INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130328

J26 Tok Pateh dan Tok Temenggung

Salam,

maka begitulah akan halnya Raja Burhan Jaafar untuk mencari warisnya, dari Dato Undang Abdullah,..

dimana anak Dato Undang Abdullah, yang lelakinya akan membawa diri dan terus menghilang sementara anak perempuan pula akan berkahwin dengan lelaki dari luar ( orang menyemenda ) maka anaknya akan masuk waris dan akan menerima nasib yang sama, bila dibongkar maka akan timbul keraguan/ketakutan yang kita tidak pasti ataupun terus dilupakan.

Maka Peristiwa Melawat Raja Alam Pagar Ruyong, adalah kehendak dan peraturan Alam Tinggi atas Perintah Allah SWT, melawat Raja Alam siapakah dia, sebenar dan disini Sah Alam Raja Sari ( Satu Hari ) menemui Keris Raja Alam dan Tongkat Rotan Melilit Awam..

ditemani Dato Penghulu Bungso Istana Puteri Lindungan Bulan ( Istana Asal ) yang dijaga oleh NENEK LIDAH HITAM, yang dikawal oleh Pawang Di Raja Sg Ujong serta Panglima Sembilan yang mengiringi Waris Raja Melaka, semua dilihat dalam pandangan Kebathinan ( Alam Tinggi ) zahir atas Perintah Allah SWT.

Maka peraturan Adat Perpateh disana Pertelanggahan Adat antara Perpateh dan Twemenggung diselesaikan disebuah tempat dinamakan BATU BERTIKAM,

dimana Dato Paling Pandai menikan BATU BERLUBANG DENGAN KERIS..

tujuan Alam Tinggi mengaturkannya di Tanah Jawi dengan Tuntutan Hak Keris Panjang Imam Perang Di Letakkan Di Atas Al Quran Nur Qariim,

Bongkok akan sarung
Senjata Makan Tuan
Agar Keris itu Mencari Sasaran..

di Tanah Jawi ADAT MANUSIA DIATUR OLEH TOK PATEH DAN TOK TEMENGGUNG .. maka MOYANG PANDAI akan merngaturkan nya...

Pertelagahan Adat Bathin Moyang Angsa dan Bathin Moyang Delapan adalah Perbumi Tanah Jawi...

Hak Orang Hak Orang,
Hak Kita Hak Kita,
Hak Orang Kita Tak Nak,
Hak Kita Jangan Diberi Lagi Pada Orang...

Kata Tok Pateh,
kalau menghalau Ular yang menyusur akar,
gunakan tongkat, dan
berhati-hati,
Memukul ular tidak mati ular itu,
Akan Pokok Tidak Rosak,
agar pokok tidak pula mati,
Tanah pula tidak rosak
kerana hentakan tongkat,
dan ular itu tidak pula mati
kerana dipukul oleh kita..
itu kata Tok Pateh,

kata Tok Temenggung,
meyelak rambut dalam tepung,
rambut tidak putus,
dan tepung tidak berselerakkan..

maka ketepatan Alam Tinggi Beritahu Hantar Surat, jangan pergi mengamuk dan buat demontrasi jalanan..ikut peraturannya,

kerana Hak Yang Meghukum Adalah Hak Allah SWT..

salam    

Mon 2-Apr-2012 05:57
Posted by:Tengku Arian Kirana

No comments: