INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130602

J62 Catatan dalam buku Haji Buyong Adil

Assallamuallaikum wrwt

Sejarah Rembau yang tercatit dalam buku Haji Buyong Adil, kisah
bermula dari Dato Bathin Sekudai keturunan Jakun dan disebut
WARIS BIDUANDA ATAU MANTERA,. Anak Perempuan Bongsu bernama Tok
Bungkal,


Rombongan Minangkabau
diketuai oleh Dato Lela Balang Suku Paya Bidara dan berkampong di
Kota, maka datang satu lagi rombongan adik Dato Lela Balang iaitu
Dato Laut Dalam dan berkampong di Padang Lekuk.
Anak Bongsu Dato
Bathin Sekudai menikahkan anak perempuan Tok Bungkal dengan Dato
Lela Balang dan mendapat anak lelaki Seri Rama maka menjadi Dato
Undang Luak Rembau yang pertama selepas mendapat izin daripada
Sultan Johor ( Tumbang Melaka - Penghulu yang Empat menjunjung
Daulat pada Sultan Johor sehingga PERISTIWA MEMUTUS TALI KE JOHOR
OLEH DATO UNDANG LUAK JELEBU MOYANG SALLEH -
rasa nya tidak perlu
diceritakan perihal peristiwa itu berlaku ),

Maka Dato Laut Dalam
membuat rayuan pada Sultan Johor untuk menjadi Dato Undang Luak
di Rembau, maka Sultan Johor memperkenankanya.

Tahun 1540 Seri
Rama Lela Maharaja di gelar Dato Undang Luak Rembau dan
berkahwin dengan sepupunya anak Dato Laut Dalam bernama Siti
Hawa, maka gelaran diberi Dato Sedia Raja...

Perang Naning dan
Perang Sg Ujong membawa kepada ujudnya Yamtuan Muda Rembau dan
menjadi Tengku Besar Tampin.. tidak tercatat dalam buku Haji
Buyong adil nama nama khusus bagi setiap individu dan tarikh nya.

Walaubagaimana pun salah seorang dari waris tuan hamba apai, ada
bersama kami di kawasan Pawang Di raja Sungai Ujong serta membawa
PESAKA milik keturunan berkaitan dan bersama Panglima Selindang
Merah..

Hamba tidak boleh mencampuri urusan luak luak kerana
ARAHAN ALAM TINGGI - kecuali luak luak yang berkaitan menilai dan
mengetahui kenapa NENEK MOYANG PERIBUMI membuat PERATURAN DAN
PERCATURAN ALAM MANUSIA serta mengujudkan 7 SYARAT WASIAT RAJA
RAJA MELAYU, apakah kita generasi ini hari alpa dan lupa, atau
adakah generasi Nenek Moyang kita terdahulu ianya amat cekap dan
teliti dalam semua utrusan yang dibuat.

Sekian. salam silap hamba pohon kan. waallaikummussalam wrwt    

Wed 30-May-2012 11:57
Posted by:Tengku Arian Kirana

No comments: