tiga beradik seibu (ibu tiga) seayah.

Dan ada dua orang lagi adik-beradiknya,
seorang laki-laki 
dan seorang perempuan
yang seayah dari dua ibu yang lain.

ibu satu diraub dan
ibu dua diguai

Sumber: NEGUAI2012

20130226

H05.3 Panglima hitam 3

Tugasnya adalah
menyambung tugas
menjaga dan menyimpan hak
amanah bagi pihak
susur keturunan
kerajaan jJmbi di Tanah Melayu

Amanah yang dipertanggungjawab kepada
dua belas orang ketua,
waris kepada
pendiri kerajaan Jambi di Tanah Melayu.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

H05.2 Panglima hitam 2

Tugasnya adalah
menyambung tugas
menjaga dan menyimpan
hak amanah
bagi pihak Tokku Paloh
(amanah yang dipertanggungjawab pada Tokku Paloh)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

Pageviews 26.2.2013

Today: 26.2.2013
Pageviews yesterday 400
Pageviews last month 7,889
Pageviews all time history 106,364

20130225

I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung



Maharaja rumbak ini adalah adik kepada maharaja bukit seguntang (mereka dua beradik seibu seayah sahaja), dia diberi kuasa dan menjadi wazir kepada abangnya,  maharaja bukit seguntang, bagi memerintah disebahagian@(3/4) kawasan dari sumatra  sehingga ke filipina dan juga ke kawasan, sekarang ini dipanggil new zeland 

(ini adalah satu cerita yang dianggap katun, tapi, tak apa dan koi tak suruh pecaya, cuma berfikiran waras kerana ini lah dikatakan antara mitos dan sejarah yang hilang. Perkara ini tak hilangpun, orang kita kebanyakannya beranggap-anggapan sahaja). 

Dan apabila dia mati, kawasan yang tersebut bawah jagaannya itu telah diserahkan semula kepada pewaris abangnya, anak kepada maharaja bukit seguntang(adik-beradik satu ayah dan ibu yang berlainan,kerana maharaja bukit seguntang mempunyai tiga orang bini), yang mereka ini pula digelar gunung daik@ orang tiga beradik bukit seguntang (masyarakat kita menggelar mereka, gunung daik bercabang tiga atau tok buaya, tok gajah, tok kijang@kancil. Dan selepas keislaman mereka dan waris mereka, gelaran mereka  seperti berikut; tok buaya putih, tok gajah putih dan tok kijang@kancil putih).

Maharaja rumbak ini lah yang memindahkan dan mendirikan pagar ruyung atas sebab-sebab keselamatan pentadbiran (kota kedua selepas dari yang sebelumnya disumatra). Dan kota asal maharaja bukit seguntang  letaknya ditanah daratan yang lain (maaf, tidak akan diceritakan tanpa kebenaran pemegang amanah).
Pentadbiran memerintah diselia oleh (.......)  sehingga kepada  demang lebar daun yang membuat sumpah setia dengan waris maharaja bukit seguntang (waris nya pada zaman mereka itu).

Jajahan pemerintahan maharaja bukit seguntang ini amat luas. Anak nya telah diberi kawasan masing-masing untuk memerintah selepas dari matinya maharaja bukit seguntang dan maharaja rumbak dan disebabkan itulah, tujuh beradik anak maharaja rumbak tidak boleh memerintah di sumatra atas sebab penyerahan pesaka telah dibuat, 

Maka mereka merantau ke tanah semenanjung@tanjung besar dan disini mereka membuka penempatan negeri kecil dan bergabung dengan sepupu mereka tok buaya@ putih(tanah semenanjung)  anak kepada maharaja bukit seguntang

Disumatra pula dalam peralihan penyerahan kuasa kepada waris maharaja bukit seguntang, bini dan enam anak maharaja rumbak mengambil alih kuasa mentadbir .semasa itulah mereka diajar dan mendapat gelaran panji semerang selendang merah@puteri tujuh, bagi menjaga dari serangan musuh. Dan selepas dari penyerahan kuasa. Waris dari enam orang puteri ini membuka penempatan dan memerintah negeri kecil-kecil disumatra dan jawa, serta bergabung dengan sepupu mereka, tok gajah@putih(tanah jawa) dan tok kijang@putih(tanah sumatra),anak maharaja bukit seguntang yang memerintah sumatra dan tanah jawa dan kepulaun melayu nusatara(semasa itu bangsa melayu belum diistihar).

Atas sebab-sebab masa beredar tahun berganti zaman dengan waktu yang amat lama, maka waris-waris dari kedua maharaja kedua beradik ini tidak lagi berapa (……..) dan terjadi nya sengketa atau perang saudara dan perebutan pemerintahan serta kuasa dan percubaan untuk menyatukan kembali waris-waris ini telah dibuat semasa tentera salib sampai ke sebelah sini untuk menjarah dan menjajah,

Tetapi tidak berapa berjaya kerana telah terjadi pecahan kepada dua kumpulan ; satu puak agama dan satu puak adat( juga mereka bersuku-suku dan tidak mahu mengaku dari satu tunjang@bersaudara) dan kedua puak ini sentiasa berperang. 

Maka runtuhlah dan tumbanglah satu tamadun sebelah timur yang pernah utuh dibawah satu empayar. Dari situlah, satu persatu cerita dan sejarah dihilangkan dari pandangan nyata bagi melindunginya dari tentera salib dan ianya juga sebagai ujian peringatan dari ALLAH kepada seluruh kumpulan dari ahli bait dan ahli waris nusatara.

Kedatangan islam yang sebenarnya menjadi rahmat kepada waris-waris maharaja bukit seguntang dan maharaja rumbak. Islam yang dibawa oleh waris ahli bait telah menyatukan seluruh waris-waris  sebelah sini, walaupun segelintir dari waris-waris ini yang masih kesamaran dalam menitih asal-usul waris keturunan dan beranggap-anggapan dan juga bersandar kepada adat  semata-mata. 

Semasa itu islam telah menjadi pembuka mata dan hati waris-waris ini, mereka bergabung diatas sinar islam. Gabungan waris ahli bait,waris maharaja bukit seguntang dan waris maharaja rumbak inilah yang berkerja kuat mengembangkan islam disebelah sini, mereka menjadi pendakwah islam dan membuang gelaran serta kemashuran keturunan untuk mengabdikan diri, harta, masa dan nyawa hanya kepada ALLAH TA’ALA semata-mata.

Asalnya kita dari yang satu dan dikembalikan kita kepada asal yang satu. Dengan rahmannya dan rahimnya kita berpijak dibumi ini. Bumi ini tidak kekal tetapi rahmannya serta rahimnya kekal selamanya. Maka cari dan mohonlah rahmat dari nya sahaja. Inshaallah ta’ala .waallahuallam. assalamualaikum buat seluruh waris-waris…ahli bait dan ahli waris nusatara.

Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang

I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung

I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang

Susunan keluarga maharaja bukit seguntang adalah seperti berikut: Seorang ayah dengan gelaran maharaja bukit seguntang (dia mempunyai  banyak nama, ini adalah satu dari nama kuno@mitosnya). Tiga orang bini (ketiga mereka menjadi permaisuri kepada maharaja  bukit seguntang) Tiga orang putera dengan gelaran orang tiga beradik berasal dari  bukit seguntang (setiap permaisuri beranakkan seorang putera)

Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang

I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung

I.3 Keluarga Maharaja Rumbak

Susunan keluarga maharaja rumbak adalah seperti berikut: Seorang ayah dengan gelaran maharaja rumbak(ini nama kuno@mitosnya semasa itu). Seorang bini dengan gelaran puteri (….), bini kepada maharaja  rumbak. Tujuh orang putera dengan gelaran, anak daik tujuh beradik (mereka  mendirikan tujuh kerajaan ditanah melayu,kebanyakan orang mengenali  mereka dengan orang empat beradik pagar ruyung). Enam orang puteri dengan gelaran, puteri panji semerang selendang  merah atau kebanyakan orang ramai mengenali mereka sebagai puteri  tujuh (mereka memerintah di tanah sumatra dan berguru dengan wali sembilan semasa zaman mereka).

Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang

I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung

I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik

Puteri  ini bilangannya yang sebenarnya adalah enam orang adik beradik dan yang ketujuh itu adalah ibu kandungnya, tetapi disebabkan masyarakat telah terbiasa menyebut puteri tujuh, maka betullah mereka dan tidak salah. Tetapi mereka berangapan semata-mata dengan sebutan puteri tujuh atau puteri bunian tanpa mengesahkan duduk perkara sebenar atau cerita yang sebenar.

Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang

I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung

I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait

*MAHARAJA BUKIT SEGUNTANG (abang@raja), MAHARAJA RUMBAK,(adik@ wazir)(dua beradik pemerentah nusatara)

*ORANG TIGA BERADIK BUKIT SEGUNTANG (tiga beradik @ GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA anak maharaja raja)

*ANAK DAIK TUJUH BERADIK(lelaki tujuh beradik) dan PUTERI PANJI  SEMERANG SELENDANG MERAH (perempuan enam beradik)(tiga belas beradik anak maharaja wazir)

*AHLI BAIT(dua beradik anak siti fatimah binti muhammad rasulullah

saw@hassan bin ali dan hussin bin ali)

Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang

20130224

H05.1 Panglima Hitam 1


Tugasnya adalah
menyambung tugas
menjaga dan menyimpan
hak amanah
bagi pihak
Mat Kilau
(amanah yang dipertanggungjawab pada Mat Kilau)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130223

H05 PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI


Tiga orang panglima yang bergelar Panglima Hitam,
penyimpan amanah Pahang.

Tiga amanah Pahang
yang dijaga oleh Panglima Hitam Bertiga
yang tersekian lama bersimpan itu
telah disatukan
dan telah disahkan
oleh pemegang amanah.

Penulis: Neguai.
Penerbit: Lamanpahang

20130222

B24 Ilmu yang fardhu ain


Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu ain itu, ialat ilmu pengetahuan yang bakal mengenal asas tauhid yang dengan nya pula dapat diketahui zat Allah dan sifat-sifatnya. 

Juga dengannya dapat dituntut cara-cara beribadah, perkara halal dan haram dalam agama  yang dibolehkan dan dilarang didalam urusan hidup seharian

20130220

G06 Malim Yunus

malim yunus
@tok kilang
bin ayahnya adik beradik tok sharom (dia anak sedara benar), berketurunan bilal panai.

Sumber: NEGUAI2012


20130219

Pelajar UITM Jengka sukar cari saiz kasut

Seorang pelajar UITM Jengka Pahang didapati sukar mencari saiz kasut kerana memerlukan kasut saiz 14. Saiz ini disebabkan ketinggian Saudara Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar 20 tahun adalah 2.07 meter.


 
sumber gambar: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Saudara Mohd Azli berasal dari Gua Musang Kelantan. Menjadi pelajar ketiga tertinggi semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, Gua Musang, Kelantan ketika berusia 18 tahun pada tahun 2008.


Keratan akhbar Metro 19.2.2013

Ketinggian beliau sudah mengatasi rekod manusia tertinggi di Malaysia yang pernah dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, dari Seremban, Negeri Sembilan.

Siapakah keturunan asal  Saudara Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar. Adakah beliau keturunan Mat Kilau? Atau Tok Janggut? Atau Raja Jembal?


20130218

F9 Dialog dengan Si Polan


Ng;”dari mana” 

Pa/p7;”dekat sini je, p.ng ada?

Ng;”dalam rumah sembahyang asar, sambil tunggu awak”(koi pun menanyalah pada dia sebab itu kali pertama koi jumpa dia, soalan nya yang koi tanya , asal dia [ssilah].koi cuba teka diri dia beberapa kali  tapi semua salah, jadinya koi minta susur dia yang paling atas [teperanjat dia dengar pemintaan koi tu].

Pa/p.7; kata dan ceritanya;” syeh maulana ibrahim dan sunan ampel”. Dan dia tunjuk beberapa barang pada dia sebagai bukti. Koi Cuma tengok je, tak pegang pun dan koi suruh dia simpan je barang dia tu. Satu lagi nama yang dia beri adalah kiyai salleh dan sebab dia adalah waris nya. Apabila dia nampak p.ng  keluar dari rumah, terus dia memutuskan ceritanya tu dan bercerita bab lain. Koi diamkan je lah.
sumber gambar: cari-kubur-lama-pahang-5

Pemegang amanah/petugas.7;(johor)

20130216

H04 Berbahayanya menyendiri


Hadis dituturkan oleh ahmad dari ibnu umar bahawanya nabi saw melarang menyendiri:

“tidur sendiri dan bermusafir sendirian pula”.
(musnad,ll, halaman 91/kitab al-jihad/shahih al-bukhari,lv,halaman 80)

Dituturkan oleh al-bukhari dari ibnu umar, katanya berkata rasulullah saw:

”Kalau seandainya manusia ini tahu bagaimana berbahayanya menyendiri seperti apa yang aku ketahui, nescaya ia tidak akan mahu berjalan malam hari sendiri untuk selamanya”.(musnad,ll,halaman23,24,60,120/kitab al-adaboleh ibnu majah/sunan ibnu majah,11,halaman1239/sunan at-tarmidzi,111,halaman111)

Dituturkan oleh ahmad, dari abu hurairah, katanya:

“rasulullah saw, mengutuk kaum lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki, serta lelaki yang hidup membujang yang berkata bahawa ia tidak akan  kahwin dan wanita yang melacur yang menyatakan tidak mahu kahwin pula. Juga baginda melaknat penunggang kenderaan jauh secara sendirian dan yang tidur di rumah sendirian pula”.
(musnad,ll,halaman 186/al-muwatbtba,ll halaman978/kitab al-isti”dzan)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130215

B23 Keutamaan mengajar


Maksud dari At taubah:122.”hendakah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.”

Maksud dari Al baqarah:146.”ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedang mereka itu mengetahui.”

Maksud dari al baqarah:283.” Barang siapa menyembunyikannya, maka berdosalah hatinya.”
“sesungguhnya allah swt. Dan para malaikatnya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada dilubangnya dan ikan yu dilautan, semuanya memuhon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.”