INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130216

H04 Berbahayanya menyendiri


Hadis dituturkan oleh ahmad dari ibnu umar bahawanya nabi saw melarang menyendiri:

“tidur sendiri dan bermusafir sendirian pula”.
(musnad,ll, halaman 91/kitab al-jihad/shahih al-bukhari,lv,halaman 80)

Dituturkan oleh al-bukhari dari ibnu umar, katanya berkata rasulullah saw:

”Kalau seandainya manusia ini tahu bagaimana berbahayanya menyendiri seperti apa yang aku ketahui, nescaya ia tidak akan mahu berjalan malam hari sendiri untuk selamanya”.(musnad,ll,halaman23,24,60,120/kitab al-adaboleh ibnu majah/sunan ibnu majah,11,halaman1239/sunan at-tarmidzi,111,halaman111)

Dituturkan oleh ahmad, dari abu hurairah, katanya:

“rasulullah saw, mengutuk kaum lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki, serta lelaki yang hidup membujang yang berkata bahawa ia tidak akan  kahwin dan wanita yang melacur yang menyatakan tidak mahu kahwin pula. Juga baginda melaknat penunggang kenderaan jauh secara sendirian dan yang tidur di rumah sendirian pula”.
(musnad,ll,halaman 186/al-muwatbtba,ll halaman978/kitab al-isti”dzan)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

No comments: