INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130503

L4 SALAH FAHAM BERKENAAN KIAMAT

*KEFAHAMAN DAN SALAH FAHAM BERKENAAN KIAMAT
[hal berkenaan………..] menurut al-quran serta al-hadis dan pendapat para ulama salaf.

Kiamat hidup@kiamat kecil

Ianya berlaku keatas seluruh hamba allah mengikut ketentuan dan peraturan yang telah diberi tetap(umur masa hidupnya) dan pengakhiran hidup atau kematian keatas setiap hamba allah itulah dinamakan atau dipanggilkan kiamat@(KIAMAT KECIL). Perkara ini lah, ramai orang yang memperlekehkannya.
Perkara @ … sebagai contohnya; 
“Dah tak ada dah sianu tu”. Memberi maksud kawan nya yang dikenali telah mati@ajalnya telah sampai.
Dalam hal yang tersebut;
Soalan yang sering diperingatkan kepada kita yang hidup bukan mengajar yang telah mati…..
Apabila imam membacakan talkin di atas kubur…diantara nya…

Siapa tuhan mu
Siapa imam@ ikutan mu
Siapa nabi @penghulu mu
Siapa saudara-saudara mu
Dari mana dan ke mana ilmu dipergunakan
Dari mana dan ke mana harta dipergunakan
Kesempatan Hidup mu didunia dipergunakan untuk apa????????????.

Kebanyakan dari kita yang hidup dan mendengar talkin yang dibaca oleh imam itu, tidak mengendahkannya persoalan yang dipertuturkan  dan beranggapan ungkapan imam itu ditujukan khas kepada kawannya yang terbaring dibawah tanah yang tersebut itu. Dan selepas dari tujuh langkah anak adam bergerak dari tanah kubur, kebanyakan dari kita telah lupa akan ingatan(talkin) yang dibacakan oleh tuan imam kepada kita dan hanya mengingatnya kembali apabila berjumpa kepada kematian yang seterusnya (atas kawan yang lain atau atas dirinya sendiri).

Kiamat pengakhiran@ perkara besar

Ianya perkara yang kerap diperkatakan oleh orangramai dan ramaiorang. Dan mereka merasa cemas apabila di ceritakan@ dikisahkan berkenaan kiamat,… semasa itu sahaja.(dimasa diterangkan oleh tuan-tuan imam dan penceramah) selepas dari itu dan semasa dan selepas jamuan, perasaan cemas di hati mereka-mereka sudah hilang dan dimata mereka terpacak bayangan hidup dunia hari besok (pagi esok nak makan apa, kerja esok macammana…dan adamasa  mereka permainkan ungkapan dari ceramah dan teguran tuan imam).

Mengikut maksud; kiamat adalah suatu perkara besar yang telah dijanjikan oleh allah dan termasuk dalam sebahagian dari rukun iman(perkara sah yang ghaib). Perkara ini akan terjadi setelah berlaku dan akan berlaku mengikut tertib perkara-perkara semasa akhir zaman(akhir zaman dimaksud kepada  penghujung hidup atau nyawa bumi dan dunia keseluruhan, yang telah dicipta serta atas kehendak allah yang maha agong lagi maha tunggal dan maha bijaksana).

Tuan-puan sekalian…
Untuk menerangkan bercerita bab kiamat ni, kita perlu berbalik semula kepada cerita dan perkara asal yang asas yang diperturunkan dan…, oleh allah melalui malaikatnya kepada muhammad rasulullah dan dikisahkan serta diterang kan oleh nya rasul kepada makhluk seluruh alam, didalam yang dinamakam al quran dan sunnah nabi@hadis dan diperjelas serta diperincikan oleh ulamak dan fukaha silam dan sekarang.

No comments: