INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130327

JPAM Kuantan hantar ular ke Mini Zoo Teruntum Kuantan

Pada 24hb Mac 2013 (Ahad), pengunjung ke Mini Zoo Teruntum Kuantan berpeluang melihat kerja-kerja penghantaran ular-ular yang ditangkap oleh Jabatan pertahanan Awam (JPAM) Kuantan. Ular tersebut diserahkan ke Rumah Ular Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk jagaan.

Kalau sesiapa yang ada masalah dengan ular ditempat masing-masing segeralah minta bantuan JPAM Kuantan. Mereka akan menangkap ular tersebut. Ular yang ditangkap akan disimpan dan di pamirkan di Mini Zoo Teruntum Kuantan. Jadinya 'tuan asal' ular tersebut boleh sentiasa berkunjung ke Mini Zoo Teruntuk untuk melihat ular 'kesayangan' yang ditangkap di tempat mereka.

 01. Ular dipindahka kedalam kandang ular di Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 02. Ular yang telah disediakan untuk dimasukkan kedalam rumah ular Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 03. kakitangan JPAM Kuantan sedang membawa karung yang berisi ular yang telah ditangkap oleh mereka.
 04. Memeriksa keadaan ular yang ditangkap sebelum dimasukkan dalam Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 05. karung-karung guni yang berisi ular yang sedang menunggu giliran dimasukkan kedalam kandang mengijuk jenis ular.
 06. Ular hitam berjalur kuning yang telah ditangkap dan akan di pindahkan dalam kandang ular  Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan.
 07. Kerja memindahkan ular ke dalam kandang masing-masing dilakukan dengan berhati-hati.
 08. Ada juga yang dilepaskan ke kawasan semak dalam kawasan Mini Zoo teruntum Kuantan.
 09. Kerja memindah ini diawasai sarjan JPAM yang berpengalaman.
 10. Koleksi ular yang paling banyak adalah ular hitam. Ada yang cuba memanjat keluar dari kandang tetapi sentiasa gagal.
 11. berkunjunglah ke Rumah Ular di Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk melihat ular hidup. Untuk melihat ular mati kita boleh temui dijalan-jalan raya kerana dilangar oleh kenderaan.
12. kalau sesiapa yang berminat dengan ular boleh sertai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan. Tetapi bagi sesiapa yang minat 'meng-ular' datuk/dato/datin/tuan/puan/cik kena 'jawad di akhirat'.

Sebelum terlupa, yang dilepaskan ke kawasan semak dalam kawasan Mini Zoo teruntum Kuantan bukan ular tetapi musang.

No comments: