-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130331

Kemalangan di Paya Pulai Temerloh Pahang.

Ini adalah gambar kemalangan yang dirakamkan di Persimpan Paya Pulai Temerloh. Berhampiran jejantas, berhampiran SK Paya pulai, berhampiran tapak pasar malam paya pulai, berhampiran surau paya pulai, berhampiran rumah murah paya pulai, berhampiran kedai barangan terpakai singapura dan berhampiran kedai basikal Nasir.
 01. Melihat
 02. Tersangkut
 03. Sibuk
 04. Tumbang
 05. Simpati
 06. Pecah
 07. Ingin membantu
 08. Tersadai
 09. Senget
10. Ketentuan Illahi.

J30 Keturunan Panglima Muda Kenaboi Undang Abdullah

saya tidak berkesempatan lagi menemui ayah long untuk bertanya mencari susur galor Panglima Muda yg anak cucunya berada di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak ...

pencarian ini bukan untuk menuntut hak, cuma menghimpun kembali keluarga yang terpisah, cuma merungkai pertanyaan, kebanyakan waris dilancang, lebu, bentong, raub dan budu serta temerloh adalah dari keturunan panglima muda ayah kepada undang abdullah...

panglima muda lok tidak mendapat pengesahan berapa orang anaknya dari isteri di Pahang,

isteri di kenaboi jelebu ada 4 orang anak iaitu
-yahya/jaya
-Abdullah
-paduka mat akit dan
maimunah ..
   
Thu 5-Apr-2012 18:49
Posted by:raja burhan jaapar

20130330

J29 tanah wakaf

assalamualaikum...

tuan,

selawat serta salam atas nabi jujungan kita dan salam untuk keluarganya serta sahabatnya dan tabi'i serta muslimin dan muslimat sekalian.

terima kasih atas teguran tuan.
saya akui, masih kurang jelas akan duduk perkara yang tersebut.

saya akan bawakan dan dapatkan perincian dari ayah long. dan bincangkan dengan beberapa ahli di Pahang ini. kerana saya masih tidak dapat mengumpulkan pemegang amanah yang masih menyuruk dikalangan ahli bait.

kemungkinan kita membicangkan perkara yang sama tetapi berlainan arah. saya lebih menjurus kepada, melepaskan perkara yang ahli waris dan semenda tidak tahu yang mereka telah langgar hukum.
berikutan perkara berbangkit;...

tanah kubur pada tahun 1600 (adalah tanah wakaf) dan diduduki oleh orang(waris) dengan kebenaran tetapi selepas 1948, tanah kubur ini telah menjadi hak milik anak kepada orang yang menduduki, dan selepas kematiannya, cucu dan cicit serta warisnya mendapat pesaka( dari tanah menurut undang-undang selepas 1948) berkenaan duduk perkara wakaf tanah kubur yang sekian lama telah atau dilupakan. dan sekiranya waris mereka menjual tanah tersebut, jual beli itu tidak sah dari hukum syarak. kejadian ini berlaku di Pahang depan mata.

yang mana selepas perjanjian 1948 semua tanah menjadi hak kerajaan negeri termasuklah tanah wakaf dan tanah kubur (itu menurut undang-undang dan dianggap tanah kosong dan boleh dipohon) tetapi saya cuba menjalaskan kedudukan dari segi hukum. dan mereka yang tidak mahu ambil tahu telah terlibat secara tidak langsung melanggar hukum islam.

tanah wakaf (tanah kubur atau wakaf lain yang ) tetap menjadi wakaf sampai bila-bila dan tidak boleh dihak milikkan.

wallahualam ..

inshallah bersambung dengan izin dalam muzakarah perkara ...
assalamualaikum.

Thu 5-Apr-2012 06:10

20130329

B29 Dzol bayan dan tok mengkarak


Dzol bayan@tok mengkarak[1]Khawin (-----).ada anak lima orang,
a] tok mengkarak[2]@nur kodim,b]tok adam,
c]imam muda mamat@keramat buntut pulau,
d]seri kampung dan e]seri pagi@bulan.

Kerata lama: Volkswagen 1200cc CD2466

Pada 13.7.2011 saya berkesempatan melihat sesi tawar menawar dan penerangan tentang kereta Volkswagen lama milik seorang guru di Maran. Guru tersebut masih dalam proses pembinaan semua kereta Volkswagen lama ini. Terdapat komponan kereta Volkswagen lama ini perlu diimport dari luar negara. Bagi menjaga kualiti dan nilai seni kereta Volkswagen lama ini, cikgu ini akan memastikan barangan yang dipasang adalah komponan 'ori'.

Kereta ini adalah milik Cikgu Ramli yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Maran pada masa sesi penerangan tersebut. Kalau sesiapa yang berminat dengan kereta Volkswagen lama milik Cikgu Ramli ini boleh mencari beliau di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

 01. Pada tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zundapp membangunkan "Auto fur Jedermann" (kereta untuk semua orang) dan itulah pertama kali nama Volkswagen digunakan.
 02. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zundapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair.
 03. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji
1. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.
 04. Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model "Volks-Wagen" ("Kereta Rakyat"). Ianya arahan membina kereta asas yang boleh digunakan untuk membawa dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj).
 05. Kereta Rakyat tersebut boleh dimiliki oleh rakyat Jerman Nazi dengan menyertai skim simpanan khas. Harga serendah 990 mark iaitu hampir sama dengan harga sebuah motosikal. Pendapatan purata rakyat Jerman adalah DM32 seminggu.
 06. Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, adalah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003.
 07. Nama "Beetle" dan "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah Volkswagen  menggunakan nama Beetle untuk pasaran Amerika Syarikat.
 08. Di Britain, Volkswagen tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200cc, 1300cc atau 1500cc. ini adalah nama yang digunakan di dalam pasaran Eropah.
 09. Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003). Volkswagen memperkenalkan model "New Beetle" yang dibina berasaskan platform Volkswagen Golf.
10.

VW Beetle dikenali dengan pelbagai nama di kebanyakan negara, biasanya merujuk kepada perkataan "kumbang" (beetle). Antaranya:

Agroga katak di Iraq
Bagge kumbang di Sweden
Bhamba datya di Zimbabwe
Bjalla di Iceland
Boble buih di Norway
Boblen buih di Denmark
Bogár kumbang di Hungary.
Broasca katak kecil di Romania
Brouk di Czech Republic
Buba di Croatia
Carocha di Portugal
Catch Fire di Nigeria
Cepillo Berus di Republik Dominika
Chrobák di Slovakia
Coccinelle kumbang di Haiti
Coccinelle kumbang di Perancis
Coccinelle atau ladybird di Belgium
con bo di Vietnam
Cucaracha  di Guatemala.
Cucarachita lipas kecil di Honduras.
Cucarron di Colombia.
Escarabajo kumbang di Paraguay
Escarabajo kumbang di Sepanyol dan Amerika Latin
Escarabajo di Ecuador
Escarabajo di Venezuela.
Escarabat  kumbang di Catalan
Folcika di Bosnia-Herzegovina
Foxi atau Foxy di Pakistan
Fusquinha  Di selatan Brazil
Fusca atau Fuscão di Brazil
Garbus bongkok di Poland
Hipushit kumbang di Israel
Hrošč in Slovenia
Ji Ké Chóng kumbang di China
Jin-guei che di Taiwan
Kabuto-mushi kumbang badak di Japan
Käfer di Jerman
Kaplumbağa kura-kura di Turki.
Kever di Belanda
khon-fesa di Mesir
Kifuu di Kenya
Kobe di Tanzania
Kodok di Indonesia
Kostenurka kura-kura di Bulgaria
kotseng kuba kereta bongkok di Filipina
Kuplavolkkari buih di Finland
Kura di Malaysia
Maggiolino di Italy
Mgongo wa Chura Belakang Katak  di Swahili
Moncho atau Escarabajo di Chile
Peta  kura-kura  di Bolivia
Põrnikas kumbang di Estonia
Rod Tao kura-kura di Thailand
Scathari di Yunani
Scoro-Scoro di Namibia
Pulguita kutu di Mexico
Vabalas di Lithuania
Vabole di Latvia
Volks Beetle ibba (kura-kura) di Sri Lanka
Volkswagen Bug
Volkswagen Sedan
Volky in Puerto Rico
Volla di Afrika Selatan
Weevil di Canada

J28 ENAM ORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA

Salam,

maka fahamilah oleh tuan hamba saudara neguai..

maka Tok Seguntang mengutus Tok Putih Tiga Beradik itu, apakah mereka datang bertemu dengan tuan hamba untuk suka-suka, atau mahu menyampaikan amnah dan amnat untuk duduk perkara ini, Lembaga Dato Nan Tujuh maseh bersidang untuk mengetahui dimana punca silapnya duduk perkara ini..

PERADAPAN MANUSIA...

Raja Alam Pagar Ruyong ketika ditemuai oleh rombongan kami berpesan jika dibangunkan KERAJAAN JELEBU, MAKA BANGUNKAN JUGA KERAJAAN PAGAR RUYONG dengan 56 buah Kerajaan Raja-Raja nya...

Kehadiran PUTERI LAUT SELATAN menemuai hamba menyampaikan hasrat untuk menemui anak cucu cicitnya di Tanah Jawi..

Malaikat nan Empat yang mengiringi Nabi Allah Adam A.S disoal oleh Allah SWT kenapa membiarkan Keturunan Nabi Allah Adam A.S di persendakan, malahan diantara malaikat nan empat itu berpaling pada Raja Iblis ( sebelumnya adalah Penghulu kepada Segala Malaikat )..

PUTERI BUIH dengan tugasnya...

Satu daripada Kaum Bunian berpaling tadah dan menyertai Raja Iblis...

maka apakah Tiga Tok Putih itu tidak menerangkannya kepada tuan hamba....

Yang hamba pinta hanya SATU PERKARA KEPADA ALLAH SWT, SEBELUM BUMI INI DIBELAH, BERHENTIKAN PERGERAKAN BUMI INI, DIMANA TURUN NABI ALLAH ISA kemudian Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Ibrahim..

mereka memohon DUNIA BARU..maka DUANI BARU YANG ADA DIDALAM KITAB AL QURAN NUR QARIIM cuma SYURGA DAN NERAKA..

maka tidak lagi disebut DUNIA BARU sejak teguran itu dibuat...

tugas hamba hanya jurutulis, maka tugas tuan hamba, tuan hamba jualah yang tahu....

ENAM ORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA diberi NAMA RAHMAN ATAS NAMA ALLAH SWT untuk mengurus dan mentadbir negara dan negeri ini, tetapi bukan untuk dijual dan dimiliki untuk diri sendiri dan kroni demi kepentingan peribadi dan politik,

banyak penswastaan dibuat tetapi siapa yang memilikinya, sedangkan TUJUH SYARAT PEMBERIAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU, semua hasil bumi dimiliki oleh negara untuk hamba rakyatnya...

maka nama RAHMAN itu disemak semula
R = TENGKU ABDUL RAHMAN
A = ABDUL RAZAK
H = HUSSEIN ONN
M = MAHATHIR
A = ABDULLAH
N = NAJIB

Maka Allah Tinggi memutuskan N itu TITIK ATAU NOKTAH, maka tidak hairanlah pergolakan POLITIK TANAHAIR SEKARANG INI BERGELORA...

tetapi PERINGATAN TELAH DISAMPAIKAN KEPADA
-RAJA-RAJA MELAYU,
-MUFTI,
-JABATAN AGAMA NEGERI,
-MENTERI BESAR,
-ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA,.
-POLIS DIRAJA MALAYSIA,
-DATO UNDANG NAN EMPAT,
-DATO DATO LEMBAGA TIANG BALAI...

tugas hamba kini berundur, kerana Dato Lembaga Nan Tujuh Bersidang, Maka Dato Seguntang telah nmenyampaikan isyarat melalui Tok Putih Tiga Beradik itu kepada tuan hamba..

wassallam.    

Mon 2-Apr-2012 16:51
Posted by:Tengku Arian Kirana

H12 meninggalkan solat

Seperti mana al-quran dikuniakan kepada
Rasulullah dan umatnya oleh Allah,
bergitu juga  keadaannya yang sepatutnya terjadi
kepada solat (sembahyang),
kerana solat
telah dikuniakan oleh Allah,
khas kepada Rasulullah dan
umatnya dan
tidak pada umat yang lain.

Maka meninggalkan solat
samalah seperti
memperkecilkan
kuniaan Allah dan
memperkecilkan Rasulullah.


Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130328

J26 Tok Pateh dan Tok Temenggung

Salam,

maka begitulah akan halnya Raja Burhan Jaafar untuk mencari warisnya, dari Dato Undang Abdullah,..

dimana anak Dato Undang Abdullah, yang lelakinya akan membawa diri dan terus menghilang sementara anak perempuan pula akan berkahwin dengan lelaki dari luar ( orang menyemenda ) maka anaknya akan masuk waris dan akan menerima nasib yang sama, bila dibongkar maka akan timbul keraguan/ketakutan yang kita tidak pasti ataupun terus dilupakan.

Maka Peristiwa Melawat Raja Alam Pagar Ruyong, adalah kehendak dan peraturan Alam Tinggi atas Perintah Allah SWT, melawat Raja Alam siapakah dia, sebenar dan disini Sah Alam Raja Sari ( Satu Hari ) menemui Keris Raja Alam dan Tongkat Rotan Melilit Awam..

ditemani Dato Penghulu Bungso Istana Puteri Lindungan Bulan ( Istana Asal ) yang dijaga oleh NENEK LIDAH HITAM, yang dikawal oleh Pawang Di Raja Sg Ujong serta Panglima Sembilan yang mengiringi Waris Raja Melaka, semua dilihat dalam pandangan Kebathinan ( Alam Tinggi ) zahir atas Perintah Allah SWT.

Maka peraturan Adat Perpateh disana Pertelanggahan Adat antara Perpateh dan Twemenggung diselesaikan disebuah tempat dinamakan BATU BERTIKAM,

dimana Dato Paling Pandai menikan BATU BERLUBANG DENGAN KERIS..

tujuan Alam Tinggi mengaturkannya di Tanah Jawi dengan Tuntutan Hak Keris Panjang Imam Perang Di Letakkan Di Atas Al Quran Nur Qariim,

Bongkok akan sarung
Senjata Makan Tuan
Agar Keris itu Mencari Sasaran..

di Tanah Jawi ADAT MANUSIA DIATUR OLEH TOK PATEH DAN TOK TEMENGGUNG .. maka MOYANG PANDAI akan merngaturkan nya...

Pertelagahan Adat Bathin Moyang Angsa dan Bathin Moyang Delapan adalah Perbumi Tanah Jawi...

Hak Orang Hak Orang,
Hak Kita Hak Kita,
Hak Orang Kita Tak Nak,
Hak Kita Jangan Diberi Lagi Pada Orang...

Kata Tok Pateh,
kalau menghalau Ular yang menyusur akar,
gunakan tongkat, dan
berhati-hati,
Memukul ular tidak mati ular itu,
Akan Pokok Tidak Rosak,
agar pokok tidak pula mati,
Tanah pula tidak rosak
kerana hentakan tongkat,
dan ular itu tidak pula mati
kerana dipukul oleh kita..
itu kata Tok Pateh,

kata Tok Temenggung,
meyelak rambut dalam tepung,
rambut tidak putus,
dan tepung tidak berselerakkan..

maka ketepatan Alam Tinggi Beritahu Hantar Surat, jangan pergi mengamuk dan buat demontrasi jalanan..ikut peraturannya,

kerana Hak Yang Meghukum Adalah Hak Allah SWT..

salam    

Mon 2-Apr-2012 05:57
Posted by:Tengku Arian Kirana

20130327

J25 Sistem Temenggung dan Sistem Perpateh

Salam.

mungkin tuan hamba tidak memahami apa yang telah dijelaskan seperti diatas, Untuk duduk perkara ini,

Dalam Sistem Temenggung, Sekiranya tuan hamba Raja, maka anak tuan hamba layaK dan mewarisi tahta dan menjadi Raja,

dalam Sistem Perpateh pula ialah Adik Perempuan tuan hamba tak kira ianya berkahwin dengan sesiapa orang luar, Amerika ke, Mesir Ke, Indonesia ke, maka Anak saudara ( anak adik perempuan ) tuan hambalah yang akan menjadi Raja, iaitu Dato Undang, dan begitulah seterusnya jatuh kepada adik-adik perempuan, yang Lelaki akan terus hilang...

maka berpesanlah Orang-Orang Pagar Ruyong Dato Gombah dan Dato Ketemenggungan, hendahlak kamu berpegang pada adat

BIAR MATI ADAT
JANGAN MATI ANAK

sampai kebila pun hak tuan hamba sebagai saudara lelaki ( tali darah akan terus hilang dan hilang ).

Cucu tuan hamba juga nanti pun sama sebelah perempuan yang berkahwin dengan lelaki luar, cicit itu pula akan menjadi Raja...

mungkin dengan ini tuan hamba akan memahami akan duduk perkara itu, Bukan hamba menuntut hak tetapi minta ianya diperbetulkan..

NABI ALLAH ADAM A.S telah beramanah, tidak aku begelar RAJA DUNIA, cukuplah anak cucu cicit kan dalam peliharaan mu Ya Allah...

Murka Allah SWT bila mana Raja Iblis menuntut menjadi RAJA DUNIA, dan Allah SWT bertanya kepada Malaikat Nan Empat yang mengiringi Nabi Allah Adam A.S...

seraya bertanya apa kamu Malaikat Nan Empat telah lakukan sehingga Nabi Allah Adam A.S dan ank cucu cicitnya dicabar oleh Raja Iblis...

Maka Malaikat Nan Empat berdiam Diri.....

maka
MANUSIA MENGAKU KELUAR DARI TANAH
MEREKA LUPA YANG MEREKA KELUAR DARI RAHIM IBU MEREKA

bila mereka boleh berkata-kata bernafas berjalan memandang mendengar melihat dan diberi pinjam akan kudrat akan dua puluh sifat Allah SWT, mereka manusia lupa KONTRAK MEREKA MENJADI MANUSIA DIMUKA BUMI ALLAH SWT ini...

kerana
AKAL DAN ILMU
mereka gunakan
CERDIK TIDAK BOLEH DIIKUT
(KERANA PANDAI UNTUK MENIPU)
BODOH TIDAK BOLEH DIAJAR
(KERANA TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT DAN KEBENARAN)

mereka lupa dan terus dilupakan dan pintu hati mereka akan terus ditutpkan sehingga semua KEBATHILAN nampak Indah, dan Kebenaran menjadi KETAKUTAN untuk menyatakan YANG HAK..

Maka Allah SWT telah menentukan tempat-tempat mereka, MEREKA MANUSIA AKAN MENGAKU UMAT MOHAMMAD, tetapi adakah NABI MOHAMMAD mahu menerima mereka manusia, selepas segala kebenaran dibungkar dan mereka tidak mahu memperbetulkannya dan kembali kepada KEBENARAN KITAB AL QURAN NUR QARIIM..

siapalah hamba hanya seorang jurutulis dan menyampaikan AMANAT AMANAH ALAM TINGGI...

wassallam.    

Sun 1-Apr-2012 15:56
Posted by:Tengku Arian Kirana

G11 Tanjung Besar

*Satu kawasan kampung
atau tempat bermukim di Hulu Pahang.
disitu tempatnya mempelajari ilmu persilatan
dan pengajian islam secara bersuluh suatu masa dahulu.

* bermaksud kepada semenanjung tanah melayu
(tanah melayu adalah sebuah tanjung dihujung tanah besar yang berpemerintahan kesultanan).

Sumber: NEGUAI2012


JPAM Kuantan hantar ular ke Mini Zoo Teruntum Kuantan

Pada 24hb Mac 2013 (Ahad), pengunjung ke Mini Zoo Teruntum Kuantan berpeluang melihat kerja-kerja penghantaran ular-ular yang ditangkap oleh Jabatan pertahanan Awam (JPAM) Kuantan. Ular tersebut diserahkan ke Rumah Ular Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk jagaan.

Kalau sesiapa yang ada masalah dengan ular ditempat masing-masing segeralah minta bantuan JPAM Kuantan. Mereka akan menangkap ular tersebut. Ular yang ditangkap akan disimpan dan di pamirkan di Mini Zoo Teruntum Kuantan. Jadinya 'tuan asal' ular tersebut boleh sentiasa berkunjung ke Mini Zoo Teruntuk untuk melihat ular 'kesayangan' yang ditangkap di tempat mereka.

 01. Ular dipindahka kedalam kandang ular di Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 02. Ular yang telah disediakan untuk dimasukkan kedalam rumah ular Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 03. kakitangan JPAM Kuantan sedang membawa karung yang berisi ular yang telah ditangkap oleh mereka.
 04. Memeriksa keadaan ular yang ditangkap sebelum dimasukkan dalam Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 05. karung-karung guni yang berisi ular yang sedang menunggu giliran dimasukkan kedalam kandang mengijuk jenis ular.
 06. Ular hitam berjalur kuning yang telah ditangkap dan akan di pindahkan dalam kandang ular  Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 07. Kerja memindahkan ular ke dalam kandang masing-masing dilakukan dengan berhati-hati.
 08. Ada juga yang dilepaskan ke kawasan semak dalam kawasan Mini Zoo teruntum Kuantan.
 09. Kerja memindah ini diawasai sarjan JPAM yang berpengalaman.
 10. Koleksi ular yang paling banyak adalah ular hitam. Ada yang cuba memanjat keluar dari kandang tetapi sentiasa gagal.
 11. berkunjunglah ke Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk melihat ular hidup. Untuk melihat ular mati kita boleh temui dijalan-jalan raya kerana dilangar oleh kenderaan.
12. kalau sesiapa yang berminat dengan ular boleh sertai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan. Tetapi bagi sesiapa yang minat 'meng-ular' datuk/dato/datin/tuan/puan/cik kena 'jawad di akhirat'.

Sebelum terlupa, yang dilepaskan ke kawasan semak dalam kawasan Mini Zoo teruntum Kuantan bukan ular tetapi musang.

Pageviews 27.3.2013

Pageviews today 447
Pageviews yesterday 456
Pageviews last month 11,367
Pageviews all time history 117,296

20130326

Pageviews 26.3.2013

Pageviews today 121
Pageviews yesterday 456
Pageviews last month 11,041
Pageviews all time history 116,970

J24 pusaka amanah dan pusaka mutlak

assalamualaikum..tuan,
neguai.

hanya kepada jauhari yang mengenal manikam.
kerana dia yang tahu duduk nya perkara.

dalam bab hukum, jelas letaknya
dalam bab adat, saya tak berilmu

sedikit yang saya inginkan pengesahan...
adat itu amanah atau mutlak.

sekiranya amanah, mereka betul.
sekiranya mutlak, mereka perlu rujuk kepada piagam madinah.(al-quran dan al-hadis)

yang perlu diperjelaskan,
yang mana pusaka amanah dan
yang mana pusaka mutlak

kerana yang amanah dibolehkan, digunakan(hasilnya boleh diambil dengan kebenaran) tetapi tidak boleh dimiliki( teras hak pusakanya)
harap maaf,

jika ini telah melanggar tata adat bercakap...
yang baik itu dari Allah jua dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...

hanya Allah yang maha pengampun dan maha penyang. kepadaNYAlah tempat memohon. moga diampunkan segala yang tersilap.

wallahualam...inshaallah...    

Sun 1-Apr-2012 04:16

20130325

J23 Hukum Kata Adat - Adat Bersendikan Hukum - Hukum Bersendikan Syarat

Didalam Akhbar Utusan Malaysia tidak beberapa lama dahulu, DYMM Sultan Johor telah meminta Ajaran Adat Perpateh disemak semula, tetapi dibawah Lembaga Adat Jelebu, Hak Jelebu hanya boleh dibicarakan melalui Adat Di Jelebu,

Yang Di Tuntut Keris Panjang Imam Perang Di Letakkan Di Atas Al Quran Nur Qariim

mengikut Kata Hukum Kata Adat,
Adat Bersendikan Hukum
Hukum Bersendikan Syarat,
Maka Kitab Al Quran Nur Qarim adalah jalan penyelesaian,

Bongkok Makan Sarung
Senjata Makan Tuan

Kiranya Keris itu membunuh maka tangkaplah keris itu, dan jika itu dikata syirik, kita sepak sahaja Kitab Al Quran Nur Qariim itu,
Jabatan Agama, Mufti-mufti tidak mengulas kerana
ARAHAN KEMAM MULUT,
BERCAKAP DALAM MULUT
dikuatkuasakan oleh Alam Tinggi...

Mana Peguam-Peguam Muslim yang mengaku berpegang teguh dengan Agama Islam, serta bercakap mendabek dada mengaku Islam dan Muslim....

Begitu jua dengan Arahan Alam Tinggi untuk menaikkan Waris Raja Melaka..

Hanya Perintah Allah SWT Yang Maha Mengetahui kerana harta harta Raja Melaka dibawa ke England perlu dipulangkan kembali untuk menebus semua Tanah Melayu yang terjual dan tergadai, kerana kerakusan POLITIK DAN KEPENTINGAN KEPARTIAN...

Moga Allah SWT menunaikan janjinya Perhimpunan Padang Masyar itu diadakan TUNTUTAN HAK PERJANJIAN GUNUNG PERTEMUAN..

Wassallam.    

Fri 30-Mar-2012 16:41
Posted by:Tengku Arian Kirana

20130324

J22 hukum pesaka kepada anak yatim

assalamualaikum... tuan,
neguai.

hukum pesaka kepada anak yatim...wajib di tunaikan (dikembalikannya hak miliknya oleh pemengang amanah atau pemerintah walaupun dah beribu tahun)

jika diketahui dan
jika tidak diketahui

pesaka itu
tidak boleh digunakan,
tidak boleh dipinjamkan. dan
jika harta itu digunakan (diperniagakan), keuntungan dari perniagaan nya adalah menjadi hak sianak yatim.

hak sipemegang amanah adalah sekadar upah untuk menampong rezeki hidupnya sahaja. dan tugasnya mencari mengesahkan dan menjalankan penyerahkan pesaka berserta keuntungannya sekali kepada anak yatim dan pewarisnya.

jika penyerahan itu tidak tunaikan (dijalankan) diatas muka bumi ini (sekarang ini). hak pesaka itu akan dijalankan diakhirat. tiada pengkecualian atas manusia (pemegang amanah)... rujuk bab pesaka dan hak wajib anak yatim islam.

rujuk cerita dan tafsiran dari pertemuan nabi musa dan nabi khadir;

1] nabi khadir menokek/merosakkan kapal yang ditumpanginya bagi mengelak dirampas oleh raja yang zalim. kerana yang elok disangka semuanya haknya.

2] memenggal budak yang bila besarnya akan menyebabkan ia mendahaka kepada kedua ibubapanya. dan allah akan menggantikan dari anak dan zuriat yang lebih baik dari sebelumnya.

3] membina/memulihkan rumah yang telah runtuh, yang mana dibawah rumah itu tersimpan harta anak yatim, pemilik rumah tersebut.

inshaallah...bersambung...wallahualam...asslamualaikum.    

Fri 30-Mar-2012 00:25

20130323

Membaca Surah Al-Fatihah 6 ayat

Pada beberapa minggu jumaat yang lepas satu kejadian telah ditunjukkan oleh Allah SWT. Pada suatu sembanyang Jumaat pada bulan Februari 2013, Semasa rakaat kedua, Imam telah membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 6 ayat sahaja. Satu ayat telah dilupakan dengan kehendak Allah SWT. Orang-orang dibelakang imam juga tidak sedar iman membaca Surah Al-Fatihah 6 ayat sahaja.

 01.
 Tiada siapa sedar sehingga selesai solat Jumaat. Seperti kebiasaannya ada yang tidak tunggu imam membaca doa. Terus bertebaran mungkin untuk minum cendol atau lain-lain hal yang amat mustahak.
 02.
 Belum sempat sampai bacaan doa barulah ada yang tersedar bahawa imam telah baca surah Al-Fatihah 6 ayat sahaja. Maka terus dilakukan sujud sahwi. Setelah selesai barulah dimaklum Imam Besar apa yang terjadi. Ada ramai yang tidak mengikut imam untuk melakukan sujud sahwi kerana ingatkan solat hajat.
 03.
 Selama beberapa minggu saya bertanya dibeberapa tempat tentang masalah ini. Bukan nak dipertikaikan macam mana imam boleh lupa. Tetapi apakah tanda yang diberikan oleh Allah SWT melalu perkara ini.
04.
Berikut adalah tafsiran Surah Al-Fatihah:
1
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4
Yang menguasai di Hari Pembalasan
5
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Ayat yang dilupakan supata tidak dibaca oleh imam adalah ayat 6 yang bermaksud "Tunjukilah kami jalan yang lurus," Terkejut sungguh saya apabila menyedari apa yang sebenarnya tidak diminta atau tidak dibaca oleh imam pada hari tersebut. Kita seolah-olah tidak meminta supaya Allah SWT "Tunjukilah kami jalan yang lurus,"

Apakah selama ini kita berada dijalan yang tidak lurus. Kita mengakui bahawa "Hanya Allah SWT yang kita sembah, dan hanya kepada Allah SWT kita meminta pertolongan.". Kita minta diberikan jalan orang-orang yang telah Allah SWT beri ni'mat bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Kita terlupa meminta ditunjukkan jalan yang lurus. Kita akan mendapat apa yang kita minta pada Allah SWT tetapi kita diberikan jalan yang bangkang-bangkok. Jalann yang boleh menyebabkan ramai yang tidak tahan dugaan.

Apakah benar kita kini berada dijalan yang bangkang-bengkok.

Apakah kehendak Allah SWT setelah kita mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah? 

Apakah Perang Paderi menjadikan kita semakai jauh kepada Allah SWT.
Apakah Perang Lahad Datu menjadikan kita makin hampir kepada Allah SWT.
Apakah Allah SWT kita letakkan ditempat yang sepatutnya?

H11 Sembahyang



“dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang, maka berzikirlah kepada allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.” (an-nisa: 103)

“sesungguhnya sembahyang itu merupakan kewajipan yang ditentukan atas kaum mu’minin.” (an-nisa: 103)

 “dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingati ku.” (taha:14)

 baginda pernah ditanya: apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: “ sembahyang pada waktunya.”

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

J21 Si Hamba, Si Merdeka dan Si Amanah

asalamualaikum...tuan,
neguai.

hukum orang hamba sahaya (hak pemilikan hamba)...
adalah mutlak dibawah pemiliknya (tuannya).

hukum orang merdeka...
dikembalikan haknya,
yang mana dirinya dan hartanya dan juga maruah mertabatnya yang telah dirampas dahulu.

hukum orang pemegang amanah...
menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawab kepadanya.
yang mana orang ini menerima tugasnya dengan bersumpah dan dalam hukum mereka yang lalai dan bengkok dalam beramanahnya(sebagai pengamanah), neraka jahanamlah tempatnya.
k
epada mereka yang, ingat lah... rujuk perincian bab hukum islam dalam perkara ini.

wallahualam... assalamualaikum... inshaallah bersambung...
   
Thu 29-Mar-2012 05:56

20130322

B28 Zainal Abidin, Imam Bonjol dan Bayan


28
 Sultan Zainal abidin Melalui
isteri 1; anak bernama tok lah dan tok drauf
isteri 2; anak bernama yusuf

{telah bersemenda oleh waris imam bongjol}
Mukim osman bin imam rok bin imam maazi bin imam tahir bin imam jabeh bin imam lang bin imam bongjol.

##adik perempuan (-----) khawin dengan gurunya syekh nur bayan. Ada anak, dzol bayan@tok mengkarak/tun derma putra[1]
*nur bayan  ini ayah nya arab(ahli bait) dan ibunya (-----).

Lahat Datu dan Sabah: Kesan dan cabaran terhadap ancaman keselamatan negara Malaysia

 01. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan pada 21.3.2013.

Apa yang nak diceritakan ini bukanlah cerita benar-benar. Inilah adalah cerita kedai kopi. Melalui beberapa cebisan fakta kisah  Lahad datu ini dijadikan cerita pandek atau cerpen atau dongeng  atau hikayat. Apa yang ingin disampaikan adalah intipati ceritanya untuk diambil ikhtibar oleh semua rakyat di Nusangtara.

Pada 11 Februari 2013 berlaku salah satu pertempuran bersejarah antara Malaysai dan Filipina.

 02.Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan

 Peristiwa seakan-akan turut berlaku antara Malaysia dengan Thailand dan Singapura. Juga berlaku antara Malaysia dengan Indobesia. Kemuncak perbalahan antara Malaysia dan Indonesia bermula jam 10 pagi pada 20 Januari 1963 setelah Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio isytiharkan pendirian kerajaan Indonesia untuk bermusuhan dengan Malaysia. Kini sudah lebih 40 tahun berlalu.Perselisihan sebegini ini tidak dapat dielakkan dalam keluarga besar negara-negara di Nusantara. Nusantara ini kononnya bermaksud negeri-negeri antara dua benua iaitu Benua India dan Benua China.

 03. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Pada 11 Februari 2013 berlaku salah satu pertempuran bersejarah antara Malaysai dan Filipina. Tetapi bukan dengan Kerajaan Filipina tetapi dengan satu puak di kepulauan Sulu.Agama Islam paling awal ke wilayah kepulauan Sulu berbanding pulau-pulau lain di Filipina.

 05. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Kerana Dunia Islam lebih banyak menyebut tentang riwayat Ahlul Bait yang mengasas Kesultanan Sulu. Pengislaman secara meluas telah dilakukan oleh para Ahlul Bait berikut:
1. Tuan Masha’ika dan Tuan Maqbalu pada 710 H bersamaan 1310 M (sezaman dengan Batu Bersurat Terengganu 1303)
2. Karimul Makhdum (Tuan Syarif Aulia) dan Makhdum Aminullah (Sayyid Un-Nikab)
3. Raja Baguinda (Dari Minangkabau Sumatera)
4. Sayyid Abu Bakar (Syariful Hasyim) Pengasas Kesultanan Sulu bermula 1450 atau 1457 M.
5. Syed Alawi Balpaki ( Datang 1735 M)

 06. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Sayyid Abu Bakar adalah Sultan Sulu yang pertama dan memakai gelaran Sultan Syariful Hasyim. Sebelum Sayyid Abu Bakar ke Sulu, Sayyid Abu Bakar telah ke Melaka di masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dalam tahun 1456 -1477 M.  Turut dibawa adalah kitab Ad-Durr Al-Manzum (Karangan Abu Ishak As-Syirazi). Lepas Melaka Sayyid Abu Bakar ke Palembang kemudian ke Brunei dan akhirnya sampai di Sulu.

 07. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Di Sulu Sayyid Abu Bakar berkahwin dengan anak Raja Baguinda yang bernama Paramisuli. Seterusnya diangkat menjadi Sultan. Maka ditetapkan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Sulu. Beliau berjaya mengislamkan ramai orang Tausug yang tinggal di pantai Baklaya, Taguimaha dan orang Tausug di pergunungan Buburanun.

 08. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan.

Sebagaimana kekeliruan tentang penggelaran makhdum, kekeliruan juga turut berlaku pada penggelaran Sayyid @ Syed atau Syarif @ Sharif (Salip).

Dalam konteks masyarakat Moro Sulu, gelaran
-Sayyid (keturunan dari Sayyidina Hussein r.a.) dan
-Syarif (keturunan dari Sayyidina Hassan r.a.)

09. Gambar semasa Program Wacana Ilmu di Yayasan Pahang Kuantan
pada 21.3.2013.

Orang Sulu hanya memanggil Syarif (Salip) kepada kesemua kalangan Ahlul Bait yang berdakwah ke Sulu. Masyarakat Alam Melayu (Tanah Melayu, Indonesia, Brunei atau Pattani) mereka membezakan keturunan Sayyidina Hussein r.a. dengan gelaran Syed, Sayyid atau Habib manakala keturunan Sayyidina Hassan r.a. digelar Syarif.

Di Malaysia kita biasa mendengar nama-nama yang bermula dengan Nik, Wan, Tuan, Abang (Sarawak), Meor yang juga dikaitkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saw.Apakah amanah dan tugas yang dipegang dan perlu dijalankan oleh orang Sulu ini di Sulu. Bukankan tugas mereka mengembangkan Islam di Filipina. Apa yang telah mereka lakukan selama ini? Adakah mereka nak mengembangkan Islam di Sabah.

Atau dari sudut lainnya.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bersambung kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.)telah sampai di Tanah Melayu (Kelantan) tahun 1349.Isteri pertama Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang), mendapat anak:
- Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo)
- Siti Aisyah.

Isteri kedua Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah Ramawati puteri kepada Raja Champa (Sultan Zainol Abidin) dengan Permaisuri Siti Zubaidah, mendapat anak:
- Ibrahim Asmaro.

Isteri ketiga Saiyid Hussein telah Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah beroleh seorang anak
- Ali Nurul Alam.
--Menjadi Patih Aria Gajah Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan.
--Menjadi Sultan Qunbul, Sultan di Patani Darussalam.

Isteri keempat Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah puteri Diraja Johor. Antara anaknya bersama isteri ini adalah:-Syarif Muhammad Kebungsuan. (anak bungsu). Syarif Muhammad telah dihantar ke Mindanao/Sulu (Filipina) yang seterusnya membangunkan Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina). Salah seorang dari abang
Syarif Muhammad menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Apakah amanah dan tugas yang dipegang dan perlu dijalankan oleh orang Sulu ini di Sulu. Bukankan tugas mereka mengembangkan Islam di Filipina. Apa yang telah mereka lakukan selama ini? Adakah mereka nak mengembangkan Islam di Sabah.

Cahaya Islam itu datang ke Sulu adalah atas usaha para Ahlul Bait. Mereka ditanamkan dengan semangat jihad yang tiada dalam agama asal. Para ulamak Ahlul Bait membawa kalimah tauhid ke hati-hati orang Tausug itu walaupun para ulamak itu telah pergi meninggalkan mereka namun semangat mempertahankan aqidah mereka tetap dipertahankan. Semangat mereka menakutkan bangsa-bangsa penjajah yang datang menjajah negara dan akidah mereka.

Sultan-sultan Sulu dan berusaha kekalkan semangat kepimpinan para makhdumin ini di Sulu hingga ke hari akhir-akhir ini. Mereka akhirnya dapat dilamahkan oleh egen-egen penjajah dengan mencetuskan perang moden ke atas bangsa Sulu. Mereka jadi pelarian dirantau sendiri. Mereka kehilangan arah mencari pemimpin yang sebenar. Peristiharan undang-undang tentera oleh Ferdinand Marcos berjaya 'meleperkan' Kesultanan Sulu yang  seolah-olahnya telah terhapus di Kepulauan Sulu.

Apakah amanah dan tugas yang dipegang dan perlu dijalankan oleh orang Sulu ini di Sulu. Bukankan tugas mereka mengembangkan Islam di Filipina. Apa yang telah mereka lakukan selama ini? Adakah mereka nak mengembangkan Islam di Sabah.

Siapakah yang hilang punca dalam cerita pandek ini?

Yang penting kita kita telah bantu setakat yang mampu. Setelah sampai hadnya, Kerajaan Malaysia terpaksa berusaha mempertahankan amanah yang diterima. Amanah yang diterima dari Allah SWT adalah untuk Kerajaan Malaysia menjaga kedaulatan Islam di Sabah.Perkara inilah yang tidak mampu dijalankan oleh Orang Sulu di akhir-akhir ini. Apabila keturunan Para ulamak Ahlul Bait mengamanahkan tugas berat kepada pemimpin Orang Sulu ini untuk terus mengembangkan Islam di Filipin, apakah yang mereka lakukan.

Mungkinkan cerita perang paderi tidak ada makna atau tidak dipelajari oleh mereka atau kita semua? Apakah kaitan ini dengan Perang Salib?

Akhir sekali berbalik kepada tajuk "Lahat Datu: Kesan dan cabaran terhadap ancaman keselamatan negara."
Apakah kesannya kepada Malaysia - lihat Perang Paderi.
Apakan cabarannya kepada Malaysia - lihat Perang Paderi.
Apakah ancamannya kepada Malaysia - lihat Indonesia selepas Perang Paderi.

Apakah Perang Paderi - lihat DISINI. harimau-nan-salapan-pemimpin-perang-paderi

Apakah amanah dan tugas yang dipegang oleh kita semua. Setelah mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah?
------------------------------
Tajuk yang mungkin anda minat:

1. Bagaimana kaitan penghapusan ISA dengan kesan dan cabaran terhadap ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.
2. Kenapa negara-negara lain menghantar kelengkapan perang masing-masing berhampiran dengan Sulu dan Sabah.
3. Kenapa ianya seolah-seolah dirancang berlaku sekarang dalam keadaan Malaysia dan Filipina akan menghadapi pilihanraya.