INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130502

L3 Moral dari kisah silam

*Kisah silam untuk diketengahkan [apa kah moral yang boleh kita dapat dari cerita berikut]

Pada zaman nabi musa as bersamaan masa firaun yang sebelum dimusnahkan oleh allah dalam laut. Kisah seorang pemuda dari bani israil saudara kepada nabi musa[mengikut sirah, dia adalah sepupu kepada nabi musa], dia adalah seorang yang berilmu dan terpelajar(bijak) dan salah seorang yang tahu membaca dan mengerti akan kitab zabur, dia telah dilantik untuk menjadi seorang pegawai penjaga kepada perbendaraan kerajaan mesir@firaun pada masa itu. Daripada diberi tugas sebagai budak mencuci dan membersihkan barang dan harta dalam khazanah istana, dik kerana rajin dan tekun serta jujurnya , dia telah dinaikkan pangkat sehingga menjadi ketua penjaga harta khazanah kerajaan firaun mesir. Pada masa itu bani israil adalah orang kepercayaan bagi bangsa kufti mesir untuk menjaga harta mereka.

Berbalik kepada kisah pemuda tersebut; setelah dia menjadi ketua penjaga perbendaharaan kerajaan mesir, yang mana semua kunci peti dan gedung  simpanan harta berada dalam tangannya sebagai pemegang amanah harta kerajaan mesir. Lama kelamaan pemuda itu telah menjadi gah,bangga dan tamak kerana dia adalah orang kepercayaan, diberi kuasa untuk menjadi pemegang amanah kepada firaun dan salah seorang yang terkaya dikalangan kaumnya bani israil pada masa itu. Dia juga telah bertukar menjadi kedekut,kikir dengan harta yang diperolehinya. Walaupun kepada kaum keluarganya. Dia pernah ditegur oleh nabi musa  diatas sikap dan kelakuannya itu tapi ditolaknya kerana beranggapan nikmat yang diperolehi itu adalah atas usaha dan kebijaksanaan dirinya sendiri.

Semua sifat baik(berilmu) ada pada dia sebelum dia berkerja dengan firaun, dan selepas dia mendapat nikmat yang dianugerahkan allah kepada dia, lama kelamaan sifat baiknya telah bertukar sedikit demi sedikit manjadi sifat buruk, semua sifat buruk ada pada dia selepas dia menjadi kaya dan senang. Dia menjadi seorang yang sombong atas nikmat  pemberian allah.
Dia telah menipu dengan menukar cop yang ada pada barangan dan harta firaun kepada cop nama nya sedikit demi sedikit dan dibawa keluar dan disuruk diistana miliknya. Kebongkaannya itu lama kelamaan memakan dirinya sendiri atas sifat kufur nikmat dan ingkar@ salah laku tugas sebagai pemengang amanah.

Apabila amaran terakhir oleh allah yang disampaikan kepadanya melalui nabi musa tidak diendahkan, ketentuan dan balasan bala dari allah telah dijatuhkan padanya. Dia telah ditelan bumi bersekali dengan hartanya, harta penipuannya dan istananya kedalam perut bumi[ditenggelamkan kedalam tanah bersama harta dan istananya]. Maka, mati lah pemuda itu dengan hinanya dan menjadi orang@hamba yang celaka. perkara itu telah berlaku beribu tahun dahulu di bumi mesir. Sekarang ini[zaman ini] memang ada orang yang seperti pemuda itu, cumanya pembalasan atas nya tertangguh dan belum terlaksana lagi kerana tapisan oleh doa dan nur muhammad saw.

Ini adalah kisah QORUN@KARUN yang ingkar akan arahan nabinya “ musa as” dan perintah tuhannya “ allah”.
Untuk pengetahuan: Harta karun tidak ada didalam perut bumi tanah melayu@malaysia kerana harta karun yang ditelan bumi itu berada dibawah perut bumi mesir. Perkara ini lah salah satu sebagai contoh; menusia kebanyakan bersangka-sangka sahaja. Dan tidak usul periksa perkara yang sebenar.

Tuan –puan, dari cerita tadi moral yang dapat, adalah jangan menjadi orang yang tak bermoral, kufur nikmat dan membuat salah laku dengan sengaja atau salah laku tanpa disedari [kerana bersubahat juga adalah salah satu salah laku]hukuman bagi orang yang bersubahat tanpa dia sedar adalah sama dengan hukuman orang yang melakukan perbuatan salah tersebut… waallahuallam.

No comments: