INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130411

Perasmian UTC Pahang oleh YAB Perdana Menteri

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di Kuantan telah dibuka secara rasmi pada 1hb April 2013. UTC akan memudahkan masyarakat bandar mendapat akses kepada perkhidmatan pelbagai agensi di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.

Pada hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan UTC Pahang di Dataran UTC di Kuantan. Perasmian ini telah dihadiri oleh 30,000 pengunjung.


Bagi mengurangkan kesesakan, perkhidmatan bas RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan percuma kepada pengunjung untuk ke pusat itu.

Lebih 100 agensi kerajaan, swasta, bank dan premis perniagaan akan beroperasi di UTC Pahang meliputi 32 agensi kerajaan pusat, 16 agensi kerajaan negeri, 12 badan berkanun, lima buah bank dan selebihnya premis perniagaan.

UTC Pahang akan dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 10 malam kecuali cuti umum.

Selain memudahkan orang ramai melakukan pelbagai urusan dengan agensi berkaitan, UTC Pahang juga menyediakan kemudahan rekreasi kepada pengunjung. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar perasmain UTC pahang pada hari ini.
 01.
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
22

No comments: