-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130315

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (pengeluaran bijih besi)

Pada masa ini masih ada ramai lagi bekas pekerja lombong yang masih hidup dan masih boleh bercerita. Kebanyakannya boleh bercerita dari sudut tugas yang dilakukan pada masa itu. Biasanya masing-masing boleh bercerita panjang lebar tentang tugas masing-masing tetapi kurang tahu tentang tugas orang lain.

Salah satu tugas yang amat penting adalah urusan bahan letupan.

Orang yang ditugaskan menjaga bahan letupan biasanya kurang bercampur dengan pekerja yang lain. Orang sebegini banyak berurusan dengan pihak polis kerana bahan letupan disimpan di balai polis. Orang ini mempunyai tanggung jawab yang besar untuk menjaga bahan letupan tersebut supaya tidak diselewengkan.

 01. Sungai Lembing dahulunya Bandar terkaya dalam pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur.
 02. Lombong Sungai Lembing adalah kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar di dunia, yang pertama adalah Bolivia. Lombong Sungai Lembing mempunyai kolong yang terpanjang dan terdalam. kedalamannya sehingga 1,400 ke 2,000 kaki. Dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
 03. Kewujudan Lombong Sungai Lembing berkait dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya.
 04. Lombong Sungai Lembing mula diterokai oleh British bulan Februari 1888. ketika itu Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut.
 05. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun. Sungai Lembing merupakan Bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu diletakkan bawah pentadbiran syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Tahun 1915 namanya bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun 1984 ditukar kepada Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC).
 06. Bagi tempoh seratus tahun lombong Sungai Lembing ini telah keluarkan 13 juta tan metrik Bijih Timah kasar. Jumlah ini boleh menghasilkan 150,000 tan metrik timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta.
07. Terowong bawah tanah di Sungai lembing ini dikenali dengan nama ‘pangkang’. Ianya dikorek secara manual dengan menggunakan bahan letupan. Terowong paling dalam adalah dilombong Myah yang terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi. Lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 meter.
08.Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar.

rujuk:
http://dev.mncsb.com/sungailembing/?page_id=472&lang=my

No comments: