INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130323

Membaca Surah Al-Fatihah 6 ayat

Pada beberapa minggu jumaat yang lepas satu kejadian telah ditunjukkan oleh Allah SWT. Pada suatu sembanyang Jumaat pada bulan Februari 2013, Semasa rakaat kedua, Imam telah membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 6 ayat sahaja. Satu ayat telah dilupakan dengan kehendak Allah SWT. Orang-orang dibelakang imam juga tidak sedar iman membaca Surah Al-Fatihah 6 ayat sahaja.

 01.
 Tiada siapa sedar sehingga selesai solat Jumaat. Seperti kebiasaannya ada yang tidak tunggu imam membaca doa. Terus bertebaran mungkin untuk minum cendol atau lain-lain hal yang amat mustahak.
 02.
 Belum sempat sampai bacaan doa barulah ada yang tersedar bahawa imam telah baca surah Al-Fatihah 6 ayat sahaja. Maka terus dilakukan sujud sahwi. Setelah selesai barulah dimaklum Imam Besar apa yang terjadi. Ada ramai yang tidak mengikut imam untuk melakukan sujud sahwi kerana ingatkan solat hajat.
 03.
 Selama beberapa minggu saya bertanya dibeberapa tempat tentang masalah ini. Bukan nak dipertikaikan macam mana imam boleh lupa. Tetapi apakah tanda yang diberikan oleh Allah SWT melalu perkara ini.
04.
Berikut adalah tafsiran Surah Al-Fatihah:
1
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4
Yang menguasai di Hari Pembalasan
5
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Ayat yang dilupakan supata tidak dibaca oleh imam adalah ayat 6 yang bermaksud "Tunjukilah kami jalan yang lurus," Terkejut sungguh saya apabila menyedari apa yang sebenarnya tidak diminta atau tidak dibaca oleh imam pada hari tersebut. Kita seolah-olah tidak meminta supaya Allah SWT "Tunjukilah kami jalan yang lurus,"

Apakah selama ini kita berada dijalan yang tidak lurus. Kita mengakui bahawa "Hanya Allah SWT yang kita sembah, dan hanya kepada Allah SWT kita meminta pertolongan.". Kita minta diberikan jalan orang-orang yang telah Allah SWT beri ni'mat bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Kita terlupa meminta ditunjukkan jalan yang lurus. Kita akan mendapat apa yang kita minta pada Allah SWT tetapi kita diberikan jalan yang bangkang-bangkok. Jalann yang boleh menyebabkan ramai yang tidak tahan dugaan.

Apakah benar kita kini berada dijalan yang bangkang-bengkok.

Apakah kehendak Allah SWT setelah kita mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah? 

Apakah Perang Paderi menjadikan kita semakai jauh kepada Allah SWT.
Apakah Perang Lahad Datu menjadikan kita makin hampir kepada Allah SWT.
Apakah Allah SWT kita letakkan ditempat yang sepatutnya?

No comments: