INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130322

J20 Hilangnya seluruh keturunan Moyang Salleh

Bathin Moyang Angsa ( Dato Lembaga Senara Angsa ) tugas lembaga adat memilih benih ( Bakal Raja - Undang Dato - bilamana mangkat Dato Undang )

Moyang Angsa Bersepupu dengan Bathin Moyang Delapan ( Dato Raja Penghulu Raja Delapan - Perut Menyandang Dato Undang - Raja - sekarang disebut Dato Raja Penghulu )

Bathin Moyang Angsa berkahwin dengan Dato Gamboh - Pagar Ruyong. manakala Bathin Moyang Delapan berkahwin dengan Melayu Asli peribumi dan anaknya Moyang Salleh - hanya bergelar Penghulu ketika itu,

bilamana datang Dato Mentunggang - Pagar Ruyong telah mengubah sistem Adat Temenggung menjadi Adat Perpatih ..

Dalam Catitan di Pejabat Daerah Jelebu dinyatakan Bahawa Dato Mentunggang adalah
-Undang Jelebu Yang Pertama,
-Dato Gombah Dato Undang Jelebu kedua,
-Moyang Salleh Dato Undang Ketiga..

agak janggal kerana gelaran Undang Luak hanya bermula bilamana PERISTIWA MEMUTUS TALI KE JOHOR, oleh Penghulu Jelebu ketika itu Moyang Salleh dan kemudian tidak bernaung dibawah Johor dan bergelar Dato Undang Luak Jelebu, Sultan Maharaja Di Raja Allif Sultan Jelebu...

kerana amanat pesaka turun temurun, Moyang Salleh mengambil Raja Pagar Ruyong yang pertama tetapi telah mangkat dalam perjalanan, sejak itu Moyang Salleh tidak mengundang lagi Raja dari Pagar Ruyong.

Dari Tali Benih ( darah mengalir Moyang Salleh ) dan Tali Tanah ( perut Ibu Mengandung dari Bathin Moyang Angsa )...

bila Moyang Salleh Ghaib jasad naik kelangit ( di kampong Mengkan ) maka jawatan undang luak disandang oleh pesaka sebelah perut ibu - mengikut adat perpatih.

maka seluruh keturunan Moyang Salleh hilang tanpa diketahui susur galur nya. Orang luar lelaki yang berkahwing dengan perempuan yang berpesaka waris layak untuk mendapatkan jawatan undang luak.

Waimma ianya bukan bangsa melayu, bila berkahwin ( menyemenda - lelaki ) dengan waris menyandang perempuan maka anak mereka layak untuk menjadi undang dato, maka pupuslah darah mengalir temenggung...

Sebagai jejuak panglima adat dibawah Dato Angsa - teguran dibuat kerana kekhilafan pada adat membuang Waris Memperang kerana dalam jalur Waris Moyang Salleh, dalam tali benih lelaki temenggung diguna pada Waris Lelaki Memeliha dan Waris Perempuan Menyandang. maka teguran hamba lakukan atas PERINTAH ALLAM TINGGI,

untuk diperbetulkan SALAH LAKU SALAH LAKU ADAT,

memang benar TIDAK BOLEH MENGECAU RABA LUBUK ORANG, kata Adat, tetapi hamba dari perut Ibu dan perut Bapa bertanya, SIAPAKAH YANG MENGECAU RABA ADAT DIJELEBU SEBELUM KEDATANGAN ADAT PERPATIH ini.,,

HAK ORANG
HAK ORANG
HAK KITA
HAK KITA

biar kita beradat dan ADAKAN KEMBALI UPACARA MENJUNJUNG SEMBAH KEBAWAH KAUS UNDANG JELEBU. dan hamba akan mengambil tempat hamba sebagai Jejuak Panglima Adat, untuk kita ulang tayang PERISTIWA TAHUN 1986, dimana Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan itu ambil tempatnya sendiri, dan keris panjang Imam Perang diletakkan diatas Al Quran Nur Qariim,

kiranya kita mengaku umat Muhammad dan berpegang teguh pada Kitab Al Quran Nur Qariim sebagai sandaran,

bukan kita bermaksud untuk menjatuhkan tetapi untuk memberitahu pada umum agar:

HAK MELAYU PERIBUMI PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,
HAK ISTIMEWA MELAYU PERIBUMI,
KETUANAN MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU

terjamin dan membolihkan masyarakat umum menilai diri dan tidak berbantak kerena mereka berebut kuasa pangkat nama dan kedudukan, sehingga mencabar Ketuanan Melayu.

wassallam    

Wed 28-Mar-2012 06:19
Posted by:Tengku Arian Kirana

No comments: